Tuesday, June 29, 2010
Thursday, June 24, 2010
Pesan aku
Yang di atas itu senjata. Sifatnya tajam, menikam. Ayuh, pilih senjatamu. Tikamlah hatiku. Biar ia terus mati, lalu tidak lagi mengharapkan kau di sisi. Apa pun senjatanya, berapa besar pun mata pisaunya, aku tetap terluka. Kalau bukan sekarang, nanti di hari2 mendatang. Pesan aku, ayuh segera lukakan aku. Lalu biar lekas kuubati luka itu..
Itu persimpangan. Terhenti kita kerana tidak tahu mahu memilih samada ke kiri atau ke kanan. Aku telah membuat pilihan, sekarang tinggal kamu. Kamu terlalu lama berfikir, sehingga aku telah lama sebenarnya meninggalkan kamu. Pesan aku, buat lah pilihan kamu. Kanan atau kiri, yang penting kamu yang memilih..
Namun ada juga jalan yang kecil, sempit, suram dan hening. Ianya berliku, lalu tidak ramai manusia memilihnya. Kerana entahkan ia jalan mati, entahkan ia membawa ke kuburan atau ke taman2, siapalah tahu. Manusia menyisih jalan itu, kerana sifat manusia memang sukakan perkara yang nampak2 di ruang mata
Pesan aku, terpulanglah pada kamu. Pilihlah samada kamu mahu jadi seperti mereka, atau menjadi dirimu sahaja..
Aku memilih lorong yang gelap usang. Cahayanya malap dan tidak terang. Tetapi aku bahagia di dalamnya, bahagia dalam mencari arah. Setiap kali aku jatuh lalu terluka, dan kadangkala kaki ku perit terpijak duri2nya, badanku miang disapu semak samunnya, aku tetap bahagia melalui sesuatu yang tidak mampu manusia lain tempuh. Kerana itu, aku adalah aku..
Dalam kehidupan ini selalunya jalan yang besar dan jelas itu orang fikir akan memberikan kebahagiaan. Ramai sekali manusia mengikut jalan tersebut. Ia sesak, penuh, riang dengan gelak tawa dan penerimaan2 manusia. Jalannya lurus, terang dan sudah kamu nampak penghujungnya
Namun ada juga jalan yang kecil, sempit, suram dan hening. Ianya berliku, lalu tidak ramai manusia memilihnya. Kerana entahkan ia jalan mati, entahkan ia membawa ke kuburan atau ke taman2, siapalah tahu. Manusia menyisih jalan itu, kerana sifat manusia memang sukakan perkara yang nampak2 di ruang mata
Pesan aku, terpulanglah pada kamu. Pilihlah samada kamu mahu jadi seperti mereka, atau menjadi dirimu sahaja..
................
Aku memilih lorong yang gelap usang. Cahayanya malap dan tidak terang. Tetapi aku bahagia di dalamnya, bahagia dalam mencari arah. Setiap kali aku jatuh lalu terluka, dan kadangkala kaki ku perit terpijak duri2nya, badanku miang disapu semak samunnya, aku tetap bahagia melalui sesuatu yang tidak mampu manusia lain tempuh. Kerana itu, aku adalah aku..
kredit gambar : google
Monday, June 21, 2010
Kemaman yang aman
Jumaat lalu sempat ke Kemaman dan Kuala Terengganu atas walimah seorang rakan. Serasanya tak perlu diceritakan lagi tentang Timur yang makmur ini. Dan sahabat baik itu, terima kasih atas penginapan dan pengangkutan yang selesa lagi percuma. Terima kasih banyak. Semoga aku kembali lagi ke negerimu. Negerimu yang sebetulnya sangat dekat dengan aku.. Gambar lain di sini
Thursday, June 17, 2010
Dulu-dulu
Tuan-tuan dan puan-puan. Ini gambar dulu2. Aku tak ada memori lansung pasal gambar ni. So aku buat kesimpulan bahawa masa foto ni diambil, aku belum mumayyiz. Mungkn dalam 2/3 tahun. Yang depan duduk berlunjur dengan tak malu2nya itulah aku. Yang sangat suka sengih tahap beriya seoalah2 nak tunjukkan pada orang yang aku lah manusia paling bahagia. Kalau dari depan, yang kiri sekali tu sepupu aku WEWET. Dia nak kawin dah 4 Julai ni. Sebelah aku tu pulak sepupu aku ABG WAN. Dah selamat jadi bapa kot sekarang. Sebelah dia sepupu aku WOWOS. Pun nak nikah bulan sepuluh ni insyaAllah. Dan yang tepi sekali tu FENDI. Baya aku. Belum kawin dan single lagi kot..
Yang belakang kiri sekali tu sepupu aku KAK ATI. Anak dia dah tiga. Sebelah dia tu KAK FAIZ. Anak dia pun dah nak masuk tiga. Yang sulung sekarang ni darjah satu. Yang dia dukung tu adik dia. IDA atau aku panggil Rentap. Umurnya bawah aku. Anak dia pun dah tiga. Sebelahnya pulak, KAK ULI. Sekarang mengajar di Penang. Anak dah dua orang. Dan yang tepi kanan sekali adalah AKIONG. Abang wewet. Anak dah tiga. Jangan orang rumah pun tambah jadi tiga dah la ;)
Ini pun foto lama waktu sambutan hari jadi. Bila aku fikir2 balik, aku rasa keluarga besar aku memang suka berkumpul ramai2 untuk sambut harijadi kot. Ribut2, rebut2 tu jadikan kami lebih rapat. Terima kasih lah kepada pemilik foto yang sudi berkongsi foto2 menarik ini di dalam FB. Kalau ada pun satu kelebihan FB, inilah dia. Tempat mencari foto2 lama. Dulu pernah aku letakkan entri tentang foto2 lama aku. Lawatlah (klik) di sini kalau mahu ambil tahu
Sekian, terima kasih
p/s: aku baru tahu, pic yang atas sekali tu, umur aku baru setahun 9 bulan. padan tak ingat apa2 ;)

Monday, June 14, 2010
R.I.N.D.U.
Berapa harga rindu ini?
Rindu ini tak terbeli. Ia tiada harga untuk diurusniaga. Ia tiada entiti untuk ditonton mata. Ia tak ternilai, biarpun dikumpulkan sejuta mahligai. Ia tak tertanggung walaupun ditarahkan sejuta gunung. Ia cuma rindu. Rindu pada yang satu
Berapa harga cinta?
Cinta ini bukan barangan untuk dijaja. Ia bukan lambang kemegahan untuk dipegang dan dimiliki sesiapa. Ia terlalu tinggi sehingga tak mampu diletakkan sebarang harga. Biarpun dikumpulkan harta oleh segenap isi dunia, hutang-piutang cinta ini takkan mampu dilunas sesiapa, kecuali dia.. Dia yang meniup cinta
.........................................
Ayuh katakan berapa harga rindumu?
Bolehkah kubeli cintamu?
.........................................
Atau sudahkah kau JUALkan pada si dia tanpa aku menyedarinya?????
Kalau aku bukan manusia..
Kalau aku bukan manusia, barangkali aku seketul batu. Batu yang jarang sekali manusia temukan. Seketul batu yang mungkin tersisih dan kaku tak diperhatikan. Mungkin sekali letakku di gua asing yang sunyi lagi sepi. Atau barangkali di puncak bumi tertinggi yang tak mampu manusia hampiri. Atau sekadar sebutir batu di tepian pantai yang tak sudah2 dipukul badai. Atau mungkin sekeras karang yang takkan pernah hancur dihempas gelombang
Cuma aku berharap aku dapat bertukar menjadi permata, dipuja2 dan disayang dengan segenap jiwa raga. Atau sekadar menjadi nilam, disimpan dan dijaga rapi sebagai wasiat dan lambang keturunan. Atau cukuplah menjadi kemala yang tidak begemerlapan, namun menjadi hikmat dan azimat pembakar semangat, penambah kudrat yang dihirup keringat
Aku tidak boleh dikerah, kerana aku akan pecah lalu berderai. Dan mungkin selepas itu tidak mampu diselamatkan lagi, takkan bisa dicantum kembali. Aku tidak boleh dipaksa2 kerana sifatku keras dan sasa. Ditiup badai pun aku takkan kemana. Dibakar hangus pun aku tetap sama
Aku cuma boleh dibentuk sedikit2. Seperti titis air yang menitis satu2. Perlahan, halus, melekuk dan membentuk tanpa sedar. Cuma masanya mungkin panjang. Usahanya bukan calang2. Lalu aku bimbang, mungkin masanya terlalu panjang untuk kilauan itu mampu dilihat oleh mata2 yang memandang. Ya, dan si ‘titisan air’ itu….. Siapalah yang sudi bertandang tak jemu2………….

Monday, June 07, 2010
Tahun ke-4
Semalam 6/6/2010. Sedar tak sedar blog ini dah masuk ke tahun yang keempat. Kalau tengok2 balik, dah banyak yang aku tulis. Dari belajar di tahun kedua di UIA dulu, sampai lah dah bertugas selama dua tahun setengah di Masterskill ni. Kalau seorang pembaca itu membaca dari mula, maka akan tergambar lah setiap denyut kehidupan aku yang berputar dari satu episod ke episod yang lainnya. Sampai bila? Mungkin sampai tuhan mencabut nyawa
Aku tahu Ceritera ini sudah tidak ramai yang mengunjunginya. Aku maklum, sebab aku sendiri pun jarang nak menulis sekarang. Tak macam dulu2. Tambahan pula dengan wujudnya Facebook, masyarakat tak lagi memandang blog, lebih2 lagi golongan belia. Siapalah yang mahu membuang masa membaca ayat yang meleret2 dan karangan yang berjela2. Masyarakat berubah. Entahlah ke arah jaya atau sebaliknya
Tapi buat pembaca yang tetap setia, yang kadangkala menyinggah tanpa jejak dan nama, untuk kalian aku doakan bahagia. Untuk aku, diriku dan blogku, kami telah terkonstruk, telah terstruktur dan tidak atau sukar sekali untuk diubah dan berubah. Jika kalau tidak dengan alasan dan hujjah yang paling munasabah. Aku tetap aku. Konservatif, unik dan jitu

Wednesday, June 02, 2010
Sangat mahu jalan-jalan!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)