Thursday, March 20, 2014

Trip sehari ke Dover, Kent UK

Semalam saya ke Dover dengan bas. Perjalanan dari London mengambil masa sekitar dua jam setengah. Dover terletak di bahagian tenggara England. Tak berapa jauh dari London. Dalam kesibukan ni saya memang hanya mampu mencari kawasan2 yang berhampiran untuk dilawati. Bulan April nanti waktu cuti Ester baru boleh berjalan jauh sikit. Ah tapi jauh dekat bukan soalnya. Soalnya hati! Hihihi

Boleh baca tentang Dover dengan lebih lanjut di sini. Dan seperti biasa kita layan gambar je ok. Jom


Ini peta England. Tu, nampak tak sebelah London tu Kent. Haa so kira saya travel pergi negeri sebelah je. Dua minggu lagi kalau takde aral saya akan ke Cambridge pulak. Dan kalau umur panjang mahu jejakkan kaki ke Dorset di bahagian selatan tu. Orang kata cliff nya lawa. Hehehe.. Insyallah


Tujuan utama saya ke Dover ni hinilah pun sebenarnya. Ya, saya nak pergi tengok White Cliffs of Dover yang femes itu. Baca lanjut di sini. Alhamdulillah, dapat jugak merasa

Sesampai di pekan dover (pekan la kot sebab kecik je pun), saya terus berjalan kaki dengan bantuan google map ke white cliff.


Tadaaa.. Ni lah dia route perjalanan saya. Kalau ikut map ni, lebih kurang sejam suku berjalan kaki. Tapi saya rasa tu langkah orang putih. Langkah untuk individu sekecil saya lebih pendek, jadi masa yang saya ambil lebih lama


Lorong dari pekan ke White cliff agak creepy lah jugak. Hahaha serius time saya jalan ni saya bawak batu dua ketul. Saya bukan takutkan orang. Hantu pun saya yakin takdenya siang2 buta alam ni. Saya takut anjing! So saya agak kalau ada anjing yang cuba mengapa-ngapakan saya, saya baling je la dengan batu tu. Haha konon. Tapi alhamdulillah, sepanjang perjalanan tiada apa2 yang berlaku. Insyallah, Allah sentiasa ada sebagai pelindung. Tapi ko kene la berhati2 jugak kan


Melewati pelabuhan dover yang sibuk. Ada juga perkhidmatan feri untuk ke Perancis di seberang sana. Cer korang tengok peta selat dover ni, haa kan seberang tu France. Haruslah ada perkhidmatan feri untuk ke sana. Cuma saya ke France (Paris) dulu dengan keretapi.


Slow-slow je lah jalan tepi tebing sambil tengok pemandangan yang subhanallah.. Cantik.. Indah.. Hmmm.. tak terlafaz lah rasa kesyukuran saya ni..


Pengunjung pun tak ramai. Maklumlah bukan hari minggu. Saya ni kalau jalan memang tak tunggu hari minggu ke apa. Ada masa saya jalan aje. Kalau takde kawan saya pergi sorang. Tadehal punya. Leceh la nak menunggu orang nak plan bagai. Isk, makin lama makin best pulak kalau jalan sorang. Tapi tengok tempat jugak lah. Ada tempat yg lagi best pergi ramai2


Cliff ni terhasil dari batu kapur. Ala kira sama lah dengan batu cave tu cuma batu cave tu tetengah alam. Yang ni tepi laut. Tapi kira lebih kurang gitu la. Disebabkan cliff ni duk nya dekat sempadan England dan France, kira dia jadi kawasan strategik la dulu2 untuk mengawal peraiaran. Camtu lah kot. Eh, baca sendiri lah sejarah dia. Cari je di google. Tak kuasa nak menaip panjang lebar


Kat tepi tebing ni memang ada tempat jalan kaki je. So kira takde kenderaan berenjin yang boleh masuk. Tapi kalau dulu2 dorang bawak pedati kuda ke saya tak tau la


Sekadar merakam panorama. Syukur lah cuaca pun sangat membantu. Matahari sangat terik tapi janganlah terpedaya dengan matahari itu di sini. Matahari je terik tapi sejuk tetap sejuk.


Di kejauhan pelabuhan dover yang saya lewati tadi. Jauh saya berjalan. Sorang2 layan perasaan sambil dengar lagu Zizan dan Kaka.. "Bawaaaa.. daku pergi....." Bhahaha


Saya ni rupanya penggayat. Saya tak boleh nak berdiri kat tebing sangat. Seriau rasanya. Mujur tak pitam. Tapi saya buat2 berani jugaklah cuba merakam gambar yang konon shot maut. Tapi tak berapa hebat lah sebab saya takut kalau2 saya yang maut


Yang dia pagar tu sebab tu kawasan binatang2 cari makan. Kuda, lembu, biri2 bagai. Kalau tak pagar mau menjunam pulak binatang2 tu dalam gaung


Ha ni contohnya. Sekawan kuda padi yang sedap melepak gigit2 rumput. Sebab tu dorang pagar kawasan tebing tu. Pelawat boleh je masuk kawasan berpagar ni. Dibenarkan



Kawasannya berbukit. Memang kene fit lah nak berjalan. Pakai kasut yang sesuai. Berjalan kaki kalau kat UK memang best. Lagi sekali saya ulang, berjalan kaki KALAU KAT UK memang best. Kalau kat UK eh. Bukan di Malaysia. Cuma tu lah, kene pakai baju yang sesuai juga sebab sejuk. Kadang2 kita tak jalan or kuar rumah sebab sejuk sangat


Rata2 yang datang ke cliff ni orang2 separuh abad. Atuk nenek yang dah tua, dah beruban, tapi helok sangat berjalan slow2 berdua. Kagum saya. Siap bawak beg pack bagai. Dan takde sorang pun pelawat yang berselisih dengan saya yang tak ucap 'Good Morning' or 'Hello' or sekadar 'Hi". Takde. Semua wish dengan begitu ramah sekali. Saya suka culture gini


Di kejauhan, Dover Castle yang tersergam. Tak berapa nak indah lah kot. Sebab kalau tempat tinggal batu2 petak2 gitu saya pun tak rasa macam nak duduk. Patutlah puteri2 dorang beriya2 minta diselamatkan. Stress gaknye duk kat tower gitu. Isk


Dah turun, ambil pulak gambar cliff dari bawah. Memang macam batu cave. Cuma takde tangga ngan patung emas je


Kawasan waterfront dia. Banyak la hotel2 dan ada jugak kedai2 bebas cukai yang jual barang2 dari paris. Ala2 langkawi gitu..


Port Dover dan cliff yang saya daki tadi dari arah waterfront dia. Gila tak jauh saya berjalan. Cuna tengok bukit yang lepas flyover tu. Haa, tadi kat situ lah saya bergambar. Kesahnya. Alah tapi sementara boleh jalan ni. Nanti Kalau Allah tarik balik nikmat kaki baru nak teringin buat itu ini. Ni dah ada peluang, jalan lah selagi mampu. Sambil2 belajar dan menambah ilmu



Kawasan marina dia. Kalau sape pernah pergi marina bay kat langkawi tu, haa lebih kurang gitu je la style dia. Tempat orang2 kaya park bot mereka. Untunglah ada bot. Saya ada keta je. Tu pun tak habis lg bayar..


Berjalan balik ke pekan untuk ambil gambar di kawasan sekitar. Bangunan dorang biasalah kat UK ni, semua style batu bata gitu. Kebetulan sekarang dah nak masuk musim bunga. Haruslah memang ohsem gayanya


Taman yang betul2 sebelah bus stand saya tunggu bas untuk balik semula ke London. Tu nampak tak dari jauh Dover Castle tadi? Sian kan tuan puteri. Tengok rakyat jelata dari atas je. Memang stress. Konfem beliau stress


Dover city council. Kira pejabat daerah la senang cakap. Betul2 kat tengah bandar dia.


Ni cathedral yang terletak sebelah pejabat daerah tadi. Lawa tapi saya tak masuk lah. Malas lah pulak nak round dalam gereja tu sorang2. Eh, macam takut pulak. Bukan takut, saya dah penat kot time ni. Rasa nak cepat je carik kedai untuk merehatkan kaki



Lagi bangunan bersejarah di kawasan sekitar.


Robohan cathedral lama yang sempat saya snap gambarnya sebelum berehat kat McD. Mujur lah ada McD kan. Kalau tak, tak tau nak lepak kat mana. Sini bukan ada kedai2 kopi, or kedai2 mamak macam kat mesia tu. Nak duduk tunggu kat luar memang kejang beku la jawabnya


Royal Victoria Place katernyer. Entah apa saya pun tak tahu


Dan berjalan lagi di sekitar pekan dia yang tak besar mana. Ada muzium dan satu dua tempat lagi tapi saya tak pergi pun. Hari dah petang, perut dah lapar dan kaki dah letih.

Dan itu je lah gambar yang boleh saya kongsikan dengan anda sempena trip sehari saya ke dover. Tiket bas pergi balik berharga GBP13. Murah je. Kene simpan duit sebab bulan empat nanti nak merayap jauh sikit ^^ hehehe. Insyallah kalau panjang umur..

Akhirnya seperti biasa berbanyak syukur kepada Allah taala atas kesempatan yang sudi dikurniakan kepada saya. Semakin jauh saya berjalan, semakin luas pengalaman. Dan mudah2han semakin dekat saya dengan Allah, Tuhan semesta alam

Ok, terima kasih kawan2 kerana sudi membaca. Nanti kalau pergi mana2 saya share lagi insyallah

Jaga diri di Malaysia. Salam sayang

Sunday, March 09, 2014

Dalam usia yang 30 ini...

Ya Allah yang menyantuni kami

Dalam usia yang 30 ini..
Ada yang bertambah dan ada yang diambil kembali
Ada yang datang dan ada yang hilang tak berganti
Ada yang gembira dan ada yang menyeka tangis di pipi

Semuanya aku lihat dengan akal yang masih singkat
Apakah usia ini nikmat atau mudharat
Apakah semakin banyak masa, semakin lekas aku bertaubat
Atau semakin lama hidup, semakin asyik aku berehat

Segalanya dalam usia yang tiga dekad ini
Merenung dalam diri, bertanya dalam hati
Apakah benar aku faham bentuk2 kiasan
Yang sering Kau lukiskan dalam setiap inci ujian...


London - 9 Mac 2014

Selamat Hari Lahir, diri.

****

Sekitar kisah MH370, berilah masa. Masa untuk yang bertugas mencari sepenuh daya. Masa untuk yang bertanggungjawab meneliti segenap punca. Masa untuk yang menyampaikan memilih selembut-lembut bicara, dan masa untuk yang menerima membuka hati selapang-lapangnya. Ya, berilah mereka masa. Hanya masa yang masih kita ada..

Monday, March 03, 2014

Selamat Tahun Baru, Ahmad

Pertamanya, elok saja kumulakan tinta ini dengan kesyukuran. Satu tahun lagi aku melepasi batas2 umurku dengan keizinan Tuhan. Ya, Tuhan yang entahkan sayang, entahkan benci. Bukan lah aku mahu katakan yang Dia itu pembenci kerana aku tahu dan yakin bahawa Dia maha penyayang. Cuma aku berkira2 jika Dia masih sudi menyayangi aku. Kerana jika Dia sayang, sudah pasti aku dijemputnya pulang. Macam kamu!

Ahmad,

Dalam ramai2 sahabat dan kenalan, hari ini aku memilih untuk mengucapkan selamat tahun baru buat kamu. Ya, baru hari ini. Kerana semalam itu kebetulannya 1 March. Dan Jujur, aku tiba-tiba teringatkan kamu. Ya sahabat, aku tahu, 'kehidupan kita tetap sama di tahun mana pun' seperti yang pernah engkau khabarkan dulu. Lagi2 buat engkau yang jauh, kawan. Tahun baru atau lama sudah tidak menjadi soal. Alangkah indahnya jika aku dapat mengakhiri segala perjuangan hidup ini. Dijemput kembali dan aman sahaja menunggu hari pembalasan. Namun aku risau juga, untuk insan sekerdil dan seberdosa aku, benarkah ada 'aman' untukku di alam itu?

Jika engkau tidak tahu, aku kini sudah berdiri di tanah yang lain.  Tanah yang bukan milik kita. Aku tidak lagi tinggal di tanah nusantara itu, Ahmad. Ya, tidak ada lagi nyiur yang melambai atau pasir pantai yang memutih. Tidak ada lagi hangat mentari dan bau-bauan enak seperti dulu. Di tanah aku menetap sekarang segalanya dingin dan kering. Namun aku berjalan juga. Berjalan kerana hanya berjalan dan mengayuh sahaja yang aku ada. Aku tidak boleh lagi menoleh ke belakang. Tidak ada apa lagi yang dapat kuperjuangkan melainkan mengenang segala pahit manis yang aku angkat menjadi sumber hikmah dan didikan

Sahabat,

Sudah Tiga tahun. Tiga tahun semenjak pemergianmu. Banyak yang berubah. Terlalu banyak untuk diceritakan satu persatu. Namun aku pasti isteri kesayanganmu selalu saja membisikkan segalanya padamu. Mungkin sekali dalam keluhannya, atau dalam pesanannya kepada puteri2mu. Mereka membesar. Membesar dengan jayanya. Kalaulah mampu engkau melihat, pasti engkau berbangga, Ahmad. Bangga punyai isteri dan anak2 hebat

Kenapa Allah menjemputmu pulang seawal ini, mengapa engkau dan bukan orang lain, itu semua bukan aku yang boleh menjawab. Untuk apa diperlakukan ujian maha hebat itu untuk isteri dan puteri2mu, pastilah atas rasa kasih sayang dan ihsanNya juga. Sehingga aku malas lagi berfikir dan bertanya. Tentu Dia punya sebab. dan sebab musabab itu tentu sekali untuk kebaikan

Ahmad,

Di London ini aku gembira betul. Bukan kerana aku di tanah orang, tidak. Bukan kerana glamor dan prestijnya tanah yang aku pijak ini, juga tidak. Aku gembira kerana di sini ramai orang yang berfikiran kritis dan radikal macam kita. Macam kamu! Macam aku! Jadi aku suka. Aku suka bila manusia mahu berdebat tetapi mereka berdebat tanpa hilang rasa hormat. Aku suka bila manusia mempersoalkan dan mereka juga tidak tersinggung dipersoalkan. Bukankah begitu yang sepatutnya? Ya, jarang kita jumpa watak2 begitu di tanah kita. Di tanah kita itu manusia takut bercakap benar. Mereka takut berubah. Mereka hanya suka ikut apa yang orang lain buat, walaupun yang dibuat itu sekadar ikut-ikutan, bukan kebenaran!

Aku selalu tetap dengan pendirianku. "Biasakan yang betul, betulkan yang biasa." Lebih baik berpendirian lalu disisihkan. Tak mengapa. Aku hidup untuk Allah, untuk Dia sahaja

Sahabat, kalaulah aku juga mampu mendengar khabarmu di sana. Bagaimana hidupmu, bagaimana tempat tinggalmu, bagaimana layanannya. Kalaulah mampu. Tapi aku tahu Allah itu sangat tinggi keseniannya. Ada perkara yang memang tidak diberitahu agar kita sentiasa tertanya2 lalu bersedia. Aku percaya Ahmad, hendaknya kamu di dalam peliharaan Dia. Tenang dan aman menunggu hari penghabisan. Yang entah bila. Yang entahkan esok entahkan lusa

Aku sudah tua Ahmad. Beberapa hari lagi umurku menjejak angka tiga. Aku makin risau kalau2 makin lama aku hidup, makin jauh aku dari Tuhan. Namun aku harap tidak. Aku cuma mampu berharap agar Dia menghidupkan aku sehari lagi dan sehari lagi agar aku terus dekat dan datang padaNya. Menggunakan hari2 yang dikurniakanNya untuk mencuci segala dosa dan merawat segala kehinaan jiwa..

Ya, aku cuma mampu berharap

Oh, kau tahu kan, novel Hamka yang kita minat dulu, 'Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck' itu telah difilemkan! Ah, namun aku sendiri juga belum diberikan rezeki menontonnya. Tapi dari preview2 yang aku baca, ramai yang mengatakan filem itu bagus. Tentu bagus kalau buah fikirannya datang dari tokoh besar sebesar Hamka! Kan? Ya aku tahu, kalau engkau masih di sini pun engkau akan berusaha untuk menontonnya dan memberikan kritikan yang bernas2 selepas itu

Ahmad,

Aku kira sekadar di sini saja tulisanku. Aku akan menulis lagi jika terpanggil. Benar, aku jarang bersapa tetapi itu tidak bermakna aku lupa. Engkaulah satu2nya sahabat yang dekat namun tidak pernah sempat bertemu dan berjabat. Aku terkilan tapi itu takdir Tuhan. Aku belajar untuk lebih menghargai setiap jiwa yang aku ada selepas pemergianmu. Aku mahu mereka tahu bahawa mereka penting bagi aku

Aku tahu yang menjagamu kini hanya amalan2 yang kau tinggalkan. Doa isteri dan anak2mu, pemberian yang pernah kau hulurkan seikhlas hatimu, ilmu yang pernah kau kongsikan, ya.. hanya itulah yang menjagamu di tanah itu. Aku sentiasa berdoa agar pelitamu senantiasa menyala, biarpun sumbunya mungkin tak sebesar mana. Namun segaris cahaya di tempat yang sekelam itu tentulah sudah amat bermakna. Aku terlalu memahaminya

Aku akan ke sana juga, Ahmad. Akan sampai juga. Dan aku bertekad membawa sebanyak mana bekalan yang mampu aku bawa. Kalau kau ada isteri dan anak2, aku tidak ada keistimewaan itu. Jadi segala bekalan harus datang dari aku. Usahaku, amalanku, pemberianku dan semuanya yang hanya dihasilkan oleh aku! Jadi aku harus lebih bersedia, lebih bekerja, lebih berusaha

Jika benar yang kita dengar, antara yang mendapat naungan di hari pembalasan itu adalah dua orang sahabat yang bersaudara semata2 kerana Tuhan, kita nantikanlah saja kebenarannya. Semoga hendaknya adalah tercatit nama kita di syurga nan indah. Tanah yang tiada lagi kedukaan dan air mata. Mudah-mudahan, inshaAllah

Tinggal dulu saudara. Untukmu kuhadiahi sebuah Al-Fatihah

1. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
2. Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan semesta alam.
3. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
4. Yang menguasai hari pembalasan.
5. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan.
6. Tunjukilah kepada kami jalan yang lurus.
7. (Iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.

*****

Dan seperti yang pernah kujanjikan, sudahpun kutitip warkah pertama buat anakandamu Embun. Bacalah, Ahmad. Kalau engkau mampu membaca. Bacalah.. Aku tulis bukan saja untuk dia, untuk kalian semua.. Bacalah

Sunday, March 02, 2014

Tower Bridge

Ya, ini tower bridge. Berdekatan dengan kediaman saya. Saya jalan kaki je untuk ke sini. Dalam 15 minit. Sekali lagi, namanya Tower Bridge ya. Bukan London Bridge. Ramai orang ingat London Bridge. Mungkin sekali terpengaruh dengan lagu "London Bridge is falling down" yang kita nyanyi di zaman kanak2. Jadi bila mereka sampai di London, mereka cari London Bridge. Dan bila mereka sampai di London Bridge, rupanya tak macamni. Hehehe ya. Kerana memang wujud pun London Bridge di London, tapi sekadar jambatan biasa. Yang cantik ini Tower Bridge

Silalah menjamu mata. Siapa tahu esok lusa rezeki anda pula. Jangan berhenti berdoa






Saya dengar di Malaysia sangat panas sekarang. Kemarau, jarang hujan, air pun bercatu. Saya doakan kesihatan anda terpelihara, dan dipermudahkan segalanya. Jangan lupa minum banyak air musim2 panas ni

Benar, saya di London. Tetapi jiwa dah hati saya saya tinggalkan di Malaysia!