Wednesday, December 05, 2012

Cahaya Mata

Nama baby ni Nur Aina. Sebab tu saya letak tajuk entri ni cahaya mata. Comel kan? Semua baby comel. Takde sorang pun yang tak comel. Yang penting ini baby orang. Bukan baby saya. Hehehe :p

Besar nanti jadi anak yg bijak lagi solehah okay. Menurut biar berakal, mengikut biar pintar!











Tuesday, November 27, 2012

Kalau mampu saya dakap...

Bila berdiri di belakang kelas, sambil melihat satu2 dari belakang, anak2 murid saya yang tekun menjawab latihan yang saya berikan, terbit satu rasa yang sukar sekali dimerngerti. Air mata merembes, lalu lekas2 saya tahankan. Adakah saya bersedih? Untuk apa, tiada apa yang harus saya sedihkan. Lalu apakah nama perasaan yang hadir ini?


Rasa itu adalah rasa syukur dan terharu. Syukur kerana siapa tahu, seorang anak kecil senakal dan sepelik saya diangkat Tuhan menjadi guru. Guru yang kerjanya mendidik. Lalu seharusnya pula lebih cerdik dan terdidik. Idealnya begitu. Paling kurangpun, itu lah yang saya harapkan. Agar penuh ilmu di dada saya untuk saya kongsikan dengan semua. Mudah-mudahan hendaknya

Fikiran saya melayang mengingati apa yang mampu saya outputkan kembali dari kotak memori yang hampir 29 tahun usianya ini. Mengingati setiap satu wajah2 guru2 saya yang serasanya tiada satu pun yang saya lupa. Senyuman mereka, lirikan mata, peribadi yang memukau. Ya, rasa berterima kasih ini seharusnya saya kirimkan buat mereka semua. Mereka yang kini entahlah di mana. Bertaburan di setiap pelusuk dunia, mungkin. Andailah mampu saya dakap kalian, pasti akan saya dakap dengan dakapan yang erat lagi utuh. Untuk ilmu dan ajaran yang menjadikan saya seorang saya hari ini

* Cikgu Sabariah (1990)

Kalaulah mampu saya tuliskan nama penuh beliau. Jujur, saya lupa. Malah tidak pernah tahu. Umur saya baru enam tahun waktu itu. Beliau adalah guru pertama yang mengajar saya di Tadika KEMAS Jalan Pantai. Manalah tahu, kalau2 anak2 cikgu Saba (nama yang selalu saya bahasakan bila memanggil beliau) membaca coretan saya ini, tolonglah khabarkan padanya bahawa saya rindukan senyuman manisnya. Guru berkulit hitam manis, bertubuh genit dengan tudung yang selalu diselempangkan, mungkin sekali beliau seorang remaja sewaktu mengajar saya. Andai cikgu sendiri yang membaca, ketahuilah antara nilai2 BERANI itu saya belajar darimu. Lagu Tambak Johor yang saya dendangkan di hadapan pentas itulah perkara paling manis yang terakam di memori. Itupun dengan bantuanmu. Terima kasih, cikgu!

* Ustazah Zaleha (1991)

Nama penuhnya juga saya tidak pernah tahu. Orangnya tinggi lampai, berkulit kuning lansat, manis bertudung labuh. Peribadinya sederhana, percakapannya lembut halus, sajak benar dengan panggilan ustazahnya. Beliau mengajar saya di Sekolah Rendah Agama Sri Pantai sewaktu saya masih dalam darjah satu. Beliau ini hebat, kalian. Dalam lembutnya ada ketegasan. Dan tidak ragu2 saya katakan yang saya hampir jatuh cinta! Dengan keperibadiannya.. (:

Ustazah Zaleha berpindah ke Sabah mengikut suaminya tatkala saya di dalam darjah dua. Entah kini dia di mana, saya tidak pasti. Oh ingin sangat2 saya bertemu dengan beliau ini. Srikandi paling indah yang saya kenali dalam usia yang ranum lagi suci. Dan kalau Ustazah membaca, ingin saya khabarkan bahawa nilai2 keLEMBUTan itu saya ambil dari kamus hidupmu. Lalu menukarnya menjadi saya yang di hari ini. Syukran laki!

* Cikgu Khairani (1993)

Seorang guru sandaran. Atau mungkin sekali cikgu praktikal, kalau tak silap saya. Saya di waktu itu masih di tahun tiga. CikguKhairani datang sekejap sahaja namun impaknya besar dan menjalar. Dalam kelas Bahasa Melayunya ada unsur2 lakonan, perdebatan, kiasan dan lukisan. Kreatif dan pelbagai! Ya, itulah yang paling hampir dengan peribadi beliau yang bersahaja. Dengan tahi lalat manis di atas bibirnya, aduh cikgu. Masakan saya lupa, bila saya berpendekar dengan selempang merah!

Berbanyak2 terima kasih kerana sudi hadir dan bertemu dengan saya. Saya belajar menjadi FLEKSIBEL tatkala bersama kamu. Sungguh2 saya terharu.

* Puan Simpson

Berbangsa India, beragama Kristian. Seorang ibu paling baik buat kami anak2 muridnya. Juga saya masih dalam darjah tiga. Beliau guru kelas yang tidak pernah marah2. Segala bentuk kesalahan diadili dan diberikan pengajaran dengan cara paling berhemah. Tiada denda-mendenda, herdik-mengherdik, maki-hamun, kasar2 dalam kamus hidup beliau lalu menjadi sebahagian juga dari kamus hidup kami. Puan Simpson juga berpindah ke sekolah lain di hujung penggal persekolahan. Dan masih segar dalam ingatan saya tatkala kami sama2 menyanyikan lagu “It's Yesterday once more” dengan deraian air mata. Untuk cikgu, nilai2 HEMAH itu saya belajar darimu. Thank you!


Saya menjadi begitu nakal dan pelik sewaktu saya meningkat ke tahun empat. Dan hampir semua guru2 yang melewati hidup saya, saya bencikan. Puan Chay, guru kelas saya yang tak habis2 mancari salah, Puan Kuna, guru disiplin yang selalu menyembut dengan mulutnya “Kamu ini besar mahu jadi apa, hah?!”, Puan Noraini, guru besar sekolah saya yang beberapa kali memberikan amaran keras kepada saya untuk tidak melakukan kesalahan, Cikgu Salina yang menjengkelkan dan semuanya yang saya bencikan

Mengapa ya? Mengapa saya mampu berubah sedrastik itu. Ya saya tahu mengapa. Kerana dalam umur yang meningkat remaja, cikgu2 sedemikian masih mahu mengadili kami seperti anak2 kecil yang berbaris di tadika. Hitam kata cikgu, hitamlah. Kalau putih, mesti putih juga. Tapi saya mahu merah! Dan sudah pasti saya didenda. Ya, Itulah sebabnya.

Cikgu2 perlu faham dan praktikal. Meningkatnya umur dalam kehidupan, akan berserta dengan peningkatan kapasiti otak dan juga perubahan emosi malah peribadi. Murid2 khasnya perempuan melalui satu ‘pengalaman’ baru dengan hormon dan perasaan baru. Guru2 di dalam tahap dua seharusnya bertindak seperti kawan. Tolonglah kurangkan bebelan. Tolong kurangkan kerja rutin. Kami mahu didengar. Kami mahu sesuatu yang segar!

Saya memonteng, walaupun masih dilantik sebagai pengawas, namun sebenarnya sayalah murid yang paling perlu diawasi. Saya menjadi ‘gangster’ di sekolah. Membuli, melawan cikgu, tak hantar kerja rumah, tuang kelas, dan terlalu banyak yang bukan2. Percayalah, saya pernah melakukannya

Dan hasil dari segala kerapuan dan kejahatan itu, maka UPSR saya menjadi akibatnya. Lalu hilanglah nama2 segar yang selalu mewarnakan hidup saya. Tiada lagi guru2 yang mahu tersenyum kepada saya, dan sungguh2 saya rasakan, saya seorang murid yang bermasalah. Ayah menghantar saya jauh dari rumah dan bermulalah langkah saya di daerah paling asing, dengan rakan2 yang berlainan sekali corak peribadi. Sekolah kampung, kawasan pedalaman, nyaman, tenteram dan Alhamdulillah, memang ini rupanya jalan yang ditentukan Allah

* Ustazah Salasiah (1997)

Saya kembali ke trek kehidupan sebenar. Melihat kembali ke dalam diri seperti menonton wayang dengan filem2 peribadi. Ada suka dan banyaknya duka. Saya kenal Ustazah Salasiah sewaktu di tingkatan satu, dua , tiga dan rapat dengannya sampai habis sekolah walaupun saya sendiri telah berpindah sewaktu di tingkatan empat.

Sewaktu umur saya tiga belas tahun, Ustazah Salasiah masih di dalam usia remajanya yang ranum. Dua puluh satu mungkin. Ustazah ini lah yang mengajar saya menulis. Ya, beliaulah yang mengajar saya sehingga mampu menulis seperti ini di hari ini. Tulisannya cantik, bahasa penulisannya sopan dan berseni, sehingga air seninya meresap ke jiwa saya. Dan barulah saya tahu bahawa budak ‘brutal’ macam saya ada taman dalam hatinya

Ustazah Sala begitu sabar. Mengajar dan mengasuh kami dengan nilai2 agama yang pertama kali saya kenal dan amal. Solat, doa, tazkirah dan segala2nya yang membawa saya hampir dengan apa yang tuhan tentukan utuk saya

Saya panggil Ustazah Sala dengan panggilan ‘Us’. Nama manja yang hanya untuk saya, OYDS nya (^^). Kini Us telah berumahtangga dan mendapat seorang cahayamata. Alhamdulillah. Surat2 dan segala kata2 pesanan Us masih saya simpan (literally, masih saya simpan dalam almari) dan kekal di lubuk hati. Dari kamu Us, saya belajar jadi HARTINI!

* Ustazah Nik

Ustazah bahasa arab di matrikulasi ini memang antara guru2 fevret saya. Sempoi, klasik, suka berlawak jenaka dan tertawa. Tapi dalam kelas beliau nampak begitu senyap dan tegas. Ah jangan tertipu, beliau guru paling bersahaja jika anda kenal baik dengannya. Disebabkan saya mengenali guru dari negeri Cik Siti Wan Kembang ini tatkala saya remaja, seharusnyalah beliau telah serta merta diangkat menjadi rakan baik saya. Kami keluar makan bersama, berkongsi cerita, bergossip dan tidak segan bergelak ketawa seperti rakan baik

Jazakillahu khairan kathiran ya Ustazah. Kus2, spaghetti dan segala makanan ustzah yang sedap2 tu lah yang paling saya ingati. Dari ustazah saya belajar manjadi guru yang ‘dekat’ dengan pelajarnya. POSITIF dan bijak dalam segala duduk perkara

***
Walaupun tidak semua nama yang mampu saya ceritakan, namun saya menginagti kalian. Tak kiralah yang saya sayang atau bencikan. Cikgu Norhayati, Cikgu Salwani, Puan Noraini Cantik - Bukan Guru Besar saya, kerana nama mereka sama. Puan Joseph, Puan Naidu, Cikgu Aziz, Cik Roslizawati, dan semua guru2 yang pernah mengajar di Sekolah Rendah Kebangsaan (P) Methodist 1, Kuala Lumpur dan Sekolah Rendah Agama Sri Pantai dari tahun 1991 – 1996, saya ucapkan jutaan terima kasih.

Dan Ustzah Wahidah, Ustaz Musannif, Ustazah Musalmah, Ustazah Rodziah, Ustaz Halim, Ustaz Fauzi, Ustaz Tariq, dan semua guru2 yang pernah mengajar di Sekolah Menengah Agama Daerah Batang Padang Bidor, Perak dari tahun 1997 – 2000, syukran jazilan

Dan guru2 di Sekolah Agama Menengah (T) Tengku Ampuan Rahimah, Sungai Manggis Banting Selangor dari tahun 2000 – 2001

Pensyarah2 matrikulasi UIAM, dari tahun 2001 – 2002/2003 dan kesemua pensyarah2 saya yang saya sayangi di Kuliyyah IRKHS, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Jasa dan pengorbanan kalian dalam mendidik, kesabaran dan ketekunan kalian dalam mencorak peribadi sendiri agar menjadi contoh kepada kami saya dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih. Saya sungguh2 terharu dan kepada Allah sajalah saya memohon, agar kesemua kalian ditempatkan di syurga tertinggi. Ameen

***

Dan mudah-mudahan, dalam masa sepuluh atau dua puluh tahun lagi, saya pula yang akan membaca baris2 nama saya di laman sesawang bekas2 anak murid saya yang berjaya, kaya raya dan bahagia. Ameen, ya Allah

‘Kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau’

Terima kasih

Friday, November 02, 2012

Ragut

Minggu lepas, hari Rabu, dua hari sebelum ketibaan Eidul Adha, saya diragut di hadapan rumah. Kalau fikir2 balik, saya pun tak tahu macamana nak cerita. Terlalu sekejap perkara tu berlaku sampai saya terkedu. Dan jujur, saya penat nak ceritakan berulang-ulang kali. Dekat mak ayah, dekat kawan2 ofis, dekat bos, dekat polis, dekat pegawai penyiasat. Kalau boleh rakam, saya rakam je cerita saya. Kalau2 orang nak dengar, saya putarkan balik kasetnya

Apa yang hilang? Semua. Wallet, telefon bimbit, Samsung tab, ic, lesen, kad atm, semualah. Semua hilang. Saya tinggal sehelai sepinggang. Mujur kunci kereta masih kat tangan. Jadi saya cari la syiling2 dalam kereta untuk call ayah saya. Dan jalan terbaik lepastu, report je lah

Duit yang hilang tu saya tak kisah sangat. Gajet2 yg saya sayang, walaupun sakit hati, tapi masih saya mampu meredhakan. Mungkin bukan rezeki saya. Tuhan pinjamkan sekejap je untuk saya rasa. Tapi susahnya nak buat IC, lesen, kad atm tu lah yang buat saya bengang satu badan

Peragut tu boleh je datang pinjam duit dari saya, gerenti saya bagi. Tapi bila dia ragut, dia bukan setakat ragut barang2 saya, dia ragut masa saya, tanggungjawab saya, saya tak dapat ke kelas dan ke pejabat, saya terpaksa ke hulu ke hilir menyudahkan segala-galanya. Dan sesungguhnya 'ragutan' itu lebih besar maknanya buat saya

Saya selalu ulang2kan ayat ni dalam kepala saya. "Biar saya susah, jangan menusahkan orang". Tapi bila saya diragut, saya dah lah susah, saya terpaksa meyusahkan orang. Ayah saya yang terpaksa datang dari Klang ke Puchong, mak saya yang terpaksa pinjamkan hanset, anak2 murid saya yang tunggu saya tapi saya tak masuk kelas (nak call macamana kalau saya tak ada nombor telefon mereka), bos yang ternanti2 kenapa saya tak datang ofis. Semualah!

Semua yang terjadi akan membuatkan saya lebih berhati2. Cuma terkilan, nombor2 telefon kawan2, semua hilang. Jadi kalau ada rakan2 yang membaca blog saya, sila lah msg semula dan kenalkan diri anda. Saya masih menggunakan nombor telefon bimbit yang sama.

Dan buat peragut yang konfem anda mesti tak baca punyalah blog2 macamni. Sebab kalau anda baca, mestilah anda terdidik dan tidak akan meragut orang. Saya doakan anda diberikan hidayah, supaya anda berubah dan anda faham, bagaimana rasanya kalau barang-barang dan kehidupan yang anda sayang diragut oleh orang lain. Ingat, kita masih ada akhirat sebagai mahkamah teragung. Jumpa di sana ya!


Monday, October 22, 2012

Legoland Malaysia

Ok. Saya dah sampai Legoland Malaysia. Fine. Gila ad hoc sebab saya tak bagai hint apa2 pun yang saya akan ke sini. Sebab saya pun tak sangka bila rezeki datang bergolek betul2 depan batang hidung saya. Sebab dah ada orang bagi tiket free dan ajak saya ikut sekali ke Johor sana, saya pun tak fikir panjang dah, join aje. Apa nak fikir2 lagi. Bukan ada anak bini nak kene jaga ke apa, datang je la bawak badan. Jadinya, sempat jugalah saya ke Legoland yang menjadi bualan hangat itu

Sedikit gambar untuk dikongsi, macam biasa

 Terima kasih kepada empat dara pinggitan ni sebab sudi ajak saya pergi. Terharu!!

 Dari kiri, Kak Jijah, Kak Nora, Kak Nana (tokeh tiket) dan Kak Laily. Semua masih single ok (:

 Permainan pertama yg dorang main. Saya ambik gambar je

Replika2 bangunan yang diperbuat dari lego

 Nampak permainan ni macam untuk kanak2, kitorang tak sanggup pulak lah nak main

 Pelabuhan Tanjung Pelepas, katenye..

 Sangat panas lagi terik. Ini spot pilihan. Orang lain jeling je kitorang dapat kerusi nih. Redup okay!

 Aunty baju kuning tu cekak pinggang duduk depan KLIA. Tak puas hati la tu flight delay..

 Singapore la konon ni

 Jauh2 kami datang, KL jugak yg kami nampak. Nasib-nasib..

 Selamba badak lepak tepi kaunter ni hanya disebabkan dalam area ni ada aircond. Pakcik hujung tu, siap berlunjur kaki lagi..

Balik dengan mulut yang pot pet pot pet tak puas hati

******
Komen singkat saya sempena ke Legoland

1) Kalau ada duit lebih sikit, elok sangat lah kalian terus ke USS
2) Harga tiket yang rm140 macam tak berbaloi dengan permainan yang ada (banyak yang belum siap)
3) Legoland lebih sesuai untuk percutian keluarga dengan anak2 yang masih kecil (4-12 tahun mungkin). Untuk remaja dan dewasa macam saya, agak bosan juga
4) Servis patut dipertingkatkan. Kerusi rehat, water cooler, tempat beratur yang redup, kipas dan penghawa dingin, etc etc
5) Banyakkan kedai2 menjual cenderahati supaya pengunjung tidak bertumpu dan bersesak2 di kedai yang sama
6) Tak boleh bagi alasan "Fridge Magnet habis". Sangat dangkal ok statement tu. Ingat kedai runcit belakang rumah ke main nak habis2? Fridge magnet dan keychain yang ada tulis 'LEGOLAND MALAYSIA' tu lah cenderahati paling berharga dan laris. So, buat banyak2
7) Apa saja show yang dah siap fixed time, kalau start je terus tutup pintu and pagar supaya pengunjung tak keluar masuk. Sekali dah masuk, suka ke, boring ke, sampai show tu tamat lah pengunjung kene duduk dalam. Kalau terlambat, tunggu show yang seterusnya. Tu baru betul. Ada pulak boleh main keluar masuk sesuka hati
8) Belajar lah dari tempat orang, negara orang. Servis dan kualiti mereka tip top. Servis kita? Takpelah, malas nak komen


Saya bukan nak demand, tapi ini pendapat saya. Saya pernah ke negara luar dan mengunjungi taman2 tema seperti ini. Banyak yang harus diperbaiki dari segi servis dan kualiti kepada pengunjung. Mesti sesuai lah dengan harga yang dibayar. Kalau rege tiket tu 4 hengget macam fun fair belakang rumah, saya tak bebel kak non. Mujur lah saya masuk free, kalau tak, lagi panjang lah entri ni

Belajar lah untuk educate masyarakat kita supaya mereka ter'educate. Berikan kepercayaan dan bantu mereka untuk melakukan perubahan. Legoland Malaysia, sangat2 ke'malaysiaan' bagi saya. Yang pengunjung pun satu, ubahlah sikap. Jaga kebersihan. Bersopan di tempat awam. Jangan main nak usik butang itu ini, kalau masuk kedai; berhati2, jangan sepahkan barang2, kalau tak nak beli jangan pegang dan baaaaaaaaanyak lagi yang perlu dipertingkatkan

Yang pekerja pun bekerjalah. Tunjuk lah arah, berilah bantuan. Tegur lah kesalahan. Suruhlah orang beratur dengan cermat. Mana yang datang bekeluarga, jangan lah pisahkan mereka. Sakit tak hati kau kalau kene duduk asing ngan bini? Kau kan pekerja. Kalau kau bersuara, sorang tak cakap apa. Kalau kau diam kaku je, baik ko jadi replika patung lego tu. Sinis kan statement ni? Serius sakit hati

Kita perlu TEGAS dan JUJUR sebagai penganjur
Pengunjung harus SOPAN dan MALU sebagai tetamu

Berapa tahun lagi untuk saya dapat melihat rakyat negara saya berdisiplin dan berhemah dalam setiap tindak tanduk mereka? Entahlah..

Apapun, akhir sekali, terima kasih Kak Nana dan Kak2 semua kerana sudi mengajak saya berhujung minggu di sana. Daripada 5 bintang, saya bagi 2 je la dulu eh. Nanti kalau you all improve, saya tambah lagi

Sekian..

******

p/s : maaf kalau ada yang tak sependapat dengan saya. ini pendapat peribadi sahaja


Monday, October 15, 2012

Madah dan Karenah

Pernah menangis dengar lagu? Atau pernah kalian menangis bila mengamati lirik2 lagu?

Saya selalu

Kadang2 rasa sebak. Sebak sampai mengalir air mata. Terasa macam disentuh2 hati. Tak terlafaz, tak terungkap. Hanya dapat rasa

Tadi saya dengar lagu ni dan baca liriknya di laman you-tube. Serius, saya sedih dan sebak dengar lagu ni. Dan liriknya..... Saya rasa nak tabik hormat kat penciptanya. What a masterpiece

Saya suka. Saya tak tahulah orang lain. Manusia kan macam2 selera

"Madah dan Karenah"

Biar buta penglihatan
Jangan buta hati dan fikiran
Biarpun miskin harta
Jangan papa adat dan bahasa

Helang-helang buana
Jangan lupa saudara tetangga
Bila hujung dijumpa
Jangan pula pangkal yang kau lupa

Harumnya bunga rampai
Oleh kerna ramuan yang pandai
Indahnya sang pelangi
Tapi sayang tiada bererti

Hidup dalam dunia Banyak ceritanya
Selagi bernyawa ada saja karenahnya

Yang indah hanyalah bahasa
Disebut dibaca gurindam serta seloka
Namun kenyataan hidup
Masih tetap sama
Tidak kira walau di mana
Tepuk dada tanya selera amalan biasa

Penyair atau pujangga
Bermadah kelana
Dunia begitu jua
Dahulu mahupun sekarang
Tiada berbeza
Pucuk pangkal hati jua

Kalau emas, emas jua
Dibuang tetap berharga
Kalau besi, besi jua
Kan karat akhirnya

Haaa, kat part rangkap yg last ni lah yg saya rasa sebak sangat. Pandainyalah orang melayu buat madah2 macamni

Ringkas, berkias, tepat, padat.

Mesejnya jelas dalam erti kata : pandai2 la fahamkan sendiri ikut situasi masing2

Tahniah buat pencipta lagunya : M. Nasir dan pencipta liriknya : S Amin Sahab

Saya tabik la anda berdua!! Tak payah nak Shakespears sangat kot. Negara kita pun banyak lagi seniman yang hebat2 dan berbakat

P/s: bukak youtube dan cari sendiri lagunya kalau nak feel. Mungkin kalau baca liriknya sahaja tak berapa nak 'terasa'

Tapi memang wujud jugak dalam dunia ni orang yg takde perasaan. Apa nak buat.. Semua ciptaan Tuhan

Jumpa lagi (:
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, October 01, 2012

Bolehkah kamu tadahkan tangan?

Sudah berapa bulan? Entahlah. Saya kurang periksa. Mungkin sudah beberapa tahun agaknya. Biarlah isterimu saja yang menghitung. Dengan hitungan masa yang mendekatkan hati dan jiwa. Jiwamu dan jiwanya. Saya sekadar datang sekali sekala. Menjengukmu di kala hilang punca. Menjadikan kisahmu dan isteri sebagai penawar duka dan panduan bahawa hakikat cinta agung itu memang wujud untuk orang2 yang dipilihNya. Betapalah haru rasa ini wahai, Ahmad. Entah apa hikmahnya mengenali kalian tanpa mampu mata merenungkan, mulut mengucapkan. Sekadar bersapa-sapaan dengan papan kekunci. Nampak benar yang kita semua ini sebenarnya buta, bisu dan tuli

Kalau yang berjabat tangan dan berpeluk erat itu dikatakan ukhwah, maka tiada satupun yang boleh kita buktikan bahawa kita ini bersaudara. Namun hubungan kerana Tuhan ini ternyata jauh seninya. Terlalu jauh untuk sekadar ditafsir dengan pandangan mata dan akal yang singkat. Apa pun buah dan rahmatnya, biarlah Tuhan saja yang meletakkan darjat kebesaran kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Tapi saya sering berharap, agar termasuk lah kita dalam golongan manusia yang bersahabat kerana Dia. Diberikan naungan di padang akhirat yang tidak ada apa2 perlindungan lagi. Naungan persahabatan yang erat, yang dengan persahabatan ini mengeratkan persahabatan yang lain2 pula. Mudah-mudahan hendaknya

Ahmad,

Bagaimanakah keadaanmu di sana? Pasti sedang bersenang lenang. Damai menanti kehadiran hari2 mendatang. Untuk segera dekat dengan kekasihmu yang memang dikhaskan. Betapa untungnya kamu wahai Ahmad, punya suri seperti Nur itu. Selalu saya sebut2kan namanya dalam kelas2 saya. Tatkala mahu saya memberikan contoh2 baik buat pelajar2 saya. Kadang2 saya simpulkan kisah kalian berdua

Setia itu bukan mudah, saya faham. Lebih2 lagi apabila kita hidup dalam dunia yang memungkinkan segalanya. Kehendak masyarakat, keperluan harian, kepentingan anak2, dan runtunan hidup yang memerlukan kita untuk berpaling pada yang lain. Namun keyakinan dan tekad yang ditunjukkan isterimu itu, Allahu… Jujur saya terharu. Ada rupanya manusia sebegitu setia. Benar2 wujud, dan ianya bukan dalam watak sebuah novel cinta

Dia itu masih muda. Muda benar. Sangat lojik dan difahami seandainya dia memilih untuk mencari ganti. Namun pilihan hatinya tetap kamu. Titik air mata saya, Ahmad. Walaupun saya tahu benar, segala2nya ditentukan oleh Allah jua. Namun tekad dan keyakinannya sangat kukuh dan ampuh. Kekal mempercayai bahawa berkahwin dan bercinta itu hanya sekali. Dan cukuplah sekadar SATU KALI. Tidak perlu diulang2 kembali.

Hmmmm… Perempuan selalunya begitulah.Namun tak semua, saya pasti tidak semua

Bolehkah kamu tadahkan tangan, Ahmad? Bolehkah?

Bolehkah di alam sana itu kamu tadahkan tangan dan berdoa? Kerana kalau boleh, ingin sekali saya memohon agar didoakan saya. Kerana kamu sudah tentu lebih dekat dengan Dia di sana. Sedang saya masih dikaburi fatamorgana yang menyilau mata. Tolong doakan saya tabah. Tolong doakan saya cekal. Tenang dan sabar melalui hari2 mendatang. Doakan saya bertemu kebaikan. Bertemu kesejahteraan. Akan ada hari2 keperitan di hujung tahun ini. Dan jikalah saya mampu meminta, ingin saja saya meminta agar dijemput kembali sebelum kedatangan hari tersebut. Serasa tidak sanggup saya menempuhnya. Namun apalah daya saya. Apalah daya hamba sekerdil saya

Kalau mampu saya kumpulkan setiap cebisan doa untuk dijadikan kubu kekebalan, kubu pertahanan, pastilah sudah saya kumpulkan. Agar diri ini terus kebal dari berasa sedih dan sakit. Namun semua itu bukan cara Tuhan. Tuhan memberikan pengajaran melalui kesakitan. Memberikan pengajaran melalui kekurangan. Memberikan pengajaran melalui kehilangan. Dan kesakitan, kekurangan dan kehilangan itulah yang seterusnya membuatkan kita faham maksud kehambaan. Kita cuma hamba yang mengharap belas ihsan. Sedang Dialah Tuhan yang maha hebat dan layak menunjukkan jalan

Sering saya ingat kata2 isterimu dalam lamannya. Hidup itu singkat, mati itu dekat. Ya, selalu saya ingat dan lekatkan di dalam minda saya. Biarlah berpeluh dan mengadoi sakit di ladang dunia yang serba fana ini, agar dapat saya kutip bebuah pahala di negeri sana. Bertemu dan menjabat tanganmu, tersenyum dan bergelak tawa megenangkan rencana Tuhan yang mendekatkan kita. Kamu bersama isterimu dan saya bersama teman jiwa yang saya harap dialah orangnya. Itulah yang sering saya sebutkan dalam doa2 saya. Bukan setakat saya impikan, malahan saya yakin. Yakin dan pasti bahawa kita semua akan bertemu satu hari nanti

Saya masih belum berkesempatan bertemu isteri dan anak2mu. Sekadar meninggalkan pesanan ringkas bertanya khabar. Entahkan kami selesa atau tidak bila bertemu mata. Atau mungkin sehingga dicabut nyawa saya juga, masih tidak sempat kami bersapa. Entahlah. Saya tidak tahu. Biarlah masa menentukannya

Sehinga di sini saja untuk kali ini. Tinggal dulu. Tidak perlu saya menyuruh kamu agar menjaga diri kerana dirimu telah berjaga. Insyallah, ada pahala dan doa2 yang menghiasi hari2mu. Sedang saya di sini lah yang lebih perlu menjaga diri. Agar tidak jauh dari Tuhan dan rahmatNya. Agar tidak saya terjatuh dalam lembah orang2 yang lalai dan derhaka. Terima kasih Ahmad, Terima kasih Mawar. Terima kasih atas cinta dan kesetiaan yang kalian tunjukkan. Menjadi penyejuk dan menambah keyakinan hati saya kepada Tuhan dan segala apa yang Dia tentukan

*****

Semasa saya menaip entri ini, program manager saya menyapa dan memberikan buah tangan berupa rantai kunci yang terdapat syling 1 penny dari USA.  Dan pada syiling yang terdapat gambar sisi Abraham Lincoln itu, ada kata2 yang benar belaka;

"IN GOD WE TRUST "

Subhanallah. Sajak dan sangat kena dengan tema penulisan saya. Tersenyum saya. Tersenyum pada Allah dan mengharapkan Dia tersenyum kembali memerhatikan saya dari atas sana. Ya, saya yakin sekali Dia sedang memerhatikan saya. Memerhatikan kita semua

Saya mahu percaya dan saya memilih untuk percaya padaNya

Saturday, September 29, 2012

Ku akui

Sabtu pagi yang terang lagi indah. Baru sudah saya berbasikal mengelilingi taman perumahan. Sekadar menggerak2kan otot yang lama kelesuan. Pokok2 mama pun sudah saya siram dengan air yang banyak. Buat bekal petang dan pagi esok yg mana selalunya saya seringkali akan gagal menyiram.

Sekarang sedang mendengar lagu Hafiz - Kuakui. Saya dengarkan berulang2 kali. Sehingga titik air mata menghayati sebuah seni yg indah.Terasa damai benar jiwa. Harap2nya tidaklah akan saya dendangkan lagu ini buat sesiapa. Kerana liriknya mirip mereka yg gagal menghargai orang2 yg menyayangi di saat keberadaan. Lalu tatkala telah hilang akan yg selalu mencintai, menasihati, memerhati, menyanjungi dan menyayangi itu, terasalah sesalan dan kehilangan yang teramat sangat.

Bukan hanya untuk kekasih malahan ibu ayah yg jarang sekali kita hargai, adik beradik, sahabat, suami isteri dan juga anak2. Ayuh kalian. Mari hargai dan bersyukur dengan apa yg Tuhan kurniakan. Sebelum Tuhan mengambilnya kembali dan kita tidak sempat membisikan walaupun sepatah ucap sayang.

Buat lah panggilan, kirimkan pesanan, berikan senyuman, belaian dan pelukan sebagai tanda kasih. Dan jika jarak menjadi punca pemisah, maka dekat dan eratkan dengan usaha. Dan jika kuburan menjadi perhentian yang memisahkan, kirimkan segaris doa dan harapan. Dunia ini hanya sementara, kawan. Apa yang sering disebut2, didoa dan diharapkan dengan sepenuh hati, jarang tidak didengari. Lebih2 lagi oleh yg Maha Mendengar keluh kesah hati.

Jadi yakinlah

Yakinlah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa hamba2Nya

*****

Mama papa dan adik2, kawan2 uranus yg dikasihi, sahabat saya mami, mak dan Nyah di kampung, Ahmad yg jauh dan surinya Mawar yg dekat, mak abah yg menolak cinta dan keikhlasan saya mentah2, dan belahan jiwa saya yang satu2nya di hati, yg saya kasihkan demi Tuhan yg menciptakan, yg memberi semangat dan dorongan, yg memang terpaksa dijauhi namun terasa hampir sekali, saya amat2 menyayangi dan mengasihi kalian demi Tuhan

Ya, semata2 demi Tuhan

*****

Ku akui, sayang ini demi Tuhan dan untuk Tuhan

Friday, September 21, 2012

Monolog duka


Angin bertiup perlahan. Sesekali mendengar desiran lalang yang bergerak kiri dan kanan mengikut arah angin itu memberikan kengiluan pada perasaan. Bagai luka yang disiat kembali. Dijahit semula dengan penuh tekun, diubati dengan hati2, namun dilukai lagi dan lagi dan lagi. Sehingga dirasakan yang membengkak dan bernanah itu telah pula menjadi sebati dan sebahagian dari perasaan ini, tidak mampu dipisah2kan lagi

Pandangan kiri dan kanan terasa gelap. Alam yang terbentang luas ini terasa sempit dan perit. Bagaimanalah seorang manusia mampu diberikan dugaan sebegini hebat, sehingga serasa bagai tiada jalan keluar untuk masalah yang datang menimpa. Apakah aku tidak cukup berfikir dan tidak cukup berusaha?

Apakah Tuhan mampu membantu? Kenapa tidak? Dialah Tuhan yang Maha hebat dan Maha perkasa

"Lalu kenapa tidak dibantu saja?"
 
Dan kedengaran lah suara akal bahawa bantuan Tuhan tidak datang dengan jalan senang. Tuhan tidak membantu dengan manusia berlepas tangan. Perlu ada usaha. Perlu ada pengorbanan. Perlu ada tangisan. Dan untuk langkah yang tidak lagi mahu ditoleh2 ini, tangisan dan kelukaannya juga tidak mungkin kecil. Ya, besar2 belaka. Persoalannya, sudahkah aku bersedia?

Andai lah mampu diukir satu2, dipahatkan di minda manusia, betapa besarnya keinginan diri untuk menjadi apa yang diingini hati dan naluri, pastilah mudah tugas ini. Namun sering saja hati berkata, ini bukan soal ingin atau mahu. Ini soal perlu. Soal keperluan menjadi apa yang diciptakan. Dua puluh lapan tahun, hidup dalam corak dan kanvas yang dicanting orang lain, entah bila masa itu akan sampai. Masa untuk bernafas sebagai diri sendiri

Manusia mempersoalkan, bahawa mungkin sekali apa yang aku cita-citakan itu adalah semata keinginan naluri yang keanak-anakan. Pemikiran yang masih kurang matang. Pertimbangan yang masih kurang wajar. Wahai, apakah perlu aku mati dahulu untuk dikatakan aku matang dalam melakukan penilaian? Telah suku abad hidup ini dipersia-siakan. Berendam dalam tangisan tatkala aku hanya mampu melihat manusia lain melakukan apa saja yang dikehendaki mereka tanpa sedikit pun rasa salah dan dosa. Sedang aku? Aku berkira2, berprasangka dan berserba salah hatta tatkala menyarung pakaian dan menyapu bedak di wajah. Apakah masih belum matang pertimbangan akal dan jiwa?

Sekali lagi jika dipandang kiri kanan, dan sesekali aku dongakkan kepala di langit, masih tiada jawapan terhadap persoalan maha hebat ini. Malah makin lama makin banyak persoalannya lagi dan lagi dan lagi

Aku perlu berusaha untuk mengubah bentuk2 derita ini menjadi bahagia. Namun sesekali ditakut2kan oleh minda, jika usai adanya yang dicita-citakan itu, apakah pasti akan ada bahagia? Atau sekadar menambah lagi luka? Apakah akan hadir bahagia setelah pengorbanan itu aku pertaruhkan? Apakah aku akan berbahagia dengan tangisan gembira ataupun kekesalan? Apakah akan ada kesal bila apa yang kita lakukan hanyalah untuk menjadi diri sendiri. Ya, sekadar untuk menjadi diri sendiri. Diri aku sendiri

Allah….. Kalau lah mampu kuketuk pintuMu, dan menyapaMu, akan kutanya soalan maha rumit ini. Ya, apakah ada bahagia untuk sekeping hati ini, wahai Tuhanku yang selalu mengerti?

Atau apakah memang Kamu sengaja membiarkan aku sakit dan lemah dan kalah dan pasrah di dunia yang serba fana ini, untuk aku mensyukuri dan menumpukan segenap perhatian kepada alam yang tiada akhir2 lagi nanti? Membiarkan aku berjalan sendiri tanpa teman di sisi. Membiarkan aku hidup dengan pakaian manusia lain agar aku lebih faham tentang penciptaanMu yang maha besar seninya. Membiarkan aku mengumpul setiap titis air mata, agar dengan air mata itu dapat kubasuh segenap dosa yang bercambah?

Sesungguhnya amat kerdil dan jahillah seorang manusia bernama aku ini wahai Tuhan. Baru sekelumit Kau berikan ujian, sudah sesat aku dalam mencari penyelesaian. Tolonglah wahai Allah, berilah petunjuk. Agar jalan yang aku lalui, walau seperit mana pun ia, hanyalah jalan yang menuju kepada redha dan kasih sayangmu. Biar sesakit manapun akan aku tempuh

Ah sahabat.. Andailah dapat aku tuturkan dengan lebih jelas, agar kalian lekas faham. Kalaulah aku mampu. Percayalah, meskipun aku mahu, amat berat mulut ini menceritakan. Seberat akal kalian yang terpaksa menghadamnya jika ketahuan. Pertimbangan antara salah dan benar yang berpanjangan, kira2 antara akal dan rasa, yakin dan percaya, sangsi dan curiga yang takkan pernah sudah. Sehingga jasad bercerai nyawa, yang mampu menjawabnya Cuma Tuhan yang Esa.

Ya, yang mampu menjawabnya hanyalah Tuhan yang Maha Esa, Maha Besar, Maha Kuasa. Hanya Dia

Saturday, September 15, 2012

Melayan gian

Otw balik dari exam di PICC, saya layankan kegianan ni kejap








Sekian. Ahhh baru lega. :P hehehe

Friday, September 14, 2012

Universal Studio Singapore

Ok, seperti yang dijanjikan, USS

 Kami sampai USS time tu dalam pukul 10 lebih. Disebakan pergi hari sabtu, so tiket menjadi agak mahal berbanding weekdays, standard la kan. Mana2 tempat pun macamtu. Dewasa $72 dan kanak2 $55 kalau tak silap. Kalau korang nak pergi, boleh tengok website USS tu sendiri k. 

Ni spot wajib. Globe yang berpusing je tak benti2 ni memang tak pernah lah yang kosong kan. So aku shoot je la walaupun ramai orang. Nak tunggu takde orang memang tak dapat la kot

Masuk2 je, adik aku yg dua orang ni menggedik nak amek gambar kat bintang2 ala2 walk of fame, apa entah orang panggil yang kat hollywood tu. Aku biasa je la sebab aku bukan minat sangat begambar. Lagipun aku pernah sampai dah the real Hollywood. Disneyland Los Angeles pun aku pernah pergi. Kira lawatan ke USS ni macam ulang kisah silam la. Eceh

 Ni street pertama yang korang akan jumpa bila masuk. New york street ke apa ntah. Aku memang tak tengok kiri kanan sangat sebab nak cepat menuju ke Transformers.

 Sempat la aku snap gambar kartun ni. Bukan gambar awek dua orang tu okay. Masyallah, seksi.

Haaaa.. Ni lah dia yang menjadi idaman setiap orang yang nak pergi uss. Transformers the ride. Haiyoooo.. memang best la permainan ni. Kalau pergi, kene lekas2 beratur sebelum orang beratur ramai. Aku haritu beratur dekat 40 minit. Tapi jangan risau, beratur je la. Takdelah bosan sangat sebab dalam bangunan ni dah macam muzium transformers

 Sambil2 beratur tu, boleh la tengok barang2 dan alat2 yang berkaitan dengan cerita transformers ni. Adik2 aku la yang beriya. Entah apa2 nama robot2 ni. Aku bukan hafal sangat. Budak2 baru nak naik la yang suka benda2 macamni

 Ni pun tengah beratur lagi. Ramai orang. Dorang tak bagi snap gambar dalam ni. Tapi aku curi2 snap jugak. Ah peduli apa. Datang jauh2 tu. Bukan leh datang lagi pun nanti kan. Aku rela kene marah la dari tak dapat ambik gambar lansung. Ada permainan yang korang boleh bawak beg, kamera dan barang. Ada permainan yang 'sorry bang, mesti sehelai sepinggang okay!'

 Dan setelah 40 minit beratur, dah rasa bergoyang kiri kanan atas bawah, menggelodak segala isi perut, menjerit sampai keluar anak tekak, baru lah aku keluar dan ambik gambar sekitar sci-fi city ni. Kira section pertama dalam uss. Ramai orang ambik gambar watak2 cerita ni. Free. Kalau korang nak, just beratur. Kalau malas beratur, haa amek je la macam aku ni. jangan komplen la kalau ada kepala orang ke apa kan

 Encik Chevrolet yang kacak. Kalau dalam Malaysia, aku rasa Jejai je kot yang pakai keta ni. Sebijik kaler kuning. Untunglah Fasha Sandha. Aku mampu tengok je la. Heeee geram. Hensem!

 Ni pulak permainan kedua yang aku main selepas transformers. Best ke tak best ke, korang kene la naik sendiri. Sebab yang aku naik haritu, kira nasib baik je lah tak pengsan. Kaki dah la terjuntai2, turun naiknya masyallahh.. Tapi ye la kan, dah nama pun roller coster. Haa main roller coster ni tak boleh bawak apa pun. Hanset dalam kocek pun tak boleh. Cermin mata, sebelum naik kene bukak. Sebab tu aku sarankan, korang pergi ramai2. So kalau ada yang jenis penakut atau gayat, boleh lah dorang tolong pegang dan jagakan barang2 sementara korang main. Sebab kalau tak, memang kene letak dalam loker. Alamat melayang lagi lah duit korang

 Ada dua roller coster. Satu merah, satu biru. Dua2 best. Tapi yang paling tinggi dan mencengkam ialah si cyclon ni. Oh ye, kanak2 pun boleh main semua jenis permainan termasuklah cyclon ni dengan syarat kanak2 tu mesti melepasi ketinggian yang ditetapkan. Anak buah aku darjah satu, selamba je dia ikut kitorang yang muda2 belia ni naik roller coster. Tak takut pulak tu. Aku tak tau lah budak2 sekarang ni. Banyak makan makjun kot

 Sempat aku snap gambar si Optimus yang tengah sibuk layan peminat ni. Ni bukan patung ok. Ada orang dalam ni so dia leh la melambai2 ke apa. Bukan replika. Bebudak memang suka lah benda2 ni. Dan destinasi aku yg seterusnya ialah section Mummies ni

 Haa tu dia. Hamek kau. Dah macam kat Abu Simbel. Permainan ni pun best. 3D macam transformers jugak. Hee semua lah best2

 Kalau tadi kat section pertama tu kawasan dia macam robot2, yang dalam section dua ni dah macam kat padang pasir pulak. Segala tok nenek berhala lah ada kat sini. Berhala ke? Entah. Kira dorang nak menambahkan lagi feel tu, dinding, jalan raya, kedai2, semua dibina mengikut tema section. Sampai orang yang kerja kat section ni pun akan ikut berpakaian ala2 An'ck Sunamun.. Bagus dan best

 Ni antara watak2 kat section mummies yang berkeliaran dan melayan peminat2 nak begambar

 Pergi sini, kene rajin jalan. Panas terik pun jalan. Sebab kalau kau masuk tapi kau nak melepak je bawah payung, better tak yah masuk lah kan. So kene rajin jalan k. Ni uss ni tak besar mana. Aku pergi Disneyland dulu, sampai haus lah tapak kasut. Belum Disneyworld Orlando lagi. Orang cakap lagi besar

Revenge of the Mummy. Best!

 Ni section ketiga yang kitorang masuk. The lost world. Dan semuanya menjurus kepada dinosour pulak. Permainan dalam park yang ni basah2 sikit. So be prepared la dengan baju hujan ke apa. Ada dorang jual $2. Tak nak aku. Aku belasah je main tak pakai baju hujan apa pun. Ala kalau basah pun, nanti kau jalan2 tengah panas, kering lah. Apedehal

 Banyak permainan budak2 je la kat sini. Start section ni aku dah penat. Memang aku dah duduk je dan tengok adik2 aku main. Mak aku awal2 dah surrender. Ayah aku? Transformers tu je yang dia naik. Takut sakit jantung. Tak larat dah

 Dah lepas habis section Lost world dan waterworld tu, korang kan jumpa pulak section Far2 away ni. Ala2 istana cerita Shrek gitu. 

 Cantik tiang lampu kau kan? Nasib tak jual. Kalau tak, haruslah mak aku beli tiang ni. Sibuk dia memuji2

Castle yang tersergam. Nak masuk dan main? Boleh, beratur je k. 

 Macam yang aku bagitahu tadi, kedai2 makan, persekitaran akan mengikut tema park tersebut. So yang ni ala2 garden gitu


Si kucing yang dalam cerita Shrek tu. Heee kemain suka lagi budak2 nak memeluk lah, nak pegang2 lah. Lantakkan.. Asalkan korang bahagia

 Dan yang ni dah masuk ala2 Hutan Amazon pulak. Permainan dan kedai2 yang mengikut tema cerita Madagascar. Lagi sekali, adik2 aku faham la cerita2 ni. Aku tengok jugak tapi takdelah sampai mengapal bagai kan

 Penuh dengan pokok2 pisang, pokok2 pinang. Memang terbaik la dorang punya landscape designer ni

 Merry-go-round yang selalunya untuk bebudak kecik. Tapi ramai je orang besar yang naik pun. Ikutlah, tak salah pun kan

Besar amat pokok ini

 Dan selepas habis berjalan2 di semua section dan park, korang akan jumpa Hollywood street ni. Street terakhir sebelum kita jumpa pagar untuk keluar dari uss


 Jangan lupa beli cenderahati utk kawan2 dan saudara mara. Murah2 pun takpe asalkan kita ingat. Bila dorang happy, insyallah dorang akan doakan kita untuk berjalan lagi. Heee

 Universal studio store yang ada jual macam2 barangan. Mak aku beli fridge magnet dan frame satu. Adik perempuan aku amek t-shirt. Adik lelaki aku amek key-chain and topi kot. Dan aku amek beg kecik tempat letak barang2 toileteries. Yang bayarnya, mestilah ayah aku kan. Hahaha.. Jadilah dapat sorang satu buat kenang-kenangan. Mahal tu. Kalau $10 dah sama dengan RM28 okay

 Kebetulan sebelum balik, keluar lah si panda comel ni. Kemain lagi dia senyum and babai2 kat aku. Okay fine, aku tau aku nak balik dah

Dan itu lah je gambar2 yang dapat aku kongsikan beserta cerita yang tak berapa nak menarik lah. Harap2 korang ada gambaran dan berasa teruja untuk sampai ke sini. Bagus angan2 tu. Sebab dari angan2 lah akan datang usaha. Aku doakan semoga semua kawan2 dapat berjalan jauh sambil kita sama2 menambah dan berkongsi pengalaman

Aku masuk uss ni sehari suntuk. Dari pagi sampai petang. Jangan risau, semua kemudahan ada disediakan. Last tutp pukul 10malam. So kalau nak lepak sampai malam pun boleh. Sukahati. Time aku pergi Disneyland dulu, aku masuk 2 hari sebab tak sempat nak cover the whole park. Yang ni sehari ok je. Dorang kata kalau malam ada show. Aku tak tau lah sebab dalam pkul 6 lebih tu kitorang dah gerak. Penat tetapi berbaloi. Selamat tinggal uss

Akhir kata, segala puji bagi Allah yang telah memberikan peluang sebegini helok untuk saya dan keluarga. Syukur Alhamdulillah (: Terima kasih, Allah. Eifel tower and Paris pulak tau lepas ni. Hehe

Ok, jumpa lagi