Air mata itu bergenang, tetapi tidak mahu juga ia jatuh ke pipi. Hati membungkam, seakan tidak mahu lagi ia berkata2 kepada sesiapa. Terutamanya kepada alam yang sememangnya melukakan. Setiap wajah2 yang dikenangnya dulu, yang dirasakan butir dan denyut kasihnya, yang dihargainya segenap jiwa raga, tetapi kini wajah2 itu seakan memandangnya dengan pandangan kelabu. Dengan seyum tawar yang seperti mahu menyalahkannya atas segala apa yang berlaku
Air mata itu tetap bergenang di kelopak mata. Ditahannya kesedihan yang amat menggila. Rasa terpinggir ini, kalaulah mampu manusia2 mengerti. Kelainan dan perbezaan tercipta dan bukanlah diciptakan dengan sengaja. Kalaulah mampu dilukiskan dengan deru kata2
Sudah lama penanya tak bertinta. Sudah lama sangat dipendamnya segala kata2, lebih2 lagi kata2 jiwa. Dia manusia, dengan akal dan rasa; dengan ilmu dan iman yang seperti orang lain juga. Tetapi jauh sangat letak duduknya di samping masyarakat dan kenalan. Segalanya bagai terasing dan diasingkan
Air matanya jatuh perlahan, disekanya dengan hujung lengan bajunya yang lusuh seperti dirinya juga. Lusuh dan buruk di pandangan manusia. Fikirnya selama ini dia diberikan teman suka duka, tempat mengadu nasib dan rundungan masalah. Rupanya tidak.. Yang mengasihi dengan sepenuh hati itu cumalah dia saja. Dia sebenarnya masih keseorangan dalam hingar bingar keduniaan
Setiap manusia yang lewat di dalam hidupnya, yang berjaya muncul di pandangannya, dikasihinya dengan sepenuh kasih lagi sayang, biar siapa pun mereka. Lalu dia menganggap bahawa dia juga dikasihi dan disayangi dengan kadaran yang sama. Rupa2nya tidak. Hakikat itu diterimanya dengan perit dan pahit. Sesalan tiba2 membangkit dan membukit
Persoalan ‘kenapa’ yang terlalu banyak bermain di mindanya, ‘kenapa’ yang hujungnya terdapat berbagai telahan dan olahan, tidak satu pun dapat dicarikan jawapan. Fikirannya tepu, seakan tidak mampu dimasukkan walau sezarah pun lagi masalah. Cukuplah apa yang dilaluinya ketika umur masih muda. Sudah terlalu banyak rahsia dan cereka yang dipendamnya bulat2. Diratahnya gigih dan tekad juga semangat
Manusia lain mana tahu….
Di sini dia masih berdiri. Entahkan sebagai seorang manusia yang bernyawa, atau bangkai yang membusuk sahaja. Entahlah. Tiada siapa yang sudi menerimanya, menerima cinta dan tulus kasihnya. Sedangkan yang namanya cinta itu tentulah dari Tuhan juga. Tidak kiralah siapa pengirim dan penerimanya..
Tapi manusia mana lah faham denyut rasanya…
Dan kalaulah mampu dia nyatakan, betapa luhurnya kasih sayang yang dicurahkan kepada insan yang dicintainya itu, kalaulah mampu. Hari ini seakan2 terasa yang kasih sayang itu akan diabaikan esok lusa. Orang2 yang mengaku sayangkan dirinya, entah benar atau tidaklah mereka mengungkapkan kata2. Kenapa mesti dijaga hatinya? Jika tiada lagi cinta, maka khabarkan saja. Tidak sanggup rasanya menonton lagi segala bentuk sandiwara
Namun, jika memang benarlah si dia itu mencintainya, mencintai dan menyayanginya dengan segenap jiwa, biar siapa pun dia, mati atau bernyawa, kaya atau tidak lagi berharta, akan dibalasi setiap kilas kasih hingga ke akhir nanti. Dia manusia yang berbudi dan sangat tahu membalas budi. Dan yang itu dia amat pasti
………………………
Air mata yang mengalir ke pipi itu telah lama kering sendiri. Tiada lagi jemari yang mahu menyekanya dengan lembut dan mesra. Dia kan musuh semua, musuh hidup, alam dan dunia. Biarlah, dia tidak lagi peduli kepada bisikan2 alam. Asal saja TIDAK dia menjadi musuh tuhan, Tuhan yang sememangnya lebih mengerti dan tidak pernah mengecewakan… Tidak juga menghampakan….
………………………
Sayang, adakah dirinya bakal dikecewakan??

..............
..............