Wednesday, May 11, 2011

ATV pulak

Setelah bermenung2 di ofis dan melayari beberapa laman web yang tidak ada kena-mengena dengan prospek kerja, lalu saya terjumpa (atau boleh cakap terserempak) dengan satu aktiviti yang belum pernah sekali pun saya buat dalam 27 tahun kehidupan saya. Lalu dengan kecekapan dan pemerhatian, saya akan mencuba aktiviti ini sedikit masa lagi. Yeah!!

Saya telah menjumpai beberapa laman web ini dan ini yang boleh merealisasikan impian saya ini. Dengan bayaran minimun rm50 (Ah, apa ada hal setakat 50 untuk aktiviti sekali seumur hidup :) sedangkan kerja penat2 bagai nak mati), saya akan dapat merasai pemanduan yang hebat2 ala2 memandu 4WD di banjaran himalaya. Hehehe

Apakah saya akan pergi seorang diri? Apa kesah kalau sorang pun. Memandu ATV ini tidak memerlukan co-pilot. (Saya memang sengaja nak sakitkan hati orang yg jauh di sana krn sudah tentulah beliau tidak dapat dapat bersama2 dengan saya di dalam aktiviti ini)

Jadi, ayuh lakukan sesuatu yang baru dalam hidup anda. Sebelum anda dibebani dengan urusan2 kahwin, anak2 dan sekolah anak2 anda. Hidup mesti terus!

***
Tolong jangan boo saya jikalau saya tak jd pergi (^^) sebab adakalanya saya memang hangat2 tahi ayam sahaja. Harap maklum

Tuesday, May 10, 2011

Kalau ada tanah lain di dunia


Sayang,
Kalau ada tanah lain di dunia
Yang bisa merubah benci menjadi cinta
Yang bisa merubah tangis menjadi tawa
Sudah tentulah aku ke sana
Berlari mengejar bahagia

Sayang,
Kalaulah ada udara lain di dunia
Yang dapat menghirup derai airmata
Lalu menukarnya menjadi kuntum2 suka
Sudah tentulah aku di sana
Bernafas mendepang dada

Cumanya,
Tanah yang semacam itu tak pernah ada
Udara yang selembut itu tak pernah tercipta
Kerana kita masih di dunia
Sedang anganan sudah ke syurga
Yang entahkan layak entahkan tidak
Aku bercakap-cakap tentangnya…

Mahkota cheras
26 oktober 2010

***
Sekadar mengepos sajak lama

Yang jauh dan dirindukan

Saya bangun pagi2. Macam orang lain. Selepas mandi dan bersiap, selalunya saya ke dapur mengemas2 apa yg patut. Saya jarang bersarapan. Paling tidak pun saya beli di ofis saja. Ada sesuatu yang tersangkut di tangkai hati saya. Ya, ada orang jauh yang terbayang2 di ruang mata

Saya sekarang susah mahu tidur. Kadang2 saya sengaja memenat-menatkan badan di siang hari, dengan harapan agar saya boleh lena di malamnya. Namun jarang yang berjaya. Lalu makin penat ada. Saya tak tahu kenapa saya tidak boleh tidur lena. Mungkin kerana memang ada orang jauh yang bermain2 di lubuk ingatan saya

Dan selepas pulang dari kerja, saya selalu siram pokok bunga. Pokok2 dan tumbuhan yang mama saya tanam, saya jaga lebih baik dari menjaga diri saya sendiri. Dan sewaktu melihat pokok yang kelihatan segar dengan titisan air itu, saya tahu masih ada orang jauh yang saya rindu

Ah, point saya menulis ini hanya untuk memberitahu, bahawa kalau orang jauh itu menjadi dekat pun saya tetap terasa rindu! (^^)

***

Semoga dia baik2 saja hendaknya

Friday, May 06, 2011

Gambar yg saja nak sakitkan hati kawan2 Uranus

Saya postkan gambar yang tidak diedit ini untuk menggeletek tangkai hati kawan2 Uranus terutamanya K.Azie yg semestinyalah tidak sabar2 untuk melihat foto perkahwinan Puan Aja :) Jadi, saya letakkan empat keping sahaja untuk membuatkan anda2 semua berasa teruja dan tidak sabar2 melihatnya

Saya ada lebih dari satu ribu keping gambaruntuk diteliti sebelum diberi kepada pengantin. Semestinyalah saya memerlukan masa yg agak lama untuk mengeposnya di dalam blog ini. Jadi, tunggu je lah kalau nak tgk yg lain2 tu





Semestinyalah Puan Aja adalah orang yang pasti tidak sabar2 untuk melihat foto hari bahagia beliau. Harap bersabar ye Puan Aja

Wednesday, May 04, 2011

Saya sayang kamu

Saya sayang kamu. Sungguh2 saya sayang. Saya tidak ada perkataan lain lagi untuk memberitahu kamu bahawa saya memang sayangkan kamu. Saya sayangkan kamu kerana kamu sendiri. Jadi jika kamu menjadi orang lain, mana mungkin saya akan terus sayangkan kamu

Maksud 'menjadi orang lain' itu TIDAK boleh digunapakai dalam keadaan bila kamu menjadi miskin, bila kamu menjadi kurang upaya, bila kamu menjadi tua, bila kamu sudah tiada apa2 kerana dalam keadaan itu pun saya masih sayangkan kamu

Maksud 'jika kamu menjadi orang lain' itu adalah apabila kamu berubah, sikap dan perangai kamu, tingkahlaku dan peribadimu, perkataan dan perbuatanmu, kepada sesuatu yang sangat2 jauh dari diri kamu yg sebenar, maka semua itu akan merubah kasih sayang saya terhadapmu. Kerana saya hanya sayangkan kamu. Bukan orang lain

Saya tidak mempunyai apa yang orang lain ada untuk membuktikan betapa dalamnya rasa sayang ini. Jujur, sampai mati saya takkan dapat buktikan, kalau dengan jalan itu lah yang kamu mahu. Saya tak dapat tunjukkan di depan ibu bapa dan keluargamu kerana saya memang tidak mampu. Kalaulah Tuhan memberi pada saya kesempatan itu

Kalau saya pergi dan berjalan terus di atas muka bumi ini, saya tetap sayangkan kamu. Jika saya terus ke hadapan dan tidak menoleh2 lagi ke belakang, itu juga kerana saya terlalu sayangkan kamu

Saya hanya ada kata2 yang boleh saya lafaz dan coretkan berkali2 sehingga kamu faham bahawa saya benar2 sayangkan kamu. Kerana selain dari itu saya memang tidak ada. Saya tidak tahu samada kamu menyayangi saya atau tidak dan saya sudah tidak kisah akan hal itu. Saya menyayangi kamu bukan untuk kamu membalas juga kasih sayang saya

Saya sudah tua. Bukan anak2 remaja yang baru mencuba2 mencari cinta. Saya tidak gemar permasaalahan kerana saya tak pasti sampai bila saya akan hidup untuk merasai kegembiraan. Saya manusia yang berjalan atas landasan akal dan hati. Kedua-duanya mesti seiring, dan itulah keharmonian untuk saya

Saya bukan manusia yg berbangga jika saya berjaya mendapat kamu untuk kehidupan saya meskipun kamu berduka lara. Kamu bukan trofi untuk dimenangi. Cinta bukan hak milik tetapi anugerah yg mesti dihargai. Kerana cinta bagi saya tidak datang atas jalan jual beli

Kamu boleh hidup dengan dia yang selalu kita bualkan kerana saya kira kamu juga sayangkannya. Saya tidak mampu mendengar lagi namanya di gegendang telinga saya kerana segalanya itu sangat menyakitkan

Sangat sakit bila saya terpaksa berkorban demi kamu dan dia. Sangat sakit bila kamu berkata bahawa kamu TERpaksa dahulukan dia demi keluarga. Sangat sakit bila saat2 saya tersenyum berkata 'tak mengapa'. Sangat sakit bila kamu mampu katakan pada saya 'buatlah keputusan yg terbaik'.

Saya bersama kamu dari dulu hingga kini, merasai pahit manis dengan tabah dan kecekalan yang bukan kepalang, maka kamu menyuruh saya membuat lagi pilihan yg terbaik?

Tidak kah kamu faham bahawa menyayangi kamu adalah pilihan TERBAIK yang saya ada?

Walaupun dalam menyayangi kamu itu saya terluka, dalam menyayangi kamu itu saya kecewa, dalam menyayangi kamu itu saya diberikan tekanan yang menggila, saya tetap sayangkan kamu kerana itu lah sayang. Suka duka itulah yang saya panggil sayang

Cukup. Saya sudah tidak kuasa lagi memikirkan tentang saya yang sangat sayangkan kamu. Sejujurnya saya letih, penat dan tertekan dengan segala bentuk cacian, makian, dan tohmahan. Saya letih dengan sikap2 manusia di sekeliling saya. Jujur, saya benar2 letih dan keliru

Saya serahkan kepada Tuhan yang maha berkuasa untuk menentukan yang selebihnya. Tentu saja Dia mengetahui segalanya yang tidak diketahui oleh saya. Saya akan terus berjalan kerana hanya berjalan sahaja lah pilihan yang saya ada. Kalau tuhan berikan kematian, tentu saja saya memilihnya

Saya tetap sayangkan kamu, seperti mula2 saya menyayangi kamu. Kasih sayang saya tidak pernah akan berubah dan hanya masa yang boleh membuktikan kebenaran kata2 saya

Salam dari saya. Semoga hendaknya ada bahagia untuk kita