Aku tersenyum dalam rintik hujan
Kerana cinta membuatku hanyut tak kebasahan
Aku tersenyum dalam indah pelangi
Kerana cinta memberiku kilauan warna suci
Aku tersenyum dalam mega mendung
Kerana cinta membuahku rindu tak berpenghujung
Aku tersenyum dalam rendang pohonan
Kerana cinta meneduh jiwaku tak berpayungan
Aku tersenyum dalam kuning senja
Lalu kuucapkan terima kasih cinta
Hartini Omar
25 Nov 08
5:05ptg
Alhamdulillah sekiranya kau telah menemui cinta...=)
ReplyDelete-m@syit23-
salam,
ReplyDeleteberlabuh kasih di lubuk hati
dalam seri hiasan mimpi.
berlabuh kasih di tangkai jiwa
mengharum kata di maya pada.
berlabuh kasih di untai rasa
tak terucap manisnya cinta.
cakap lah terus terang
ReplyDeletemasyit,
ReplyDelete-jangan kau sangka.. aku masih belum bertemu cinta, masih setia menantinya
mazemie maz,
-tuan penulis yg dihormati.. kata2 anda, lenggok bahasanya, manis butirnya, buat saya terleka.. terima kasih menyinggah
ustazah,
-terus-terang saya masih seorang! single and available.. hehe ;P
Cinta itu dimana?
ReplyDeleteammvoiii, seronoknyerr adek maness ittewww..
ReplyDeletehans,
ReplyDelete-tak tahulah ia di mana? entahkan ada, entahkan tiada
en_me,
-apa yg seronoknya ya?
Insan yang dilamun cinta;
ReplyDeletememang suka senyum sendiri..
Tapi bila dah putus cinta;
suka marahkan diri sendiri..
Bukan marah sebab diri tak dihargai..
Tapi marah sebab saling tak mengenali..
Tak kenal maka tak Cinta...
ReplyDeleteBila dah bertemu cinta, terimalah seadanya. Dalam ria jangan alpa kerna cinta juga perlu dibaja semoga mekar sentiasa.
Salam HARTINI,
ReplyDeleteAdakah kamu sudah menemui cinta sejatimu hinggakan kamu bisa tersenyum sebegitu lebar? Ya, cinta mmg bisa buat kita tersenyum. Tapi awas, cinta juga bisa buat kita menangis. Walau apapun, cuma satu pesanan saya, "andai kamu telah menemui cinta tapi akhirnya kehilangannya..jgn kamu meratapinya krn ia bukan akhir sebuah kehidupan tetapi awal suatu kehidupan baru". Wassalam:-)
kak caare
ReplyDelete-saya tidak dilamun oleh mana2 cinta pun
kak aishah
-terima kasih atas pesanan, dan terima kasih menyinggah
ishan
-saya belum menemui cinta sejati itu. dan masih sabar menunggu
terima kasih semua
Salam sdri Hartini,
ReplyDeleteBegitu saya terbaca puisi sdri, perasaan saya jadi tersentuh.
Saya telah mengutip bait-bait puisi sdri ke dalam blog saya - dengan izin - untuk dikongsi dgn pelajar saya.
Ada keindahan yang menyuluh, ada perasaan yang akan tersentuh.
Terima kasih Cinta Hartini.
Wassalam
cik tini, puisi cinta yg sgt syahdu..mintak izin utk copy di blog sy ok? tq ;)
ReplyDeletesis Tini,
ReplyDeleteTerleka dengan bait² puisi indah ini... sy mohon di kongsi di blog sy yer..
tq
- Beautiful Mistake -
tuan eza dan tukang karut,
ReplyDeletesilakan. Jangan segan2. Berikan kredit kpd sy di laman anda :)
jemput datang lg