Tuesday, February 24, 2009

Aku yang 40

1. Lahir pada hari Jumaat, pukul 12.05 tengah malam
2. Anak sulung kepada 4 orang adik beradik
3. Mempunyai dua pusaran di kepala, yang sering dikaitkan dengan budak degil tetapi bijak =P
4. Berdagu lekuk dan kadang2 terasa macam Dato’ Siti Nurhaliza (ceh!)
5. Tidak pernah lansung mempunyai masalah gigi dari kecik sampai dewasa
6. Tidak pernah lagi dimasukkan ke hospital [baca: sakit kronik, patah, luka parah, dsb] (waktu lahir dulu mak aku yang masuk, bukan aku)
7. Banyak mengambil genetic ayah seperti kerabunan, sifat marah dan penyakit lelah
8. Pemakai cermin mata secara tetap sedari usia 9 tahun
9. Memakai jam tangan di lengan kiri, dan hanya akan menanggalkannya apabila mandi dan berwudhu’. Tidur pun pakai, berenang pun pakai
10. Sangat suka tersenyum kepada sesiapa sahaja walaupun kepada orang yang tidak dikenali, asalkan dia memandang
11. Sangat meminati lagu2 balada pelbagai bahasa. Asalkan ballads
12. Hanya mendengar radio Sinar.fm di dalam kereta sendiri
13. Pernah digantung sekolah dan dirotan di hadapan perbarisan
14. Sangat benci kepada manusia yang tak beradab dan bersopan, lebih2 lagi di hadapan orang tua
15. Sangat meminati makanan yang berunsurkan binatang
16. Tidak lansung suka kepada manisan seperti kek dan aiskrim
17. Tidak lansung teruja dengan hadiah seperti bunga dan patung beruang
18. Banyak makan tetapi sangat kurang minum. Kalau keluar makan di kedai, minuman yang dipesan selalunya gagal dihabiskan (kecuali anw rootbeer)
19. Sangat suka menonton wayang dan kadang2 ke pawagam hanya untuk merehatkan badan (bukan nak menonton sangat pun)
20. Sangat suka berbual, meminta nasihat dan meneliti pandangan orang lain
21. Suka basuh kereta dan merasa puas jika kereta dalam kadaan bersih dan berkilat
22. Ketakutan kronik terhadap ulat sampah, cacing, lintah, pacat dan ahli2 keluarga mereka
23. Agak kasar dan tidak berbakat dalam seni yang berkaitan dengan kerja2 perempuan. Setakat boleh buat saja
24. Bukan jenis updated dengan fesyen dan dandanan. Tak kisah tak ikut fesyen ke apa
25. Tidak memakai apa2 produk kecantikan kecuali bedak tabur. Yang itu letak kat badan, itu jugak letak kat muka
26. Terlalu suka dan selesa berkain batik dan ber t-shirt kalau di rumah
27. Sangat suka mengambil gambar tetapi tidak suka bergambar
28. Sangat bercita2 untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara (UK khususnya)
29. Sangat suka travel dan tidak keberatan untuk pergi sorang diri
30. Sangat benci lelaki yang banyak cakap, belagak dan tidak serius
31. Suka memecut dan memandu dengan laju, dan tak faham kenapa orang hanya memandu 60/70/80 km/j sedangkan meter kereta dibuat sehingga 220 km/j. Jadi haruslah bawak selaju mungkin
32. Seorang yang suka berkawan tetapi tidak suka bersosial (tak suka join society, tak suka join aktiviti, tak suka berparty tapi suka pergi kenduri)
33. Sukar mengingati info berasaskan nombor seperti tarikh lahir ahli keluarga dan rakan2, nombor telefon, nombor matrik dan nombor kereta sendiri. Nombor akaun apatah lagi
34. Sangat suka membaca, tak kisah apa bahan pun, tetapi lebih prefer sesuatu yang berkait rapat dengan cinta dan kemanusiaan
35. Sangat menghargai keindahan alam dan sangat obses terhadap foto2 pemandangan
36. Hanya pernah jatuh cinta skali!
37. Mendengar lagu yang disukai berulang-ulang kali, berhari-hari sampai benar2 bosan dan tidak akan mendengarnya lagi
38. Tidak ada favorite colour. Tak kisah warna apa asalkan tak pelik dan menonjol
39. Tidak minat [baca: tidak tahu] bermain game
40. A real family-man. Sangat mementingkan keluarga dalam apa jua keadaan

13 comments:

WS Zuriati said...

Banyaknyer....penat baca tau! tp apa dosanya sampai kena rotan kt public tuuu?

Anonymous said...

YG MENARIK & PELIK TTG KO: no.5,6,13,22,24,25,26(ayu sungguh!)

YG AMAT CONTRA DGN AKU: no.16,17,26,27

PERSAMAAN KITA: no.9 (tp start 2nd year uia da x) 14,20,21 (tp skrg payah nk bsh kete sdiri coz xde paip,huhu),23,30,31,32,34,37,39,40

-m@syit23-

Hartini Omar said...

kak nurahadi,
-kene rotan dulu sebab balik lari time duk hostel [baca : overnight tanpa kebenaran], kene gantung sebab bergaduh tak puas hati dengan cikgu..

masyit,
-aku tau korang2 semua ni memang sgt suka kpd makanan yg aku tak suka.. haha.. tak sangka jugak kita banyak persamaan ye masyit. eh, aku terlupa satu : basuh baju setiap selasa dan khamis! =) hehe

Lily Abdullah said...

Wah..banyak persamaan antara kita :)

Salam. Tadi dari blog Aishah dan melompat ke mari.


ps: Selama ini membaca diam-diam.

Hartini Omar said...

tuan waterlily yg dihormati,

terharu mendapat komen penulis terkenal seperti tuan. saya kenalpasti 1 persamaan : kita ada blog khas untuk sajak2 yang kita buatkan mengikut hati dan perasaan!

terima kasih banyak tuan

AeyRuLjOe said...

hahahahahaha....lawak2 ak tau ni citer penah didegari dlm lecture hall...huhuhu lucu2...suka dgar sinar tu yang best tu n mcm dato ct...saya byk lagu ct pic dia pun ad la jugak....

peace said...

3.kalau kat lelaki ni..org kata kawin 2.
10.mesra alam betul..
15.budu,belacan,cencaluk makan?..kat dalam tu ada ikan.
18.kalau gi nando's, x yh order bottomless..
21.kalau kita gi dating..x leh gi dgn kereta I...nanti u geli..kih..kih..kih..
28.semoga tercapai apa yg dicitakan.
29.I pun, tapi x berani kalau sensorang.
31.Jom..racing(kat litar sepang;-)
33.ter"forgot" your bday.But I know it's in March.
34.I oso love reading.
35.samer ler kiter.
38.I love red...
39.I pun tak suka..mnyampah pun ada kalau tengok org dok asyik main game..tak kira masa..obsessed dgn computer game, video game dan yg sewaktu dgn nya..
40.I llove my family.

peace said...

15. (tambahan)..udang

tengkujuh said...

please refer to item no. 36; Hanya pernah jatuh cinta skali!
opsss.. boleh tak nak tahu dengan sape?
hehehehe...

hans said...

apa perasaan jadi 40?

Hartini Omar said...

joseph,
-kamu jangan bocorkan rahsia saya pada seluruh kolej pulak.. saya potong markah kamu nanti.. hehe

ustazah,
-nanti kalau g nandos, kt mtak air segelas je la. sy pun minum du tiga teguk je.. eh, saya suka apa budu, cencalok, belacan compared to ice-creame.. huh, so leceh! and i pun da lupa bday u, ustazah.. nnti la saya tgk kalendar

wewet,
-tahniah ye untuk pertunangan.. mine tu, hmm.. tak pernah citer kat org pun. nanti lah kt sembang2

hans,
-saya belum 40 lagi. masih mempunyai beberapa tahun untuk sampai ke situ..

terima kasih semua

en_me said...

interesting ghitewwww..

AeyRuLjOe said...

alamak ms...mana ley gitu...bepeluh saya jawab soalan ms tau ms nak potong markah saya lak......eiii ms ni...