Wednesday, January 22, 2014

Lawatan sehari ke Manchester

Alhamdulillah. Dengan izin Tuhan yang maha kuasa dan pemurah, saya telah sampai ke Manchester. Rumusan ringkas yang boleh saya buat adalah, Manchester itu lawan bagi Oxford. Bandarnya moden. Bangunannya moden dan tak banyak beza dengan bandar2 yang selalu saya lawati

Cuma yang uniknya tentulah Old Trafford yang menjadi kegilaan peminat Man-U yang hanya ada di Manchester

Ok, antara sedikit gambar yang mahu saya kongsikan. Selamat menambah pengalaman


Manchester One. Di tengah2 bandar


The United Trinity. Tugu yang betul2 depan stadium Old Trafford


kebanggan warga Manchester


Ada stadium tour dan muzium tour. Pilihlah mana nak. Bayar je. Kalau nak free, ambik gambar je dah


Ke stadium Etihad pula untuk kelab Manchester City


Yang tadi merah, ni biru cair pulak tema warnanya


Tetiba hidung kembang kempis sebab bangga nampak 'selamat datang' kat situ. Bajet femes bahasa kita!


Stadium Etihad di kejauhan


Mereka juga ada Feris Wheel ni. Paris ada, London ada, Malaysia ada, Sngapore ada. Cuba buat benda lain sikit. Jemu aihh

Jadi itu sahajalah yang dapat dikongsikan sempena lawatan balik hari dari London ke Manchester yang mengambil masa 4 jam naik bas. Memang orang kalau datang pun pergi stadium je, habis dah seharian. Siang dah la singkat sekarang. Kejap je dah gelap

Stress!

Ok, salam hormat penuh kasih sayang dari saya. Terima kasih sudi singgah ;)

Dosa atau pahala?

mata
mulut
Saya lukiskan dua anggota yang dengannya mampu membawa manusia ke syurga ataupun NERAKA

Ya, pilihlah dosa atau pahala.

Pilihan di tangan anda...

Saturday, January 18, 2014

Tidak ada lagi yang saya mahukan selain ini..



Ya, sekadar ini untuk usia yang telah memasuki tiga dekad

Inilah peluang saya bertemu Zainuddin dan Hayati. Yang hampir dua belas tahun saya kenali. Cukuplah sekadar mereka, jika pun bukan Amli dan Hartini...

Thursday, January 02, 2014

Saya bila stress

Saya bila stress ada hasil.

Bukan bila free, lapang, relax je ada hasil.

Ni la hasilnya bila saya stress







Saya lukis gambar orang. Gambar tu saya ambil dr facebook dorang. Saya lukis saya simpan. Rasanya makin stress nanti makin banyak la kot potret sy lukis. Bagus la. Boleh bukak galeri nanti

K, tu je nak hapdet

Sebenarnya saya stress. Cuti kejap, keje banyak. Doakan saya k. Mekaseh

Oh lupa. Selamat Tahun Baru ;)