Saya akan sibuk dan tegang selepas ini sampailah bermulanya cuti Krismas. Jadi sebelum saya menyibukkan diri dengan writing assessment dan presentation, saya kongsikan dulu gambar2 trip ke Paris tempoh hari.
Selamat menonton!
Tiket Eurostar dari St. Pancras International di London ke Gare Du Nord Paris berharga GBP130 pergi balik. Kira2 RM650 duit kita. Perjalanan mengambil masa lebih kurang dua jam 15 minit.
Beginilah rupa St. Pancras International. Lebih kurang macam terminal airport jugak. Ada imigresen, pemeriksaan bagasi, ruang menunggu dan lain-lain.
Tiba di Gare Du Nord. Macamana rupa keretapi dia, lebih kurang sama macam dalam movie Mr. Bean yang dia tertinggal keretapi tu. Saya tak sempat nak shot sebab dengan beg bagai, tak cukup tangan. Tapi memang macamtu lah lebih kurang ;)
Berjalan kaki ke hotel. Lebih kurang 1 kilometer. Bila dah duduk London, saya dah terbiasa berjalan kaki. So kalau setakat 2/3 km ni kira dekat lah bagi saya. Paris lebih sejuk dari London. Pipi saya merah2 bukan sebab blushing, tapi sebab kering dan kesat. Nampak lawa tapi sumpah tak selesa. Hahaha
Tiba di hotel, berehat dan sebagainya. Ukur tanah sekitar hotel dan keesokan harinya memulakan trip "Paris on foot" berbekalkan telefon yang takde roaming dan internet, sebuah peta yang telah dikaji sehabis baik dan duit euro yang dijaga rapi.
Kawasan sekitar Gare Du Nord. Bangunan yang memikat walaupun sekadar rumah kedai. Kedai kopi dan kedai pizza yang bertaburan
Oh dan kedai yang ini pun ada. Sempat saya tembak untuk tatapan. Saya tak masuk, jangan risau. Hahaha
Tak segan untuk saya katakan bahawa Paris atau Perancis adalah negara yang selfish. Mereka tak pernah mempedulikan samada pelancong mereka faham atau tidak tanda jalan mereka yang SEMUANYA berbahasa perancis. Daripada papan informasi, sampai lah ke tandas, semuanya in french. Faham tak faham kau buat2 faham je lah
Negara kita sibuk nak memahamkan orang lain. Kalau tanda Jalan Tuanku abdul Rahman tu, segala bahasa dan tulisan nak diletak. Tiba2 saya terfikir, baik sungguh kita. Kita memang suka sangat nak memikir apa yang orang lain akan fikir tentang kita
Di Paris, NO. I don't care. Please speak French or don't speak at all.
Opera Garnier dari tepi. Selang satu bangunan dengan Lafayette Gallery yakni macam JPO lah. Tempat membeli belah yang saya tak masuk dan memang tak nak masuk. Bahaya!
Apalah Paris tanpa skulptur yang indah2 bukan? Terlalu banyak. Saya sekadar berkongsi sebahagian sahaja. Sangat berani dan daring mereka mengukir skulptur. Lagi sekali saya rasa mereka memang bersikap "I don't mind." It is in their blood and their culture
Opera Garnier atau dalam peta Place de l'opera di bahagaian hadapan. Memukau dan mengasyikkan. Saya terbayang Piramid Giza, Petra di Jordan dan Temple of Abu Simbel. Bagaimanalah agaknya jika saya dapat melihat binaan2 itu dengan mata kepala. Pasti tidak ada kata2 yang keluar dari mulut saya selain 'subhanallah'!
Saya kagum dengan manusia yang membinanya. Tapi saya lebih kagum dengan Allah Ta'ala yang maha hebat kerana mampu mencipta manusia hebat yang dapat mendirikan bangunan yang juga hebat. So, the credit goes back to The Almighty Allah ;)
Yang ini place de la Madeleine. Tetapi malangnya sedang di dalam pemuliharaan. Under construction. Saya rasa kerajaan Perancis pasti memasukkan peruntukkan pemuliharaan bangunan2 mereka di dalam bajet tahunan yang mana negara seperti Malaysia tidak perlukan. Bangunan kita banyak yang baru2. Kalau ada yang lama pun sibuk kita nak roboh nak buat baru. Modern la konon..
Berjalan dan berjalan lagi sehingga menemukan Place de la Concord yang mana terletaknya monumen ini dan roda besar ala2 eye of paris. Saya kesejukan, keletihan dan kelelahan. Tapi perjalanan saya belum berakhir. Saya mahu bertemu menara idaman itu. Lalu saya bersabar dan meneruskan perjalanan
Di kejauhan kelihatan Arc de Triomphe. Tapi saya tak berjalan ke arah sana. Saya memilih untuk menyusuri sungai sehingga tiba di Eiffel Tower.
Grand Palais yang sempat saya spot dari seberang sungai. Dan gigih berjalan ke sana. Indah dan memukau.
Menyeberangi sungai untuk ke Grand Palais. Harus berhati2 berjalan di Paris. Jangan bawa wang tunai yang banyak, jangan letak di dalam poket kerana banyak penyeluk saku dan mesti buat muka konfiden. Jangan layan orang yang datang mintak sedekah, jangan sain apa2 borang yang anda terima tanpa mengetahui dengan jelas butir bicaranya. Kalau orang suruh sain pun jangan sain. Biar dia marah dari kejap lagi kita yang marah. Hahaha
Pokok2 yang dah tak ada daun. Kalau kat Malaysia harus dah kene tebang. Tapi ye lah, kat sini kalau macamni bukannya mati. Daunnya gugur semasa musim sejuk. Dan memang lah sejuk yang teramat!
Palais de la Decouverte. Saya betul2 tak tahu apa sebenarnya palais tu. Palace kah? So, istana? Tak nampak macam istana pun. Mungkin sekali galeri. Saya cuba bertanya kepada orang awam. Tetapi malangnya saya tetap tak faham kerana mereka menerangkan sungguh2 kepada saya di dalam bahasa perancis juga. Namun saya tetap mengangguk2 juga dan mengucapkan Merci dengan senyuman. Ya, hanya mercy dan bonjour yang saya tahu. Sekadar itu
Saya menyesal tak belajar bahasa perancis. Menyesal sungguh2!
The Grand Palais dari sudut kirinya. Ramai orang beratur untuk masuk ke dalam. Oh ya, segala muzium dan galeri di Paris tidak seperti di London. Ianya berbayar. Anda harus membeli tiket masuk. Ada yang berharga Euro12, Euro18 dan Musee de Louvre yang menyimpan lukisan Monalisa pun tiketnya berharga Euro39 untuk pas masuk dua hari. Oh, sangat mahal. Mungkin lain kali saya akan ke Paris dan menunjungi muzium pula. Dan mengambil gambar rekaan dalaman mereka yang indah2. Untuk kali ini, cukup sekadar bergambar di luar sahaja
Kalau ada umur ke sini lagi. Mungkin dengan keluarga ;) siapa tahu
Petit Palais yang terletak berhadapan dengan Grand Palais. Sekadar merakam gambar tak sudah2
Dan pintu hadapan Grand Palais. Saya meneruskan perjalanan. Masih belum kelihatan menara jelita itu dari arah sini. Saya harus lekas bertemu dengannya. Misi saya belum dikira tercapai selagi bola mata saya tak dapat melihat menara itu walaupun dari jauh. Serasa saya belum tiba lagi pun di Paris!
Poyo sangat..
Dan setelah lebih dua jam berjalan, sayup2 kelihatan menara itu menjeling kepada saya. Oh namun untuk berada di bawahnya, saya perlu beberapa kilometer berbaki. Saya menarik nafas, meneruskan perjalanan berbekalkan azam. Azam yang saya simpan lama
Saya tak pasti samada saya mampu berjalan sejauh ini kalau di Malaysia. Jalan kaki dari stesen Bandaraya ke bangunan MARA pun saya dah mengeluh. Mungkin kerana faktor cuaca. Haba membuatkan kita cepat keletihan dan kehausan. Di sini saya berjalan jauh tetapi saya tak jugak berpeluh-peluh
Musee du Quai Branly yang terletak bersebelahan dengan Menara Eiffel. Berbayar dan saya tidak bercita2 utuk memasukinya di waktu ini.
Gambar ini saya ambil ketika saya terduduk keletihan. Keletihan tetapi dengan senyuman. Saya berjaya menemukan menara ini dengan berjalan kaki dan sekadar merujuk kepada peta yang berselirat. Saya tersenyum kepuasan. Keluar ucapan alhamdulillah tak sudah2. Segalanya terkawal, saya tidak diganggu, dicopet atau diberikan ujian buruk sepanjang berjalan kaki ke sini. Dan lama saya duduk memerhatikan bangunan ini yang sebenarnya hanyalah binaan dari besi2 yang banyak. Ya, hanya sekadar besi!
Besi!
Tidak ada batu, konkrit, kaca atau lain2. Hanya sekadar besi. Ia tidaklah setinggi mana dan kalau tengok lama2 terasa macam kelakar. Kenapalah saya beriya nak tengok ni dengan mata kepala? Binaannya saya kira tidaklah sesukar mana. Tidak ada skulptur tertentu ukiran wajah manusia, tidak ada ketinggian ajaib seperti Burj Khalifa yang setinggi 800 meter. Tidak ada binaan tertentu yang benar2 mampu melopongkan mulut saya.
Ya, tidak ada. Tidak ada yang ajaib. Ia hanya sekadar menara yang setinggi 300 meter, lebih rendah 150 meter dari menara berkembar Petronas kita, dan hanya sekadar empat tiang kaki yang mendokong satu tiang berdiri. Owh, apakah yang menariknya??
Hahaha.. *pelik dalam hati
Saya tersenyum lagi. Terasa bodoh sekejap. Namun akal saya lekas menjustifikasi bahawa mungkin sekali orang gilakan konsep dan rupanya. Ya, ia menara ringkas yang lawa. Beruntung Paris mempunyai Eiffel Tower yang saya rasa tak lah semahal mana kalau nak membinanya lagi satu di Malaysia. Tapi tu lah. Ia sebuah mercu tanda. Dan kalau dah nama mercu tanda, hanya akan ada SATU dalam dunia
Tak boleh dicipta2 lagi. Bukan tak mampu, TAK BOLEH!
Saya bukan arkitek. Saya bahaskan berdasarkan penilaian umum saya. Maaf jika saya salah meduga mengenai kesulitan membina menara seperti ini
Ya, inilah dia. Berjaya saya jejakkan kaki dan membuang2 pandang. Warnanya coklat gelap, tidak berkarat, nampak kukuh dan masih berfungsi membawa pelangcong ke ruang atas dengan tangga atau lift walaupun dibina sejak 1889!!! Bayangkan.. Ia menara glamer. Patutlah saya kepingin melihatnya
Setentang dengan menara Eiffel, Ecole Militaire atau Millitary School yang dibina sekita 1750. Kira Maktab Tentera Diraja lah kalau kat Malaysia. Saya tak jalan dah sampai sana. Sangat penat dan tak larat. Saya singgah ke kedai makan, mencari buah tangan untuk keluarga, sanak saudara dan rakan2 di Malaysia, dan sekadar berehat menunggu hari gelap.
Tidak ada kemudahan surau di kawasan sekitar. Dan kalau di London selalunya kami solat di quiet room ataupun fitting room kompleks membeli belah. Tetapi sekitar kawasan Eiffel Tower ini tidak terdapat satu pun prasarana yang semacam itu. Maaf kalau sebenarnya ada tapi saya yang tak jumpa
Eiffel sekitar jam 5 petang. Selepas mengambil gambar malam lebih kurang, saya menaiki teksi ke hotel Novotel Orly Rungis untuk bertemu rakan saya dari Malaysia. Saya bermalam di sana, sempat makan maggie, berborak panjang dengan bahasa melayu, dan keesokkan harinya menaiki teksi semula ke Gare du Nord untuk pulang ke London
Ya, di stesen Gard du Nord menanti ketibaan Eurostar yang akan membawa saya pulang ke pangkal jalan. Kepenatan, keletihan, kepuasan dan kesyukuran
Sekadar itu lah yang dapat saya kongsikan dengan anda sepanjang 3 hari 2 malam saya di Paris. Saya tidak menaiki apa2 kenderaan awam kecuali teksi untuk ke hotel. Jadi saya tidak tahu bagaimana kelancaran perkhidmatan awam mereka
Apa yang ringkas yang boleh saya perkatakan mengenai Paris, ia sama sekali berbeza dengan London! Ya, orang2 di Paris lebih selfish, lebih sombong, lebih kasar, trafik jalanrayanya lebih deras dan melulu, papan tandanya kurang dan tidak menentu, tidak ada peta di tempat2 menarik untuk membantu pelancong yang hadir, persekitarannya 'nampak' tak selamat dan kurang restoran halal.
Tapi ia bandar yang menarik. Menarik untuk dijadikan pembelajaran. Namun jika boleh memilih, saya memilih untuk terus tiggal di London kerana orang, budaya, dan bahasanya sangat mesra manusia. Mesra manusia2 yang macam saya ;)
***
Entahlah saya akan ke Paris lagi atau tidak. Kalau ada umur dan peluang, apa salahnya. Dan kali ini kalau kembali lagi, saya mahu berjumpa Monalisa pula. Ya, saya tak sempat ke Musee du Louvre dan muzium2 yang lain. Saya akan datang nanti dengan duit yang memang saya khaskan untuk ke muzium sahaja. Ya, muzium mereka yang tidak percuma
Monalisa bukan percuma!
Saya juga akan datang kembali dengan lebih dari sekadar bonjour dan mercy.
Ya, route perjalanan saya (yang bertanda kuning). Sekitar lebih kurang 10-12 batu (darab 1.6 utk kilometer) berjalan kaki. Oh, apalah sangat perjalanan ini berbanding hijrah dari Mekah ke Madinah ye tak?
Sedar2 kita memang takkan mampu menyamai watak2 besar itu walaupun sekadar menjadi debu di telapak kaki kuda mereka!
Betapa saya menginsafinya.. Saya perlu lebih banyak berjalan dan mentadabbur alam. Semoga hendaknya Tuhan memberi rezeki dan peluang
***
Sekian dulu dari saya di London. Diharap rakan2 pembaca dapat sedikit ilmu dan pengalaman hari ini ;)
Salam sayang, Tini Omar
Monday, December 02, 2013
Tuesday, November 26, 2013
Muzium dan...
Ini Natural History Museum di London, United Kingdom. Masuk percuma. Banyak perkara yang boleh dipelajari dan salah satu tempat wajib pergi kalau di London.
Binaannya memukau. Saya suka
Binaannya memukau. Saya suka
klasik
autentik
mengagumkan
menarik
;)
***
Dan ini The British Museum, Terletak di London juga. Masuk juga percuma. Boleh ambil gambar ikut suka, tak perlu nak sorok-sorok kamera. Sayang saya melawat di waktu malam. Dan kebetulan hari hujan. Tak dapat saya nak menzahirkan binaan bangunannya yang juga menarik. Namun jujur saya lebih suka bahan-bahan yang dipamerkan dalam muzium ini.
Barang-barang lama dan purbakala!
besar
tangga selatan
"The Enlightenment"
monumen
Zeus
mumia
***
Saya suka ke muzium bagi menggantikan aktiviti meonton wayang yang saya rasakan terlalu mahal di London. Saya perlu berjimat cermat bagi memastikan sumber kewangan saya sentiasa mencukupi kerana saya kini tidak lagi bekerja dan 100% bergantung kepada biayaan biasiswa
Namun saya bersyukur juga. Kerana dalam berjimat cermat dan sibuk menyiapkan kerja yang banyak, lusa saya akan ke.....
Ya.. Sini, insyaAllah ;)
***
p/s: teringat entri seindah sakura yang saya tulis bulan 6 tahun lepas. Siapalah sangka, segalanya bakal menjadi nyata.......
Siapalah sangka..
Saturday, November 23, 2013
Dapatkah?
Untuk diriku...
Dapatkah kau lukis pelangi,
Jika tak kenal warna mentari?
Dapatkah kau takung hujan,
Sedang engkau tak menunggu awan?
Dan dapatkah kau petik kejora,
Bila kau asyik membelai senja?
........
Mahkota Cheras
2 Julai 2010
***
Lama saya simpan puisi ini. Dan baru hari ini saya kepingin menyiarkannya.. Ada maksud yang dalam untuk saya fikir-fikirkan. Hari ini. Ya, memang untuk hari ini.
London,
23 November 2013

Sahabat yang berkat
Bagaimana harus saya mulakan?
Saya tidak ada perkataan yang sesuai sejujurnya. Perasaan ini bercampur baur. Antara gembira dan terharu, antara terpegun dan keliru. Yang pentingnya saya sedikit kaget. Tatkala mengetahui bungkusan yang dikirim dari Malaysia itu adalah untuk saya. Ya, untuk Hartini!
Dalam kedinginan cuaca yang bukan kepalang ini, kiriman tersebut benar-benar menghangatkan hari saya. Saya terhibur menerimanya. Selebihnya berterima kasih dan bersyukur. Hampir titik air mata tatkala yang tertera di ruang mata adalah novel kebanggaan saya. Novel yang saya kira menjadi titik permulaan saya menulis di dalam laman ini. Novel yang sangat dekat dengan hati. Ya, novel Hartini yang saya angkat menjadi judul laman saya sendiri. Yang kini sudah hidup segar dan berkembang selama lebih tujuh tahun. Lalu menjadi laman persinggahan mata-mata yang sudi membuang-buang pandang. Sudi datang berkongsi persaudaraan dan kasih sayang
Alangkah besarnya rasa hati ini, wahai...
Lagi sekali saya dikurniakan sahabat yang berkat. Yang tidak pernah mata bertemukan, mulut bersapaan. Segalanya hanya melalui jejari yang menari tak henti-henti. Ya, hanya melalui perkataan dan bait-bait tulisan ini. Apalah lagi yang perlu saya pinta ke hadrat Allah Ta'ala. Serasa hampir semua telah dikurniakan-Nya. Sehingga saya malu untuk bertanya-tanya kenapa sampai sekarang saya masih seorang. Benarkah? Benarkah Tuhan membiarkan saya keseorangan?
Ya. Saya cuba melihat dari pelbagai aspek dan sudut. Fizikalnya memang saya sendiri. Keseorangan. Tersendiri. Kaku dan beku. Namun dari sudut rohaninya saya berteman, punya ramai kenalan dan jauh berlari mengejar impian dan anganan. Ampunkan saya, Tuhan.. kerana sering berkeluh kesah. Saya terlalu kerdil dan hina untuk mampu menilai kurniaanMu yang sebetulnya Kau kirimkan dalam bentuk ujian. Kerana saya hanya memandang butir-butir kemanisan yang sebetulnya pula adalah satu perangkap yang seringnya melalaikan.. Saya masih buta dan lena saya kira. Belum benar-benar celik dan jaga
***
Untuk diri yang mengirim, yang dengan hasrat lalu diusahakan menjadi hakikat; keinginanmu, usahamu, dayamu dan kini naskah Hartini itu berjaya saya sentuh dengan tangan walaupun jauh kita berpisah badan, wahai..... apalah yang mampu saya doakan untuk kamu sahabat? Selain keberkatan dan keredhaan Allah Ta'ala buatmu di sepanjang rantaian hayat. Terima kasih banyak. Saya benar-benar menghargainya. Seakan-akan satu peringatan, agar terus kekal menjadi saya walau di tanah mana saya berada.
Dan saya pinta, jika tiada umur di dunia, hendaknya kita bertemu di tanah sana.
Sama-sama diberi naungan, di tanah yang tidak ada lagi sebarang perteduhan, melainkan apa yang kita usaha dan tanamkan sebagai bekalan. Yang akan kita rasa kembali buah hasilnya di suatu masa yang Tuhan tentukan
Mudah-mudahan..
Sekalung penghargaan lagi sekali dari saya. Untuk kamu (si pengirim) saya doakan bahagia dan kasih sayang berlipat kali ganda. Dan untuk kalian juga, keberkatan dan kemuliaan juga hendaknya....

"bagai sirih pulang ke gagang"
***
p/s : baca maksud peribahasa tersebut di sini (Kredit untuk Puan Roshanilawatey)
***
Ulasan untuk novel Hartini oleh SN Arena Wati
"Setiap pembaca, baik pembaca yang bersikap membaca untuk keseronokan, atau pembaca yang bersikap membaca untuk keseronokan dan penelitian, mahupun pembaca yang bersikap membaca untuk penelitian tanpa keseronokan, tidak akan terlepas dari sikap dan peranan pelaku utama, sikap dan peranan golongan perusak, dan juga sikap dan peranan golongan yang baik."
Kuala Lumpur 1967

Monday, November 11, 2013
Pagi Ahad, 10 November
Matahari memancar terang. Indah dan galak. Hari ini hari Ahad, 11 pagi waktu london dan seharusnya lewat lapan jam dari tanah air tercinta, saya keluar rumah berbaju sukan. Lengkap dengan sweater dan track bottom. Siap berkasut sukan, niat mahu mengeluarkan peluh. Itu pun dengan pertolongan matahari, kononnya.
Namun sejauh mana pun lah saya berlari, sederas mana pun lariannya, peluh tidak mengalir juga. Malah makin sejuk pula terasa lantas meremangkan reroma. Di dalam mahupun di luar rumah kedua-duanya sama sahaja. Dingin di mana-mana. Saya rimas. Lemas. Lesu. Buntu
Sungguh, saya rindu hangat Malaysia. Saya rindu menyeka peluh yang mengalir di dahi. Saya rindu rimas dan sesak dek hawa panas dan lembap itu. Sungguh, saya tidak tipu bila saya kata saya rindu
Tidak ada bau hujan yang unik apabila terkena jalan berturap yang panas di tanah saya berdiri kini. Itu cuma ada di Malaysia, atau mana-mana daerah dunia yang selalu panas terik dan hujan turun tiba-tiba. Tapi bukan di sini. Paling tidak pun, bukan di waktu ini
Sudah lama matahari tidak timbul di London. Kerap hanya hujan dan mendung. Semendung hati yang keseorangan. Saya tidak berteman. Bukan teman hati. Saya maksudkan kawan. Ya, saya susah berkawan. Saya tidak pandai berkawan. Bersosial apatah lagi. Adakalanya saya mengutuk-ngutuk diri saya yang lemah ini. Entahlah kenapa saya memang susah mencari kawan. Dan saya sangat memilih dengan siapa saya berkawan. Lalu saya jarang ada teman akrab. Tapi kalau ada, saya bersahabat sungguh2. Selalunya begitu
Saya rindukan Aja, K.Dayah, Deena, Ayu dan Kak Azie. Saya rindu helai tawa mereka. Ya, kami masih berhubung melalui chat group di whatsap tapi semua itu tentulah tidak sama.
Saya rindu gelak tawa adik2 saya. Usikan mereka. Dan bebelan ibu saya tentunya. Tentang ikan di pasar, tentang barang2 yang makin mahal, tentang itu tentang ini. Tentang semua perkara yang ibu saya amati. Oh.. Tidak dapat saya nyatakan denyut rasa ini. Saya rindu keributan keluarga besar saya. Makcik2 dan sepupu2 saya. Saya rindukan keserabutan dan kekalutan itu.
Jika saya tidak ke sini, tentulah saya tidak akan mengetahui harga atau nilaian sesuatu perkara
Ya, hanya kerana apabila apa yang saya suka dan mahu itu telah tiada, atau dalam erti kata lain tidak dapat saya perolehi lagi, baru saya reti menghargai
Saya baru tahu menghargai nilaian sinar mentari, nilai peluh yang mampu saya seka di dahi, nilai panas, nilai ribut, nilai kalut, nilai sesak, nilai tanah tumpah darah itu. Hmmm.. (keluh)
Baik atau buruk sesuatu perkara itu hanya terletak pada persepsi dan pendapat kita. Yang sering kita hubungkaitkan dengan persekitaran. Kita pelik kenapa Allah jadikan kita orang kampung, kita hitam, kita pendek contohnya. Kita suka mata orang yang biru, kulit orang yang cerah dan rambut orang yang merah. Jarang sekali kita melihat cermin dan berbisik dalam hati, 'syukur dengan rambut yang hitam ini, ia lambang peribadi'. Kita selalu lupa, Allah adalah sebaik-baik pencipta, penentu segala. Allah cipta mengikut keperluan kita. Sebab Allah tahu itu yang terbaik dan termolek untuk kita
Kita mengeluh apabila negara kita tidak ada empat musim yang kononnya menyeronokkan, lalu kita cipta sesalju kita sendiri. Kita buat apa yang orang lain ada supaya kita dapat rasa apa yang mereka rasa. Sampai kita lupa memandang pada rumput yang menghijau, padi yang menguning, pantai yang membiru, nyiur yang melambai. Kita lupa menoleh kepada diri kita sendiri. Kita cuma mahu apa yang orang ada walaupun nyata kita tidak memerlukannya
Kita makhluk yang pelik
Namun bagus kalau kita punya cita-cita besar. Menjelajah dunia contohnya. Mengenal budaya dan kehebatan bangsa lain, untuk kita bangun berjuang dan berjalan seiring. Kita tidak akan hebat kalau kekal di satu tempat. Kita perlu cuba dan gagal sebelum tahu di mana letaknya titik jaya. Tapi jangan pula sampai lupa di mana asal usul kita. Begitu saya kira
......................
Saya tidak membawa telefon bimbit untuk berkongsi gambar dengan anda. Gambar taman tasik yang indah, dengan itik2 dan angsa berbulu tebal, dengan pengunjung yang berlari2 anak dengan anjing peliharaan mereka, atau sekadar duduk2 saja memerhati manusia mundar mandir. Atau yang leka memancing. Atau yang jalan2 dengan keluarga dengan anak2 kecil mereka yang tertawa keriangan. Ya, mungkin nanti saya akan kongsikan. Bila-bila lagi saya kelapangan
Saya mungkin agak sibuk di beberapa minggu hadapan dengan segala tugasan. Mungkin saya akan menulis lagi bila bermulanya cuti Krismas nanti. Perayaan utuk mereka, pengembaraan untuk saya
Tinggal dulu. Terima kasih sudi membaca ;)
Salam sayang,
Tini Omar

Wednesday, November 06, 2013
Warkah 1 untuk Embun
Seharusnya perlu aku memulakan tinta ini dengan puji-pujian kepada Allah, yang sememangnya Maha Kaya, Maha Kasih dan Maha Sayang. Yang menukarkan tiap2 titis airmata menjadi permata berharga, yang menukar muram menjadi tawa, perit menjadi bahagia, dan terbukti kasih sayangnya yang tidak putus-putus, kekal dan terus-menerus
Embun,
Ini kali pertama aku menulis untuk kamu. Kerana khabarnya kamu sudahpun melebihi usia empat tahun. Itu pun aku tahu dari laman ibumu yang terlalu tabah itu. Tahniah orang muda. Selamat datang ke dunia penuh pancaroba. Mungkin sedikit masa lagi kamu mampu membaca. Atau mungkin telah pandai pun! Jadi berhati-hatilah memilih apa yang kamu baca. Dan fahamilah apa yang kamu baca, itu yang pentingnya
Embun, sesuci dinihari,
Siapakah aku ini? Ketahuilah bahawa aku adalah rakan dan kenalan ibu dan ayahmu yang jauh sebenarnya dari mereka. Tidak pernah bertemu mata, tidak pernah mendengar suara. Hanya kenalan dalam laman maya, namun terasa dekat dan akrab sekali. Apakah mungkin perhubungan yang semacam itu? Ya sayang. Tentu saja kalau dengan izin Dia. Dia yang menentukan jodoh pertemuan. Dia yang meniupkan nur kasih sayang. Apakah ada yang tidak mungkin kalau sudah Dia yang berkata ya?
Mengikut kefahaman akalku yang terlalu terhad ini, tentulah saja kamu itu tidak sempurna kasih sayangnya lantaran tiada juga kamu membesar dengan belaian seorang ayah. Namun, aku terlalu percaya bahawa apabila Tuhan menarik balik satu perkara, maka akan dianugerahkan pula perkara yang lainnya. Ya, yakinlah wahai anak muda bahawa kamu itu telah mendapat seorang ibu yang unggul. Keunggulan yang bukan dilahirkan tetapi diasah dan dipahat dengan semangat. Keunggulan yang diukir dengan begitu payah dan berhati-hati, hanya kerana sebab beliau perlu unggul. Beliau perlu jadi unggul untuk kamu
Jangan ditanya pada aku bagaimanakah ayahmu. Aku juga sebenarnya tidak pernah tahu. Cuma dapat aku pastikan bahawa beliau pemuda hebat. Walau sekejap tempoh perkenalan, namun keberkatannya diraih sepanjang zaman. Ya, dan nukilan buat kamu ini lah buktinya.
Embun,
Aku suka nama kamu. Ringkas, mudah dan sedap maknanya. Aku tahu ibubapamu telah memilih nama yang baik untuk kamu. Nama yang baik untuk nanti dipanggil sebagai orang baik-baik. Namun segalanya harus bermula dengan panggilan yang baik, walaupun kerap juga kita lihat manusia yang mempunyai nama baik2 tapi tidak sebaik akhlaknya. Elakkan. Elakkan berfikir demikian. Jika bertemu dengan manusia seperti itu, doakan agar akhlak mereka sebaik nama yang diberi percuma
Embun,
Aku pernah berjanji dengan ibu dan ayahmu, untuk menulis untuk kamu. Supaya satu hari nanti bisa kamu baca. Tatkala akal dan kefahaman yang jitu telah mula mampu mempengaruhi sanubarimu. Dan ya, kini aku buktikan janji2 aku itu. Aku tidak pernah lupa, cuma adakalanya kekangan masa melewatkan segala perancangan yang aku lakukan. Aku nayata kalah mengawal masa. Kalah dalam mengatur langkah
Embun, yang utama..
Bagaimana agaknya rupa kamu? Ya, tentulah manis. Manis di mata ibu dan kakandamu juga. Sayang, aku berpergian tanpa menjenguk kamu. Malah tidak pernah sekali pun berjumpa dan berkenalan. Ya, adakalanya aku malu dengan diriku sendiri. Aku selalu bertangguh-tangguh. Dan sehingga ayahandamu dipanggil bertemu-Nya pun aku masih bertangguh
Bagaimana Ibumu, wahai orang muda? Sihatkah dia? Bagaimanakah kakandamu? Telahkan kamu pandai mendoakan untuk kedua orang tuamu? Aku tahu kamu akan cerna di satu masa. Ambillah masa selama mana. Hiruplah santunan budi mengikut suka. Buat dan bereksperimentasilah apa saja untuk menilai erti bahagia dan air mata. Kami; aku sendiri dan kedua orang tuamu barangkali telah melalui jerih payah itu. Walaupun masih banyak yang belum kami habisi dalam perjalanan hidup kami, namun sebetulnya itu sesudah lebih dari separuh yang bakal kamu hadapi dalam usiamu yang ranum ini
Embun,
Aku kini menulis dalam hawa sejuk yang terlalu menusuk. Kebas tangan dan jari-jemari namun untuk tidak menaip dan menggerak-gerakkan mereka itu terasa lebih kebas. Dulu kamu sekeluarga yang berhijrah meninggalkan negara tercinta. Belajar tentang budaya dan masyarakat luar seterusya kembali menghargai dan menyayangi budaya kita sendiri. Kini aku lah pula. Ya, aku lah pula yang Tuhan hantar di medan ini. Medan juang ini. Berseorangan, sepi dan tiada berteman. Namun Tuhan senantiasa ada dan hidup segar dalam hatiku. Aku hidup dan mati di atas muka bumi ini untuk Dia dan tiadalah yang lainnya
Jadi molekkah aku merungut tentang kesepian dan kesseorangan itu? Tidak, aku malah tidak pernah berseorangan. Senantiasa ada Dia memerhati dan mendengar dan memaklumi segala
Dia dekat. Dan itu rahmat
Akan aku menulis lagi padamu wahai anak muda. Menulis sehingga kulit2ku berkedut tua, dan sehingga kamu muda remaja lalu dewasa. Berharap agar kamu menjadi sehebat orang tuamu. Memahat nama walaupun asalnya kita ini bukan siapa2. Bukan berketurunan dan berdarjat akan tetapi makhluk Allah azza wajalla juga
Aku akan memerhati dari jauh. Sambil mendoakan ayahandamu yang mungkin sekali sedang aman menunggu hari pembalasan, mudah-mudahan. Aku pasti doa isterinya yang setia, doa anak2nya yang meningkat remaja senantiasa ada menemani beliau di tanah sana
Ketahuilah bahawa kita juga akan ke sana bila panggilan itu menjelma. Namun sebelum dijemput, hendaklah kita yang menurut. Menurut kata iman, kata akal dan kata Tuhan. Biar apa orang kata, kita tidak hidup untuk mereka. Yang lebih tahu dan maklum hanyalah Allah Taala sahaja
Embun yang jauh,
Doakan aku yang tua ini. Tua tetapi masih muda mengejar cita-cita. Alangkah baiknya jika dapat berkongsi pengalaman dengan sahabatku itu. Mendengar persepsi beliau dari pelbagai sudut pandang. Ya, namun tiada siapa yang dapat menghalang takdir Tuhan. Kita hanya merancang namun ketentuan masih Dia yang memutuskan
Sekian saja dari aku untuk kali ini. Semoga hendaknya kita berutus lagi. Hormati dan sayangi akan ibumu, kasihi akan saudaramu, tinggikan martabat agamamu dan jangan dilupa asal usul dan budaya melayumu
Itu akar kita, Embun. Sekalipun dicantas pasti bercambah juga, walau tumbuhnya di tanah mana.....
Hartini Omar
London
5 Oktober 2013
....
Jemput baca warkah2 untuk ayahanda dan bondamu..
Dia yang Pergi Lebih Jauh (Mac 2011)
Saat2 Aku Teringatkan Kamu Wahai Ahmad (April 2011)
Sekali Lagi Untuk Engkau yang Jauh (November 2011)
Untuk Kamu, Ahmad (Julai 2012)
Bolehkah Kamu Tadahkan Tangan? (Oktober 2012)
Tiba2 Aku Teringin Menulis Sesuatu Buat Kamu, Mawar (Ogos 2011)

Thursday, October 31, 2013
"Ya, kami tidak minum!"
'Ya, kami tidak minum." Kata saya bersahaja dengan senyuman. Pemuda mat salleh tinggi lampai yang tadi beriya-iya berceloteh tentang rumah sewa yang dipilihnya untuk kami terdiam seketika. Saya memandangnya sekilas, masih dengan senyuman.
Saya kira mungkin beliau mencari-cari akal, bagaimana seorang pemuda yang sepertinya juga bisa mampu bertahan tidak meneguk air itu. Lalu mungkin beliau memikirkan, apakah yang selalu kami buat tatkala gelisah, tatkala masalah mencengkam dada. Tatkala merasa akan jalan keluar itu sudah tidak ada.
Apakah agaknya yang kami gantikan dengan minuman itu, mungkin dia tertanya-tanya.
"And we don't smoke too!" Saya menambah perlahan. Memberitahu yang kami juga tidak merokok. Saja dengan niat menambah keliru di fikirannya. Dia ketawa, yang seakan tidak percaya, sambil menggeleng2kan kepalanya.
Minum untuk mereka bukan sekadar memabukkan. Adakalanya mereka minum untuk memenuhi jemputan. Adakalanya mereka minum untuk meraikan kenalan. Itu sebahagian dari kehidupan mereka. Malah banyak majlis2 pelajar di sini yang disambut dengan hadiah dan pemberian berupa 'minuman' kebahagiaan itu. Yang selalunya kami tolak dengan baik sekali. Dengan ikhlas dan sejujur hati.
Dan untuk menerima kenyataan bahawa orang2 seperti kami mampu hidup dan terselamat dari menjamah minuman yang adakalanya merupakan 'jalan keluar' termudah itu, mereka sudah pasti tertanya2 dan terdetik dalam minda, apakah yang kami lakukan tatkala kami ditimpa masalah.
Mereka lupa bahawa kami punya Tuhan yang senantiasa di sisi
Mereka tidak sedar bahawa Tuhan kami sentiasa membantu walau di mana kami berdiri
Dan Tuhan kami itu tidak perlukan perantaraan atau orang tengah untuk dihubungi
Ya, dan saya bersyukur masih diberi akal dan iman dan kesihatan yang kukuh, hati yang suci lagi murni, jiwa dan nurani yang mudah-mudahan kekal zuhud sepertimana saya berada di tanah tumpah darah saya itu. Darah merah itu masih mengalir, walau sebanyak mana pun burger dan keju yang saya telan. Saya masih saya, dan dengan pertolongan Dia, akan selalu memelihara iman dan akidah
Ada ramai Muslim yang minum arak di sini. Mereka ke masjid tetapi dengan senangnya meneguk beer. Mereka punya fahaman berbeza dan biarlah, itu mereka. Selalunya fenomena ini senang dilihat di kalangan muslim bukan melayu. Apa bangsa mereka saya tidak pernah ambil tahu.
Semoga hendaknya mereka diberikan hidayah
Kejauhan dari keluarga dan rakan2 benar2 membuatkan saya dekat dengan alam dan Tuhan. Siapa lagi yang saya ada untuk mengadu hal2 kehidupan. Selawat burdah seringkali saya mainkan dalam mp3 tatkala saya berdiri di mana2. Di Hyde Park, di Piccadily ataupun di kampus. Ia mengingatkan saya bahawa saya masih seorang saya.
Saya rindu Malaysia. Walau seburuk dan seteruk mana pun tanah itu, itu tanah tumpah darah saya. Saya menyayanginya
Berbatuan merah yang disusun berbaris menjadi bangunan klasik dan hebat di bandaraya London ini tidak dapat menandingi rumah2 kampung yang indah dan syahdu apabila dilihat dari jauh. Panoraman di kampung2 sering membuatkan air mata saya bergenang, saya rindukan kampung halaman. Saya dambakan deru angin yang mengalunkan geseran nyiur. Itu tiada di sini
Ibu ayah dan keluarga tidak saya rindukan sebanyak mana saya rindukan negara. Kerana ibu dan ayah itu saya hubungi hari2. Bertanyakan khabar mereka dan mereka juga tidak pernah lupa bertanyakan khabar saya. Ya, dan lagi mereka mampu ke mari. Tetapi tidak halaman yang saya rindukan itu. Nyatanya saya yang perlu ke sana, kembali ke tanah tercinta
Namun perjalanan baru bermula. Ya, masih baru. Ada banyak lagi yang perlu saya tempuh
Nanti pasti akan ada ujian yang menguji iman dan kesabaran.
Hendaknya di kala itu saya masih kekal seorang saya, walau di bawah bendera dan pentadbiran mana pun saya berada. Semoga masih dalam payung rahmat yang maha kuasa. Bertuhankan Allah Azza Wajalla
Lindungi saya, Allah. Rahmati perjalanan saya.

di sini saya berehat selalu. melihat manusia lalu lalang
dedaun maple yang berguguran
"maka nikmat TuhanMu yang manakah lagi yang kamu dustakan?"
***
Jangan bimbang, kami tidak minum ;)
Wednesday, October 16, 2013
London - Oktober update
Sudah lebih dua minggu saya di London. Bandar yang tidak pernah 'tidur'. A city that never sleeps. Mungkin ada benarnya. Tapi saya tetap tidur seperti biasa. Mungkin kerana lelah ke kelas. Atau saya begitu malas untuk keluar meng'explore bandar London. Mungkin belum lagi. Masih mencari mood
Saya masih belum mendapat rumah. Lantaran rumah yang saya kira boleh saya dapati apabila sampai di London telah pun diduki orang lain. Jadi dalam kata lain, saya masih menumpang di rumah seorang kakak yang baik hati, yang menjaga saya seperti adik sendiri. Yang menyediakan makan minum saya, dan sudah tentunya menjadi rakan borak yang paling setia
Apa yang seronoknya hidup di London?
Semua. Hampir semua. London bandar yang hidup. Dihuni oleh orang2 yang hidup dan segar. Mereka bergerak pantas, berfikir pantas dan bertindak pantas. London bukan bandar untuk orang malas dan hanya goyang kaki. London bandar yang pesat dan bergerak tanpa henti
Barang2 di London lebih murah dari Malaysia. Serius? Ya, taraf hidup di negara kita lebih tinggi. Untuk sekeping duit RM5, apa sangatlah yang boleh kita beli. Nasi goreng sebungkus mungkin. Tapi untuk £5 di london, anda boleh dapat macam2. Dua ketul ayam goreng sesedap KFC bersama kentang goreng yang banyak dan air satu tin baru berharga £2. Tiga bungkus coklat kegemaran saya - kinder bueno baru £1. Pati Ribena botol paling besar baru £3. Sekilo ayam drummet peri2 yang balik2 je rumah terus goreng pun baru berharga £4. Kalau kat Malaysia, drummet Ayamas 850g dekat RM15. Betul tak?
Sepaket spagetti baru 40pence. Sebotol sos spagetti yang macam prego tp dalam botol baru £1 sebotol. Untuk £10 yg kita bawa ke super market, kita dapat macam2. Cuba bawak RM10 pergi Giant tengok apa kita dapat?
Jangan convert kan duit kita dengan mereka. Ramai yang bila saya ceritakan betapa murahnya barang di London, mereka akan menukarkan nilai matawang RM dengan £. Contohnya, "memang la kau dengar macam murah, sebotol sos spagetti £1 tapi kalau kira dalam RM, RM5 hengget jugak. So kira sama la.."
Tak. Tak sama. Kenapa tak sama? Contohnya saya bekerja di London, di bayar £5 sejam. Dan pekerja di Malaysia, dibayar RM5 jugak sejam. Tapi untuk sejam yang kita usahakan di London, kita boleh dah beli macam2. Tapi untuk sejam yang kita kerjakan di Malaysia, sekadar mampu bagi kita beli nasi sebungkus. Sepaket spagetti dah dekat 3 hengget. Belum sos dia. Lima hengget kat Malaysia, apa lah sangat dapat. Tapi £5 di London, it's a big deal!
Sebab itu saya katakan kos hidup di Malaysia lebih mahal. Negara kita sudah sepatutnya membayar gaji yang lebih tinggi kepada pekerja, lantaran harga barang yang semakin mencanak naik. Kalau UK bayar £6 sejam untuk pekerja KFC mereka, kita patut membayar RM20 sejam untuk pekerja KFC kita. Baru sesuai dengan belanja mengikut harga barang. Ini tidak, tidak ada 'ballancing' di antara jumlah gaji dan harga barang. Gaji RM2000 sebulan. Tapi jumlah perbelanjaan kita sangat tinggi. Harga barang makan, petrol, bil2 perkhidmatan dan sebagainya, bil telefon, internet, semuanya tinggi. Fresh grad di UK di bayar gaji yang hampir sama juga dengan kita. Tapi mereka sangat mewah dengan jumlah gaji tersebut. Kita?
6 Tahun saya bekerja di institusi lama saya. Apa yang saya dapat dalam tempoh 6 tahun itu? Nothing!
Telefon
Di London, saya menggunakan Lycamobile yang saya beli dengan harga 99pence. Akak rumah saya cakap selalunya simpack permulaan tu orang bagi free je tepi2 jalan. Dan percayalah, hanya dengan simpack 99pence dan saya topup £5 dari hari pertama di London, sampai sekarang tak habis2 pakai, saya dapat internet (mobile data) dengan percuma. Ya, PERCUMA. Gratis! Free! Tanpa had.
Jika di Malaysia mereka kata tanpa had, mereka tipu. Sebab kononnya tanpa had, tapi bila habis data, internet jadi slow. Tidak di London. Free means Free. Unlimited means unlimited. Sangat2 mudah dan memudahkan. Saya menonton drama di 'tonton' hampir setiap malam, berfesbuk, berwhatsap, beryoutube dengan leluasa. Alangkah pemurahnya mereka. Kalau kampeni merah, kampeni ijau, kampeni biru, kampeni kuning di Malaysia, semuanya charge internet dengan begitu mahal sekali. Mahal! Saya habis 200 sebulan untuk bayar bil telefon dan internet sahaja di Malaysia. Di sini sudah 2minggu dan saya hanya telah membelanjakan £5.99. Terbaek!
Apa lagi yang best di London?
Pengangkutan awam. Saya ke kelas menaiki bas double decker dan pengangkutan awam mereka tidak pernah mengecewakan. Pilih lah samada nak naik bas atau nak naik tube. Nak cepat atau nak tengok pemandangan. Yang penting kedua2nya menyeluruh dan menepati masa. Sekali naik bas, cas nya £1.40. So tak kira lah kalau turun dekat hentian pertama atau hentian terakir, tetap harganya £1.40. Kanak2 naik percuma
Shopping baju memang sangat seronok di London. Separuh kedai siap bagi potongan 20% kepada student. Tunjuk je kad pelajar. Terus dapat diskaun
Belajar di London?
Susah. Saya satu2 nya pelajar Melayu, Islam, Asia di dalam kelas saya. Yang paling muda, paling kecil, paling pendiam. Rakan2 saya adalah mereka yang sangat dewasa. Medical practitioner, medical doctor, psychiatrist, nurses, social worker, managers dan semuanya yang hebat2 dalam menceritakan tentang pengalaman mereka bersama pesakit dementia.
Hanya saya seorang yang datang dalam educational background yang secara am nya ingin melihat dan mengambil intipati pembelajaran di UK untuk di bawa ke negara kita nanti. Khasnya dalam menyediakan pusat penjagaan yang intensif dan menyeluruh untuk pesakit2 dementia. Kerana secara asasnya negara kita memang masih tidak ada satu struktur rawatan dan penjagaan khusus untuk pesakit2 mental seperti ini
Mencabar. Terlalu! Kadang2 sampai saya terkedu. Boleh ke saya lulus pengajian ni? Tapi saya bertabah dan membulatkan tekad. Semoga segala yang Tuhan tentukan ini ada hikmah di penghujungnya
Apa lagi yang seronok di London?
Orang2nya mungkin. Mereka berfikiran terbuka, lebih vokal dan tidak akan memendam apa yang mereka rasa, mereka menegur secara spontan akan sesuatu yang mereka rasa perlu ditegur. Ya, mereka lebih murah senyuman berbanding orang kita sendiri yang kononnya penuh dengan adab sopan
Lalu adakah yang tidak seronoknya di London?
Masakan tidak. Yang tak seronoknya di London ialah sewa rumah amat mahal. Terlalu mahal. Sebulan mencecah £900 hanya untuk sebuah bilik kecil. Jadi kos penginapan adalah masalah terbesar saya. Mujur boleh diganti dengan kos makan yang murah. MARA memperuntukkan £1204 sebulan untuk makan dan penginapan, ia lebih dari cukup untuk menampung keperluan saya seorang. Sebab itu saya perlu mencari rumah yang berharga lebih kurang £500-600 sebulan, supaya separuh lagi dari jumlah elaun tersebut dapat saya simpan untuk melawat negara2 lain seperti Paris, Istanbul dan Spain
Begitu lah impian dan angan-angannya. Jadi saya perlu berjimat cermat juga. Siapa jimat makan dan shopping, dia boleh berjalan. Simple math!
Di London terlalu sejuk sekarang. Sekadar menghampiri musim sejuk tapi masih dalam musim luruh, kesejukannya terasa di mana2. Terlalu sejuk untuk sel2 kulit saya yang dah 29 tahun sebati dengan udara panas dan lembap di Malaysia. Saya lebih selesa dengan udara panas di negara kita. Jujur
Kesejukan ini terlalu luar biasa. Bagaimana saya akan menempuh musim sejuk nanti? Sama2 kita tunggu dan lihat. Ok, enough talking. Jom tengok gambar pulak!

Big Ben yang saya tengok hari2 time pergi dan balik dari kelas. Naik jemu. Mula2 je poyo. Lama2 tak lalu dah
Big Ben yang tak pernah takde orang kat area ni. Dia tepi sungai. Sebelah Westminster Bridge. So memang tempat tumpuan pelancong. Tu kakak tudung kuning tu lah Kak Fiza yang tersangat baik hati menjadi pemandu pelacong saya. Hehe
Ni Westminster Abbey tempat William and Kate kawen haritu. Tak sempat masuk pun. Nanti2 lah. Tengok dari luar je lah dulu
London Eye yang menjadi kebanggaan dan mercu tanda bandar London ni. Tapi tak kuasa lah nak naik. Tak teringin pun. Cuma kat bawah London eye tu ada kedai waffle yang gila sedap waffle dia. Sumpah sedap! Waffle strawberry dengan coklat. Mengagumkan!
Haa ni mesti ramai orang tau. Ni la Tower Bridge. Bukan London Bridge okay. Jangan tersalah. London bridge tu kalau pergi tengok macam jembatan biasa yang ada kat Malaysia je. Tower Bridge ni la yang mercu tanda bandar London. Ni jauh la sket dari Westminster Bridge tadi tapi kalau nak jalan kaki pun apa salahnya. Bukan berpeluh pun. Best jalan kaki kat London, cuma kalau terlalu sejuk silalah berbaju tebal k
Tower Bridge yang menjadi tumpuan pelancong. Banyak souvenior jual kat sini tapi harganya mahal la sikit. So better beli kat tempat lain yang lebih murah. (Tu pesan tour guide saya aka Kak Fiza) Hehe
Ni apa? Ni The Strand. Betul2 sebelah University saya, kampus Strand. Tapi basically kelas saya semua di Denmark Hill. Lebih kurang 15 minit naik bas dari kampus Strand ni. Sebab kampus saya dok sebelah Hospital dan memang khas untuk Institute of Psychiatry
The Strand yang menawan. Sempat la saya singgah, minum2 kopi kat sini sambil amek gambar bangunan. Alah orang London tak heran dah pon. Saya je poyo
Jalan2 jugak. Belajar tak lupa. Setiap kali sebelum masuk kelas atau jumpa supervisor (SV), saya mesti menggelabah dan tak lalu makan, sibuk la membaca bagai, mempertingkatkan diri la konon dengan ilmu. Tapi last2 dalam kelas saya diam jugak. Ada subjek clinical yan terlalu susah untuk saya cope. Subjek yang sangat tertumpu kepada medical term, bahagian2 otak, fungsi, reaksi, kesan kepada ubat dan nama2 ubat tu pun saya terpaksa ambil tahu apa side effect, lebih2 lagi yang bersangkut paut degan memory, reasoning and language impairment. So kadang2 saya macam kemurungan sebab baru dua minggu start tapi otak saya macam dah tepu. Tolong!!!!! Saya bukan doktor ismadi okay!
Nah, suhu di London yang sempat saya snapshot dari telefon bimbit saya. Sejuk gila. Tidur kena pakai stokin, sweater, dan of course duvet. Gebor2 nipis tak lut. Kalau jalan kat luar tak pakai glove atau masuk tangan dalam poket, tangan boleh kecut macam baru lepas basuh pinggan. Sekali lagi saya ingatkan, ni belum musim sejuk. Kalau musim sejuk aka salji nanti saya tak tahu apa nak jadi
*******
Ok, itu lah saja yang sempat saya kongsi untuk October update ni. Kita jumpa bulan depan, kalau umur panjang. Harap2nya ada pengalaman baru, situasi baru dan cerita baru yang boleh saya kongsikan dengan pembaca. Baik2 jaga diri di Malaysia. Doakan kejayaan saya di sini
Terima kasih Allah atas peluang ini, terima kasih mak dan ayah yang sering memberi inspirasi..
Sekian, jumpa lagi.
Salam sayang,
Hartini Omar
London, UK
*****
5 tahun dulu, sekitar Oktober 2008, saya pernah menulis ini. Siapa sangka, selepas lima tahun, ia benar2 mampu saya kecapi dengan izin Ilahi. So, teruskan berangan2. Semua impian bermula dengan angan2 ;)

Friday, September 27, 2013
Hammersmith, London
Saya menulis entri ini dalam kedinginan cuaca yang bersuhu lebih kurang 11 darjah celcius. Tidur tidak sekali-kali memerlukan kipas apatah lagi penghawa dingin. Menyentuh air pili untuk mengambil air sembahyang sebentar tadi pun terasa seperti menyentuh air sejuk dalam peti ais. Macamanalah nanti nak menempuh musim sejuk yang bakal tiba.
Sekarang pukul 9.05 malam di bandar London, United Kingdom. Di tanah air tercinta Malaysia, tentunya lebih 8 jam dari sini. Ya, pukul 4.05 pagi tatkala semua sedang lena diulit mimpi
Alhamdulillah, penerbangan dengan Etihad Airways yang bertransit di Abu Dhabi tadi berjalan dengan lancar sekali. Saya menjijak tanah London sekitar jam 2 petang, setelah lebih 17 jam mengharung penerbangan yang meletihkan. Jujur, duduk dalam kapal terbang selama itu amat-amat membosankan. Saya hanya tidur dan tidur dan tidur
Ibu bapa dan ahli keluarga serta kawan-kawan terdekat telah bermurah hati menhantar saya ke KLIA pagi semalam. Dan selepas detik itu, saya melakukan segalanya secara bersendirian. Saya tidak mempunyai rakan2 lain untuk terbang dan berpergian bersama-sama mereka. Jadinya, saya keseorangan saja. Benar-benar sedirian
Mujur segala persiapan telah saya lakukan dengan baik sekali, dokumen dan ke mana harus dituju, segalanya telah saya persiapkan sebelum berangkat. Dan syukur, urusan di UK Border yang mendebarkan itu pun dapat saya jalani dengan baik. Lancar dan dipermudah Allah Taala. Alhamdulillah
Esok saya akan ke kampus. Petang tadi hanya melawat-lawat kawasan persekitaran sambil mengambil peluang membeli kad Oyster untuk kegunaan bas dan keretapi, serta membeli simkad Lyca untuk kemudahan komunikasi di sini
Itu sahaja setakat hari pertama di Tanah seberang sana. Yang lain2 akan saya kongsikan nanti jika berpeluang dan diberikan kesempatan. Salam kasih sayang
Tini Omar,
London, United Kingdom
p/s: Gambar2 di atas saya ambil guna BB je. Sebab tadi tak bawak kamera. Maaf kalau tak berapa clear

kawasan kejiranan
dingin
hammersmith
bunga2 tepi jalan je tapi kemain lawa. Kalau kat cameron harus org kutip pastu jual balik
klasik
kad oster dan Lyca mobile
p/s: Gambar2 di atas saya ambil guna BB je. Sebab tadi tak bawak kamera. Maaf kalau tak berapa clear
Thursday, September 12, 2013
Yang pipih takkan datang melayang
Saya baru ada kesempatan untuk menjengah laman ini. Ya, sejujurnya baru mampu menarik nafas, walaupun bukan nafas kelegaan, tapi kini telah mampu menarik nafas. Kerana semenjak dua ini saya terlalu lelah menguruskan hal-hal dunia yang memerlukan bukan sedikit masa, duit dan tenaga. Juga semangat juang, saya kira
Semangat yang pernah juga hampir hilang dek ketidak-sabaran dan keletihan
Namun hari ini saya benar2 boleh bersyukur. Duduk bertenang sambil menaip baris2 ini untuk kalian. Lalu di telinga saya terngiang2, "yang pipih tidak akan datang melayang"
Saya senyum, mengenangkan hari2 kesusahan. Peluh yang saya seka bila saya berjalan ke sana ke sini menguruskan segalanya. Keluhan tatkala membuka dompet yang kosong kerana tidak bekerja dan hampir semua simpanan telah dikeluarkan untuk jalan yang satu ini. Marah2 yang adakalanya terkeluar dari mulut saya kerana ketidakpuasan hati ketika berurusan dengan pihak kerajaan, ibubapa dan rakan2 yang adakala terkena tempiasnya. Ya, saya hampir kemurungan
Dan kini apabila segalanya hampir selesai (hampir, belum benar2 selesai), saya melihat balik segala yang berlaku dan tersenyum seperti melihat sketsa hidup yang lucu pula. Begitu banyak yg Allah tunjukkan, tunjukkan saya erti sabar, erti usaha, erti setia, erti kasih sayang sebenar, erti nikmat, erti syukur dan segala-galanya. Sesungguhnya hanya Dia-lah yang layak disembah lagi dicinta dan dipuja
Di masa2 senggang ini, saya seboleh2nya cuba utuk menghargai segala yang bakal saya tinggalkan
Iklim yang panas dan lembap yang mungkin nanti saya rindukan. Bau sambal nasi lemak acik sebelah yang dapat saya hidu setiap pagi, apabila beliau bangun untuk menguruskan perniagaan. Mungkin juga rintik hujan yg membasahi jalan berturap di hadapan rumah saya; yang apabila panas lalu hujan dengan tiba2 akan mengeluarkan sejenis bau yg unik. Mungkin sekali akan saya rindukan cendol dan rojak mamak yang sering saya singgahi
Apatah lagi keletah adik2 saya yang tak jemu2 berjenaka, bebelan mama dan kerisauan papa. Ya, saya akan merindui segala-galanya
Ya, saya belum tahu. Kerinduan itu pasti hadir bila batang tubuh ini sudah tidak lagi di sini
Setakat hari ini, saya masih menunggu sumber yang insyallah (dengan izinNya) akan diberikan sikit masa lagi. Merancang untuk keluar makan dengan sahabat handai mana termampu. Melawat saudara mara yang mana perlu. Selebihnya menguruskan hal2 berkaitan penghijrahan
Siapa sangka ini takdir yang Allah tentukan (jika tiada aral melintang)
Jadi wajib saya sampaikan rasa terima kasih ini kepada semua yang sudi hadir di sisi memberikan semangat dan inspirasi. Rakan2 Uranus semestinya, Kak Dayah, Aja, Deena, Kak Azie dan Ayu yg tidak lelah mendengar keluhan saya yg muncul tiba2. Rakan2 lama, Izs dan Azit yang kadangkala bertemuan dan bersapaan menceritakan letak duduk perkara, berkongsi semangat, impian dan cita2. Liana Mohamad; kawan UIA yang acapkali hadir bertanya khabar, Kak Yan (kakak angkat tersayang) yang sering saja positif dalam memberikan pandangan, kawan2 healthcare; Rahah, Fazli dan Mdm Chandrika yg mengetahui dari awal lagi, saudara mara yg girang menerima berita dan semua yg sudi bersama saya berjuang di medan penuh getir ini
Istimewanya tentulah cinta hati saya yg maklum siapa dia, yang dengan air mata kadangkala menahan perit di hati apabila saya merampus2 ketika keletihan, terlanjur meninggi suara apabila marah yg sebetulnya buat pegawai kerajaan tidak dapat saya zahirkan. Beliau yang begitu sabar memegang tangan saya walaupun sebelah lagi tangannya sudah ada sejuta perkara yang perlu dipegang juga. Ya, beliau yang sebetulnya senantiasa bersama-sama dengan saya walau apa pun yang datang memisah. Hubungan akrab yang tidak bersyarat lagi bernama. Wahai, sejujurnya perjalanan ini tidak mudah. Lagi2 di mata saya
Dan tentulah sebesar2 penghargaan buat kedua ibubapa saya. Yang meneladani kehidupan ini dengan bijak dan penuh hikmah. Sudi memberi dan secara tidak lansung 'menerima' saya walau apa pun bentuk rupa dan kelaianan yang tercipta. Jujur, tiada ucapan terima kasih yang mencukupi untuk keduanya. Semoga hari tua mereka akan ada saya. Ya, saya yang pasti 'tidak akan ke mana2' sampai saat dicabut nyawa

Ayah dan bonda, untuk kalian saya doakan syurga.
Dan kesyukuran yang tak terhingga untuk Allah yg membuka ruang, menunjuk jalan, memberi cara menambah iman dengan pengalaman. Sungguh Besar Kamu di mata saya, ya Tuhan..
Sekian rasanya untuk kali ini. Akan saya menulis lagi sebelum berangkat nanti, insyaAllah. Terima kasih buat rakan2 blogger yang datang menyinggah, dan ampunkan saya atas kesepian yang berpanjangan. Maafkan saya juga bagi rakan2 yang berhubung dan bertanya mengenai khidmat fotografi yang telah saya hentikan. Mungkin akan disambung semula nanti. Nanti................... Jika ada umur dan keizinan Tuhan
Terima kasih banyak semua pembaca. Untuk kalian saya doakan bahagia
Jumpa lagi ;)
Thursday, August 01, 2013
Saya malu kerana sudah lama tidak menulis
Ya, seperti yang tertera di tajuk itu, saya benar2 terasa malu. Malu dengan diri sendiri kerana suatu masa dulu saya pernah mengaku bahawa saya ini adalah seorang blogger tegar. Namun sekarang, dalam kekangan masa, saya juga seakan-akan hilang jatidiri. Kemahuan dan kemampuan menulis saya telah merosot dan jatuh begitu jauh sekali. Purata entri yang saya postkan di dalam laman ini semakin lama semakin kecil angkanya. Jujur, saya tidak mahu ini berterusan. Saya mahu menulis untuk saya dan untuk anda
Sekurang-kurangnya itulah matlamat saya
Apa khabar agaknya rakan2 blogger dan rakan2 pembaca di luar sana. Pastinya sedang tekun menghabiskan minggu akhir bulan Ramadan dengan mempertingkatkan amalan, disamping membuat persedian menuju lebaran. Saya juga tidak lepas dari hal yang sama, malahan mungkin disesakkan dengan pertambahan hal2 lain pula
BERHENTI
Ya, officially I have resigned. Kerjaya saya di Masterskill sudah tamat, alhamdulillah. Saya keluar dengan penuh rasa bangga dan berterima kasih, jujur dan molek seperti mana saat saya diterima masuk juga. Terima kasih banyak kepada company yang telah memberikan banyak didikan dan pengalaman sepanjang hampir enam tahun saya di institusi tersebut. Jatuh bangun yang menekan perasaan, peperangan diri yang tidak berkesudahan, kecintaan yang lahir untuk pengajaran serta pembelajaran, anak2 murid yang telah saya kongsikan kepada mereka segala pesanan, ilmu dan pengalaman, saya cuma mampu berdoa, keberkatan Allah Taala jualah untuk saya di akhirat, tempat akhir berkumpulnya insan. Semoaga sedikit sebanyak kehadiran saya di Masterskill telah memanfaatkan banyak pihak, mudah-mudahan
BTN
Secara amnya, saya kini menulis di dalam masa2 senggang di dalam kursus BTN yang diadakan di Jalan Bellamy Kuala Lumpur. Walaupun dalam kata lainnya, kursus ini adalah satu kewajipan yang seakan-akan 'paksaan' (takkan ada siapa yang rela pergi kursus 5 hari 4 malam bulan2 puasa ni), namun dipertengahannya saya bersyukur kerana diberikan kesempatan oleh Allah untuk belajar mengenali dan menghargai tanah air sendiri, bukan setakat luaran malah dalamannya. Belajar serba sedikit tentang perundangan dan perlembagaan yang seakan-akan 'dry' pada mulanya, namun semakin lama semakin asyik pula. Tak apa kalau orang lain tak cinta negara mereka, saya cinta negara saya. Dulu, kini dan selamanya!
MASA DEPAN
Akan saya khabarkan kepada rakan2 pembaca bila tiba masanya. Sekarang ini masih berperangan dengan proses yang jerih, perit dan memakan masa, duit lagi tenaga. Namun jalannya sudah nampak, hujungnya saja masih belum dapat dijejak. Onak dan duri itu sudah satu kepastian yang takkan mungkin mampu dielak. Namun insyalah, dengan izin Allah Ta'ala, Tuhan yang menulis lagi mengawal segala titik perubahan dalam hidup kita, saya hanya berharap dan berdoa yang baik2 dan molek2 saja. Untuk menceritakannya sekarang, saya bimbang akan kalau2 ada aral yang melintang. Jadi eloklah saya tangguhkan saja, dan bercadang berkongsi kegembiraan dan keterujaan tersebut bila benar2 ia sudah boleh dikongsi dan dirai. Doakan saya
RAYA
Masih belum membuat walau satu pun persediaan. Mungkin sekali tahun ini berhari raya dengan baju yang tahun lepas saja. Tidak menjadi masalah. Eidulfitri adalah hari fitrah. Hari hati menjadi baru, diri menjadi jitu dan iman menjadi padu. Baju, kasut tidak semestinya baru. Namun kalau ada kesempatan mencarinya nanti, tidak jugalah saya akan menarik diri. Duit gaji terakhir pun masih belum disentuh dek kursus yang perlu dihadiri. Insyallah, tiada masalah yang meruncing di situ. Segalanya masih terkawal
Ya, itu saja sepanjang kesepian saya dari laman ini hampir sebulan juga. Mahu menyentuh tentang banyak perkara, tentang Alvin dan Vivian yang durhaka, tentang agama yang kini sering dan mudah pula dipersenda, ingin menulis tentang kisah2 hidup yang sesuai untuk dicerna minda, ingin menulis kepada sahabat lama saya yang di alam sana, ingin menyentuh tentang kisah putri2nya, namun itu lah, masa menghad dan menambah keterbatasan saya
Insyallah bertemu lagi dalam entri yang akan datang, mudah-mudahan. Untuk rakan2 semua saya ucapkan selamat meneruskan ketekunan ibadah dalam Ramadan, dan jika tidak sempat bersama sebelum menjelang syawal, dengan izin saya menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf atas segala kekurangan. Selamat Hari Raya Eidulfitri. Maaf Zahir dan Batin
Salam sayang :)
Tuesday, July 02, 2013
Apa Guna??!!
Entri sinis ini khas untuk badan2, organisasi2 dan individu2 yang secara amnya berkhidmat untuk orang ramai. Khusunya di NEGARA KITA, MALAYSIA
Apa guna emel yang anda berikan jika emel tersebut TIDAK MAMPU anda gunakan? Kita bukan hidup zaman mesin taip dan surat, yang nak kene pergi kedai beli sampul, pergi pejabat pos; beratur beli setem dan makan tiga empat hari baru sampai. Kita hidup zaman Blackberry, Samsung Galaxy, IPhone kejadahnya semua tu. Semua emel boleh terus masuk ke telefon bimbit anda yang canggih itu walaupun tatkala anda sedang tidur, makan, bersukan, bersenam atau berurusan dengan tandas.
Jadi apakah yang menjadi kesukaran kepada anda untuk memberikan respon terhadap emel2 yang dikirim orang ramai? Kalau tak penting, orang tak kirim emel. Jadinya, bila saya mengirim emel, emel itu tentulah sesuatu yang amat penting bagi pengirimnya tak kira lah siapa.
Dan kalau anda malas sangat, tak boleh ke anda programkan emel tersebut ke auto reply, menyatakan yang anda sedang bercuti, sedang honeymoon dengan laki atau sedang out-station ke luar negara, berjalan di tempat yang indah2 yang disponsor oleh organisasi anda yang gemilang itu, dan anda akan menghubungi pengirimnya pada sekian2 haribulan. Tak boleh kah? Susah sangatkah? Atau anda sebenarnya memang buta IT? Kalau anda buta IT, kenapa anda dapat menjadi pegawai besar di organisasi tersohor itu?
Bukan ke memang terbukti yang bermasalah adalah SIKAP anda?
Kalau ikutkan hati saya, saya mahu je mewarwarkan nama organisasi anda dan nama anda sekali di sini. Namun saya masih lagi mempunyai budi bicara dan keprihatinan yang tinggi. Sebab saya bukan anda.
Beza kita dengan mereka
Kalian pernah berurusan dengan badan2, organisasi2 dan individu yang luar dari Malaysia, khususnya di negara2 maju seperti Amerika dan Eropah? Jika anda pernah, anda akan berlayar di atas kapal yang sama dengan saya.
Cara kerja mereka sistematik. Mereka menghormati manusia tak kira siapa. Mereka tidak pernah meremehkan anda walaupun adakalanya pertanyaan dan emel yang anda tanyakan itu seakan2 tidak berapa penting, tapi mereka tetap layan dengan adil, hemah dan jujur!
Mereka tidak suka dipanggil dengan gelaran Yang dipertuan, Yang berhormat, Yang berbahagia Datuk Datin Ampuan Besar kejadah semua tu. Panggil saja dengan nama mereka. Dan mereka tetap layan anda seperti raja. Dan yang pentingnya, mereka juga tak dapat sesen apa pun. Mereka bukan buat baik demi duit. Tapi orang kita memang nak kene bagi duit baru baik! Sangat bodoh dan dangkal peribadi anda. Dan terlalu saya membencinya.
Saya mengerti bahawa badan yang anda pelopori itu bukan calang2. Ramai orang yang berurusan dengan anda jadinya saya perlulah senantiasa bersabar. Tapi janganlah anda lupa, there's a thin line between patience and foolishness. Kalau memang nyata anda pekerja yang culas dan tidak berintegriti, perlukah saya bersabar juga dengan peribadi anda yang bodoh itu??
Telefon
Terdapat lima talian yang anda war-war kan dalam laman sesawang anda yang sangat lawa itu. Namun kelima-lima talian tidak pernah berjawab. Saya membuat panggilan direct ke nombor pejabat anda sendiri pun masih tidak berjawab. Saya menelefon anda setiap hari dari jam 9 pagi sampai 4.30 petang dan cuma berhenti pada waktu tengahari kerana saya pasti, anda akan keluar makan sebelum waktunya dan cuma akan balik selepas setengah jam bermula waktu kerja. Saya masih boleh mengerti tentang keperluan harian anda, jadi tidakkah anda mahu mengerti tentang keperluan orang lain pula?
Jika anda tidak mahu dihubungi, maka jangan berikan nombor2 tersebut. Manusia menghubungi anda dengan seribu satu pertanyaan dan harapan. Apakah layak anda membunuh harapan mereka???
Kaunter
Setelah kedua-dua cara di atas tidak mendapat maklum balas yang wajar, saya yang wajar ini telah beberapa kali bermuhasabah dan berusaha menjejakkan kaki ke kaunter anda yang sangat lawa dan ber'aircond sejuk itu. Berjumpa dengan kerani2 anda yang duduk sopan di hadapan kaunter lalu bertanyakan mengenai kemaslahatan saya. Namun dah nama pun mereka kerani, apa lah yang mereka tahu tentang kegiatan orang2 atasan seperti anda.
Nak salahkan mereka pun saya serba salah. lain kali kalau anda tak mahu berurusan dengan orang, pastikan ada orang lain yang mampu membuat kerja2 anda. Berinteraksi lah dengan kerani2 anda itu. Apa guna mulut yang Tuhan berikan?
Apabila mereka tidak dapat menjawab persoalan saya, maka saya terpaksa juga berjumpa dengan anda, namun anda tidak pernah ada. Lalu di manakah anda?? Dan jikalau pun anda ada, saya perlu membuat beberapa proses temujanji yang rumit dan payah, lalu terpaksa datang kembali pada hari yang lain pula semata-mata mahu bertanyakan anda pertanyaan yang boleh saya tanyakan dalam emel yang tidak anda respon itu dan dalam talian telefon yang tidak pernah anda jawab. Kalau datang untuk sign agreement nak dapat berjuta2 dan berbilion2, takpe jugak. Appointment semata2 nak tanya soalan. Kejadahnya!!
Apa yang menghalang saya untuk merusuh di pejabat anda sekarang ini hanya dua perkara. Agama dan akal. Saya masih beragama dan nyata masih berakal.
Sesungguhnya di saat2 ini, saya amat berharap semua yang bekerja di kaunter dan khidmat pelanggan, semua pegawai2 atasan yang di tangan mereka terletaknya segala keputusan, akan sekurang2nya berfikiran seperti saya.
Balaslah emel anda. Layanlah manusia dengan adil dan berhemah. Jawablah telefon anda jika berdering. Ingatlah setiap butir nasi yang anda makan adalah dari gaji anda yang beribu2 itu. Dan gaji itu dibayar untuk segala tugas anda sebagai sekian2 jawatan. Maka bekerjalah
Dan akhir sekali tolonglah berubah. Tolong berubah demi masa depan negara. Sesungguhnya kita akan terkebelakang dengan sikap seperti ini. Patutlah kita tak pernah dapat EMAS dalam olimpik. Macamana lembab kita bersukan, macamtu lembabnya kita bekerja, macamtu jugak lembabnya kita berfikir bertindak dan memberi respon. Dan yang paling menyedihkan, kita ingat kita betul. Kita ingat kita hebat. Kita ingat kita cerdik. Kita ingat kita cekap. Kita ingat kita gemilang. Tapi sebenanrnya TIDAK.
So pathetic!

Monday, June 17, 2013
Seribu satu
Saya ada seribu satu kerja yang perlu saya selesaikan dalam jangka masa tertentu. Sibuk, sesak, perit, getir, penat, tekanan, segala benda ada.
Apa pun tetap saya bersyukur.
Ok, sinis. Sinis dan sentap. But thanks. Kata2 semangat macamtu yg saya perlukan saat2 hampir nak give up macamni. Terima kasih Imam Syafi'e.
Tabah
Sabar
Tekad
Usaha
Cepat!
Hoho... Padanlah semua kalau dah sampai sana berjalan tak cukup kaki. Lepas geram. Tunggu la. Tunggu je la saya sampai sana nanti.. (Hahahaha - gelak untuk menyenangkan hati sendiri)
***
Ada 30 billion urusan lagi dengan pihak kerajaan. Mati~
Apa pun tetap saya bersyukur.
"Jika kamu tidak tahan lelahnya belajar, maka kamu akan menanggung peritnya kebodohan"
Ok, sinis. Sinis dan sentap. But thanks. Kata2 semangat macamtu yg saya perlukan saat2 hampir nak give up macamni. Terima kasih Imam Syafi'e.
Tabah
Sabar
Tekad
Usaha
Cepat!
Hoho... Padanlah semua kalau dah sampai sana berjalan tak cukup kaki. Lepas geram. Tunggu la. Tunggu je la saya sampai sana nanti.. (Hahahaha - gelak untuk menyenangkan hati sendiri)
***
Ada 30 billion urusan lagi dengan pihak kerajaan. Mati~
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)