Saturday, April 26, 2014

Musim Bunga di Cardiff, Wales

Entri ini khas untuk sahabat maya saya, Bunga Tulip

Saya ke Cardiff untuk cuti Easter. Niat ke Amsterdam terpaksa dipadamkan kerana rakan2 telah bercuti lebih awal dari saya. Untuk mengurangkan bajet penginapan, saya harus ke tempat2 yang mana saya boleh menumpang rumah rakan2. Dan kebetulan Kak Faizah yang menyambung pengajian phd nya di universiti Cardiff mengajak saya ke rumah. Pucuk dicita ulam mendatang, saya terus ke sana tanpa banyak bicara

Cardiff terletak di dalam Wales, seperti London di dalam England atau Edinburgh di dalam Scotland. Sila rujuk peta di bawah ini. Tetapi kesemuanya masih di dalam jajahan the Great Brittain atau UK

Sebenarnya saya pun baru je tahu. Itu pun sebab sesampai di Cardiff, saya tengok mereka ada bendera mereka sendiri, bahasa mereka sendiri dan pakaian mereka sendiri. Saya cuak jugak mula2 sebab saya jalan tak bawa pasport, ingat nak pergi dekat2 je sebab Cardiff ni dalam tiga jam lebih je lah dari London. Saya ingatkan masih dalam England lah rupanya tidak. Haha cemas2 jugak saya ingat nak kene halau balik, tapi asalkan masih di dalam UK, saya tak perlu pun tunjuk pasport kat memana.

Untuk yang seterus2nya, saya bercerita melalui gambar je ok


Ini bandar Cardiff. Di depan tu Cardiff Castle yang femes. Tapi entri ni bukan untuk menceritakan tentang bangunan. Dah banyak post2 sebelum ni saya tunjuk gambar bangunan dan tempat2 di UK. Ini entri tentang bunga. Jadi saya hanya akan mengepos gambar pokok2 dan bunga-bungaan sahaja. Gambar yg di atas sekadar pengenalan, bahawa inilah Cardiff dan itulah bendera Wales


Bunga tulip yang mekar di depan Hilton Cardiff. Kat sini orang tak heran dah. Saya je yang taajub tak sudah2. Subhanallah


Tulip ungu yang menawan. Dan dengan sengaja ditanam di antara bunga2 kuning yang saya pun tak tahu apa jenisnya. Lawa kuasa 33


Tekstur bunga tulip ni macam baldu. Keras dan tak senang jatuh kelopaknya kalau kita pegang. Last saya tengok tulip bebanyak macamni kat nilai 3 lah! ^^ hahahaha..


Kalau tulip tu kaler merah, dorang tanam diantara bunga2 kecik yang kaler putih. Kira ikut kreativiti orang yang buat landscape tu la kot. Tapi yang penting memang menawan


Cantik kan? Cuma bunga tulip ni takde bau lah. Bila musim bunga macamni, banyak lah kedai2 yang jual bunga tulip ni. Seikat 2 pound, seikat tiga pound. Murah2. tapi nak membeli buat apa, tengok aje yang kat taman ni dah




Nak kaler apa? Semua ada. Pink, purple, merah, merah putih, merah kuning, purple putih, ehh semua lah. Tak larat pulak nak list kan satu2


Kebetulan time saya ambil gambar, ada anak orang Welsh ni kat situ. Saya pun snap lah. Subhanallah, comel macam bunga jugak dia nih


Comel kan? Huntunglaaa ada anak comel. Eh! Hahaha


Ni purple putih. Tapi selalunya kaler2 yang rare ni dorang tak tanam banyak lah. Sejemput-sejemput je kat tepi2 jalan. Kalau yang merah memang berterabur


Ni paling rare sekali. Tulip hitam. Gila punya lawa. Original hokeh. Tanpa bahan pengawet. Subhanallah, saya sampai tak tahu nak cakap apa. Speechless. Lawa sangat. Sebab terlalu sayang, saya tak sampai hati nak petik. Biarlah dia hidup. Orang lain boleh tengok nanti


Inilah sahabat saya Kak Faizah dan anaknya si Ali Akbar. Terima kasih banyak sebab sudi tumpangkan saya dan bawa saya jalan2 sekitar Cardiff


Taman di depan Cardiff City Council. Nak baring2 pun boleh. Takde yang larang. Kebetulan time saya sampai ni matahari punyalah galak. So apa lagi, manusia pun galak lah berkelah


Cuba tengok tu. Orang putih kan memang sukakan matahari. Dorang selamba badak je baring pakai pakaian dalam kat taman2 macamni. Orang kata musim panas nanti lagilah havoc. Saya tak dapat bayangkan dan saya tak mau lah bayangkan. Musim panas nanti dah la bulan puasa, baik saya menjaga mata. eh! haha


Bunga liar kecik2 ni memang banyak jugak kat Malaysia. Tapi kat sini lagi banyak. Beterabur macam karpet! Cantikkkk


Kita lihat dari sudut yang berbeza pula. Menawan bukan? Tiada tara penciptaan Allah Taala. Sumpah tak dapat copy. Tersangat besarlah kekuasaanNya


Taman di depan Cardiff University. Penuh dengan tulip dan sakura yang kembang2 dan menawan. Haishh.. Terasa tak nak balik ke London. London kurang bunga. Takde tempat kot nak tanam


Saya memang berminat dengan sakura kaler putih ni. Entah lah sakura ke apa. Tak kisahlah. Asalkan yang nampak macam sakura tu saya panggil sakura dah la


Lebat. Berterabur kelopak2 bunga kat rumput2. Lagi dua minggu habis lah semua ni. Pokok2 akan mula ditumbuhi daun hijau lah pulak sempena bermula musim panas


Bersantai ala mat saleh giteww..


Lagi tulip dan sakura


Bute Park. Kami berjalan kaki dari pekan ke kediaman Kak Faizah. Tak jauh mana pun. Jalan sembang2 ambil gambar tengok2 dah sampai. Bestnya jalan kaki kat negara orang ni sebab sejuk, so tak peluh dan tak penat


Kalau untuk orang tempatan, ni dikira parit lah. Tapi untuk orang luar macam saya, saya nampak macam sungai dah. Kemain lawa. Macam gambar poskad!

So itu je lah sekadar sedikit gambar yang dapat saya kongsikan dengan anda. Dan sahabat saya Bunga Tulip, saya harap anda berpuas hati dengan gambar2 tulip kali ini walaupun tak semeriah Keukenhof di Amsterdam itu. Mungkin lain kali saya ke sana, siapa tahu. Kalau ada rezeki tak kemana ;) Insyallah

Saya ada melawat St. Fagan. Nanti kalau berkesempatan, akan saya postkan gambar2 dan ceritanya. Harap dapatlah menambah ilmu dan pengalaman anda juga. Jangan pernah berhenti berdoa. Ada yang dapat merasa di awal usia, ada yang pertengahan dan ada yang diizinkan di penghujungnya. Doa dan usaha kuat2! Allah selalu mendengar

Ya, saya yakin Dia mendengar!

Salam sayang

Wednesday, April 02, 2014

Sheffield dan Bakewell

Haritu saya ke Sheffield. Melawat rakan dan tentunya melawat kawasan. Sheffield lebih kurang 4 jam dari London menaiki bas. Dan seperti biasa, jom tengok gambar. Mud malas taip

 kawasan rumah kawan di malborough road

 belakang rumah mereka tu ada muzium. jalan kaki aje ke sini

huntonglaa muzium belakang rumah

 depan muzium tu pulak ada taman. weston park nama dia

 lawa

esoknya pagi2 dah bergerak ke peak district. kami berlima

 naik bas ulang alik aje. dalam 40 minit dari sheffield city centre

 dalam perjalanan. nama pun national park. hijau dan tenang

sampai di pekan bakewell yang femes dengan pudding dan pai nya

 bakewell bridge. punyalah lawa

 panorama gini memang tak dapat lah kat london kan

saja nak interprem leteww

 jemah yang gila bergambar

 saujana mata memandang

pokok2 dah berubah warna menjelang musim bunga

 pengalaman yang sangat berharga

pulang ke kota semula

***

Alhamdulillah, saya dapat juga menjejakkan kaki ke Sheffield dan melihat2 University of Sheffield yg popular dan sangat ramai pelajar Malaysia itu. Cantik kampusnya. Modern. Tak macam King's yang sangat old fesyen itu. Eh! Hahaha

Terima kasih kepada kawan2 yang sudi tumpangkan saya di rumah mereka dan bawak saya jalan2 di kawasan sekitar

Plan untuk cuti seminggu nanti belum ada lagi. Jadi saya pun tak tahu lagi saya bakal ke mana. Kita tunggu sajalah. Kalau ada rezeki dan masa, insyaAllah

Ok. Sekian dari saya yang curi2 masa dalam kesibukan menelaah

Assalamualaikum