Singapore lagi... Isk.
Dah ada saudara kat sana, makin selalu lah saya datang ke kota sesat ni. Sesat sebab kalau pergi naik kereta, sure sesat. Pulaunya kecik tapi jalanrayanya, hmmm.. Malas lah nak komen.
Kalini saya nak kongsi pengalaman kali kedua kat sini. Ingat tak lagi tahun lepas saya ada cerita serba sedikit pasal kota singa? (klik sini kalau tak ingat) Pasal pertunjukan laser yang dok tayang kat depan Marina Bay tu? Haaa, kalini pergi, saya betul2 dapat tengok the real show. Pertunjukan air dan laser yang tersangat lah memukau. Dan yang paling penting, free of charge!
Ok, sambil2 kita tengok gambar saya akan kongsi cerita. So enjoy..
Saya shoot gambar ni kat depan The Shoppes at Marina Bay Sands. Dulu saya lepak kat seberang laut sana. Dekat Merlion Park, Hotel Fullerton dan kat bangunan2 tinggi yang ada seberang sana tu. Tapi kali ni saya lepak kat kawasan sini pulak. Tak tau la pulak yang kat sini lah sebenarnya tempat pertunjukan laser air yang memukau itu. Mana lah nak tau. Patutlah bila makin nak malam makin ramai orang yg duduk kat sini. Saya pun jadi pelik. Dorang ni ada tunggu apa2 ke tp tak lah pulak ringan mulut ni nak bertanya kan. Isk
Macamnilah pemandangan kat bawah Marina Bay Sands ni. Kira The Shoppes ni ala-ala Suria KLCC lah kat bawah KLCC. Camtu lah. Bawah tower hotel tu dia buat shopping kompleks untuk orang2 kayo membeli-belah. Saya haruslah tak bershopping. Mana lah mampu nak bermimpikan Gucci, Louis Vuitton dan sebagainya kan..
Macamni lah keadaan di dalam shopping kompleks The Shoppes ni. Ala2 Pavillion gituu. Tp bawahnya ada sungai. So kira macam Pavvilion campur The Mines la kot. Lawa dan exclusive la. Untuk orang macam saya, tengok2 dan menjamu mata je la mampu.
Gucci, Laperla, Chanel, Ferrari dan macam2 lah lagi butik2 berjenama. Malas lah nak amek tau sangat kan sebab saya sure memang takkan dapat beli pape pun dalam kedai tu. Masuk pun saya tak nak. Takut..
Macamnilah rupanya dari tingkat atas. Sempat lah saya shoot sementara nak menuju ke Garden by The Bay yang terletak bersebelahan dengan Marina Bay ni. Besar. Ni yang centre. Dia ada lagi blah kiri dan kanan. Ala tapi kalau shopping2 kompleks ni lebih kurang macam kat KL je la. Sama je pun gayanya
Macam terowong. Saya rasa kalau duduk singapore, kita takkan gemuk kot. Sebab lagi senang naik MRT dan jalan kaki ke mana2 dari naik kereta yang sangat lah leceh. So, saya nasihatkan, kalau anda semua betul2 nak round satu singapore, letak je kereta kat JB, then naik lah bas ke Woodlands dan terus pilih MRT untuk ke mana2 destinasi yang anda sukai.
Paling penting, rancanglah perjalanan anda. Tengok2 lah dulu internet anda nak pergi mana, berapa harga tiket, pukul berapa bukak dan sebagainya. Supaya tidaklah nanti anda tercengang2 di tempat orang. Lain town lain lah pesennya. Dan lagi satu saya nak nasihat, better pakat kasut dan pakaian yg selesa dan senang nak bergerak. Baru best jalan2..
Ini lah dia Marina Bay Sands Singapore yang dibangga2kan tu. Dulu saya tengok dari jauh. Kalini saya dapat duduk betul2 kat bawah hotel ni. Patutlah harganya S$500 satu malam. Yg saya tengok ada offer bulan March ni, harganya S$339. Hmm... Bukan sekarang lah kot nak dapat merasa duduk pun..
Kebetulan bila nak ke Garden by The Bay tu kita boleh melintas masuk dalam hotel. Haa, merasa lah saya tengok lobi hotelnya yang lawa ni. Macamnilah kiranya interior design dalam Marina Bay Sands. Jadi lah dapat lalu pun. Tapi tak boleh lama2 melepak dalam ni. Sebab ada guard yang jaga. Kira sambil jalan tu kene behaves la. Tak boleh buat bising, buang sampah, atau melakukan apa2 perkara yang boleh menganggu ketenteraman pengunjung hotel. Eceh
Mendongak saya menengok hotel yang tinggi ni. Kalau nak naik kat kapal selam yang atas tu pun boleh. bayarannya S$20. Naik atas dan nampaklah keseluruhan pemandangan kota singa ni. Tapi saya tak naik pun.
Ini lah Garden by The Bay yang lawa di waktu malam. dari jauh nampak macam kapal UFO nak berlepas. Lampu2 begemerlapan dan sangat lawa lah kalau nak ambil gambar ke apa. Tahun lepas saya tak sempat ke sini. Sebabtu bila dapat peluang tahun ni, saya terus decide untuk tengok pokok besar ni.
Kat atas tempat orang jalan kaki tu pun boleh masuk. S$5 sahaja. Tapi saya tak masuk jugak sebab nak mengejarkan light and water show depan The Shopes tadi. Lepas dah bergambar2 lebih kurang, saya patah la balik ke tempat mula2 saya lepak tadi.
Orang dah ramai duduk dan cari spot yang baik punya. Yang saya ni tak tahu-menahu. So takdelah cari spot bagai. Bila datang balik tengok tempat dah penuh. So berdiri je la kat belakang. Saya rakam video di sepanjang pertunjukan tu dan tak sempat ambil gambar. So saya terpaksa lah google untuk share dengan anda semua gambar2 pertunjukan air di bawah ni.
kredit gambar : google |
Lagu malam tu dia pasang 'What a Wonderfull World' by Louise Armstrong. Saya tak tipu, memang sebak dan terharu lah bila dapat tengok show ni. Terasa banyaknyalah anugerah yang tuhan pinjamkan kat diri ni. Syukur Alhamdulillah. Kalau nak tengok macamana show ni, boleh lah bukak kat youtube. Saya tengok ada ramai jugak yang upload video nya kat situ. Salah satu contoh pertunjukannya boleh tengok di SINI. (kredit : youtube account Robert Phillip)
kredit gambar : google |
..................................
Tamatlah percutian saya ke Singapore. Nanti saya takmau pergi Singapore dah. Nak pergi tempat lain pulak. Tapi apapun, jalan2 tempat orang memang mengujakan. Penat memang penat tapi berbaloi. Makin kita sesat, makin kita tak tahu, makin kita buat kesalahan, makin banyaklah yang kita belajar.
Hidup ni adventure. Life is not a movie that you could rewind. Apa yang berlaku, akan tersemat dalam memori. Yang baik jadikan panduan, yang kurang baik jadikan tauladan. Konsep hidup saya mudah je, makin jauh kita berjalan, makin luaslah pengalaman, makin dekatlah kita dengan Tuhan
Cantik kan falsafah tu?
Haa apa lagi, belajarlah rajin2, kerja keras, kumpul duit dan jalannnnnnn!!!
p/s: trip lepas ni, "blub.. blubb.. blubbb.." ^_^