Entri sinis ini khas untuk badan2, organisasi2 dan individu2 yang secara amnya berkhidmat untuk orang ramai. Khusunya di NEGARA KITA, MALAYSIA
Apa guna emel yang anda berikan jika emel tersebut TIDAK MAMPU anda gunakan? Kita bukan hidup zaman mesin taip dan surat, yang nak kene pergi kedai beli sampul, pergi pejabat pos; beratur beli setem dan makan tiga empat hari baru sampai. Kita hidup zaman Blackberry, Samsung Galaxy, IPhone kejadahnya semua tu. Semua emel boleh terus masuk ke telefon bimbit anda yang canggih itu walaupun tatkala anda sedang tidur, makan, bersukan, bersenam atau berurusan dengan tandas.
Jadi apakah yang menjadi kesukaran kepada anda untuk memberikan respon terhadap emel2 yang dikirim orang ramai? Kalau tak penting, orang tak kirim emel. Jadinya, bila saya mengirim emel, emel itu tentulah sesuatu yang amat penting bagi pengirimnya tak kira lah siapa.
Dan kalau anda malas sangat, tak boleh ke anda programkan emel tersebut ke auto reply, menyatakan yang anda sedang bercuti, sedang honeymoon dengan laki atau sedang out-station ke luar negara, berjalan di tempat yang indah2 yang disponsor oleh organisasi anda yang gemilang itu, dan anda akan menghubungi pengirimnya pada sekian2 haribulan. Tak boleh kah? Susah sangatkah? Atau anda sebenarnya memang buta IT? Kalau anda buta IT, kenapa anda dapat menjadi pegawai besar di organisasi tersohor itu?
Bukan ke memang terbukti yang bermasalah adalah SIKAP anda?
Kalau ikutkan hati saya, saya mahu je mewarwarkan nama organisasi anda dan nama anda sekali di sini. Namun saya masih lagi mempunyai budi bicara dan keprihatinan yang tinggi. Sebab saya bukan anda.
Beza kita dengan mereka
Kalian pernah berurusan dengan badan2, organisasi2 dan individu yang luar dari Malaysia, khususnya di negara2 maju seperti Amerika dan Eropah? Jika anda pernah, anda akan berlayar di atas kapal yang sama dengan saya.
Cara kerja mereka sistematik. Mereka menghormati manusia tak kira siapa. Mereka tidak pernah meremehkan anda walaupun adakalanya pertanyaan dan emel yang anda tanyakan itu seakan2 tidak berapa penting, tapi mereka tetap layan dengan adil, hemah dan jujur!
Mereka tidak suka dipanggil dengan gelaran Yang dipertuan, Yang berhormat, Yang berbahagia Datuk Datin Ampuan Besar kejadah semua tu. Panggil saja dengan nama mereka. Dan mereka tetap layan anda seperti raja. Dan yang pentingnya, mereka juga tak dapat sesen apa pun. Mereka bukan buat baik demi duit. Tapi orang kita memang nak kene bagi duit baru baik! Sangat bodoh dan dangkal peribadi anda. Dan terlalu saya membencinya.
Saya mengerti bahawa badan yang anda pelopori itu bukan calang2. Ramai orang yang berurusan dengan anda jadinya saya perlulah senantiasa bersabar. Tapi janganlah anda lupa, there's a thin line between patience and foolishness. Kalau memang nyata anda pekerja yang culas dan tidak berintegriti, perlukah saya bersabar juga dengan peribadi anda yang bodoh itu??
Telefon
Terdapat lima talian yang anda war-war kan dalam laman sesawang anda yang sangat lawa itu. Namun kelima-lima talian tidak pernah berjawab. Saya membuat panggilan direct ke nombor pejabat anda sendiri pun masih tidak berjawab. Saya menelefon anda setiap hari dari jam 9 pagi sampai 4.30 petang dan cuma berhenti pada waktu tengahari kerana saya pasti, anda akan keluar makan sebelum waktunya dan cuma akan balik selepas setengah jam bermula waktu kerja. Saya masih boleh mengerti tentang keperluan harian anda, jadi tidakkah anda mahu mengerti tentang keperluan orang lain pula?
Jika anda tidak mahu dihubungi, maka jangan berikan nombor2 tersebut. Manusia menghubungi anda dengan seribu satu pertanyaan dan harapan. Apakah layak anda membunuh harapan mereka???
Kaunter
Setelah kedua-dua cara di atas tidak mendapat maklum balas yang wajar, saya yang wajar ini telah beberapa kali bermuhasabah dan berusaha menjejakkan kaki ke kaunter anda yang sangat lawa dan ber'aircond sejuk itu. Berjumpa dengan kerani2 anda yang duduk sopan di hadapan kaunter lalu bertanyakan mengenai kemaslahatan saya. Namun dah nama pun mereka kerani, apa lah yang mereka tahu tentang kegiatan orang2 atasan seperti anda.
Nak salahkan mereka pun saya serba salah. lain kali kalau anda tak mahu berurusan dengan orang, pastikan ada orang lain yang mampu membuat kerja2 anda. Berinteraksi lah dengan kerani2 anda itu. Apa guna mulut yang Tuhan berikan?
Apabila mereka tidak dapat menjawab persoalan saya, maka saya terpaksa juga berjumpa dengan anda, namun anda tidak pernah ada. Lalu di manakah anda?? Dan jikalau pun anda ada, saya perlu membuat beberapa proses temujanji yang rumit dan payah, lalu terpaksa datang kembali pada hari yang lain pula semata-mata mahu bertanyakan anda pertanyaan yang boleh saya tanyakan dalam emel yang tidak anda respon itu dan dalam talian telefon yang tidak pernah anda jawab. Kalau datang untuk sign agreement nak dapat berjuta2 dan berbilion2, takpe jugak. Appointment semata2 nak tanya soalan. Kejadahnya!!
Apa yang menghalang saya untuk merusuh di pejabat anda sekarang ini hanya dua perkara. Agama dan akal. Saya masih beragama dan nyata masih berakal.
Sesungguhnya di saat2 ini, saya amat berharap semua yang bekerja di kaunter dan khidmat pelanggan, semua pegawai2 atasan yang di tangan mereka terletaknya segala keputusan, akan sekurang2nya berfikiran seperti saya.
Balaslah emel anda. Layanlah manusia dengan adil dan berhemah. Jawablah telefon anda jika berdering. Ingatlah setiap butir nasi yang anda makan adalah dari gaji anda yang beribu2 itu. Dan gaji itu dibayar untuk segala tugas anda sebagai sekian2 jawatan. Maka bekerjalah
Dan akhir sekali tolonglah berubah. Tolong berubah demi masa depan negara. Sesungguhnya kita akan terkebelakang dengan sikap seperti ini. Patutlah kita tak pernah dapat EMAS dalam olimpik. Macamana lembab kita bersukan, macamtu lembabnya kita bekerja, macamtu jugak lembabnya kita berfikir bertindak dan memberi respon. Dan yang paling menyedihkan, kita ingat kita betul. Kita ingat kita hebat. Kita ingat kita cerdik. Kita ingat kita cekap. Kita ingat kita gemilang. Tapi sebenanrnya TIDAK.
So pathetic!
1 comment:
it's so true akak...
Post a Comment