Friday, November 14, 2014

Berat

Berat?

Teramat.

Boleh lagi kau pikul?

Sampai mati..

Sampai terasa macam nak mati?

Tidak, akan ku pikul sampai mati

Kau menyesal?

Tidak pernah sekalipun

Jadi apa penyebab kemurunganmu?

Tiada apa

Nampak macam ada apa-apa bagi aku

Terpulang..

Aku kagum

Jangan

Kenapa tidak?

Kenapa perlu?

Kerana kau tabah

Tidak setabah yang kau sangka. Kadang2 tergelincir juga

Sudah kau doa dan mintakan pada Dia

Apa yang perlu aku minta?

Segalanya. Supaya Dia memberikanmu sedikit keringanan

Bukan keringanan yang aku idamkan---

Lalu jangan sesekali kau tangisi beban!

Ya..

(DIAM)

Kenapa kau diam?

Aku geram

Dengan siapa?

Dengan Dia

Geram yang bagaimana?

Geram, bengang,sakit hati yang segalanya

Ceritalah..

Ah untuk apa

Untuk dibaca

(KELUHAN)

Aku selalu marah-marah

Marah?

Ya, marah

Marah Tuhan?

Siapa lagi

Apa yang kau marahkan sangat? Adakah Dia membencimu?

Aku rasa begitu

Atas alasan apa?

Jarang sekali Dia memberikan apa yang aku pinta

Dengan tidak memberi, kau sangkakan Dia benci?

Masakan tidak. Kita hanya menunaikan impian insan2 yang kita sayang

Kau rasa begitu?

Yakin sekali

Lalu bila Dia tidak memberi bermakna Dia membenci?

Pasti

Mungkin banyak sangat yang kau pohon

Tidak. Hanya satu dua perkara yang aku benar2 suka

Nah, yang beratus ribu perkara yang tak kau minta tapi Dia kekal memberi tak henti-henti, ada kau ambil kira?

(DIAM)

Lalu sekarang masih lagi kau membenci?

Bukan aku yang benci. Dia. Dia membenciku

Dia sayang. Cuma kau tak nampak

Aku bukan buta

Tidak pada mata, tapi jiwa

Masakan

Percayalah

Lalu, bagaimana caranya mampu kudatangkan sayang?

Dengan menyayangi dirimu!

Cinta?

Ya, cinta. Cintakan dirimu yang cintakan Dia.

Berat

Itulah hikmat!

Monday, November 10, 2014

Pasca London

Sudah hampir dua bulan saya tidak menulis. Tak bermakna saya tidak meghabiskan masa depan komputer riba yang setia, cuma terlalu banyak masa yang saya arahkan ke perkara2 penting yang lebih memerlukan perhatian. Komputer itu saya buka hari2. Tapi kerjanya menulis perkara2 lain, lalu saya terlupa bahasa2 hati.

Sebulan meninggalkan kota London yang saya sayang, mulut saya tidak henti2 mengomel itu ini. Membanding-bandingkan apa yag ada di sana dan tiada di sini. Selalunya segala omelan itu hanya berkahir dengan keluhan. Keluhan berat. Pertanyaan hebat.

Kenapa agaknya saya kembali, jika London itu satu kota yang umpama mimpi2..

Ya, persoalannya kenapa?

Saya boleh berkerja dan menetap di sana jika saya suka. Saya tidak akan mengalami pelbagai masalah yg bersangkutan keluarga kerana ibubapa saya adalah manusia2 hebat yang sangat luas dan maju pemikirannya. Mereka tidak pernah membantah sekiranya bekerja dan menetap di London itu adalah pilihan saya. Ya, mereka selalunya akan menjadi antara barisan2 pertama yang memberi semangat dan seribu satu kata2 positif. Ya, itulah mereka, orang tua saya

Lalu kenapa saya tidak terus tinggal di sana?

Adakah kerana faktor sara hidupnya? Pastilah tidak. Saya tidak pernah mengalami apa2 masalah kewangan bila saya bermukim setahun di kota London. Kerja sementara yang saya lakukan sebagai penggubah bunga (3 minggu), penjaga budak (1 bulan) dan pembantu kantin (1 bulan) teramatlah mampu untuk menyara kehidupan saya seorang setelah menamatkan pengajian di penghujung bulan Ogos yang lalu. Kerja2 biasa tersebut memampukan saya untuk mmperolehi sekurang-kurang seribu pound sebulan. Itu sudah memadai. Saya mampu menghantar wang ke Malaysia untuk membayar loan kereta saya dengan mudah jika hanya dengan kerja 'biasa'2 begitu. Belum kerja2 yang 'luar biasa' lagi seperti menjadi pelatih di Nursing home atau mana2 bahagian dalam institusi kesihatan.

Ya, bukan soal gaji atau sara hidup yang membuatkan saya kembali. Tidak sekali2..

Lalu apa?

Adakah saya akan berumahtangga tak lama lagi? Ah kalian.. Kalaulah mampu.. Perkara itu tentulah antara perkara2 terakir yang saya gusarkan. Sudah tentu tidak. Bukan itu masalahnya..

Lalu apa? Apa yang membawa saya kembali?

Ya, ini. Ada perkara indah yang menarik perhatian saya. Mendorong saya untuk pulang ke tanah air tercinta. Faktor yang mungkin sekali besar dalam hidup. Kerjaya yang menjadi pilihan dan bukan sekali paksaan. Saya memilih untuk berdiri di sini, bersama anak bangsa saya demi menjaga komuniti. Mudah-mudahan. Skurang-kurangnya itulah yang saya harapkan.


Apa itu TFM? Saya akan menerangkan dengan lebih lanjut tentang TFM dalam penulisan saya di hari2 mendatang. Buat masa sekarang, anda boleh google atau terus ke laman web mereka di sini.

Saya sedikit sibuk dengan kursus dan persediaan saya untuk kerjaya baru yang boleh tahan mencabar. Saya akan kembali kepada bidang gerontology dalam masa dua tahun nanti. Tatkala Malaysia sudah mahu menoleh dan memandang dengan serius tentang dementia dan alzheimer. Di kala Malaysia sudah mahu berfikiran terbuka untuk servis terhadap warga tua. Di kala orang besar2 sudah sedikit demi sedikit hilang kemampuan panca indera untuk merasa 'kelazatan' dunia. Ya, di saat itu saya akan kembali dengan gerontology. Buat masa sekarang, saya komited terhadap TFM.

Saya akan menulis lagi nanti. Menulis tentang nasib anak bangsa. Menulis tentang mereka yang mungkin tidak bernasib baik seperti saya. Lebih2 lagi yang tercicir di sebalik hiruk pikuk kota.

Saya bersyukur kerana saya pernah rebah. Dan dalam kejatuhan itu saya mula bangkit dan mengenali siapa diri saya secara keseluruhannya. Terima kasih, Allah..

Salam kasih sayang,
Tini



Wednesday, September 24, 2014

Saya sudah kembali

Saya sudah kembali. Kini sihat dan sempurna berada di tanah air dan Alhamdulillah telah memulakan tugas. Banyak tempat yang saya jelajahi sebelum saya kembali namun saya tak punya masa untuk mengepos gambar berserta cerita2 mengenainya. Mungkin saya akan nukilkan apabila saya mempunyai masa lapang nanti, yang sejujurnya saya pun tak pasti bila.

Saya akan menulis nanti. Menulis terus dengan kisah2 yang pelbagai. Banyak perkara yang perlu saya sudahi tatkala ini. Sekarang masih perlu mengasimilasi keadaan cuaca, kitaran tidur bangun yang berubah dan emosi yag bercampur baur.

Sekadar menyinggah di laman sendiri, menjenguk2 apa yang ada, meninggalkan jejak sebaris dua. Terima kasih buat pembaca yang sudi singgah melihat2 saya. Salam kasih sayang..

Sunday, September 07, 2014

Newquay dan Land's End, UK

Semalam saya ke Newquay dan Land's End. Dua2 tempat terletak di tebing tinggi di penghujung tanah UK. Jarak kedua-duanya kalau naik bas dalam 2 jam perjalanan.

Newquay (sebut 'new-key') memang tempat riadah di tepian pantai. Ramai lah yang lepak mandi laut bagai tapi haruslah bukan saya sebab saya tak tahan sejuk. So saya tengok je orang lain mandi.

Land's End pulak memang terletak di hujung tanah UK belah south west. Exact hujung sekali. Time saya pergi ni keadaan tak berapa jelas sebab kabus. Namun pemandangannya tetap mempesonakan. Kalau dengan bas, memakan masa hampir 9 jam dari London untuk ke sini. Saya gagahkan juga demi memenuhi kehendak hati

Ok, silakan menjamu mata

















Sekarang memang saya susah nak bergebang panjang dalam blog ni. Ada masa nanti saya akan menulis lagi. Terima kasih sudi singgah. Salam kasih sayang.

Sunday, August 17, 2014

Porthcurno, Cornwall

Saya ke Cornwall untuk cuti2 summer. Pergi seorang dan tidur satu malam di Penzance. Adalah sikit gambar untuk dikongsi bersama pembaca. Saya bekerja part time sekarang jadi takde lah cuti lama mana pun. Tapi sempat jugaklah saya melayan craving nak menjelajah tempat orang

Gambar2 di bawah ni di Porthcurno dan Minack Theater. Open theater yang kira popular lah di UK. Alhamdulillah dapat menjejakkan kaki walaupun sekejap. Sekurang2nya Allah bagi jugak merasa. Saya nak sangat berborak panjang dan bercerita panjang lebar tentang perjalanan saya kalini. Tapi esok saya kerja pagi dan saya memang tak cukup masa nak mengadun segala benda alah blog segala. Mungkin nanti jika kelapangan saya menulis lagi. OK, selamat menjamu mata. Kalau nak tahu dengan lebih lanjut, google je lah seperti biasa

Jaga diri. Salam kasih sayang











Sunday, July 27, 2014

Salam Aidilfitri


Salam kasih sayang.

Tini Omar
London, United Kingdom
Julai 2014

Tuesday, July 22, 2014

Mereka yang saya rindukan

Bulan Jun yang lepas, ibubapa dan dua orang adik saya selamat tiba di tanah London. Baru kini saya berkesempatan mengepos gambar2 mereka di sini. Alhamdulillah diberikan kesempatan oleh Allah Ta'ala untuk menjejak tanah London dan Paris sementelah saya menyambung pengajian di sini. Satu peluang yang kalau tidak dengan izin Allah, pasti takkan mampu terjadi

Ok, jemput tengok gambar2 mereka :) Dan nanti menjelang hari raya, hanya kenangan inilah yang saya ada untuk mengenang2 kemesraan dan kecintaan buat keluarga tercinta

 Mereka depan Arc de triomphe

 Bergambar dengan Eurostar

Ibu dan ayah tercinta depan Eiffel Tower

 Naik tube

 Beriya tunggu tube

 Di Queensway

 Holborn station

 Depan Trafalgar Square

 Mak saya depan Westminter Abbey

 Si Qamarul Azarin dengan Bukhingam Palace Guard

 Berjalan2 ke stadium Wembley

Mak saya kat Tower Bridge

Satu la yang tak best nya family saya ni. Macam saya jugak, dorang tak suka nak bergambar sangat. So banyaknya gambar kene candid. Tak heran dorang nak bergambar depan Big Ben ke apa sampai letih nak suruh. So last2 saya malas nak suruh lagi. Ikutlah. Tak nak ambik gambar sudah

So setakat tu je lah yang boleh dikongsikan untuk rakan2 pembaca. Adik2 saya dapat merasa datang bila mereka masih bersekolah. Saya time umur dah masuk 30. Dan ibubapa saya hanya dapat merasa selepas setengah abad kehidupan mereka. Ada yang lansung tak merasa. Ada yang lahir2 dah mampu kecapi nikmat itu ini. Rezeki orang berbeza2. Tapi jangan berhenti berdoa. Siapa tahu ada sebenarnya rezeki yang tertulis buat anda. Yang penting mana2 tanah pun kita berada, kita tetap hamba yang perlu patuh pada ketentuanNya

Terima kasih Allah atas segenap kurniaanMu. Semoga saya terus menjadi antara hamba2Mu yang bersyukur..

Monday, July 21, 2014

Berpuasa di London

Lama saya tak update. Biasalah hujung2 tahun pengajian ni, memang lah busy memanjang. Tengok2 dah nak habis puasa pun. So saya nak cerita sikit lah pasal berpuasa di London

Puasa di London macam puasa kat Malaysia jugak. Cuma sebab tengah musim summer ni, siangnya jadi panjang. Matahari terbit jam 4 pagi musim2 panas ni. So last kami makan jam 3 pagi. Berbuka balik jam 9.30 malam nanti. Jadi lebih kurang 18/19 jam kami berpuasa di siang hari. Alhamdulillah setakat ni tak mendatangkan masalah kepada saya. Sebab saya kalau bukan bulan puasa pun saya tak makan minum sangat.

Mungkin yang untungnya sebab mataharinya tak seterik mana. Jadi agak2 mendung dan sedang2 elok gitu. Puasa kat London ada jugak solat Terawih dan tadarus. Kat Islamic Centre aka surau2 atau kat Malaysian Hall pun dorang ada buat solat jemaah. Kalau rajin nak pergi hari2, pergi aje. Makanan berbuka pun adakalanya disediakan percuma

London takde bazar ramadan. Hotel2 yang offer buffet berbuka pun takde. Maybe ada lah restoran Melayu sebuah dua yang buat buffet Ramadan camtu tapi tak banyak. Jadi puasa2 ni memang boleh berjimat. Lagipun itulah tujuannya berpuasa ye dak?

Saya ada juga buat kuih sejenis dua dengan kakak angkat saya. Bolehlah, sesaja nak merasa kemeriahan raya kononnya. Saya tak tahu lah samada saya merasa ke tak beraya di London. Kalau raya jatuh 28hb, alamat saya beraya di uni lah sebab saya ada final presentation. Kalau raya jatuh 29, merasa lah saya solat hari raya dan bersama handai taulan di pagi lebaran

Saya suka dengar lagu raya bila jalan dekat Big Ben sambil menyusuri Sungai Thames. Jujur, lagu2 raya kedengaran begitu mengasyikkan di tanah asing. Begini rupanya hidup di perantauan. Takde lah sedih mana pun sebab sekarang ye boleh skype, whatsap bagai. Jadi jangan jadikan jarak sebagai pemisah dan penamat kasih sayang. Positif. Sekurang2nya nyawa masih di badan

Ok, tu je rasanya nak update. Jadi di kesempatan ini ingin saya menghulur sepuluh jari, memohon ampun dan maaf buat semua pembaca, jika ada tersalah kata dan terlanjur bahasa. Semoga kita sama2 diberkati di bulan mulia, hendaknya

Sekitar MH17 yang tidak sebertuah kita, seorang rakan seuniveristi saya waktu di UIA dulu telah sama2 terkorban di dalam nahas berkenaan. Bacakan sebaris fatihah untuknya, semoga tenang ruhnya dan mudah2han beroleh syurga

Siapalah tahu bila pula hari terakhir kita. Jika esok menutup mata, hendaknya hari ini dan saat ini di jalan Allah lah kita menuju dan berada.

Salam penuh kasih sayang di kejauhan,

Tini Omar
London
Julai 2014

Sunday, June 22, 2014

Punting in Cambridge

Assalamualaikum.

Wahhhhh... Lama betul ni tak update blog. Sebulan lebih. Sibuk tersangat2 lah saya nak-nak setahun belajar ni. Maklumlah dengan report, project segala. Terpaksalah mendahulukan apa yang perlu. Tengah sibuk2 ni saya kurang berjalan. Memerap kat rumah. Keluar pun ke school aje

Tapi disebabkan dah terlalu lama sangat menghadap report ni, saya gagahkan jugak la keluar menghirup udara segar di UK ni. Sat gi kang dah balik Malaysia baru menyesal tak jalan. So saya pun ajak kakak angkat saya yang merangkap tour guide yang pernah saya ceritakan dulu (Kak Fiza) tu untuk meraban sekali dengan saya ke Cambridge sana

Kenapa Cambridge? Sebab Cambridge ni dekat je dengan London. Naik bas tak sampai dua jam. Saya tak boleh nak berjalan jauh2 bila tengah sibuk ni. Nanti kalau dah setel semua tugasan, baru boleh menjelajah semula. Lagipun memang Cambridge dan Oxford la yang terkenal dengan 'punting' ni, sebab Oxfrod saya pernah pergi dulu, so kalini saya pergi la Cambridge

Jadi saya pun ke sana berempat dengan Kak Fiza anak beranak. Laki dia tak ikut sebab ada game bola. Tapi beliau tak kisah pun kitorang berpicnic. Enjoyyy katernyerr.. Hehe. Ok enough said. Jom tengok gambar!


Ini lah Kak Fiza dan anak dia si Kauthar dan Ikhlas. Sorang 7 tahun dan sorang 4 tahun. Dua2 datang London ni time dorang kecik sangat so by the time umur2 macamni english dorang power gila nak mampus. Kak Fiza memang tak cakap melayu dengan anak2 dia. Reason dia sebab nanti hujung tahun ni balik Malaysia for good, for sure anak dia akan pandai cakap melayu jugak. Saya tak kisah, sebab saya tahu language adalah ilmu yang harus dipraktis. Kalau dah sekolah kat malaysia nanti haruslah bahasa melayu jugak yang dorang akan guna untuk berbual dengan kawan2. They'll keep up for sure


Si Kauthar ni dah la bijak, lawa pulak. Dia ni kalau kat malaysia sekarang darjah satu la. Tapi maturenya ya ampun. Bila saya nak datang umah kak fiza saya kene prepare bahasa inggeris untuk sembang ngan anak2 dia. Ngan kak fiza dan laki dia kami borak bahasa melayu je lah macam biasa. Tapi dengan anak2 dia memang 100% english. Sekali dengan British accent bak hang


"How are you feeling today?" "Do you wanna know something?" "Hey, can we go picnic everyday?" "Do wanna know what I've learned in class today?" Haa camtulah antara ayat2 dorang. Dorang main panggil nama je. Takde nak aunty2 nya. Mak dia bape kali tegur pun tak lut jugak. Alah, saya pun tak kisah. Dah memang culture kat sini main panggil nama je. Pakcik sendiri pun main panggil Bob. "Hi Bob" selamba. Professor kita pun selamba bahasakan diri dia Ana, Robert, Angela. So apedehal kalau Ikhlas ngn Kauthar nak panggil nama saya. I'm completely okay with that

Entah lah kenapa, bila bercakap bahasa melayu tapi main panggil nama dengarnya macam kasar. Tapi kalau berbahasa inggeris, pastu panggil nama, tak kasar pulak dengar. Haha, saya pun pelik. Mungkin intonasi panggilan tu kot


Seterusnya, kami berpiknik di tepi sungai, bersarapan ringan sebelum berpunting. Nama dia memang punting, sejenis perbuatan yakni bersampan (sampan tu lah yg dinamakan 'punt' - sebutannya mcam hujung samPAN tu. So PAN-TING

Boleh google sendiri kalau nak tahu dengan lebih lanjut okeh


Kami berjalan di persisiran sungai untuk ke tempat punting tu. Bayarannya 12pound seorang dewasa dan 7 pound untuk kanak2. Bersampan satu jam pusing sungai cambridge tu.


Ni si Ikhlas lepas 10 minit naik. "Mama when can we end this?" "Why, what's wrong?" mak dia tanya. Pastu dia jawab "This is so boring..." dengan muka2 boring sekali. Nak tergelak saya tengokkan. Budak2 kan. Mana lah nak suka tengok pemandangan bagai. Mana la dia tahu nak hargai seni bangunan ke apa. Bawak aje pergi playground, haa ceria lah dia. Si Kauthar pun mengadu bosan

Sebenarnya best sangat. Cuma umur dorang belum bersesuaian dengan aktiviti gini


Ini Bridge of Sighs yang sangat popular di Cambridge. Alhamdulillah dapat jugak menjejakkan kaki ke sini.



Pergi hari Sabtu. So haruslah memang ramai yang bersampan. Bukan satu kampeni je yang buat bisnes sampan ni. Banyak. So ikutlah nak amek yang mana. Harga semua sama je except kalau nak yang special la. Mungkin sampan berdua je ke, ada siap wine ke apa. Ha yang camtu lain harga la. Boleh jugak kalau nak sewa sampan sendiri. Tapi percayalah cakap saya, kalau ini kali pertama ko bersampan baik tak usah. Saya tengok mana yang mendayung sendiri tu tak bergerak2 sampannya.


Ada drebar dengan batang kayu panjang sebijik macam kat Venice. Sambil dia bawak kita, dia ceritakanlah pasal asal usul Cambridge dan bangunan2 yang ada. Fun sangat


Ini drebar kitorang haritu. Ramah la hai.. Bercakap tak henti2. Dia kerja part time je bawak punting ni tapi expert kemain saya tengok



Antara bangunan2 kolej yang terdapat di Cambridge. Ingat lagi tak yg saya pernah bagitahu dulu pasal Oxford, bahwa bandar dia terdiri dari kolej2 yang dikelolai oleh University of Oxford? Haa, macamtu lah jugak dengan Cambridge ni. Kira University dia satu town ni. Kebanyakan bangunan adalah kolej2 uni tu sendiri









Cantik kan? Lepas dah sejam bersampan bagai, kami pun berjalan dalam town dia pulak. Lepak2 tenggok bangunan, masuk kedai itu kedai ini. Sementara nak menunggu bas balik pukul 6 petang karang.

Musim panas, siangnya panjang. Subuh masuk jam 3.40am dan maghrib jam 9.20pm. Tapi maghrib tu pun tak berapa gelap lagi. Kalau nak tunggu betul2 gelap, pukul 11mlm kot solat maghribnya. Pukul 10 malam tu gayanya macam pukul 7.30 petang la kat Malaysia. Stil boleh nampak lagi warna mega kat langit

Kelakar pun ada. Kalau kat London ada buletin utama, dah habis tengok berita pun belum masuk lagi waktu maghrib. Hehehe takde prime time prime time bagai sini


Bebudak yang dah kepenatan sebenarnya. Mujur tak buat perangai je dorang ni. Under control lagi la





Jalan2 kat pekan dia yang klasik gitu. Macam kat oxford jugak lah. Banyak bangunan lama2, kedai2 lama. Sweet



Punyalah ramai manusia depan King's College ni. Orang pun macam saya jugak. Time summer ni lah dorang berjalan sakan. Sebab time ni je lah suhunya macam kat cameron gitu. Terik tapi dingin


Tak boleh pijak rumput. Sekian


Selalu baca ni kat muka surat buku aje. Kalini tengok kedainya betul2




Biological anthropology hokeh. Mesti banyak tulang temulang ni dalam sana. Teringat belajar anthropology dulu kat UIA, masuk kelas Sir Anwar Omar. Hehehe




Tiga gambar terakhir tu kat karnival depan tempat kitorang tunggu bas. Suka lah si ikhlas ngn kauthar dapat pergi fun fair lah kira. Budak2, tu je lah kebesarannya

So, setakat tu je lah percutian pendek saya yang tak sampai pun satu hari. Sampai pagi, petang balik London semula. Saya akan berjalan lagi Insyallah kalau diberikan kelapangan. Ada banyak tempat yang termasuk dalam senarai perjalanan saya cuma entahlah masanya ada ataupun tiada. Saya serahkan kepada Allah Ta'ala juga

Ok, saya perlu kembali mereport. Terima kasih sudi singgah dan untuk anda semua saya doakan bahagia dan sejahtera. Selamat berpuasa :)