Tuesday, December 31, 2013

Oxford Trip

Seperti yang saya khabarkan haritu, saya ke Oxford dan alhamdulillah selamat dah kembali semula ke London. Dan jom kita tengok macamana agaknya Oxford tu. Selalu duk baca kat kamus ngan buku rujukan je kan. Oxford Fajar la. Oxford University Press la. Haa yang ni saya nak tunjukkan sekitar pekan (pekan ke?) Oxford itu sendiri

Ayuh!

Jangan lupa pakai jacket dan glove. Sejukkk!!


Ini pekan Oxford. Takpe lah. Saya panggil je la pekan sebab kalau bandar tu mcm besar sangat. Oxford ni pekan dia kecik je. Pusing2 sampai. Emm mungkin macam.... kajang? No.. Kajang pun besar. Bangi? Bangi pun besar. Macam.. em boleh la. Lebih2 kurang camtu la

Saya ke Oxford menaiki bas yakni oxfordtube yang berharga GBP15 pergi balik. Perjalanan mengambil masa sejam suku je dari London. Tak lama mana pun. Kejap je dah sampai


Sesampai je dan setelah dijamu nasi lauk kari ayam oleh tuan rumah yakni sahabat saya Abby Rahman, kami pun terus keluar menuju ke destinasi pertama iaitu Christ Church. Ni lah dia. Antara salah satu kawasan pengambaran Harry Potter.


Cik Abby Rahman yang beruntung sebab jadi student Oxford. Sebab dia student Oxford lah saya dapat masuk Christ Church ni free. Hahaha.. Tq abby. Bangunan di Oxford ni kebanyakannya adalah kolej2 khas untuk pelajar Oxford. Saya memula macam tak faham bila abby kata setiap student Oxford mesti mendaftar di salah satu kolej dalam Oxford ni. Seyes tak faham. Sebab dah jd student Oxford buat apa nak jadi student kolej pulak kan?

Tapi lepas abby terangkan panjang lebar, barulah saya faham. Kira dia macam rumah sukan la. Walaupun anda bersekolah di Sek Kebangsaan Sri Kembangan katakan, anda kene join gak rumah hijau la rumah biru la. Haa camtu la. Macam cerita Harry Potter tu. Dapat rumah Slytherin la, Rivenclaw la.. So nanti kalau ada apa2 majlis mcm dinner ke, kira kita akan join kolej kita la. Mcm group usrah gitu.. Berfamily lah bagai dengan warga kolej tu sampai ke tua

Dan setiap kolej ni ada warna tema, binatang dan logo dia sendiri. Dan Christ Church ni la antara salah satu kolej yg termahal dan terbaik yg ada di Oxford ni. So bukan calang2 orang lah dapat masuk. Kira antara pelajar Oxford pun mesti kene saring dulu sebelum diterima masuk ke mana2 kolej. Si Abby pun x dapat kolej ni. Dia dapat kolej lain

Untuk mengetahui tentang kolej2 itu dengan lebih lanjut, boleh jenguk di sini 


Lawa kan yg ni? Saya perasan ni melekat di dinding Christ Church tu. Sangat memukau dan unik. Boleh ni nanti buat mcmni kat umah saya. Seperti yang saya cakap, buruk macamana pun la dinding bangunan dia, dorang memang takkan cat balik. Kita patut tiru la cara dorang. Tapi masalahnya lumut kat Malaysia macam pelik. Kira tak sedap mata memangdang la. Contohnya Flat Sri Bayu yang saya duduk dulu time mengajar kat Masterskill

Dindingnya masyallah.. Haha.. biar saya je lah yang tahu




Kawasan lapang di dalam Christ Church. Sayang waktu saya datang ni, dewan makan yang dalam cerita HP tu tutup. So saya dapat masuk cathedral dia je. Jadi lah. Kan da dekat2 nak krismas waktu ni. Masih bukak pun dah cukup bagus sebenarnya



Ni la tangga nak naik ke dewan makan besar tu. Dapat amek gambar tangga je pun jadi lah. Lainkali saya datang dan kalau dewan makan tu bukak, saya akan kongsikan dengan anda lagi k. Gambar saya kebanyakannya shaking sebab sejuk lah ya amat. Tuhan je tahu. Menggigil2 saya. Tu yang gambar jd shaking tu. Pfffttt!


Gambar di dalam cathedral. Gereja lah kira. Lawa. Bersih. Dan siap ada lagu2 semayang dia lah. Tapi kira tempat ni dah dibuka untuk pelancong. Maybe kalau ada occasion pape je kot baru diorang tutup untuk lawatan


Memana gereja lah kalau kita masuk, sure ada tingkap yang macamni. Lawa. Unik dan rajin la sangat nak membuat.


Sebahagian dari tempat duduk dalam cathedral ni. Siap la dengan kitab bagai. Siap ada tempat rehatkan kaki macam pelamin pengantin. Kalau selesa macamni tapi tak semayang jugak baik mati la dari hidup. Tak bersyukur punya orang! Nak ingat kat Tuhan pun berkira. Eh, ter emo pulak


Corak lelangit yang menawan. Saya bukan belajar architecture tapi kira kalau untuk saya lawa dan hebat la interior design dalam ni


Jalan punya jalan, hari pun dah malam. Eh, dah gelap tapi belum malam. Sekejap sangat siangnya time winter ni. Tak puas. So bila dah gelap, kami jalan2 kat pekan. Macamni lah rupa pekan Oxford time malam, dua tiga hari sebelum krismas. Besarnya macam dalam universal studio singapore je.. Haa, kan tak besar mana tu


Keesokan harinya, pepagi alah lepas subuh and sarapan lebih kurang, abby membawa saya ke Covered Market pulak. Kira macam pasar karat la. Market yang popular sekali kat Oxford ni. Saya ikut aje. Mana host bawak, saya tak tolak. Hehehe


Masuk2 je, suasana dia tu ada lebih kurang macam central market la. Kira pasar yg dalam bangunan. So saya expect macam pasar kering je la. Jual2 barang kraftanga ke apa. Memang ada pun yang kraftangan semua. Barang2 klasik macam beg la hape semua ada


Kedai jual kek pun ada. Dengan cermin terbuka dan boleh tengok la dorang buat kerja mengukir2 tu. Bestnya lah kalau kerja saya macamni. Mesti tak stress. Eh tapi kalau dah mengadap itu hari2 stress jugak la rasanya. Disebabkan time ni nak krismas, maka banyaklah kek bercorakkan atuk santa


Dan bukan sekadar kedai kek, kedai jual ayam daging bagai pun ada. Kira kat sini, sape ada kedai butcher ni, orang respect la. Kira macam peniagaan turun temurun, orang pandang tinggi. Kita kalau kat mesia nak keje yang pakai kot je. Duduk opis ber'aircond. Keje remeh2 camni tak nak. Keje yang busuk2 tak nak. Tapi kat sini, plumber pun orang panggil engineer. Keje pest control je, tapi hidup mewah gila. Gaji lagi banyak dari keje opis. Saya memang sesuai kot duk negara macamni. Mentaliti dorang memang kene betul la dengan saya. Saya kalau duk Malaysia memang asek nak merampus je rasanya


Saya pergi ni time nak krismas. Haruslah banyak ayam2 belanda yang dijual utk hidangan krismas. Saya cuci2 mata je. Takyah tanya la, dah tau, gerenti tak halal punya. Lagipun nak membeli buat apa, bukannya ada sedara mara


Lepas dah berjalan2 di Covered Market, Abby bawak saya tengok bangunan2 sekitar sementara kami berjalan ke Radcliffe Camera. Yang ni Bodleian Library tapi tak dapat nak masuk dalam sebab sem dah habis. Kene tunggu tahun depan bukak sem baru boleh melawat. Ye kot kalau tak silap si abby cakap. So jejalan kat luar je la. Hari dah la kemain sejuk


Jalan punya jalan, sampai la kami ke Radcliffe Camera. Saya dah letak link tu, baca je la kalau nak tahu apa dia bangunan ni dengan lebih lanjut. Ingat, membaca jambatan ilmu! Saya dah letak, anda tinggal baca je. Bukan susah mana pun. Hee.. Selamat menambah pengetahuan. (sebenarya saya malas nak taip. Hahaha)


Dan yang ini Bridge of Sighs. Salah satu landmark terkenal di Oxford. Jembatan gini ada dua je dalam UK. Satu kat Oxford, satu kat Cambridge. Bertuah la saya dapat menjejakkan kaki ke sini. Terima kasih Allah. Mmuahh. Sayang!

Abby bawak saya masuk University Church of St. Mary ni dan naik ke menara sempit untuk tengok kawasan Oxford dari atas. Dengan bayaran GBP4, saya pun naik. Memang sempit towernya dan kene naik sorang2. Kalau ramai2 tak muat. Macamni lah nak naik ke menara tu


Kira memang tak boleh berselisih la. Mujur time ni kami dengan satu keluarga cina je yang nak naik. Kira timing tepat la



So ini lah pemandangan dari atas. Semua bangunan berhampiran ni adalah Univeristy of Oxford. In fact semua kawasan ni pun adalah kawasan university Oxford. Sebab segala kolej2 tu milik dia jugak kan? Satu town ni universiti kau. Patutlah nak apply study je dah kene bayar. Baru apply. Dapat tak dapat belum tahu. Haa.. gila tak kaya. Tapi padan lah kan dengan kualitinya

Ada satu lagi Universiti kat Oxford ni nama dia Oxford Brooks Univeristy. Yang tu Abby cakap macam politeknik yang dinaik taraf la. Kira ITM dulu jadi UiTM. Camtu la. So yang tu bukan bawah Uni of Oxford. Uni tu kalau tengok modern sikit la


Keesokan harinya, kami melawat taman di Oxford pulak. Tapi sebab musim sejuk, takde lah bunga. Botanical Garden dia pun tak sesuai dilawati time winter ni. Nantilah spring saya datang lagi. Abby janji nak bawak naik sampan. Sejuk2 macamni nak bersampan hape. Pegang kamera pun menggigil. Asek nak letak tangan dalam poket je


Menyusuri tembok di tepi padang rumput yang menghijau ni. Saya pun tak tahu lah bangunan apa tepi saya ni. Ada rasanya Abby bagitahu tapi saya dah lupa. Ni nampak je macam panas ni. Tapi sejuknya mencucuk ke tulang. Belum tambah dengan angin lagi


Jalan punya jalan, sampai la balik ke jalan besar dia. Amek gambar lebih kurang, jalan lagi, singgah kedai beli Oxford merchandise macam tshirt lebih kurang dan berjalan lagi, dan balik lah semula ke rumah sebelum pulang semula ke kota London. (kota sangat. Dengar pun geli. Cheh!)



Macamtu lah lah lebih kurang yang dapat saya simpulkan untuk kali ini sempena trip saya ke Oxford. Pekan yang penuh dengan bangunan medieval dan sangat kekampungan. Kalau ada kereta, mau tiap2 minggu saya datang. Kira macam dr KL balik nilai la. London tu hiruk pikuk sangat, Oxfor ni tenang..

Sekadar itu la yang dapat saya kongsikan. Ada banyak lagi tempat yang saya tak pergi macam botanical garden dan muzium. Masa tak banyak dan cuaca pun jadi penghalang. Nanti musim bunga saya akan datang lagi insyallah. Kali ni untuk naik perahu pulak, menyusuri sungai. Eceh..

Tahun depan punya perangcangan lagiiiiiiiii banyak!

Tapi dapat tak dapat, saya hanya merancang.. Tuhan yang menentukan. Tapi saya tetap akan berusaha

So plan terdekat, mungkin sekali Manchester pada bulan February

Dan negara2 lain insyallah pada bulan2 berikutnya. Nanti kalau dah konfem baru saya cerita. Untuk sekarang, biar saya diamkan saja. Kita lihat bagaimana corak rezeki dan masa ;)

Ok, sekian dulu dari saya. Semoga bermanfaat

Sunday, December 29, 2013

Bila saya mencari Hartini

Keluhan itu saya lepaskan perlahan. Perlahan namun masih agak kasar jika didengar. Cursor di skrin komputer berkelip2 seperti hamba yang menanti disuruh tuannya berbuat itu ini. Kekal setia tanpa sebarang bunyi. Saya masih memandang kaku laman Google yang sudah beberapa hari menjadi peneman setia. Namun apa yang saya cari masih belum saya temukan. Walau berjuta pun patah perkataan yang saya taipkan

Saya sedikit kesal. Kesedihan tergambar di wajah saya, jika dapat kalian melihat. Sedih benar. Bagai anak2 yang tidak mendapat barang yang dihajati. Serasa mahu saja saya menjerit, menangis dan meraung sekuat hati sehingga mampu saya perolehi. Namun masakan bisa.

Apakah yang saya cari? Ya, saya mencari Hartini

Kotak memori saya masih mampu membayangkan wajah perempuan berkebaya, ayu, molek dan jelita. Kaku berdiri di sebalik pintu memandang pemuda yang basah kehujanan, berdiri tegak di tanah, meneleku memandang kakinya sendiri. Rambutnya lencun. Kemejanya kusut. Ya, dan saya masih ingat bahawa perempuan itu Umie Aida. Dan saya masih ingat bahawa pemuda itu Nasir Bilal Khan

Hanya itu babak yang masih segar di ingatan saya. Hanya yang itu

Saya tidak tahu tahun berapa saya menonton entahkan drama entahkan filem yang berjudul Hartini itu. Namun saya tahu judulnya Hartini. Saya tahu kerana dengan usia sekecil itu saya sudahpun habis mengkhatam novel Hartini yang saya jumpa di dalam almari buruk di rumah ibu saudara saya. Menyelak dan membacanya diam2. Dari satu muka ke muka yang lainnya. Makin lama makin asyik. Makin lama makin menarik. Ya, saya masih ingat itu. Mungkin sekali sekitar tahun 1992 atau 1993

Ya, dan novel itu sangat terkesan. Sangat mengesankan. Walaupun jika dibaca oleh seorang kanak berusia sekecil saya yang masih di dalam darjah dua atau tiga. Saya tertarik dengan bahasa yang baik dan indah dari kecil sampai dewasa. Saya sayang bahasa dan budaya saya sejak saya mula mengenalnya.

Saya mungkin sekali seorang kanak2 pemikir. Mungkin!

Dengan bantuan Google di penghujung tahun 2013 ini saya mampu mendapatkan informasi bahawa babak yang masih basah dalam ingatan itu datang dari telefilem atau drama Hartini yang diarahkan oleh Erma Fatima dan ditayangkan pada hari raya kelima sekitar tahun 1995. Ya, dan terbuktilah bahawa memang Umie aida yang melakonkan watak Hartini tersebut

Dan banyak forum2 yang menyentuh tentang drama tersebut namun tidak banyak yang mengetahui perincinannya dengan lebih lanjut. Khabarnya drama tersebut telah ditarik balik hak tayangan dan difailkan saman kerana Erma mengadaptasinya dari novel karya Aziz Afkar yakni novel Hartini. Ya, itulah novel yang saya baca. Sayang sekali, dua buah karya hebat, samada yang ditulis atau yang dilakonkan, tidak dapat dihayati oleh orang ramai hanya kerana proses penghasilannya tidak melalui jalan yang betul

Kalaulah Erma memohon keizinan untuk menghasilkan sebuah drama yang diadaptasi jalan ceritanya dari karya Aziz Afkar, sudah tentu saya dapat menonton drama itu hari ini. Malah mungkin ia akan menjadi lebih popular dari filem Ombak Rindu yang digembar-gemburkan itu sendiri. Pada saya, siapa yang mengatakan bahawa Ombak Rindu itu sedih, mereka tentu belum pernah menghayati Hartini. Dan belum pernah kenal Haryati (dari novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck). Dua novel hebat karya Hamka dan Aziz Afkar ini saya pilih sebagai novel terulung untuk saya. Lantaran jalan ceritanya yang halus dan mantap. Begitu tulus dan tegap. Begitu mengkhayalkan namun masih lojik. Begitu berat namun tidak memberatkan. Ringan tetapi tidak meringankan

Alangkah hebat mereka menulis cerita. 'Seolah2 sebelum titik air mata saya membacanya, air mata mereka juga tidak sedikit yang tumpah'. Hanya sesuatu yang dari hati mampu turun ke hati. Ya, hanya sesuatu yang ikhlas dan tidak minta dibalas mampu menghadiahkan pengiktirafan jiwa dan perasaan

Saya mengeluh lagi. Menarik nafas dan menghembusnya perlahan. Saya begitu rindukan diri saya yang ini. Diri saya yang hanyut dan terbuai dalam rona jiwa yang hanya saya dapat menilai. Dan saya tahu, selalunya tulisan2 yang begini jarang diminati pembaca. Untuk kebanyakan orang, menghayati dan menjiwai adalah kerja berat. Yang mana untuk saya kejiwaan itu sesuatu yang mengharukan. Dengannya saya dapat terbang ke mana saja tanpa pasport dan tiket di tangan. Dengannya saya dapat merasa deru bayu nusantara yang sudah lebih tiga bulan saya tinggalkan. Dengannya saya dapat merasa denyut cinta tanpa percintaan. Dengannya saya rasa dibelai walaupun tanpa belaian

Mungkin sekali seperti watak Andy Dufresne di dalam filem Shawshank Redemption (yang juga sebuah filem adaptasi dari novel karya Stephen King). Yang mana beliau bebas walaupun terpenjara. Mampu berlari walaupun dipagari. Boleh mendidik walaupun diherdik. Hanya kerana alasan 'kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau'..

Ya, tetapi tidak ramai yang mampu faham bahasa jiwa, bahasa hati, bahasa seni

Saya rindukan kedamaian jiwa. Rindukan kesantunan Hartini dan kerendahan hati Amli. Dalam dunia serba moden dan mencabar ini, segala yang semacam itu telah hampir pupus. Tiada. Hapus. Hangus. Kosong. Lopong.

Tidak ada lagi manusia yang bergerak atas landasan jiwa. Atas laluan hati dan lorong nurani. Ya, kalau ada pun jarang sekali

Saya masih lagi mencari Hartini. Novelnya saya sudah ada. Terima kasih kepada pembaca budiman yang menghadiahkannya kepada saya. Jauh novel itu datang, merentas benua dan negara. Terkesan. Seperti ada sesuatu yang tersangkut di hati saya, tersimpul dan tidak dapat saya leraikan. Dapatkah saya ucapkan rasa terima kasih ini kepada beliau? Hanya doa dan harapan saya panjatkan, agar hidup dan matinya dalam limpah rahmat Tuhan Azza Wajalla

Saya akan menanti dan terus mencari. Kalau2 suatu masa nanti saya terjumpa dengan gerangan manusia yang ada menyimpan drama tersebut di dalam simpanannya. Semoga nasib menyebelahi saya

Dan selalunya beginilah yang terjadi bila saya mencari Hartini. Kerana tanpa sedar saya sebenarnya menjadi Hartini..

Friday, December 20, 2013

Burgess Park and Winter Wonderland, London

Salam kawan2 tersayang. Maaf baru berkesempatan menjenguk laman yang kian usang buruk. Walaupun buruk masih kekal kukuh dan padu, begitulah hendaknya selama mana Tuhan masih sudi meminjamkan nyawa

Saya sibuk betul dua tiga minggu ni. Sebelum cuti Krismas, segala report minta dihantar, segala kerja minta diberes. Jujur, saya hanya memerap di dalam bilik, keadaan saya sugul, makan pakai tak menentu, kesihatan juga tidak secemerlang ketika bersuka2. Memang benarlah kita ni hamba yang hanya suka kepada perkara yang molek2 saja

Namun yang sugul, murung, kusam, kelam dan payah itu saya tidak mahu ceritakan kepada anda. Biarlah saya saja yang mendepaninya dengan sabar dan tabah. Yang penting harga jaya ini bukan murah

Sungguh bukan mudah dan bukan murah

Kini Alhamdulillah, saya mampu menarik nafas lega (walaupun sebentar) sebelum memulakan kembali pengajian di tahun hadapan. Wah.. Tahun depan sangat. Berapa minggu je lagi. So sekarang saya mahu cuti. Semua orang perlu rehat. Muktamad!

***

Burgess Park

Kali ini saya mahu kongsikan dengan anda tentang taman yang pernah saya ceritakan sebulan yang lepas dalam entri ini. Seperti biasa saya akan bercerita dengan gambar. Silakan menonton ;)


Ini Burgess Park yang berada di dalam kawasan kejiranan saya. Saya selalu ke sini berjalan kaki. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 5 minit. Kalau langkah besar macam mat salleh, mungkin sekitar 2 minit je dah sampai. Sangat dekat.


Sinaran matahari adalah anugerah paling berharga buat saya di London ini. Kalau ada matahari, saya memang akan mencari peluang untuk bersidai dan berjemur. Dulu saya sangat pelik, pelik bila tengok kenapa mat salleh suka sangat berjemur. Rupanya ia bukan faktor mat salleh. Ia faktor apa yang anda perlukan yang bersesuaian dengan tempat anda. Di Malaysia dulu kalau panas terik saya naik menyampah, malah selalu menyumpah2 kenapalah panas sangat. Sekarang dah takde baru tercari2. Camtu lah selalu manusia kan


Masih terdapat saki baki dedaun yang belum gugur. Menanti ketibaan musim sejuk yang bakal datang. Tapi yang sekarang ni pun dah sejuk sangat untuk saya. Suhu dalam bulan ini adalah sekitar 1-7 darjah celcius di tempat saya. Kadang2 berteman kabus, kadang2 berteman mendung, selalunya bertemankan hujan. Dan jarang2 sekali matahari muncul galak seperti hari saya merakam gambar ini


Dengan cuaca sebaik ini, tentu bukan saya seorang je yang mahu mengambil manfaatnya. Ramai orang keluar berjogging, bersenam, berjalan2 dengan keluarga atau sekadar membuang2 pandang. Sangat indah dan mendamaikan


Yang datang dengan anak2 kecil takkan sekali2 melepaskan peluang memberi itik, angsa dan burung2 makan. Saya pun macamtu. Selalunya saya ke sini dengan saki baki roti yang dah expired. Saya akan koyak kecik (kalau rajin saya potong) dan tabur pada itik2 dan angsa2. Berebut2 dorang makan macam lapar sangat tengoknya. Tapi maybe memang lapar kot sebab sejuk2 ni cepat terasa lapar!


Tasik di Burgess Park yang mententeramkan jiwa. Dari dulu saya memang suka dengan alam semulajadi. Dan tak sangka dekat dengan rumah sekarang ni Tuhan hadiahkan kurniaanNya yang semakmur ni. Saya bersyukur sangat. Bersyukur Tuhan tentukan saya ke sini. Yes I am alone, but never lonely! ;)


Entah apa lah yang buat pagar buruk pun nampak cantik. Entahkan hawa dinginnya, entahkan dedaun keringnya, entah lah apa. Namun segalanya mendamaikan di sini. Walaupun jalan sorang dan kedinginan, jiwa saya hangat dan kebasahan. Tuhan sangat mengenali hambaNya. Ya, Dia benar2 kenal saya. Terasa banyak yang dipinjamkannya, tak mampu untuk saya mensyukurinya dengan seribu tahun ibadah. Terlalu banyak

Apakah cukup kesyukuran saya?


Sebuah rumah yang berada betul2 di tepi tasik Burgess Park. Kalau tingkap bilik saya la yang mengadap tasik ni, stadi tak dapat distinction jugak tak tau lah. Punyalah helok panorama


Keluarga yang macam saya jugak. Datang bagi burung2 makan. Buat pahala percuma. Bukan susah mana. Kalau kita gembira, kan best kita kongsikan dengan semua. Biar sama2 rasa gembira. Ni tak, nak kaya, kaya sorang. Nak senang, senang sorang. Kau gaji banyak takpe. Orang gaji banyak tak boleh. Kau makan sedap takpe, orang lain biar makan nasi lauk kicap je. Helok sangat perangai kan? #mohonterasa


Angsa2, itik2, merpati dan burung di London ni memang bersaiz besar dan berbulu lebat. Macamtu jugak dengan kucing dan anjing mereka. Bulunya tebal dan nampak berat. Pandai Tuhan tentukan sesuai ikut keadaan. Ye lah kalau orang boleh lah nak sarung sweater ke jaket, kalau binatang pandai la pulak nak menyelimutkan diri. So Allah siap2 dah sediakan bulu yang tebal untuk binatang yang kat sini. Perfect!

Terbayang kucing Malaysia yang halus2 kalau bawak datang sini, mahu kejang! Sejuk gila macam dalam peti ais

Itu lah sekadar gambar2 Burgess Park yang dapat saya kongsikan. Lawa kan? :) Saya memang akan selalu ke sini. Bila saya mahu berjumpa matahari dan bila saya sudah terlalu muak dengan kertas2 dan buku2. Saya akan datang hanya untuk bermenung

Bermenung2 juga satu kurniaan. Terima kasih ya Tuhan ;)

***

Winter Wonderland

Dan yang ni saya nak ceritakan tentang Winter Wonderland yang ada di Hyde Park hanya di waktu musim sejuk. Nama pun winter! So bila nak dekat2 krismas ni ramailah umat manusia di London ni yang bertebaran membuat persediaan sambutan hari raya mereka.

Dan sempat juga saya ke sana menjenguk2 keadaan. Nah saya kongsikan


Winter Wonderland ni ala2 tempat funfair gitu kalau kat Malaysia. Kira macam Danga Bay la. Ada gerai2 jualan, permainan budak2, permainan orang dewasa, kedai makan, kedai tikam2 dapat bear, camtu lah lebih kurang. Time saya pergi ni weekdays. Kira keserabutan dia masih boleh diterima lah. Kalau pergi malam minggu memang tak dapat jalan lah kak non oi. Tersangatlah ramai umat

Macam kita lah kot nak dekat2 raya. Tapi kita kalau raya haruslah tak ke fun fair kan. Tapi pergi expo2 baju raya, pasar karat, gerai2 jual kerepek dan kuih raya macam Plaza PKNS.. Ha macamtu lah lebih kurang


Kedai2 tikam (saya tak tahu nak panggil apa sebenarnya. Bagi saya kalau bayar duit pastu baling2 bola, tembak2 rabbit, masukkan gelung bagai ni semua saya panggil tikam. Haha bedal lah). Kedai2 yang bagi hadiah bear bagai ni memang lah banyak. Saya haruslah tak termakan dengan pujukan benda2 macamni. Tak terliur pun nak main. Bear pun saya tak suka. Saja datang cuci2 mata


Pelbagai permainan yang disediakan bermula dengan GBP1 sampai lah GBP8. Marry go round la, ferris wheel la, semua lah ada. Ribut, bising dan sesak. Lagu krismas sana sini berkumandang dan kat mana2 ada orang pakai topi krimas (Christmas knit) yang macam santa calus pakai tu. Hari raya dorang kan.. Layankan aje la


Kedai2 beer and wine yang hok macamni memang banyak sangat lah. Gaya macam kedai jual air cincau, air cendol, air bandung yang ada kat pasar malam tu. Kira macamtu lah lebih kurang. Minum pakai cawan plastik. Dorang minum beer tu macam minum soda je kot. Dah terbiasa so kalau setakat secawan tu tak mabuk agaknya. Sebab saya tenguk selamba je mak bapak bagi anak2 kecik minum beer time dorang dahaga. Kesah. Coca cola kot gamaknya.. Saya mampu tengok je la. Terbayang2 air tebu air kelapa.. Hmmm....


Kopi, hot chocolate, waffles, bagel, churros.. memang lah murah kat negara orang putih ni. Dah memang makanan dia ye tak. Beger, hot dog segala memang banyak lah jual tempat2 macamni. Tapi nak dapat yang halal memang bercinta la kan. Ko bawak je sandwich dari rumah. Habis cerita. Semua lah ada kat sini. Yang takde kopok lekor ngan bebola cucuk2 sebatang singgit yang jual atas lori tu je. Haa yang tu takde. Hmmm.....kan lagi sekali


Pokok krismas yang menjadi kebanggaan mereka bila sambutan krismas. Macam ketupat kita lah kot. Satu yang beza antara kita dengan dorang, hari raya kita banyak lagu sedih2. Lagu sayu2 gitu. Kalau dengar terasa sebak. Tapi krismas dorang tak. Krismas adalah hari dorang gembira. Semua lagu krismas rancak2. Memang takde can la nak nangis time krismas kiranya. Apa nak susah2 rindu mak kat kampung, ko balik lah kampung. Camtu la kiranya konsep dorang. So nak nangis kenapa kan? Hahaha


Antara gerai2 yang menjual barang2 cenderamata. Panjang pasar ni dari hujung ke hujung. Jalan je lah cuci2 mata. Nak membeli memang tak lah kan. Sebab mostly barangan yang dijual dalam ni lebih mahal dari yang di luar. So jadahnya nak beli kat sini. Saya bukan tourist okay


Ni lah pasar and gerai2 jualan dia. Macamtu lah lebih kurang yang dapat saya kongsikan untuk menambah pengalaman anda. Nak masuk Winter Wonderland ni percuma. Tak payah bayar. Tapi kalau nak main ngan nak beli kene lah bayar. Kalau takde duit, jangan sekali2 buat alasan tak boleh berjalan. Cari lah tempat yang tak payah pakai duit. Tapi kalau kau sendiri yang bergerak pun malas, nak sidai kain belakang rumah pun berkira, serius saya tak tahu nak nasihat apa

Bawak2 lah bergerak. Mulakan dengan menyapa jiran sebelah. Mesti lepastu pandai bawak diri. Ni dengan jiran pun kau menyombong. Aptb orang2 macamni. (Tapi saya tahu rakan2 pembaca semua baik2 dan budiman belaka. Ni orang lain. Bukan kita! Hahaha)

Ni kalau gelap macamni tang musim2 sejuk ni baru pukul 5 petang je sebenarnya. Maghrib pun masuk sekitar 3.50pm. Memang bab tu lah yang saya paling tak berkenan sangat. Sebab kalau stadi, sekejap je dah malam. So mind set kalau dah malam dah malas lah nak stadi padahal baru berapa jam je tengok buku. Nasib2..

Musim sejuk ni yang paling untung kalau puasa lah. Subuh pukul 6 suku camtu dan maghrib pukul 4 petang. Huntong woo. Tapi kau tunggu je lah puasa time summer nanti kan. Sahur pukul 2 pagi berbuka pukul 10 malam!

Mati!

Ok takpe. Bertabah je rasa semuanya. Semakin banyak pengalaman, semakin kita kenal dengan Tuhan ;)

Tu je yang dapat saya kongsikan kali ni. Ahad ni saya akan ke Oxford sempena cuti2 krismas. Tapi pulang semula ke London pada 24hb sebab member sibuk ajak pergi boxing day on 26th. Apa boxing day tu ayuh sama2 kita tunggu.

Saya akan ceritakan tentang Oxford pulak nanti kalau2 ada kelapangan

Terima kasih dan salam hormat. Jaga diri dan doakan saya di sini

Salam sayang,

Tini Omar

Saturday, December 07, 2013

Doa saya..

Doa saya agar rakan2 dan keluarga mereka yang sedang dalam musibah menghadapi banjir, dipermudahkan segala urusan

Doa saya agar segalanya berakhir dengan baik dan selamat, lalu kerja dan hidup dapat diteruskan

Doa saya agar tiada terjadi kejadian yang tidak diinginkan

Hati2 dalam musim hujan. Pandu perlahan. Hati2 dan pantaulah anak2 di musim banjir. Utamakan kebersihan dan kesihatan

Saya doakan semoga semuanya baik2 saja

Hanya doa dan harapan yang mampu saya hulurkan di kejauhan ini...

Tuesday, December 03, 2013

Perjalanan Ini

Percayalah saya menulis ini dengan air mata, di saat mendengarkan lagu ini..

Semoga ada kesedaran yang bertambah, kalau pun bukan iman yang bercambah...


"Perjalanan Ini"

Harga perjalanan ini bukan murah
Kalau pun dihimpun gedung bersusun
Kalau pun dikumpul harta bertimbun
Kerana ia perjalanan diri
Berjalan tanpa derap langkah
Berkelana tanpa arah
Berlayar tanpa kemudi
Umpama layang tak bertali

Perjalanan ini tidak mudah
Kalaupun ditadbir dengan kompas alam
Kalaupun ditaksir dengan peta dan kalam
Kerana ia perjalanan menghindar nafsu
Berjuang tanpa pedang di tangan
Beraksi tanpa sempadan
Bertempur dengan jiwa
Memerangi noda dosa

Namun aku akan terus berjalan
Sampai ke penamat segala garisan
Bertatih kepada Tuhan
Mengharap belas cahaya iman
Kalau pun sekadar dipandu biasan…

Tini Omar
London

2/12/13

Monday, December 02, 2013

Paris on foot

Saya akan sibuk dan tegang selepas ini sampailah bermulanya cuti Krismas. Jadi sebelum saya menyibukkan diri dengan writing assessment dan presentation, saya kongsikan dulu gambar2 trip ke Paris tempoh hari.

Selamat menonton!


Tiket Eurostar dari St. Pancras International di London ke Gare Du Nord Paris berharga GBP130 pergi balik. Kira2 RM650 duit kita. Perjalanan mengambil masa lebih kurang dua jam 15 minit.


Beginilah rupa St. Pancras International. Lebih kurang macam terminal airport jugak. Ada imigresen, pemeriksaan bagasi, ruang menunggu dan lain-lain.


Tiba di Gare Du Nord. Macamana rupa keretapi dia, lebih kurang sama macam dalam movie Mr. Bean yang dia tertinggal keretapi tu. Saya tak sempat nak shot sebab dengan beg bagai, tak cukup tangan. Tapi memang macamtu lah lebih kurang ;)


Berjalan kaki ke hotel. Lebih kurang 1 kilometer. Bila dah duduk London, saya dah terbiasa berjalan kaki. So kalau setakat 2/3 km ni kira dekat lah bagi saya. Paris lebih sejuk dari London. Pipi saya merah2 bukan sebab blushing, tapi sebab kering dan kesat. Nampak lawa tapi sumpah tak selesa. Hahaha


Tiba di hotel, berehat dan sebagainya. Ukur tanah sekitar hotel dan keesokan harinya memulakan trip "Paris on foot" berbekalkan telefon yang takde roaming dan internet, sebuah peta yang telah dikaji sehabis baik dan duit euro yang dijaga rapi.


Kawasan sekitar Gare Du Nord. Bangunan yang memikat walaupun sekadar rumah kedai. Kedai kopi dan kedai pizza yang bertaburan


Oh dan kedai yang ini pun ada. Sempat saya tembak untuk tatapan. Saya tak masuk, jangan risau. Hahaha


Tak segan untuk saya katakan bahawa Paris atau Perancis adalah negara yang selfish. Mereka tak pernah mempedulikan samada pelancong mereka faham atau tidak tanda jalan mereka yang SEMUANYA berbahasa perancis. Daripada papan informasi, sampai lah ke tandas, semuanya in french. Faham tak faham kau buat2 faham je lah

Negara kita sibuk nak memahamkan orang lain. Kalau tanda Jalan Tuanku abdul Rahman tu, segala bahasa dan tulisan nak diletak. Tiba2 saya terfikir, baik sungguh kita. Kita memang suka sangat nak memikir apa yang orang lain akan fikir tentang kita

Di Paris, NO. I don't care. Please speak French or don't speak at all.



Opera Garnier dari tepi. Selang satu bangunan dengan Lafayette Gallery yakni macam JPO lah. Tempat membeli belah yang saya tak masuk dan memang tak nak masuk. Bahaya!


Apalah Paris tanpa skulptur yang indah2 bukan? Terlalu banyak. Saya sekadar berkongsi sebahagian sahaja. Sangat berani dan daring mereka mengukir skulptur. Lagi sekali saya rasa mereka memang bersikap "I don't mind." It is in their blood and their culture



Opera Garnier atau dalam peta Place de l'opera di bahagaian hadapan. Memukau dan mengasyikkan. Saya terbayang Piramid Giza, Petra di Jordan dan Temple of Abu Simbel. Bagaimanalah agaknya jika saya dapat melihat binaan2 itu dengan mata kepala. Pasti tidak ada kata2 yang keluar dari mulut saya selain 'subhanallah'!

Saya kagum dengan manusia yang membinanya. Tapi saya lebih kagum dengan Allah Ta'ala yang maha hebat kerana mampu mencipta manusia hebat yang dapat mendirikan bangunan yang juga hebat. So, the credit goes back to The Almighty Allah ;)


Yang ini place de la Madeleine. Tetapi malangnya sedang di dalam pemuliharaan. Under construction. Saya rasa kerajaan Perancis pasti memasukkan peruntukkan pemuliharaan bangunan2 mereka di dalam bajet tahunan yang mana negara seperti Malaysia tidak perlukan. Bangunan kita banyak yang baru2. Kalau ada yang lama pun sibuk kita nak roboh nak buat baru. Modern la konon..


Berjalan dan berjalan lagi sehingga menemukan Place de la Concord yang mana terletaknya monumen ini dan roda besar ala2 eye of paris. Saya kesejukan, keletihan dan kelelahan. Tapi perjalanan saya belum berakhir. Saya mahu bertemu menara idaman itu. Lalu saya bersabar dan meneruskan perjalanan


Di kejauhan kelihatan Arc de Triomphe. Tapi saya tak berjalan ke arah sana. Saya memilih untuk menyusuri sungai sehingga tiba di Eiffel Tower.


Grand Palais yang sempat saya spot dari seberang sungai. Dan gigih berjalan ke sana. Indah dan memukau.


Menyeberangi sungai untuk ke Grand Palais. Harus berhati2 berjalan di Paris. Jangan bawa wang tunai yang banyak, jangan letak di dalam poket kerana banyak penyeluk saku dan mesti buat muka konfiden. Jangan layan orang yang datang mintak sedekah, jangan sain apa2 borang yang anda terima tanpa mengetahui dengan jelas butir bicaranya. Kalau orang suruh sain pun jangan sain. Biar dia marah dari kejap lagi kita yang marah. Hahaha


Pokok2 yang dah tak ada daun. Kalau kat Malaysia harus dah kene tebang. Tapi ye lah, kat sini kalau macamni bukannya mati. Daunnya gugur semasa musim sejuk. Dan memang lah sejuk yang teramat!


Palais de la Decouverte. Saya betul2 tak tahu apa sebenarnya palais tu. Palace kah? So, istana? Tak nampak macam istana pun. Mungkin sekali galeri. Saya cuba bertanya kepada orang awam. Tetapi malangnya saya tetap tak faham kerana mereka menerangkan sungguh2 kepada saya di dalam bahasa perancis juga. Namun saya tetap mengangguk2 juga dan mengucapkan Merci dengan senyuman. Ya, hanya mercy dan bonjour yang saya tahu. Sekadar itu

Saya menyesal tak belajar bahasa perancis. Menyesal sungguh2!


The Grand Palais dari sudut kirinya. Ramai orang beratur untuk masuk ke dalam. Oh ya, segala muzium dan galeri di Paris tidak seperti di London. Ianya berbayar. Anda harus membeli tiket masuk. Ada yang berharga Euro12, Euro18 dan Musee de Louvre yang menyimpan lukisan Monalisa pun tiketnya berharga Euro39 untuk pas masuk dua hari. Oh, sangat mahal. Mungkin lain kali saya akan ke Paris dan menunjungi muzium pula. Dan mengambil gambar rekaan dalaman mereka yang indah2. Untuk kali ini, cukup sekadar bergambar di luar sahaja

Kalau ada umur ke sini lagi. Mungkin dengan keluarga ;) siapa tahu


Petit Palais yang terletak berhadapan dengan Grand Palais. Sekadar merakam gambar tak sudah2


Dan pintu hadapan Grand Palais. Saya meneruskan perjalanan. Masih belum kelihatan menara jelita itu dari arah sini. Saya harus lekas bertemu dengannya. Misi saya belum dikira tercapai selagi bola mata saya tak dapat melihat menara itu walaupun dari jauh. Serasa saya belum tiba lagi pun di Paris!

Poyo sangat..


Dan setelah lebih dua jam berjalan, sayup2 kelihatan menara itu menjeling kepada saya. Oh namun untuk berada di bawahnya, saya perlu beberapa kilometer berbaki. Saya menarik nafas, meneruskan perjalanan berbekalkan azam. Azam yang saya simpan lama


Saya tak pasti samada saya mampu berjalan sejauh ini kalau di Malaysia. Jalan kaki dari stesen Bandaraya ke bangunan MARA pun saya dah mengeluh. Mungkin kerana faktor cuaca. Haba membuatkan kita cepat keletihan dan kehausan. Di sini saya berjalan jauh tetapi saya tak jugak berpeluh-peluh


Musee du Quai Branly yang terletak bersebelahan dengan Menara Eiffel. Berbayar dan saya tidak bercita2 utuk memasukinya di waktu ini.


Gambar ini saya ambil ketika saya terduduk keletihan. Keletihan tetapi dengan senyuman. Saya berjaya menemukan menara ini dengan berjalan kaki dan sekadar merujuk kepada peta yang berselirat. Saya tersenyum kepuasan. Keluar ucapan alhamdulillah tak sudah2. Segalanya terkawal, saya tidak diganggu, dicopet atau diberikan ujian buruk sepanjang berjalan kaki ke sini. Dan lama saya duduk memerhatikan bangunan ini yang sebenarnya hanyalah binaan dari besi2 yang banyak. Ya, hanya sekadar besi!


Besi!

Tidak ada batu, konkrit, kaca atau lain2. Hanya sekadar besi. Ia tidaklah setinggi mana dan kalau tengok lama2 terasa macam kelakar. Kenapalah saya beriya nak tengok ni dengan mata kepala? Binaannya saya kira tidaklah sesukar mana. Tidak ada skulptur tertentu ukiran wajah manusia, tidak ada ketinggian ajaib seperti Burj Khalifa yang setinggi 800 meter. Tidak ada binaan tertentu yang benar2 mampu melopongkan mulut saya.

Ya, tidak ada. Tidak ada yang ajaib. Ia hanya sekadar menara yang setinggi 300 meter, lebih rendah 150 meter dari menara berkembar Petronas kita, dan hanya sekadar empat tiang kaki yang mendokong satu tiang berdiri. Owh, apakah yang menariknya??

Hahaha.. *pelik dalam hati

Saya tersenyum lagi. Terasa bodoh sekejap. Namun akal saya lekas menjustifikasi bahawa mungkin sekali orang gilakan konsep dan rupanya. Ya, ia menara ringkas yang lawa. Beruntung Paris mempunyai Eiffel Tower yang saya rasa tak lah semahal mana kalau nak membinanya lagi satu di Malaysia. Tapi tu lah. Ia sebuah mercu tanda. Dan kalau dah nama mercu tanda, hanya akan ada SATU dalam dunia

Tak boleh dicipta2 lagi. Bukan tak mampu, TAK BOLEH!

Saya bukan arkitek. Saya bahaskan berdasarkan penilaian umum saya. Maaf jika saya salah meduga mengenai kesulitan membina menara seperti ini


Ya, inilah dia. Berjaya saya jejakkan kaki dan membuang2 pandang. Warnanya coklat gelap, tidak berkarat, nampak kukuh dan masih berfungsi membawa pelangcong ke ruang atas dengan tangga atau lift walaupun dibina sejak 1889!!! Bayangkan.. Ia menara glamer. Patutlah saya kepingin melihatnya


Setentang dengan menara Eiffel, Ecole Militaire atau Millitary School yang dibina sekita 1750. Kira Maktab Tentera Diraja lah kalau kat Malaysia. Saya tak jalan dah sampai sana. Sangat penat dan tak larat. Saya singgah ke kedai makan, mencari buah tangan untuk keluarga, sanak saudara dan rakan2 di Malaysia, dan sekadar berehat menunggu hari gelap.

Tidak ada kemudahan surau di kawasan sekitar. Dan kalau di London selalunya kami solat di quiet room ataupun fitting room kompleks membeli belah. Tetapi sekitar kawasan Eiffel Tower ini tidak terdapat satu pun prasarana yang semacam itu. Maaf kalau sebenarnya ada tapi saya yang tak jumpa


Eiffel sekitar jam 5 petang. Selepas mengambil gambar malam lebih kurang, saya menaiki teksi ke hotel Novotel Orly Rungis untuk bertemu rakan saya dari Malaysia. Saya bermalam di sana, sempat makan maggie, berborak panjang dengan bahasa melayu, dan keesokkan harinya menaiki teksi semula ke Gare du Nord untuk pulang ke London



Ya, di stesen Gard du Nord menanti ketibaan Eurostar yang akan membawa saya pulang ke pangkal jalan. Kepenatan, keletihan, kepuasan dan kesyukuran

Sekadar itu lah yang dapat saya kongsikan dengan anda sepanjang 3 hari 2 malam saya di Paris. Saya tidak menaiki apa2 kenderaan awam kecuali teksi untuk ke hotel. Jadi saya tidak tahu bagaimana kelancaran perkhidmatan awam mereka

Apa yang ringkas yang boleh saya perkatakan mengenai Paris, ia sama sekali berbeza dengan London! Ya, orang2 di Paris lebih selfish, lebih sombong, lebih kasar, trafik jalanrayanya lebih deras dan melulu, papan tandanya kurang dan tidak menentu, tidak ada peta di tempat2 menarik untuk membantu pelancong yang hadir, persekitarannya 'nampak' tak selamat dan kurang restoran halal.

Tapi ia bandar yang menarik. Menarik untuk dijadikan pembelajaran. Namun jika boleh memilih, saya memilih untuk terus tiggal di London kerana orang, budaya, dan bahasanya sangat mesra manusia. Mesra manusia2 yang macam saya ;)

***

Entahlah saya akan ke Paris lagi atau tidak. Kalau ada umur dan peluang, apa salahnya. Dan kali ini kalau kembali lagi, saya mahu berjumpa Monalisa pula. Ya, saya tak sempat ke Musee du Louvre dan muzium2 yang lain. Saya akan datang nanti dengan duit yang memang saya khaskan untuk ke muzium sahaja. Ya, muzium mereka yang tidak percuma

Monalisa bukan percuma!

Saya juga akan datang kembali dengan lebih dari sekadar bonjour dan mercy.


Ya, route perjalanan saya (yang bertanda kuning). Sekitar lebih kurang 10-12 batu (darab 1.6 utk kilometer) berjalan kaki. Oh, apalah sangat perjalanan ini berbanding hijrah dari Mekah ke Madinah ye tak?

Sedar2 kita memang takkan mampu menyamai watak2 besar itu walaupun sekadar menjadi debu di telapak kaki kuda mereka!

Betapa saya menginsafinya.. Saya perlu lebih banyak berjalan dan mentadabbur alam. Semoga hendaknya Tuhan memberi rezeki dan peluang

***

Sekian dulu dari saya di London. Diharap rakan2 pembaca dapat sedikit ilmu dan pengalaman hari ini ;)

Salam sayang, Tini Omar