Mawar,
Aku baru lepas berjalan2. Melihat halaman2 segar oleh kata2 dan pendapat manusia yang takkan berkesudahan. Dan sebentar tadi berdiri cegat di hadapan rumahmu, yang kelihatannya sekarang ramai pengunjung dari berbagai ceruk penjuru. Ada yang bersuara lantang di depan pintu rumahmu. Bercakap dengan nada yang tidak perlu. Ada yang baru cuba2 mengetuk memberi salam. Ada yang kelihatannya bercakaran. Ada yang mengapi2kan dan membuat onar sesuka perasaan. Dan ada juga yang sekadar lalu lalang dan meninjau2 untuk mengisi masa terluang. Ramai..
Sesak
Lalu apabila aku pulang, aku terasa mahu tuliskan sesuatu buat kamu
Aku memang jarang sekali meninggalkan jejak di laman kamu. Namun seperti yang kamu tahu, untuk orang macam aku, jejak2 itu bukanlah satu tanda bahawa mereka lebih cinta dan aku tiada rasa. Tidak. Ia juga bukan bermakna mereka lebih prihatin dan aku ambil mudah. Tidak juga. Membaca cerita2 kamu, keluhan dan harapan, masalah dan usaha mengatasinya, membuat aku berfikir akan banyak perkara
Aku lebih suka berfikir dari bercakap
Namun kali ini aku terasa mahu bercakap
Akan datang nanti suatu hari, sesuatu yang pernah terjadi dulu di laman arwah suamimu. Saat2 kegemilangan yang mana memberikan ujian yang bukan kepalang. Ujian sabar dan ujian kematangan. Akan hadir pengunjung2 yang berkunjung dengan berbagai ragam dan karenah. Menjadikan laman kamu sebagai gelanggang untuk berdebat dan mempertaruhkan hujjah. Tak kurang juga yang datang dengan jualan2 dan iklan2 yang sedikit sebanyak mengagnggu kedamaian dan ketenagan laman peribadi kamu
Sedikit nasihat dari aku, baca sahaja apa yang pengunjung perkatakan. Semuanya baik dan positif jika kita memandangnya sebagai positif. Hargai kesemua mereka selagi terdaya, dan jikalau kamu tidak selesa dengan sebahagiannya, maka tolaklah dengan lembut dan hemah. Hujjah dan pendapat, kritikan dan nasihat, semuanya sangat bagus jika kita tidak mencampuradukkan emosi dalam menyalurkan fakta. Jadi secara peribadi, aku juga suka berhujjah untuk menajamkan minda. Selain dari itu, abaikan saja. Laman kamu adalah hak peribadi kamu
Dan seperti yang pernah aku perkatakan kepada Nafastari suatu masa dulu. Alangkah seronoknya saat2 kita menulis dan kita menulis bagi pihak diri kita sahaja. Kita menulis apa yang kita rasa dan tiada sesiapa pun yang akan berkata apa. Saat2 di mana mereka yang datang berkunjung itu adalah mereka yang benar2 mengenali kita, lalu mereka akan berfikir dahulu sebelum membuahkan bicara lalu tanpa sesuka hati menghakimi kita. Ya, saat itu. Dulu, saat kita mula2 berbicara
Seketika aku terkenang. Terkenang komen2 di entri Ahmad 'tersalah beli anjang2' :)
Lalu beliau membalasnya semula dalam entri aku 'terus jadi pembaca...'
Sahabat hebat yang berkat
Salam Hormat,
Tini