Tuesday, March 19, 2013

Sudah 3 Bulan

Sangat lama. Kali terakhir saya menulis dan mengepos entri di laman ini adalah lebih kurang tiga bulan yang lalu. Lama saya menyepi. Banyak yang terjadi dalam tiga bulan ini. Mati, bangun dan hidup kembali. Merangkak, bertatih, berjalan dan mungkin sekali akan berlari beberapa bulan lagi. Mudah-mudahan.

Saya akan menulis seperti sediakala sedikit masa lagi. Saya begitu sibuk menguruskan kehidupan. Melakar masa depan. Menulis babak2 kisah saya sendiri dengan bantuan Tuhan.

Ya, Tuhan yang sebenarnya kasihkan saya. Meski saya jarang2 percaya kepada apa yang ditentukanNya, terutamanya yang sedih2, yang pedih2. Namun kepedihan, kesakitan dan kejatuhan itulah yang membuatkan saya kini bangkit, berjalan dan tidak akan menoleh2 lagi ke belakang.

Terima kasih, Allah

Akan saya poskan sedikit masa lagi, tentang saya, tentang kerja, tentang rakan2, tentang hati, tentang dunia, tentang negara kita dan segala2nya seperti yang selalu saya nukilkan dulu2. Sayang jika laman yang sudah lapan tahun ini (wow, 8 tahun!) saya sia-siakan. Hendaknya masih ada yang sudi membaca. Meneliti dan memahami satu2.

Hendaknya masih ada rakan2 blogger yang dulu dan yang baru.

Saya akan menulis lagi. Pasti. Dan mungkin sekali dalam hawa dan deru nafas yang baru. Yang lebih kering dan dingin, dari bayu nusantara yang menderu dan berangin...

Ikhlas,
Tini Omar

5 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum sdri Hartini,
Alhamdulillah, akhirnya kesepian sdri berakhir juga. Sungguh, setiap kejadian yg berlaku adalah pendidikan daripada Allah agar kita semakin mengenali-Nya, mengenali Allah Yang Maha Baik, Dia Yang Maha Kuasa, Dia Yang Maha Penyayang, Maha Penolong...Semoga sdri diberi kekuatan dan kesabaran melalui setiap peringkat kehidupan. Salam Ukhuwwah Fillah...ikhlas juga daripada seorang rakan blogger yg tak berapa lama dan tak berapa baru...Wassalam.

Hartini Omar said...

Salam.

Terima kasih atas doa dan harapan. Belum, sepi saya belum berakhir. Mungkin sekali tidak akan. Tapi saya bersyukur dengan apa yang ada. Kesyukuran yang mendatangkan bahagia.

Molek sekali andai selepas ini dinyatakan sekali nama. Apa pun, terima kasih banyak sudi hadir dan menjenguk laman saya yang usang buruk

BungaTulip said...

Salam saudari tini,
saya masih membaca nukilan anda di sini. menghilang agak lama, harap agar saudari akan terus 'menghidupkan' laman yang sudah 8tahun usianya. sayang sekali andai ia terus di biar sepi..

Hartini Omar said...

Bunga tulip,

terima kasih banyak kerana masih sudi hadir. ya, pasti saya akan menulis lagi. sekadar berhenti menghela nafas

untuk anda juga saya doakan kesejahteraan

tq

BungaTulip said...

terima kasih atas doanya..terkadang kita memang perlu masa untuk diri sendiri. berehat, berfikir, pergi jauh dari segalanya buat seketika...

moga tini terus diberi kesihatan yang baik..