Tuesday, December 28, 2010

Kids and babies

Kids and babies.. Speechless! Eventhough you capture them in black and white, they're still in 'colours'.. haha i loikeeee.. (^^)


















Aku rasa macam pernah baca dlm blog someone (wish i cud remember the site), "if u capture a picture in colours, u capture the dress. but if u capture a picture in black'n'white, u capture the soul". Macamtu lah lebih kurang bunyi nya

Well, cudnt agree more!

Wednesday, December 22, 2010

Sarah & Firdaus : selesai!

Alhamdulillah... Syukuuuuuuuurrr.. Semua foto Wedding Sarah dan Firdaus aku dah berjaya setelkan. Dan dah bagi pun pada pengantin. Harap2 pengatin berpuas hati lah dengan foto2 mereka yang telah aku hasilkan dengan sedaya upaya. Terlebih kurang (baca: kalau kurang) minta halal lah ye..

Adalah sikit aku post kan di sini foto2 sewaktu resepsi. Tak payah banyak2 lah ye. Penuh sangat dah aku tengok. Doakan aku ada masa untuk buat satu foto blog. So dalam tu post gambar je. Tak payah tulis2. Aishh... masa.. Kalaulah boleh dibeli. Eh tapi macam banyak duit nak beli masa..




Dan sekarang sedang menyiapkan kelengkapan untuk bergerak ke Alor Star semula. Menyudahkan fotoshoot resepsi dan outdoor untuk pasangan Yusra dan Syamsul. Kerja, kerja, kerja. Best la jugak (^^) sekurang2nya takde la nak fikir cinta je. Sebab cinta tu dah lama ada. dan kekal selamanya untuk si dia di sana :) so, apa nak risau

So Kedah, here I come!!

p/s: cik awk, doakan saya k. semangat saya selalu dalam kocek awk. jgn lupa bagi! hehe

Monday, December 20, 2010

Kenapa??? Bila???

Kenapa foto mereka yg di bawah ni lawa lawaaaaa??? Arrghhh... tidaaakkk!! Semua foto di bawah ni aku ambil dari website National Geographic. Kebetulan aku surf internet sebab tengok finalist untuk 2010 National Geographic photography contest. So aku browsed thru sampai jumpa foto2 di bawah ni yang buat aku sangat teruja untuk mendapatkan gear baru lalu pergi melancong dan ambil gaaaaaammmmmbar je, tanpa berputus2 asa

Mengikut tips2 fotografer pro yang aku baca dalam buku dan majalah, hampir semua bersetuju bahawa gambar yang cantik bukan sahaja memerlukan bakat dan ilmu, tetapi mesti juga memerlukan gear atau kamera yang berkualiti

Fotografi bukan macam tennis, golf atau squash. Kita panggil Dato' Nicole David atau Rafael Nadal dan bagi mereka bermain dengan raket cap ayam, mereka akan tetap perform. Tetap boleh main dengan hebat. Tapi fotografi hanya akan lebih menyerlah dengan GEAR YANG CANGGIH disamping ilmu, kemahiran, KEAZAMAN, pengalaman, bakat serta tuah!

Keinginan untuk mendapatkan gambar yang menarik, tapi bangun tetengahari buta, time matahari dah menggalah atas kepala, memang la tak harap. Gambar dan senario akan lebih indah di waktu subuh atau senja. Berangan nak ambil gambar putrajaya waktu malam tapi dengan tripod yang tak ada, tak pandai guna shutter speed, hmmm.. hasilnya pastilah gambar yang hampeh! Berangan nak gambar gunung ganang berserta background awanan biru, tapi malas mendaki, tau nak pergi tempat senang2 je, so tengok je la gambar orang lain yang lebih cun beribu2 kaliganda berbanding gambar sendiri

Dan satu lagi. Nak gambar yang cantik, tapi tak kumpul duit, tak pergi melancong. Balik2 pergi ofis, balik rumah. Pergi ofis, balik rumah. Mana la nak dapat gambar cantik2. Nak tangkap gambar bebudak main layang2 kat taman pun malas. Memang mimpi je la. Tips untuk aku, sebulan sekali mesti keluar daerah, pergi mana2 dan praktis ambil gambar. Wajib!

Fotografi seperti seni. Ia dilakukan oleh mata dan hati. ia perlukan passion, feeling dan temptation. Kenapa lah aku sangat berminat tahap babun terhadap fotografi ni?

Namun kenapa lah susah sangat aku nak kumpul duit untuk dapatkan semua gadjet2 hebat, supaya aku pun boleh join contest National Geographic tu. Huh... Kenapa?? Kenapa?? dan bila??????








p/s: bila lah aku boleh capture semua shot yang hebat macam kat atas ni?? Hmm.. Gambar2 di atas, semuanya ambilan dari sini ya. Ingat, itu semua BUKAN gambar aku. Tapi satu hari nanti, aku pun akan shot pic yang macamtu jugak. Pasti. Yakin!!! Go!

Ameeeeeeeeeennnnnnnnnn (tolong ameen kan k)

Wednesday, December 15, 2010

Sarah & Firdaus - Part ii

Yang ini aku post kan gambar wedding Sarah dan Firdaus yang ada dalam folder kedua. Ada 1 lagi folder (resepsi) yang aku tengah berhempas pulas untuk siapkan sebelum next week. Sebab rabu minggu depan aku kat ke Alor Star semula untuk shoot resepsi Yus dan Syamsul. Baru terasa penat dan faham ya amat, kenapa OP pro amek riban2..

Tapi aku tetap maintain. Sebab aku kerja sorang dan cuma ada kamera cap ayam. So yang ribu2 tu, tunggulah dalam masa 5/6 tahun lagi. Maybe time tu nama aku dah terkenal macam Bustamam ke apa. Hehe.. berangan.. Ok anda2 semua, diharap dapat memberikan komen2 bernas ya. Terima kasih

Oh ye, nak inform yang time aku shoot pic ni, hari dah petang sangat. So condition memang dah gelap. Untuk aku yang takde speedlite ke apa ni, memang susah la nak dapatkan pose menarik. Hmm.. takpe, next time aku belajar dari kesilapan dan akan PAKSA atau curi pengantin awal2 untuk sesi outdoor (^^)








Lokasi : Taman Tasik Ampang Hilir

Tuesday, December 14, 2010

Kalian kan suami isteri…

Kalian kan suami isteri...
………………………

Sabtu (10.12.10)

Tengkuk yang lembut beralas kain tudung itu dicekik ganas dengan tangan kanan. Dilepaskan dengan rakus bagai mahu dihempaskan saja kepala itu ke muka pintu. Kepala itu terhenjut, sesaat kesakitan itu bagai mengalirkan tangis luka. Belum ditambah dengan malu yang menggila di saat beberapa pasang mata berjaya merakam aksi itu dengan waspada. Dan pipi yang gebu itu dilempang kuat. Terhuyung hayang insan bernama perempuan yang pernah mengaku dicintakan. Dan tubuh layu itu ditolak keras masuk ke bilik, lalu daun pintu itu ditutup. Dan nasibnya di dalam sana, hanya diketahui oleh Dia saja

………………………

Yang dipukul itu seorang perempuan bergelar isteri. Yang pernah dulu dengan menyebut namanya seorang lelaki diangkat menjadi suami. Yang di ubun2nya pernah singgah bibir manis seorang lelaki. Yang dijari manisnya pernah tersarung sebentuk cincin tanda cinta yang khabarnya mekar sentiasa

Dan yang memukul itu seorang lelaki. Lelaki yang berstatus suami. Yang pernah melafazkan lafaz taklik, mengaku akan menghargai dan tidak akan mencedarai isterinya, bukan sahaja secara fizikal malahan emosi juga. Seorang suami yang seharusnya menjaga isterinya dari sebarang kecacatan dan kemudharatan. Seorang suami yang khabarnya mencintakan

Cinta??

Cintakah??

Salah siapa agaknya sehingga sang suami boleh menjadi berang sedemikian rupa? Apakah ia tidak lagi sayang?

Siapapun yag bersalah, kekerasan fizikal itu mintak dijauhkanlah. Kalau terlalu marah, keluarlah sekejap dari rumah. Tinggalkan yang disayangi itu buat sementara. Carilah bahagia. Dan kalau di luar itupun tidak mampu memberi ketawa, maka kembali lah semula. Kerana sebenarnya di situlah terletaknya hakikat bahagia. Yang seakan-akan hilang hanya disebabkan rasa AMARAH

Isteri, jagalah hatinya. Jangan dibebani mereka dengan masalah yang menggila. Yang memberikan makan pakai itulah mereka. Sesekali ingin juga merasa lapang dari manja dan mengada-ngada. Diberikan kebebasan bergerak seperti zaman teruna. Diberikan masa untuk menguruskan kerjaya dan hobi2 lama. Berikan ruang, dan berkat keharmonian, ruang yang diciptakan itu bakal pula merapatkan

Suami, jagalah juga hatinya. Isteri yang dikau ambil dengan jalan redha. Yang telah pula dijanjikan rumahtangga yang bahagia. Berilah nafkah selayaknya. Sesekali, datanglah dengan kejutan2 romantis yang tak diduga. Berilah kebebasan yang terkawal kepada mereka. Mereka juga pernah berstatus anak dara, pernah rasa bermanja dengan ibu ayah, teman2 dan saudara. Lalu sekarang ini masamu pula memanjakan mereka. Sama seperti zaman2 kalian bercinta

Berkasih sayanglah

Hormat menghormatilah

Saling memahami

Saling bertoleransi

Kerana kalian kan suami isteri….

-
-
-
-
-

Sadangkan aku sendiri takkan mampu merasai apa yang kalian dapat rasai
Takkan pernah mampu walaupun aku terlalu mahu
Takkan mampu
Takkan!

-
-

Namun tetap redha dengan ketentuan

……………………………..

Mahkota Cheras
13.12.10

Tuesday, December 07, 2010

Nikah props - Sarah & Firdaus

26 Nov 2010, aku ke Ampang, menyelesaikan sesi fotografi pernikahan Sarah dan Firdaus. Foto resepsi dan outdoor mereka sedang dalam pengeditan. Kalau dah siap, nanti aku post kan. Sementara itu, layann.. Kalau nak tanya tentang pakej pertunangan, perkahwinan dan apa2 je lah, sila emel di lydiawati_rusli@yahoo.com.my. Komen kat sini pun boleh je (^^)








Aku tak mau cakap aku ni fotografer. Aku ni amatur yg masih belajar. Kamera pun cap ayam je. Tak ada pun device2 hebat seperti OP pro yang ambil ribu2. Selalunya aku shoot gambar kawan2 yg minta bantuan. Aku harap aku dapat belajar dan improve dan terus improve

Terima kasih kepada tuan rumah yang menaja segalanya. Selamat Pengantin Baru!

Muharram 1432

1 Muharram 1432. Kalendar masih lama. Tahun hijrah sudah yang baru. Aku pandang kalendar. Memang aku suka merenung berjurus2 kalau pandang sesuatu. Apa yang aku fikir? Fikir masa yang berlalu dengan sangat cepat. Tak tersedar. Tahun depan umur aku 27. Dua puluh tujuh?? Ya, sudah tua. Sudah terlalu tua untuk terus hanyut dengan dunia dan wacananya. Sudah terlalu amat tua untuk ambil hati dengan dunia dan isinya. Aku dah dewasa, aku tak boleh nak kecil hati dengan apa orang nak kata. Kata lah apapun ikut suka. Tak luak sikit pun kulit, isi dan darah

Memandang diari baru yang dibelikan oleh cik 'dia' (terima kasih banyak awak ^,^), aku dan diari, mana boleh dipisahkan. Diari membuat aku lebih cekap. Lebih teliti dan lebih bijak mengisi hari. Diari membantu aku mengemaskini beban kerja, mencari dan mencuri masa untuk aktiviti suka2 dan menulis apa saja yang terlintas di minda. Menulis itu hebat.. Dengan menulis kita sebenarnya menilai pendapat dan kemahuan diri sendiri. Dengan menulis kita sebenarnya menyelak langsir personaliti dan jatidiri kita untuk dikongsi dengan semua. Menulis itu satu perkongsian, tak kiralah ia dibuat secara formal atau santaian

Aku minat menulis seiring dengan minatku terhadap membaca. Bila aku ambil gambar dan arif tentang kamera, ramai yang bertanya adakah aku menghadirkan diri ke kelas atau mengambil jurusan khusus untuk fotografi. Jawapannya tidak. Aku cuma membaca. Membaca dan mempraktikkannya

Dunia yang maju ini makin mudah. Semuanya terletak di hujung jari kita. Sekarang tidak ada lagi alasan, "saya tak tahu masak..". Buka internet, google je la resepi apa pun, kemudian cuba masak sendiri. Lama2 mesti menjadi. Nak menjahit, nak bertukang, nak berfesyen, nak bermekap, nak bercucuk tanam, nak apa pun. Semuanya ada. Carilah saja

Macamtu jugak dengan ambil gambar. Google je fungsi2 tertentu, apa kegunaan dan hasilnya, dan praktis sehingga berjaya. Teori dan praktikal harus seiring. Kelas dan kursus khas memang terlalu bagus, cuma bayarannya sering 'bagus2' juga. Untuk orang2 biasa yang berpendapatan ciput macam aku, carilah saja yang percuma

Tahun berlalu. Tahun baru datang silih berganti. Aku ada lebih kurang tiga tahun sebelum angka TIGA mengetuk pintu usia. Ah, angka. Apa ada pada angka. Usia seharusnya mendewasakan. Namun masih ramai yang keanak-anakan mendepani dunia. Dewasa bukanlah pada angka. Dewasa adalah pada peribadi dan minda

Tahun baru hijrah. Orang hanya ingat 1 Muharram, 4 dijit kat belakang (1432) tu tak ramai yang hafal. Aku pun kadang2 lupa. Tapi kalau tahun baru masehi, orang lebih ingat 4 dijit yang belakang. 2010 la, 2011, la, 2020 la. Lucu. Manusia memang lucu bila kita amat-amati. Manusia yang menjadi kompleks dan rumit dengan sikap dan persepsi sendiri

Tiba2 rindukan mak di kampung. Musliha di kampung. Nasi di kampung. Air di kampung. Pokok di kampung. Tanah di kampung dan hidup di kampung itu sendiri. Aku lahir dan membesar di Kuala Lumpur, tiada kampung jauh2. Tapi jiwa sudah lama sebati dengan bayu dan hawa permai desa. Ah, kalaulah boleh cakap dengan mama dan papa yang aku dah muak bekerja, aku nak duduk dan menetap di kampung saja. Tak kisahlah kampung sesiapa. Jadi petani ke apa. Entahlah mereka dapat atau tidak terima

Semoga ada lagi tahun2 baru buat aku, jika Tuhan izinkan. Tahun2 yang datang dengan kebaikan dan keharmonian. Tahun yang datang dengan ketulusan cinta dan kasih sayang. Tahun yang datang dengan keikhlasan persahabatan dan setiakawan. Tahun yang mendekatkan dan mengeratkan. Tahun yang menyatukan dan mengikat tali persaudaraan. Tahun yang tidak akan lagi mengalirkan tangisan. Tahun yang datang dengan senyuman. Tahun yang direstui Tuhan.. Semoga ada ia, begitulah hendaknya

Selamat tahun baru semua!

Monday, December 06, 2010

Untuk awak!

Poster besar untuk awak (saya curi dengan kebenaran dr blog k.yati). Sila fahamkan ye! Lepasni tak yah tanya2.. (^^) hehe

Wednesday, December 01, 2010

Obsesi dalam busy

Aku pandang kertas final student atas meja. Dah masuk 3 hari, tak siap2 jugak. Padahal bukan banyak pun. Sikit je. Tapi aku malas, malas nak habiskan. Atau kata lain, aku letih. Mata lebih tertarik pada majalah merah jambu di sebelah. Aku beli semalam. Aku dah selak2 tadi dan rasa sangat tak sabar untuk membacanya. Obses! Obses terhadap kamera!

Kerja sangat banyak. Dan banyak yang tertunda. Paper final belum siap, ada hati nak bercuti. Tapi tuntutan jiwa mesti dilaksanakan juga. Aku nak jalan2 hirup udara segar. Rasanya nak main gondola air sekali. Ah, pedulikan jadual yang padat. Masa kosong kalau tak dicari memang takkan jumpa

Gambar nikah dan resepsi Sarah dan Firdaus pun aku belum setelkan. Jangan kata nak mengedit, transfer dalam laptop pun belum. Dahsyat aku. Aku akan siapkan jugak. Targetnya, by Monday next week dah boleh bagi pada pengantin. Insyallah

Gambar nikah Yus haritu pun baru petang ni aku nak pos. Nak jejak ke pejabat pos pun aku terpaksa curi masa. Arghhhh.. hidup!!

Jadual kerja pun dah bertukar. 7.30 - 4.30 dan 6 - 12. Sehari, aku kerja 15 jam. 4 jam jumlah total aku mandi, bersiap dan duduk dalam kenderaan, 5jam aku tidur. So, bila sebenarnya aku siapkan gambar2 kahwin orang? Kadang2 aku curi waktu ofis (awal pagi dan sebelum balik) dan kadang aku curi waktu tidur

Aku jahat ke sebab gunakan waktu pejabat untuk buat kerja sendiri? Err, jahat jugak kot. Tapi tak selalu lah. Bila2 ada job yang belum setel. Sebab sekarang ni hari minggu pun aku kerja. Obsesi terhadap kamera dan blog tetap berjalan. Cuma aku dah tak ada masa tengok wayang. Dah tak ada masa lepaking around. Nak tengok fesbuk pun tak sempat. Biarkan.. Kerja keras demi masa depan yang entahlah ada atau tidak

Aku sekadar nak meng'update blog yang bersawang ni. Konon nak bukak satu blog baru khas untuk gambar yang aku shoot.. Tak pernah berjaya disiapkan. Asyik busyyyy je. Lantakkan.. Ok sekian. Terima kasih kerana membaca

.....................

Rasa macam bukan aku yang menulis (^^)