Wednesday, October 27, 2010

Cinta dan Fatehpur Sikri

Buku putih itu nipis saja. Hanya sekitar 100 halaman. Aku habis membacanya tidak sampai dua jam. Aku senyum. Gembira kerana kini aku mula mahu membaca. Sedangkan membaca dulu adalah perkara yang paling aku suka. Aku membaca tak kira masa. Biar di terik mentari atau di terang purnama. Namun kesukaan itu lekas pula terhakis. Entahkan oleh kelelahan atau oleh faktor kemalasan saja. Aku sendiri kurang periksa

Bulan Tak Bermadu di Fatehpur Sikri itu ceritaya sangat ringkas. Namun padat dengan nilai cinta dan kekeluargaan. Memang seronok menyulami dua kisah yang dengan sendirinya menjadi bagai ukuran perbandingan. Yang susah dengan yang senang. Yang kasih dengan yang sayang. Yang baru dengan yang lama. Yang suka dengan yang duka. Ah, sasterawan memang pandai bersastera. Kerana itu membaca buku2 mereka lagaknya seperti berterbangan mencari makna. Indah!

Kadang2 cinta hanya akan menampakkan wajahnya bila kesukaran menjelma. Waktu senang girang, semua orang boleh mengaku sayang. Ketulusan dan keluhuran cinta itu sukar dijelmakan dalam suasanan aman. Namun bila berlaku kekocakan, meski dalam institusi kekeluargaan ataupun sesebuah hubungan, barulah ikhlas dan tulus itu dapat disaksikan. Bukan mudah meniti titian usang bersama2. Sedang manusia sering saja mahu berlari memanjat jambatan gembira

Berbalik kepada kisah Fatehpur Sikri itu, sebagai lelaki, Rehman tentu saja berasa malu terhadap Neeta kerana tak berupaya memberikannya bahagia. Bahagia yang sebetulnya perlu menyusur setelah manusia mngungkapkan cinta. Namun itu jugalah kebesaran cinta. Jika tidak betul cinta, maka tidak pulalah Neeta masih berada di sisi Rehman dalam keadaan yang serba kedhaifan. Nah, itu kan pelajaran. Cinta menjadi jambatan hubungan

Sejenak terkenangkan pesanan aku kepada para pelajar. Tatkala kami membahaskan apakah yang lebih utama, adakah cinta atau harta. Dan kataku, nanti di tahun2 akan datang, bila uban menjadi perhiasan, bila kedutan di wajah menghias pandangan, hanya cinta saja yang mampu menghangatkan hubungan. Nanti bila tiada gedung yang mampu di susun, bila tiada wang ringgit yang mampu dihimpun, hanya cintalah yang tinggal sebagai pusaka. Bila tanah menimbus tubuh, lalu tinggallah anak adam bertemankan kegelapan, hanya yang namanya cinta menjadi nyalaan. Maka itulah gunanya cinta

Kerana itu aku katakan di awalnya, cinta menyembunyikan diri dalam hilai tawa. Ia cuma muncul dengan derai airmata. Perkahwinan memerlukan kegairahan bercinta. Banyak juga rumahtangga yang survive dan hidup meskipun tanpa passion dan cinta. Ya, tetapi hidup dan survive yang bagaimana? Sekadar menjalani kelangsungan hidup? Sekadar meneruskan apa yang perlu? Tidak.. Bukankah segenap kehidupan ini adalah untuk dinikmati. Menjadi nadi untuk mengumpul bekal di negeri abadi

Sayang manusia jarang nampak kepentingannya. Kepentingan ‘gairah’ dalam rumahtangga. Namun gairah yang fizikal, pandai pulak manusia menghargainya.. Pelik!

Orang bernikah, kita bernikah. Namun di sebalik ikatan nikah itu sendiri, ramai yang lansung tidak mengerti. Orang berkahwin, kita berkahwin. Namun sulaman yang terjalin, jarang sekali diperhalusi. Kerana itu passion jarang hadir dalam hidup berumahtangga untuk sebilangan manusia. Senda gurau jarang diangkat menjadi sumbu yang menyalakan cinta. Nasihat dan teguran selalu saja digantikan dengan jerit pekik dan kemarahan. Macamlah keberangan itu dapat memberikan sejuta belaian

Ah, lantak mereka lah. Sekurang2nya mereka berumahtangga sedang kau sendiri?

…………………

Berbalik kepada tanah kejayaan Fatehpur Sikri, Mansor dan Zawiah sendiri, mereka masih terlalu muda dalam perjalanan cinta. Episod rumahtangga itu baru bermula. Halaman asmara itu baru saja dibuka. Kehangatannya masih terasa. Kalau dalam pembacaan, kisah cinta mereka masih lagi di bab2 yang pertama. Belum lagi masuk ke episod2 yang merencahkan suka duka

Hidup kalau selamanya dalam bulan madu memanglah indah. Ke sini ke sana berdua. Bebas bergelak ketawa dan bermesra tanpa ada siapa pun berkata apa. Namun hakikat hidup di dunia ini bukanlah manis seperti madu. Kerana manusia tidak berseorangan mendepani alam. Ada banyak hati dan mata yang perlu dijaga, lalu sebenarnya mengorbankan hati dan jiwaraga si penjaga

Cinta. Ramai dan boleh dikatakan semua mampu lakukan. Tapi pengorbanan, kalau adapun mungkin hanya insan2 yang dipilih tuhan…


-Bulan Tak Bermadu di Fatehpur Sikri karya SN A. Samad Said

Tuesday, October 19, 2010

Konvo MUCH 2010



Siapa di atas itu?
Di atas itu lah saya :) Dan gambar kedua saya bersama rakan2 sekerja

Anda berada di mana?
Saya berada di majlis konvokesyen MUCH kali ke 4. Di PICC Putrajaya

Kenapa anda boleh berada di sana?
Saya berada di sana kerana dijemput sebagai barisan akademik MUCH. (Sebenarnya dipaksa datang- compulsory.. so tak boleh la ponteng :P hik)

Oh.. Emm.. Anda nampak sangat gembira ya?
Sudah tentu.. Saya gembira menjadi sebahagian dari warga2 pendidik. Saya gembira kerana lebih kurang 2/3 tahun yang lepas, saya pernah berangan2 mahu berbaris sebagai pendidik yang mengucapkan tahniah kepada pelajar2 saya di hari konvo mereka. Pernah berangan2 menjadi sebahagian dari mereka yang berjaya. Dan angan2 itu kini menjadi nyata! Yeayyyy :P

Oh tolong jangan over ye cik. Tapi, adakah anda berkonvo sekali?
Oh sudah tentu lah tidak. Kerana Konvo untuk Master saya besar kemungkinan di tahun hadapan. Dan dah tentulah dengan jubah yang berbeza. Dengan warna dan lilitan lengan yang berbeza :) owh.. sangat tak sabar!

Kalau anda tidak berkonvo, kenapa anda berjubah dan ber'mortar board'?
Kerana saya kan barisan ahli akademik yang beratur di belakang 'senate members'.. Sudah tentulah saya juga berpakaian seragam

Anda kedengaran sangat berbangga ya?
Kenapa tidak. Saya harus berbangga.. Dan saya memang berbangga. (Jangan la jeles)

Oh.. Adakah anda pasti anda seorang academician?
Atas asas apakah anda bertanya soalan itu? (Minta maaf, saya telah menjawab soalan dengan soalan)

Kerana sekali tengok, anda juga kelihatan seperti para pelajar yang menerima penganugerahan mereka
Hahaha.. Ya.. Kerana saya kan seorang cikgu tua yang berjiwa muda.. :P hik. Suka!

Ok cukup cik. Terima kasih kerana sudi ditemuduga
Sama-samaaaaaaaa. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..

.................................

Dan nanti di tahun2 akan datang, kalaulah mampu aku sematkan kancing jubahnya, memperbetulkan mortar board di atas kepalanya, menjabat tangannya dan mendakapnya penuh mesra, sambil lembut membisikkan 'tahniah'.. Kalaulah sudi Tuhan tunaikan impian itu pula... Insya Allah...

Wednesday, October 13, 2010

Lagu untuk kamu

Lagu ini untuk kamu.. Ya, kamu. Yang jauh di mataku.. Lagu untuk kamu seorang. Agar baik2 sayang.. (^^)

Muslihah

Dia senyum. Dengan giginya yang rosak2 tinggal tunggul. Mungkin kerana dia terlalu banyak makan manisan. Tapi memang itu lah yang dia suka. Kadang2 dia minta gula2. Dan selalunya aiskrim saja. Paling tidak pun air 'kutak'

Dia selalu merenung aku. Kadang2 renungannya berjurus2. Kalaulah mampu aku fahami erti renungannya. Dia selalu memandang ke mataku. Dan selalu sangat dia ingin menyentuh cermin mataku itu. Dan mungkin kalau mampu, mahu saja dia menyuruh aku membelikannya satu. Tapi kalaulah dia tahu, cermin mata itu hanya utuk orang yang rabun. Rabun seperti aku. Cukuplah rabun, jangan pula buta. Tapi kalau buta pun tak mengapa, asalkan celik jiwa

Dia selalu merengek. Kadang2 menjerit menangis. Membingitkan mak dan kakak2nya di rumah. Tapi dia budak bijak. Dia budak cergas dan tak pernah tahu duduk diam. Waktu berdua dengannya ke Bandar dulu, dia duduk tenang di sebelahku. Aku bawa dia jalan2 di restoran makanan segera itu. Dia senyum. Aku suapkan ayam, suapkan kentang, hulurkan minuman. Dalam kereta, bila dengar lagu Puspa, aku cuit dagunya, senyum padanya dan dia ketawa. Aku rindu dia. Rindukan senyuman dan panggilan manjanya

Kadang2 dia suruh aku memandikannya. Dan menyarung bajunya. Lalu menyisir rambutnya dan membedakkannya. Dia nanti senyum lagi dan terus berlari. Perutnya buncit juga. Gemuk, subur. Tapi aku suka. Aku suka dia kerana gemuknya dia. Aku suka melihat perutnya yang buncit kalau banyak makan. Kadang2 kalau dia menyarung gaun lusuh itu, seakan terasa lucu pula. Gaun itu ketat di bahagian perut, tetapi dia tetap menawan

Pernah aku bawa dia bermain di taman. Dia tak pernah menangis kalau bersamaku. Mungkin kerana dia faham bahawa aku ini orang asing. Orang jauh dan anak dagang yang datang menumpang kasih

Aku pernah janji, untuk membelikannya basikal. Basikal buat dia pergi sekolah nanti bila dah dewasa. Ya, aku akan belikan juga satu hari nanti. Satu hari nanti bila dia tahu kayuh sendiri

Sekarang dia jauh dariku. Dan mungkin tidak mampu didekatkan lagi. Waktu dia memegang pipiku, menghalakan pandangannya kepadaku, lalu diam2 menyentuhkan bibirnya ke bibirku, aku jadi sebak. Mungkin dia terlalu menyayangiku. Dan kalaulah dia mampu tahu betapa aku juga menyayanginya

Dan senyumannya sentiasa bermain di ingatanku. Teringin sekali menggenggam jemari kecilnya, memanggil namanya dan mendakapnya sepenuh jiwa.

Nanti kalau aku mampu jumpa dia, dia mungkin telah dewasa. Dan waktu itu, dia tentu saja takkan mampu mengenaliku. Memikirkan itu, hati jadi sebak. Tak mengapalah, asalkan aku mengenalinya dan akan terus menyayanginya

Baik2 sayang cikgu. Cikgu sayang kamu!

Hanyut


Harus bagaimana lagi
Dan terus begini
Dengarkan aku
Lihat ke mataku

Cukup sudah kau menghukum
Salahku tetap salahku
Benarkan ku berbicara
Agar bisa pulih semua

Namun harus sampai bila
Kau kan diam seribu bahasa

Chorus
Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Fahamilah ku tak mampu terus tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja

Saat mata terpejam
Hanya kau ku terbayang
Menghapus semua segala rasa di jiwaku

Saat mata terbuka
Kamulah yang pertama
Tak mampu aku
Bayangkan
Hidup tanpa dirimu

Ulang Chorus

Aku memang bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Dan tapi dah ku sedari
Segala perit kau lalui
Ku terlupa kau terluka

Dan memang selalu
Aku bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Meninggalkan mu
Dan tetapi itulah aku sedari
Segala perit yang kau lalui
Kerna diriku yang terus hanyut

Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja

Bagaimana ku nanti
Bila kau tak di sisi
Yang ku ada hanya kamu saja

................

Lagu ini untuk sahabat yg jauh.
Maafkan kehanyutan ku..

Monday, October 04, 2010

01 10 10

Anuual Dinner yang glamer dah habis. Lega sebab dah tak perlu fikir benda2 yang mengarut lagi. Hidup bermasyarakat kadang2 meletihkan. Kalau tak join, nanti orang kata kita out-group person pulak. So nak tak nak, terpaksa follow the flow.

Banner yang hebat. Masterskill kalau bab2 annual dinner ni, memang sanggup berhabis la orang kata. Apa pun, t'was a new experience. Seronok jugak tengok orang yang bermacam ragam. Kawan2 sekerja yang kita tengok macam serius, tetiba bertukar menjadi manusia yang funky dan energetic, so best sangat2..

Entah berapa la mereka sewa outfit yang macamni. Ada Darth Maul, darth Vader, ish entah apa2 lagi la. Semua ada. You name it, you get it!

Kawan2 ofis yang selalu melepak bersama. Dari kiri; Mohana, Kavitha, Yashota, Mdm. Lakshmy dan Perimala. Happy mereka2 ini dengan outfit mereka. Yiawwww~

Haha yup. Ini kawan2 semeja. Geng kapak yang gembira berpakaian ala2 Cone Head alien dan polis angkasa. Setahun sekali je nak pakai benda2 mengarut nih :) kih

Ala2 golongan hitam yang sering membuat kekacauan. Mungkin anak2 buah Darth Maul yang terlepas lalu bermaharajalela di Sunway Convention Centre.

Kalau mereka seronok, aku pun seronok tengok mereka seronok. Terima kasih banyak kepada Aja selaku AJK pengangkutan. K.dayah, Ayu dan semua kawan2 yang menceriakan hari2 aku. Tahun depan nanti kita berglamer lagi

Mdm. Lakshmy dengan siapa entah ni. Aku pun tak kenal. Tapi aku tengok lawa je oufit dia, aku snap aje la. Gambar memang banyaaaaaakkk. Kalau nak letak semua kat blog ni, sarat la jadinya. So aku letak mana yang perlu aje la. At least boleh la pembaca mengikuti semua aktiviti yang aku jalani.

Emm.. semua orang berpakaian serba indah. Aku pakai apa? Haha.. Jeng jeng jeng.. Baju serbaguna yang berjaya dijahit sendiri dengan tangan. Ulang suara : jahit sendiri DENGAN TANGAN. Means tak guna mesin jahit. Hehe.. Aku bab2 menjahit ni memang level 0. Tapi untuk dinner punya pasal, aku gagahkan la jugak. Terima kasih kepada 'someone' yang banyak membantu di saat2 akhir. Appreciate it loaaaaaatttss (^^)

So, ini la aku di malam itu...

Jedi! May the force be with you. Yiawwwwwww~~~ Jumpa tahun depann!!!