Tuesday, June 28, 2011

Pokok Cili Mama

Sudah lama aku perhatikan pokok cili yang mama tanam belakang rumah. Pokok cili yang sangat kecil itu mama jaga rapi walaupun mama sekadar datang seminggu sekali. Aku siram pokok cili mama hari2. Tengoklah, kadang2 waktu petang kadang2 waktu pagi. Walaupun aku sebenarnya sangat malas nak menyiram segala mala tumbuhan mama yang menghijau, aku gagahkan juga walupun kadang2 sambil menyandar tepi diding. Aku dan tumbuhan, tak pernah berapa nak ngam

Pokok cili mama itu aku tengok kadang2 segar. Selalunya bila mama ada, warnanya hijau kemain. Pokoknya tegak macam sihat walafiat. Kadang2 sengaja ditumbuhkan putik2 cili sebatang dua, padahal pokok itu masih sangat kecil. Tersenyum2 mama membangga-banggakan pokok cilinya. Aku kadang2 naik meluat dengan pokok cili mama. Mengadanya bukan main kalau mama ada

Tapi bila mama pulang, dan aku tinggal seorang, pokok cili tu mula buat hal. Tak kiralah berapa gelen air pun aku siram, warna hijaunya tak seterang bila mama ada. Putik cilinya pun tak mahu hidup dan membesar. Kadang2 sambil siram pokok lain, aku jeling pokok cili mama. Buat2 menyampah. Dan esok aku tengok daunnya layu pula. Kadang2 aku pujuk jugak, walaupun dalam hati aku tefikir adakah aku gila bercakap dengan pokok cili yang kecil itu. Aku pujuk suruh ia hidup. Supaya nanti bila mama datang, aku tak dimarahinya

Mama dan tumbuh-tumbuhan memang akrab dari dulu. Apa saja yang mama tanam mesti menjadi2 dan membesar dengan sihat lagi gagah. Kalau rambutan yang mama tanam, buahnya akan tumbuh lebat dan banyak. Kalau mama tanam belimbing, tiap2 hari kami minum jus belimbing. Dan ada banyak lagi yang mama suka tanam. Betik, pisang, limau kasturi, limau purut, nangka, jambu, dan segala sayur-mayur dan ulam-ulaman

Mungkin tangan mama sejuk. Aku tak tahu apa yang orang selalu maksudkan dengan 'sejuk' itu, tapi aku buat2 faham. Orang yang tangan sejuk, tanam apa pun jadi. Kalau mama duduk kampung, aku rasa halaman rumah kami akan penuh dengan tanaman jagung. Mama kata, dulu arwah nenek taman jagung tepi Sungai Klang. Aku selalu cebik bila dengar, entah iya entah tidak tanaman jagung kami wujud di tepi Sungai Klang itu. Dulu

Mama selalu cakap, duduk di bandar pun boleh bercucuk tanam. Asalkan rajin dan sayang tumbuh-tumbuhan. Biar tanah lamannya cuma sekangkang kera, tanamlah tumbuh-tumbuhan renek dan bunga2. Berbudi pada tanah, nanti mati ke tanah juga

Aku suka duduk apartment. Konon macam senang tak payah mengadun2 laman. Takut nanti kalau ada laman, yang aku bela hanya semak dan lalang. Jadinya baik duduk apartment saja, cuma ada balkoni yang boleh dihiasi serba sedikit dengan tumbuhan dalam pasu. kalau tak ada terus pun tak apa. Jadilah, takkan nak mencangkul bagai pula. Lagipun aku memang tak ngam dengan pokok. Mungkin pokok jadi panas bila tengok aku

Aku renung pokok cili mama, cuba bersahabat kononya. Bila dilihat lama2, terasa comel pula. Pokok cili yang kecil itu mungkin macam kanak2 yang perlukan kasih sayang dan belaian. Setakat siram air saja macam yang aku buat hari2, pokok yang besar sepemeluk pun boleh mati. Mungkin tumbuh-tumbuhan macam manusia yang perlukan lebih dari sekadar makan minum yang masuk ke perut

Aku jadi faham. Setiap yang hidup perlu kasih sayang untuk meneruskan kehidupan. Keluarga, ibu ayah, anak2, rakan2 dan teman, semuanya adalah lambang kasih sayang. Perhatian, pertuturan, belaian, perkataan dan renungan segalanya adalah kasih sayang. Pokok cili mama mengajar untuk hidup dengan memberi. Memberi dan memberi lebih lagi

Aku harap petang ini pokok cili itu akan senyum padaku. Dan akan membesar lalu berbakti kepada manusia, lalu dibalas pula dengan manusia yang benar2 mampu menghargainya

Kalau mampu kita menghargai mereka dengan apa jua cara...

dan tiba2 aku terkenangkan "Pandora" ;) ah sangat indah!

Friday, June 17, 2011

Wedding Wani










Syukur alhamdulillah, saya selesai menyudahi foto2 perkahwinan Wani di Baling haritu. Masih ada foto Fina untuk diteliti selepas ini. Jadinya, saya terpaksa melihat blog saya bersawang dahulu sebelum boleh kembali menguruskannya

Saya telah membuat satu fotoblog (klik) khas untuk foto2 saya agar semua foto2 perkahwinan ini dapat ditatap dengan paparan yang lebih besar. Namun keadaan blog itu juga masih separa siap tetapi jemput lah singgah kalau nak tengok

Kepada Wani dan suaminya Encik Aru, terima kasih atas semua hospitality dan pertolongan sewaktu sama2 menjayakan sesi fotografi ini. Chewahhhh, ayat nak macam OP pro! Hehehe

Terima kasih ye bos

Dan anda2 semua, saya tidak sabar mahu menyelesaikan tugasan agar dapat menulis semula. Doakan saya ya..

p/s: sila klik gambar untuk paparan lebih besar

Wednesday, June 08, 2011

Menangis kerana cinta

Anda pernah menangis tiba2? Tiba2 air mata anda jatuh setelah akal di lobus anda mencerna dalam2 setiap patah kata yang masuk ke gegendang telinga anda? Jika anda pernah, sedikit sebanyak anda seperti saya. Saya senang menangis dengan kata2

Ya, hanya dengan kata2, hati saya bisa tersentuh

Dan di ofis yang masih cerah itu, hati saya kehujanan hanya kerana lirik lagu ini yang sangat terkesan

Benar2 terkesan. Sungguh2 saya katakan



ww: salahkah saya menangis kerana cinta?

Friday, June 03, 2011

Seri Menanti

Sementara dalam perjalanan ke majlis Aja di Keratong, saya singgah Seri menenti sebab tak pernah langsung menyinggah sebelum ni. Jadi adalah sedikit gambar untuk dibuat kenang-kenangan..







Thursday, June 02, 2011

Berbalam-balam

Saya sudah lama tidak menulis. Hampir2 sebulan. Membaca juga begitu. Sudah lama saya tinggalkan. Hari2 saya mengadap keping2 gambar manusia di hari bahagia mereka. Sampai mata saya berbalam-balam. Apakah saya jemu? Tidak. Saya suka melihat manusia gembira. Dengan senyum dan tawa mereka, dengan usik dan manja. Saya doakan sekalian mereka berbahagia. Kalau boleh sehingga ditarik nyawa

Saya sudah lama tidak menulis. Meskipun saya begitu mahu. Ada banyak ceritera yang terjadi dalam kehidupan saya yang saya tinggalkan begitu saja. Seringkali saya mahu menulis, namun lekas2 terasa letih. Sehingga sahabat baik saya juga kini telah selamat bertunangan, namun saya masih belum mampu menulis sebarang perkhabaran

Manusia berkahwin di hadapan mata saya. Mereka melafazkan akad yang satu itu dan masuk betul2 di corong telinga saya. Mereka menyarungkan cincin sebentuk dan mengucup dahi isteri2 mereka betul2 di hadapan lensa kamera saya, dan dirakam penuh oleh memori saya yang masih cerna. Sebagai jurugambar, saya hadir dalam majlis perkahwinan mereka dari mula sampai tamat. Dan saya selalu pohonkan agar jodoh dan pertemuan mereka dipanjangkan juga hingga ke akhirat. Namun bagi saya, biarlah yang namanya perkahwinan itu untuk mereka2 saja. Dan tidaklah untuk saya

Apakah saya tidak mahu berkahwin? Siapalah yang tidak mahu. Namun saya lebih kepada tidak mampu. Cukuplah hanya dengan jawapan itu. Selebihnya terpulang kepada kalian untuk berteka. Saya lebih senang melihat manusia gembira dalam kehidupan mereka. Kerana saya juga akan turut gembira

Saya ada orang yang saya sayang, dan saya juga ada orang yang menyayangi saya. Cukuplah itu, dan saya tidak meminta2 yang lainnya. Terima kasih Allah

Esok saya akan ke Baling semula, menyudahi fotoshoot Wani dan minggu depan insyallah ke Terengganu pula. Saya benar2 sibuk dengan segenap tugasan. Dan mengajar pula, mujur saja pelajar2 saya sedang bercuti. Jadi dapatlah saya menguruskan dulu segala tentang fotografi

Mata saya sudah berbalam2. Saya amat letih, sungguh. Nanti saya akan menulis lagi. Khas buat manusia2 di luar sana yang mahu tahu tentang kisah manusia yang lainnya. Semoga saya dipanjangkan usia, tetap dalam iman juga taqwa (^^)

Dan untuk kalian semua, senantiasa saya doakan bahagia...

AJA - siap

Hai, Assalamualaikum semua. Saya tak sedar dah masuk Jun. Dahsyat! Gambar Aja dah siap kesemuanya. Di bawah ni ada saya lampirkan beberapa keping. Silalah menjamu mata ya















p/s: Kesibukan saya belum habis. Minggu ni saya ke Baling, minggu depan saya ke K.Terengganu. Klik gambar untuk saiz yang lebih besar. Terima kasih