Antara alternatif yang disarankan kerajaan agar beban rakyat dapat dikurangkan sempena kenaikan harga minyak ini adalah mengubah cara hidup ataupun
lifestyle. Mengubah cara hidup dari bagaimana menjadi bagaimana tidaklah aku tahu dan tidaklah dapat aku simpulkan. Mungkin saranan kerajaan itu bertujuan agar rakyat berjimat cermat, mengatur sumber kewangan dan menabung dari pendapatan bulanan
Namun kalaulah itu yang dimaksudkan kerajaan, cara hidup atau
lifestyle yang begitu telah lama kita praktikkan. Orang berpendapatan rendah atau sederhana sepertiku dan sebilangan besar rakyat Malaysia sebenarnya boleh dikatakan
TIDAK mempunyai
lifestyle. Hanya kais pagi makan pagi, atau kata lain; makan bulan depan dengan hasil bulan ini
Jadi
lifestyle apakah yang dimaksudkan oleh kerajaan? Setahu aku yang mempunyai
lifestyle ini adalah orang yang hidupnya mewah. Makannya di restoran besar. Belanjanya besar. Keretanya besar. Melancongnya ke luar negara, pakaiannya berjenama dan barangan peribadinya berjenama. Itu baru dinamakan
lifestyleOrang yang hidupnya sederhana dan papa kedana tidak mempunyai
lifestyle. Mereka hidup mengikut kehendak kehidupan. Kalau hari ini ada rezeki lebih, maka lebihlah mereka makan. Kalau kurang, maka kuranglah yang ada dalam pinggan. Pakaian mereka tidak mengenal jenama dan main sarung apa yang ada. Dan begitulah yang berlaku dalam kehidupan sebahagian besar rakyat kita
Aku adakalanya hanya mempu tersenyum sinis mendengar jawapan2 yang diberikan oleh pak2 menteri dan orang kanan mereka. Mereka seboleh2 menafikan kesalahan dan memulangkan kembali semua isu dan permasaalahan kepada rakyat bawahan. Hakikatnya,
perubahan lifestyle itu seharusnya ditujukan buat mereka dan bukannya kita
Kerajaan dan menteri seharusnya tidak membelanjakan wang negara dengan sewenangnya. Setiap kali mesyuarat atau perjumpaan diadakan, maka disitulah akan berlaku pembaziran seperti makanan dan catering yang keterlaluan, atau perhiasan kamar yang melampaui keperluan sesuatu majlis keraian. Itu lah yang perlu dibuat perubahan. Bukan cara hidup rakyat yang memang sedia kesempitan
Kadang2 aku tidak dapat memahami, mengapa orang sentiasa mahu menuding jari. Selalu memulangkan sesuatu kepada pihak lain yang lebih minoriti, sedangkan yang boleh dibuat perubahan adalah dipihak mereka sendiri. Sebagai pemimpin negara, menteri di dalam kerajaanlah yang harus membuat perubahan agar menjadi contoh pada rakyat di bawah pemerintahan mereka
Ini tidak. Seperti ketam mengajar anaknya berjalan, maka begitulah yang mahu ditunjukkan oleh kerajaan. Adakalanya bukan pak2 menteri saja, pegawai2 bawahannya juga terikut sama. Malah sesetengahnya lebih hebat dan suka berlagak kaya
Sebagai contoh, duit kerajaan dihabiskan dengan membeli sistem perkomputeran yang memakan belanja beratus ribu, membeli alatan pejabat baru yang sebenarnya masih boleh digunapakai, menukar ruang pejabat untuk diperindah dan diperelokkan dan berbelanja besar jika mahu membuat sebarang lawatan
Bukankah itu dinamakan pembaziran? Aku bukan terlalu pesimis dan kritikal. Aku cuma mahu menjadi seorang penulis dan pemikir yang analitikan dan praktikal. Bekerja 6 bulan di pejabat kerajaan membari aku banyak pelajaran dan pengajaran. Bahawa sebenarnya banyak dari wang rakyat dan negara yang boleh dijimat dan diselamatkan, sekiranya kita berhemah dalam perbelanjaan
Akan tetapi yang demikian, biarlah kita beralah dan berfikiran positif dalam menangani isu kenaikan harga barang dan bahan bakar ini. Bukan bereti menyerah kalah. Cuma kita berusaha juga dari pihak kita. Sebagai contoh, kita boleh berjimat cermat dalam menjalani kehidupan seharian dan dalam berbelanja. Kurangkan berhibur dan berlibur malah mengurangkan pembaziran wang dan masa. Biarlah kita yang berusaha, walaupun sebagai rakyat, kita sedar bahawa berubahnya cara hidup kita takkan mampu mengubah percaturan ekonomi negara dan dunia
Dan jangan sesekali lupa kita berdoa agar Allah Taala membalas kebaikan kita dengan kebaikan yang lain pula. Dan semoga yang benar tetap dipelihara, dan yang menindas dan bersalah akan dihukum dan dibalas dengan sebesar2 laknat di satu masa. Jika
benar kita teraniaya, maka doa kita akan dikabulkan jua...
Allah Maha Berkuasa!