Wednesday, May 22, 2013

Sabar

Jam terasa berdetik dengan begitu lambat sekali. Hari terasa bertukar dengan begitu liat. Sesaat macam seminit. Seminit macam sejam. Sejam macm sehari. Sehari macam sebulan. Sebulan macam setahun.

Sabarlah wahai...

Bukan lama pun lagi. Hanya hujung bulan ini.

Sabar, doa kuat2. Doa semoga berjaya dan doa juga semoga tak gila kalau kecewa.

Tapi kalau fikir2 balik, perlu ke sampai gila? Kejadahnya. Banyak lagi boleh buat dari jadi gila semata2 kerana urusan dunia yg serba fana ni.

Eceh!

Sekadar berlapang dada dan cuba berpositif. Walaupun dalam hati hanya saya dan Tuhan Maha Pengasih Maha Penyayang je yang tahu.

....................

Teringat ayat seorang kawan,

"apa yang kita minta kepada Allah, kalau itu yang terbaik buat kita, Dia akan tunaikan tepat pada masanya.."

Huiyoo

Pandai gila orang buat ayat sedap2. Memang sedap didengar telinga. Sekali baca pun kita tahu memang betul. Tapi bab2 menunggu ni, memang azab jugak lah. Nama pun manusia ye tak, penuh dengan nafsu, nurani, keinginan, ketidak-sabaran, gundah gulana, risau, tak lalu makan segala. Nak didik diri supaya sabar dan bertenang ni memang bukan mudah. Hmm..

Apa yg saya bebel tak tentu hujung pangkal ni?

Nak cerita, takut tak dapat. Tak cerita, macam nak siksa menanggung sorang. Ok takpe. Jom lah tunggu sama2. Kalau dapat nanti, ada la saya cerita ;)))

1 comment:

Anonymous said...

Assalamualaikum sdri Hartini...Apa sahaja yg sdri inginkan dan harapkan, semoga menjadi kenyataan dan diperkenankan oleh-Nya. Amin...