Monday, February 24, 2014

Read!

Please watch

Post by Kedai Indahnya Berpurdah.

Jawapan

Ini jawapan kepada manusia yang hanya nampak apa yang mereka mahu nampak


Jangan ukur bahagia orang, kita akan selalu mengeluh. Ukur bahagia sendiri, cukupkah kita mengucapkan syukur??

Sekian. #mohonterasa



Friday, February 14, 2014

Scotland Trip : Edinburgh dan Glasgow

Hai rakan2 pembaca. Assalamualaikum. Wah lama sangat rasanya tak update laman saya ni. Selalunya memang kalau ada yang best dikongsikan je saya akan update. Yang tak seronok didengar macam kesibukan yang terlalu mencengkam ke, stress yang sangat menggila ke, memang tak perlu kot nak cakap. Biar saya hadap sendiri je sudah

Ok, kali ni saya nak kongsikan trip saya ke Scotland untuk bermain ski. Ski kah? Hahaha.. Bukan ski kot. Mungkin bermain salji je ^^ Kami pergi bertujuh, saya seorang dari London dan yang lain2 sahabat dari University of Sheffield. Seperti biasa, saya akan bercerita melalui gambar. So apa lagi, moh ler kita!

First sekali, ni peta United Kingdom. So alang2 membaca, boleh tau geografi dan kedudukan negeri2 dorang jugak.


So kira saya dari selatan, nak naik ke utara. Perjalanan saya dari London ke Edinburgh dengan bas mengambil masa lebih kurang 9/10 jam. Kawan2 saya yang lain dari Sheffield terus ke Edinburgh. Dorang pergi dengan train. Saya naik bas je. Dalam bas macam biasa lah, saya tidur je. Kalau kat Malaysia pun rasanya memang saya tidur jugak. Bas nya selesa. Ada tandas, ada plug untuk cas telefon bimbit, meja kecik macam dalam kapal terbang tu dan dua kali bas berhenti di R&R yang mereka panggil "Service" untuk berhenti rehat dan makan


Ni lah dia National Express ala2 Mara Liner yang membawa saya dari England ke Scotland. Naik bas kat sini takde nombor kerusi. Kira mana2 tempat duduk siapa cepat dia dapat. Wayang kat sini pun takde bagi nombor kerusi. Ikut suka hati lah nak duduk mana. Saya tak tahu nak komen samada bagus atau tak sistem macamtu. It depends kot.. 

Boleh jugak kalau nak pergi dengan keretapi macam yang kawan2 saya buat. Tapi harganya sedikit mahal. Mereka sebab dah separuh jalan. Cuba tengok peta tu. Saya ni kemain hujung. So disebabkan saya ni bukan mabuk kenderaan ke apa, saya pilih pengangkutan yang paling murah lah yakni bas ;)

Saya sampai di Edinburgh dan terus ke Glasgow untuk menginap di Glasgow Youth Hostel bersama rakan2 yang dah pun selamat mengukur tanah Glasgow. Saya tak sempat nak jalan sebab saya sampai dah lewat. Tapi ada la sikit gambar Glasgow yang boleh saya kongsikan dengan anda


Ini lah Glasgow Youth Hostel tempat kami menginap sebelum ke Ski Centre untuk bermain salji. Untuk bilik hostel dengan enam katil dan private bathroom, harganya seorang GBP15 untuk satu malam. Kira boleh la. Kitorang kan student, takyah kot nak hotel 3/4 bintang sangat. Nanti pergi honeymoon boleh amek pakej memahal gitu. Eceh


Antara bangunan lawa yang terdapat di bandar Glasgow. Gambar saya ambil dari simpanan rakan2


Satu lagi attraction


Keesokan harinya awal2 pagi kami dah menuju ke Glenshee Ski Centre yang terletak berdekatan dengan Aberdeen. Kami pergi dengan trip yang dijalankan oleh Koperasi Student2 Malaysia di Glasgow. So kira orang melayu jugak la yang jadi tour guide kami. Bagus sangat servisnya. Pengangkutan, makan dan yang penting ukhwah dan kemesraan

So ni antara gambar dalam perjalanan nak ke ski centre. Kawasan Scotland ni berbukit bukau. Lain sangat lah dengan tanah London yang rata. Jadi memang memukau lah dapat tengok bukit2 yang dilitupi salji. Walaupun time kami pergi ni saljinya tak berapa lebat. Tapi heboh jugak la dalam van. Maklumlah, first time tengok salji yang real punya. Kalau orang putih tengok mau dorang geleng kepala


Sangat cantik dan sejuk tak yah cerita la kan. Alhamdulillah.. Dalam usia menjejak tiga dekad ni Allah bagi kesempatan pada saya untuk menikmati pemandangan seperti ini. Ia peluang yang sangat berharga dan saya benar2 mensyukurinya. Mmuahh! Sayang Allah


Ini lah Glenshee Ski Centre yang sangat memukau. Orang sangat ramai dan tempatnya sibuk dengan pengunjung yang datang untuk bermain ski. Sampai2 je sini kami dah excited sangat. Rasa macam tak boleh nak tunggu dah. Sibuk nak memegang salji bagai


Tengok lah kawan2 saya yang teruja ni. Kat tempat parking pun kitorang main dah. Main baling2 salji. Salji tu macam ais kepal. Macam ais yang kita dah kisar nak buat air batu campur tu. Tapi lebih halus. Dalam halus2 tu, kasar jugak lah kalau disentuh dengan tangan. Bila angin tiup dan terkena muka, salji tu terasa tajam. Dan sangat tidak menyelesakan. Padanlah orang yang datang ke tepat ni mereka bersiap sedia dengan pakaian dan kelengkapan yang betul. Baju kalis air, kasut but, topi, gogle, sarung tangan tebal dan kain penutup muka. Kami je datang kemain lawa macam dediva. Cheh!


Tengok lah pakaian dediva hot ni. Ingat nak jalan kat tower bridge ke apa. Isk. Meh saya perkenalkan. Dari kiri tu Yati, amek kos bisnes. Then Khairah, Ana dan Zue yang study nutrition. Yang dua dari kanan tu Fairuz dan Pika. Rasanya dorang buat marketing kot. Saya pun lupa. Diva sangat kan dorang? Bujang2 belaka ni. Tapi ada yang tak available dah. So kalau ada yang berkenan sila PM ok. Wahhh.. hahaha


Haa macam gini patutnya pakaian kalau nak main ski. Lengkap. So disebabkan pakaian kami tak berapa sesuai, rakan2 ada yang menyewa baju di kedai yang disediakan dengan bayaran GBP9


Ni la kedai yang sesak sebab ramai gila orang nak menyewa baju bagai. Orang putih pun datang unprepared jugak. Padahal dorang mesti dah biasa kan main2 ski ni. Tak reti2 lagi ke nak bawak baju sendiri? (Eh marah pulak). Sebab saya tengok ramai yang baru nak membeli gogles la, sarung tangan la apa. Kalau orang2 macam kami baru nak membeli tu kira konsider la ye tak. Kata pun dari Malaysia, mana lah pernah bersalji negara kita tu


Kawan2 saya yang comel gila dan sangat 'tak' lama memilih baju. Ada je benda yang tak puas hati. Besar sangat lah, kecik sangat lah. Nampak gemuk la. Hahaha dah pakai tiga empat helai memang la nampak bulky ye tak. Biasalah perempuan, mesti nak jaga penampilan. Eceh. So setelah beberapa lama menerai (try) baju, semua berpuas hati dan kami pun keluar ke kawasan bermain yang disediakan


Sebelum tu, sempat bergambar. Sekali pandang macam astranouts. Dua kali pandang macam orang keje pelantar minyak. Ah kisah apa. Yang penting tetap diva ;)


Ana, Khairah dan Yati. Ana saya kenal time nak ambil exam psikometrik untuk MARA ni. Yati dan Khairah saya kenal time trip ni lah. Tapi anjemah sangat. Cepat je klik sebab dorang sporting habis. Memang mabeless lah


Bermain glensher yang sebenarnya bukan kitorang punya pun. Haha, main sesuka hati nak amek orang punya glensher kan. Tapi tuan dia tak marah. Dapat lah dua tiga kali round sebelum tuan dia mintak semula sebab dia nak balik. Jujur, sangat2 best pengalaman ni. Kalau boleh pergi lagi, konfem saya pergi. Saya doakan agar semua dapat merasa apa yang saya rasa, mudah2han insyallah


Bersama jalur gemilang yang senantiasa menjadi kebanggaan. Sayang Malaysia! Gambar bajet atas gunung Everest sangat. Gambar ni kononnya kami nak hantar untuk salam perantauan time raya nanti. Ok sedikit poyo di situ


Ni gambar yang paling saya suka sebab nampak terlalu ceria. Village people sangat kitorang. Memang best. Time2 bercuti ni lah boleh lupa sekejap stress belajar. Belajar di ovesea memang stress. Saya tak tahu orang lain, tapi pembelajaran saya di King's sangat2 meletihkan. Apapun, itulah harga kejayaan.. Mesti perlu ada pengorbanan


Balik dari ski centre kami singgah makan di rumah Mummy. Mummy orang Malaysia yang berkahwin dengan lelaki tempatan. So kira Mummy dah menetap lama lah di Scotland ni.


Ni lah rumah Mummy. Lawa sangat. Memang macam typical English house. Kira lain sangat lah dengan rumah sewa saya yang kat London tuh. 


Kawan2 yang manis2 belaka dengan tuan rumah yang sangat baik hati. Mummy sediakan sarapan pagi, makan tengahari, makan malam bersama desert sekali yang termasuk dalam pakej. Memang memuaskan. Two thumbs up!


Makcik2 dari Manchester yang ikut jugak ke Glenshee. Makan semeja degan Mr. Dunken, suami mummy yang sangat suka borak.


Mr. Dunken Brown yang sporting. Ni beliau tengah sibuk nak buat tutorial makan scones. 


Kawan2 saya yang khusyuk gila mendengar penerangan. Hahaha.. Scones tu kira macam roti jugak lah. Makannya dengan jem dan krim putar. Scones ni mummy yang baked sendiri dan serius sedap gila. Dua bijik saya makan!

Kami kembali semula ke hostel di Glasgow lepas makan malam. Sangat letih tapi kami puas hati. Esoknya kami menaiki train ke bandar Edinburgh. (Kalau MARA tak pilih London, kat Edinburgh ni la saya duduk sebab saya dapat offer letter dari University of Edinburgh jugak). Tapi mungkin rezeki saya untuk tinggal di London kot


Train dari Glasgow ke Edinburgh yang mengambil masa tak sampai pun satu jam. Eh ke 30 minit je. Entah saya pun dah lupa. Yang penting tak lama mana lah


Ni lah bandarnya. Apa yang boleh saya katakan, Edinburgh ni macam adik beradik Paris jugak lah. Bangunannya klasik dan lama2. Banyak tempat2 menarik yang disediakan untuk pengunjung. Tempat memang banyak, masa kami je yang tak berapa nak banyak. Kawan2 dah kena balik semula ke Sheffield hari yang sama. So kami decide untuk naik Hop-on-hop-off bas supaya senang pusing2 bandar Edinburgh. (sebutannya Ea-Din-Be-Ra atau Ea-Din-Be-Rer)


Bangunan dan monumen


Haa bas gini lah kami naik untuk pusing2 bandar. Siap dengan penerangan semua. Duduk aje diam, nanti ada sound player yang akan terangkan sekian2 tempat dan kawasan


Ini Edinburgh Castle di kejauhan. Atas bukit sangat. Kami tengok dari luar je, tak masuk pun


Antara jalan di bandar mereka. Memang macam Paris lebih kurang. Tapi Paris lagi sempit dan sesak lah


Apalah Scotland tanpa lelaki ber'kilt' dan berbegpaip kan. Kat mana2 dengar je lagu dorang main. Kira memang itu lah nature of Scotland. Kilt yang macam skirt tu lawa. Ikutkan hati nak jugak membeli walaupun tak tahu bila nak memakai. Tapi sebab harga dia mahal, saya simpan je la impian tu


Yeap. Satu lagi kawasan sekitar yang sangat mengkagumkan. Mana2 je kita pergi, kita kena rajin jalan. Memang penat sikit tapi kalau dah datang tapi dok je kat hotel dan tak kuar melawat kawasan baik tak yah datang kan? Tapi rata2 kalau jalan kat sini musim2 gini tak penat. Cuma kadang2 tak tahan sejuk


Bangunan lagi. Ada je gambar kawan2 saya tapi saya tak mintak kebenaran ni nak pos gambar mereka. Satgi ada yang marah pulak. Kalau geng GMJ saya yang kat opis dulu tu takpe. Dorang memang suka expose2 dalam blog nih. Hahaha.. So sy letak gambar pemandangan je lah k


Galeri yang masuk percuma. Ada la kami masuk satu galeri. Lawa sangat decoration dia


Edinburgh Castle yang jauh kat atas bukit nun. Memang macam fairy tales. Istana duk nya kat atas2 bukit. Rakyat jelata kat bawah2 bukit


Kawan2 balik ke Sheffield petang tu jugak dan saya bermalam seorang di bandar Edinburgh sebab bas saya keesokan harinya jam 9 pagi. So saya duduk lah hostel kat Edinburgh dan alhamdulillah jumpa budak Malaysia jugak yang belajar kat Egypt. Dorang datang bercuti. Seronok la ada kawan borak, kalau tak sunyi lah jugak kan. 


Dan esoknya lepas beli buah tangan serba sedikit untuk keluarga dan handai taulan, saya pun pulang semula ke London dengan perasaan yang sangat tak mampu diceritakan. Seronok, terharu, sedih sebab kene kembali ke kehidupan yang biasa dan macam2 lagi lah yang saya rasa

Namun saya bersyukur, sebab dapat kawan2 yang baik dan kami kenal pun sebab MARA ni. Bila dah jauh kat tempat orang, kawan2 lah keluarga dan saudara yang kita ada. Pengalaman yang macamni takkan mampu dibeli dengan wang ringgit. Lain kali kalau datang lagi pun dah tak sama perasaan dia

Akhir sekali, moleklah saya panjatkan syukur kepada Allah Taala yang telah membuka ruang dan peluang yang sangat bernilai. Syukur kerana memberi saya masa, daya dan upaya untuk mentadabbur alam, melihat segala kelainan dan seterusnya mengagumi segala kebesaranNya. Serasa jika saya mengucapkan 'Alhamdulillah' 24jam sehari tanpa henti pun tidak cukup untuk berterima kasih atas segala kurniaanNya

Semoga semakin banyak saya berjalan, semakin dekat saya dengan Tuhan. Mudah-mudahan. Dan semoga perkongsian pengalaman saya ini serba sedikit dapat menambah ilmu dan memudahkan perjalanan rakan2 di luar sana. Kalau ada soalan jangan segan2 bertanya ya ^^

Sekian dulu dari saya. Terima kasih sudi baca. Salam sayang