Friday, January 23, 2009

Nikmat ketenangan


Syukur pada Tuhan, atas nikmat lapang ini. Nikmat ketenangan setelah tugasan-tugasan sempurna dilaksanakan. Tenangnya jiwa raga, setenang hembusan bayu yang membelah angkasa. Alangkah nikmatnya…

Telah hampir beberapa malam juga tidur ini tidak mahu lena. Memikir letak duduk masalah yang tak pernah sudah malah seakan bertambah-tambah pula. Di ofis dengan masalah-masalah kerja, ditambah pula tugasan dan pembentangan yang menjerit-jerit minta disegerakan usaha. Serasa amat sesak minda dan dada. Sesekali terasa mahu mengis, berendam air mata. Namun lekas pula kuinsafi kembali, itulah harga sebuah jaya

Dan syukurlah di tengahari ini, mampu aku menarik nafas lega. Lega kerana telah juga Tuhan menghadiahkan aku sebuah ketenangan itu. Ketenangan yang sering dirasakan saat-saat segala hutang berjaya dilunaskan. Syukur padaMu, Tuhan

Dan kini, dalam udara sunyi sepi di daerah suci ini, di taman ilmu dan budi ini, sempat juga kukarangkan sesuatu buat ceritera yang seakan lama tak terbela. Terasa rindu benar, mengirim-ngirim khabar berita buat teman-teman pembaca. Aku tetap ada, tetap sudi untuk berbicara tentang dunia dan isinya

Dan dalam digin penyaman udara yang sedang-sedang elok ini, terasa berat pula mata mahu menaip di papan-papan kekunci. Terasa aman dan damai benar untuk aku melelapkan mata buat seminit dua. Letih benar..... Dan ya, biar aku tinggalkan kalian seketika. Izinkan aku memberikan hak-hak ketenangan pada mata dan minda yang telah lama letih bekerja

Tinggal dulu, semua. Nanti kita sama-sama sambung bicara

Oh ya, dan cuti yang bakal datang ini…, tunggulah kedatanganku, Mahsuri!
Library UIA
23/1/09

9 comments:

  1. Semoga tenang dan gembira dalam percutian ditanah yang penuh lagenda itu.

    ReplyDelete
  2. Salam Hartini,

    Beristirehatlah
    Malam mu akan panjang
    Tidurmu akan lena
    Moga nafas mu untuk hari esok akan lebih kuat
    Kerana ujian yang pasti datang akan terus meningkat
    Untuk iman sdri diangkat
    Allah akan beri lebih rahmat
    Amin

    Selamat bercuti

    ReplyDelete
  3. Aku gembira dengan perkembangan terbaru ini. Bittaufiq!

    ReplyDelete
  4. mye,
    -terima kasih, selamat bercuti untuk kamu juga

    kak aishah,
    -dan percutian di pulau penuh lagenda itu, penuh warna-warni dan keriangan tersendiri

    cikgubad,
    -terima kasih banyak. selamat bercuti satu minggu untuk cikgu juga

    datul,
    -ya sila2. terima kasih. kenapa lama menyepi?

    ahmad,
    -perkembangan terbaru apa yang kamu maksudkan itu? terima kasih banyak

    terima kasih semua

    ReplyDelete
  5. Perkembangan terbaru kamu yang berasa tenang dalam kesucian Taman itu.

    ReplyDelete
  6. ahmad,
    -ya benar. tenang sekali. kamu pula bila lagi mahu kembali? mungkin setelah lahir cahayamata kamu yang sulung nanti, ya? Insayaallah. aku sering doakan

    ReplyDelete
  7. kuatkn semangat untuk mencari ilmu. berkerja dn belajar perlu kan kekuatan dalaman,semoga kita dapat menghadapi cabaran ini.saya masih berbaki 3 tahun untuk habiskan pengajian saya.

    ReplyDelete