Nota biru-biru itu bukan milik aku..
Kerna aku cuma abdi pada alam
Tak dibayar keringat dengan wang
Tak dibalas khidmat dengan canang
Itu aku yang dalamnya penuh debu
Depan, belakang, kiri dan kananku
Menunggu hati-hati kian terpesong
Bagai mejan kaku berdiri condong
Nota biru-biru itu bukan milik aku..
Kerna aku cuma hamba pada cinta
Tak diganti jiwa dengan harta
Tak terlunas hutang noda dengan keping biru merah
Itu aku yang luarnya penuh warna
Sisi, tepi, atas dan bawah
Menanti khatimah sebuah juang
Bagai membanjir lembah yang kontang
Jauhkan aku dari nota biru-biru itu
Sebelum mata membuta mulut membisu
Itu bagai tinta melukis susah senang
Dalam kanvas ruang –
banyak : dijulang, sikit : dicurang
Biar diri menyerah pada akal
Sampai saat nyawa dijemput ajal
hartini Omar, 16 Julai 2008, 8.10mlm
Tini,
ReplyDeleteKerana Nota-nota Biru itulah ramai orang menjadi Kelabu.
kak aishah,
ReplyDeletehmm.. itu boleh dibuat puisi juga ya??!!
-terima kasih
ASM Sdr Hartini
ReplyDeleteAda sesuatu yg tak bisa dicuri orang daripada kita, iaitu kesepian yg bermukim di dalam sanubari. Di situ kita merancang doa,janji,hiba ,sayang,bayangan masa depan, dan puisi.Seni yang indah di dunia bermula daripada kesepian hati penciptanya.Percayalah
BZ
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletedato' Baha yg saya hormati,
ReplyDeletekata2 dato':"seni yg indah di dunia bermula dari kesepian hati penciptanya"..
jika benarlah dato', rela saya merasakan kesepian hingga hujung kehidupan demi sebuah seni yg abadi.. kalaulah mampu, akan saya nukilkan dengan hati dan sanubari!
terima kasih banyak dato'
Tini,i tak suka nota-nota biru..i suka kumpul syiling...
ReplyDeletehayat,
ReplyDeletekumpul syiling bukankah berat??
-teringat syiling emas berharga seringgit yg pernah kita guna dulu.. memang berat! =P hehe