Monday, April 19, 2010

Yang namanya hati itu..


Yang namanya hati itu telah koyak
Takkan mampu kau cantumkan
Takkan mampu kau sematkan
Takkan mampu kau pulihkan

Biarpun kau jahit dengan bebenang cinta
Yang bersulam kenangan paling indah

Atau kau sematkan dengan bebutang rindu
Yang berlilit kalbu paling syahdu

Atau kau sapukan dengan ramuan kasih
Yang berjampi sayang tak tertagih

Parut ini takkan mampu padam
Kerana luka ini terlalu dalam
Untuk sekadar disapu kalam yang meniggalkan bekam…
.
.
.
mahkota cheras
19 april 2010

Tuesday, April 06, 2010

Aku bukan kamu


Aku bukan kamu
Kamu bukan aku
Terlalu jauh kita
Biarpun dekat di ruang mata

Kamu bukan aku
Aku bukan kamu
Terlalu beza kita
Biarpun nampak sama

Aku tetap aku
Kamu tetap kamu
Takkan mampu kita
Seiringan sentiasa

Aku sayang kamu
Kamu sayang aku
Namun sekadar itulah
Sekadar sayang yang tiada hala..
Mahkota cheras
6 april 2010