Thursday, February 05, 2009

Ape kene kome?

Aku bangun pagi. Awal. Mandi, solat, siap2, terus je masuk kereta. Hari ni Khamis, ada kelas belajar di taman ilmu dan budi. Dalam kereta, radio aku pasang. Dan dengar berita, Perak dah dapat semula kat BN. Huh, ape kene kome? Mungkin berita dah keluar dari malam tadi lagi. Tapi aku tak tengok tivi. Menyesal jugak

Entah. Perasaan bercampur baur. Aku bukanlah pemerhati politik tahap dewa dewi. Tapi suka untuk tengok perubahan berlaku sikit2. Takdelah kekal macamtu je. Maksud aku ke arah yang lebih baik, pasti. Adun yang lompat parti macam orang yang hidup tak ada hala tuju. Tukar parti macam tukar baju. Aku harap sangat adun2 kita boleh jadi insan yang lebih berintergriti. Tak kisah lah dari parti mana, yang penting harus setia pada perjuangan parti (selagi tidak bercanggah dengan adat dan syariat). Boleh berubah, tapi jangan sekali2 sebab reta

Ate, ape dah jadi kome? Aku ingat lepas ni nak sms sahabat baik aku. Anak jati Perak. Dia sekarang nun jauh di Yan sana. Ate bio deme tekejut dengo negeghi deme udoh dapat kat barisan balik. "huk'alah kome!"

............................

[update]

Ya, dan kawan aku seorang cikgu itu tidak maklum pun akan perubahan yang telah berlaku. Terkejut malah sukar mempercayai perkhabaran yang aku beri. Come on cikgu, be proactive please!

ww: tulisan aku dah mula berbaur abdullah jones dan rahimin dan nan jamil. maaf kawan, aku hilang sentuhan kelembutan

9 comments:

Bila Diary Bercerita said...

Orang kampong akak kata:-
"Lantak ke deme le weh. nak bergasak ke, nak terlingkup ke, hape ke..teman rupe ini juge. pagi noreh petang noreh, ada duit semedang tak cukupnye, lepas ni sapa-sapa yang ngajak teman pegi ngundi lagi teman toreh tangan deme dgn pisau noreh ni..."
Tak habis-habis nyusahkan orang kampong...yang senang yang kaye puak deme juge.."
he...he...[agaknya masa tu akak tersalah 'masa' bertanya kot]

Hartini Omar said...

kak,
-ate memang iye pun. lepah ni usoh lagi ngundi. ish, tak tesiyo teman!

hans said...

entah...
sudah muak dengan berita politik yang makin hari makin menunjukkan kebodohan mereka sendiri...

Nafastari said...

Saya tak kisah sgt kalo nak bertukar kerajaan. Tapi biarlah dengan cara yang bermoral. Sekarang saya sangat kecewa dan bersedih. Saya berharap Najib dan kawan2 tidak akan menang satu kerusi pun di pilihanraya akan datang.

Hartini Omar said...

hans,
-politik memang memual dan meletihkan. tapi politik macam candu..

ahmad,
-saya juga geram dan terkilan dengan apa yang berlaku di perak. bagaimana dengan keinginan orang ramai yang inginkan perubahan? saya benci pemimpin yang kurang pertimbangan. saya pun harap mereka takkan menang apa2 pada pr akan datang

Ishan_Qureshi said...

Salam HARTINI,

Bagi saya individu KATAK PURU seperti ADUN-ADUN yg telah melompat parti itu adalah makhluk Tuhan yg paling keji krn mereka sanggup menggadaikan maruah diri gara2 menjadi org yg tidak kuat prinsip...sanggup memusnahkan harapan rakyat yg menggunung tinggi terhadap mereka. Tak kisah la sama ada lompat dari PR ke BN atau dari BN ke PR...sama sahaja konsepnya! Orang2 mcm ni bukan sahaja sanggup menjual maruah diri, hatta negara dan tanahair pun pun depa sanggup gadaikan demi kepentingan peribadi yg takkan kekal selamanya. Walau apa pun, saya percaya ada hikmah di sebalik apa yg berlaku di Perak skrg ini. Manusia hanya merancang, tetapi sebaik-baik perancang adalah DIA, RAB seluruh alam.

Oh Rabba, kuch aisa chamatkar karo? Huhuhu....

Keputusan SPR yg membelakangkan keputusan Speaker DUN Perak jelas sama sekali bercanggah dgn Perlembagaan. Oleh itu, saya berpendapat, tindakan pemerintah UMNO-BN dan konco2nya mengumumkan kerajaan baru Perak adalah salah di sisi undang-undang dan amat-amat tidak demokratik. Tindakan UMNO-BN itu(walaupun mmg benar Tuanku Sultan Perak tidak berkenan DUN Perak dibubarkan) boleh diibaratkan spt REJIM ZIONIS MERAMPAS BUMI ISRAEL. Semoga Allah kembalikan hak kpd pemilik asal hak itu dan menghancurkan org yg telah merompak hak itu drpd pemiliknya.

Kpd seluruh rakyat, jgn terlalu kecewa krn perjuangan utk menegakkan sebuah keadilan itu sesungguhnya amat perit dan panjang perjalanannya. Krn kalaula ia semudah memetik jari, kita tidak akan merasai kemanisan erti sebuah perjuangan. Andai kata ditakdirkan Allah akan berlakunya pilihanraya semula, jgn pula kita boikot pilihanraya itu dgn tidak hadir mengundi krn perbuatan itu membodohkan diri kita sendiri. Sbg rakyat, walau apa keadaan sekalipun...walau se'tension' mana pun kita, kita perlu laksanakan hak utk mengundi itu...krn masa depan kita dan tanahair tercinta ini sesungguhnya terletak di tangan kita yg bergelar RAKYAT.

INQUILAB! INQUILAB!INQUILAB!
HIDUP RAKYAT...RAKYAT ZIDABAD...! takbir...ALLAHU AKHBAR!

Wassalam:-)

komen ikhlas dari hati BUKAN KATAK a.k.a ISHAN QURESHI MEHMOOD

peace said...

huh..politik cah keting

Anonymous said...

Huk a'loh...cik tini ni.. Kemain lagi ngate teman iye. Tak ngape le, yang penting teman bukan tak proactive, cuma kesibokan tu yang menghalang. Tak pe le, lepas ni bio teman dulu tau berite2 terkini daripada mike yek. Al-maklum le, teman sekarang udoh jadi orang kedah, hik4.... =)



-Anak jati Perak-

Hartini Omar said...

ishan,
-terima kasih atas ulasan yang panjang lebar dan amat bermakna. mungkin boleh dibuat entri di laman anda sendiri. syabas!

ustazah,
-apa makna cah keting tu? serius nak tahu

mi,
-bz apenye mike kat sane...