Ini kali pertama saya menulis dalam bulan ini. Kokok ayam yang saya dengar pagi tadi seolah-olah mengejutkan saya dari lena yang panjang. Bahawa saya sudah lama tidak menjenguk laman saya yang kian usang. Saya tidak mahu bertanya atau berteka-teki adakah masih ada manusia2 yang sudi datang menjenguk cerita2 saya di laman ini, itu saya sudah tidak mahu ambil tahu. Kerana memang nampak benar bahawa sekarang ini saya malas mahu mencoret sesuatu. Baik buat manusia, baik buat diri saya sahaja. Memang terasa benar malasnya
Saya tidaklah sesibuk mana. Banyak juga masa saya yang saya buang dan habiskan begitu saja. Sekadar bermenung2 dan berfkir tentang apakah yang akan terjadi kepada saya, kepada dunia. Namun saya tahu, masalah tidak akan selesai dengan duduk2 saja. Rezeki tidak akan terhasil dengan hanya bermuram durja. Ini dunia yang serba fana, ada hal2 dan kepentingan lain yang harus saya lunasi sebelum ke sana
Ada banyak yang bermain di minda saya. Namun tak semuanya dapat saya tuturkan. Ada yang saya simpan kerana saya tidak tahu bagaimana untuk memulakannya. Ada yang saya simpan demi menjaga hati manusia. Dan ada juga yang saya simpan kerana saya rasa ia lebih baik untuk disimpan dan didiamkan sahaja
Saya sudah bosan. Tapi itu cakap2 yang senang. Bosan memang senang untuk diperkatakan. Namun setelah menyatakan kebosanan itu, apakah yang akan berlaku? Tiada apa2. Ya, tiada apa2 yang akan berubah jika saya hanya sekadar menjerit2 di dalam hati saja. Saya perlu bertindak. Namun sebelum bertindak dan bergerak, ada beberapa perkara yang perlu saya fikirkan dan selesaikan
Saya makin tua. Jujur. Gambar rakan2 di fesbuk telah berubah kepada gambar2 konvo, kepada gambar2 perkahwinan, kepada gambar2 bayi mereka yang kemain comelnya. Namun saya? Ah, apa dikesal yang Tuhan beri. Anggap saja tidak ada rezeki. Ramai kawan2 yang menjadi mama baru, papa baru, suami2 baru dan isteri2 baru. Kepada kalian, tahniah jugalah yang saya ucapkan. Semoga hendaknya kebahagiaan kalian berkekalan
Saya berkira2 tentang masa depan saya yang tidak lama pun lagi akan mengetuk angka TIGA. Oho, betapa cepatnya masa berlalu. Dan angka tiga itu selalu saja membuat saya tersenyum. Apa dirisaukan umur yang meningkat tua. Meningkatnya umur bermakna makin meningkatlah pengalaman. Makin meingkatlah pemahaman dan makin meningkatlah usaha dan jalan menuju tuhan. Begitulah hendaknya yang saya congak2 dalam kalkulator hidup yang masih berbaki satu dua episod. Entahkan sampai bila jangka hayatnya, tiadalah dapat saya meneka
Akan saya datang dan menulis lagi nanti. Doakan saya diberi kekuatan agar tidak malas dan layu dan lesu. Saya sayang diri dan kehidupan saya. Biar apa jua duri dan pancarobanya, saya teramat sayang dan menghargainya. Terima kasih jualah kepada Tuhan yang mencipta segala
Syukur dan terima kasih kerana sudi membaca