Friday, September 27, 2013

Hammersmith, London

Saya menulis entri ini dalam kedinginan cuaca yang bersuhu lebih kurang 11 darjah celcius. Tidur tidak sekali-kali memerlukan kipas apatah lagi penghawa dingin. Menyentuh air pili untuk mengambil air sembahyang sebentar tadi pun terasa seperti menyentuh air sejuk dalam peti ais. Macamanalah nanti nak menempuh musim sejuk yang bakal tiba.

Sekarang pukul 9.05 malam di bandar London, United Kingdom. Di tanah air tercinta Malaysia, tentunya lebih 8 jam dari sini. Ya, pukul 4.05 pagi tatkala semua sedang lena diulit mimpi

Alhamdulillah, penerbangan dengan Etihad Airways yang  bertransit di Abu Dhabi tadi berjalan dengan lancar sekali. Saya menjijak tanah London sekitar jam 2 petang, setelah lebih 17 jam mengharung penerbangan yang meletihkan. Jujur, duduk dalam kapal terbang selama itu amat-amat membosankan. Saya hanya tidur dan tidur dan tidur

Ibu bapa dan ahli keluarga serta kawan-kawan terdekat telah bermurah hati menhantar saya ke KLIA pagi semalam. Dan selepas detik itu, saya melakukan segalanya secara bersendirian. Saya tidak mempunyai rakan2 lain untuk terbang dan berpergian bersama-sama mereka. Jadinya, saya keseorangan saja. Benar-benar sedirian

Mujur segala persiapan telah saya lakukan dengan baik sekali, dokumen dan ke mana harus dituju, segalanya telah saya persiapkan sebelum berangkat. Dan syukur, urusan di UK Border yang mendebarkan itu pun dapat saya jalani dengan baik. Lancar dan dipermudah Allah Taala. Alhamdulillah

Esok saya akan ke kampus. Petang tadi hanya melawat-lawat kawasan persekitaran sambil mengambil peluang membeli kad Oyster untuk kegunaan bas dan keretapi, serta membeli simkad Lyca untuk kemudahan komunikasi di sini

Itu sahaja setakat hari pertama di Tanah seberang sana. Yang lain2 akan saya kongsikan nanti jika berpeluang dan diberikan kesempatan. Salam kasih sayang

Tini Omar,
London, United Kingdom

 kawasan kejiranan
 
 dingin
 
 hammersmith
 
 bunga2 tepi jalan je tapi kemain lawa. Kalau kat cameron harus org kutip pastu jual balik
 
 klasik
 
kad oster dan Lyca mobile

p/s: Gambar2 di atas saya ambil guna BB je. Sebab tadi tak bawak kamera. Maaf kalau tak berapa clear

8 comments:

BungaTulip said...

Salam Tini,

Wah dah sampai London ea
semoga kehidupan Tini di sana akan dipermudahkan olehNya :)

Jangan lupa tangkap gambar Bunga Tulip (sekiranya ada), untung dapat tengok yang real depan mata. berwarna warni..

Anonymous said...

dear sis tini...
im ur silent reader...
ex iium...degree in law...
im so proud of u...
take care...and wish u best of luck...

-with luv-

Kalimah Cinta Penyair said...

Assalamualaikum sdri hartini,
Tahniah dan selamat berjuang meneruskan kehidupan dan melanjutkan pengajian di negara orang. Rasanya hari ini adalah hari yg paling sesuai utk saya memperkenalkan identiti sebenar. Salam Ukhuwwah Fillah, Salam Perjuangan dan Salam Ingatan Tulus Ikhlas daripada saya, yg sdri panggil Tuan Anon-Kalimah Cinta Penyair.

Hartini Omar said...

Bunga Tulip,

Akan saya cari dan post kan sebuah entri untuk kamu nanti

Adik junior UIA,

Terima kasih banyak. Nampaknya segala kesusahan masa lampau dibayar sedikit-sedikit oleh Allah taala dengan jalan peluang untuk menambah kebaikan

Kalimah Cinta Penyair,

Walaupun dengan kalimah cinta dan syairmu, saya masih belum dapat mengagak siapa gerangannya kamu itu

Terima kasih semua kerana sudi singgah

Kalimah Cinta Penyair said...

Sdri hartini...persahabatan perlukan perkenalan dan persefahaman yg dalam. Insya-Allah sdri akan dapat mengenali saya nanti kerana ada banyak persamaan antara kita. Antaranya sama-sama pernah menuntut ilmu di kawasan pekan banting, ex-uia, unique, conservative, different, old fashioned, thinker, hi-motivated etc...saya berhajat menghadiahkan senaskah buku novel 'hartini' yg berjaya saya temui baru2 ini. Sudikah sdri menerimanya? maaf saya terpaksa bergegas ke tempat kerja. sampai jumpa lg di lain kesempatan. You're not alone...kalimah cinta penyair 1976.

me-mie said...

Salam kak. Wah besnye dh kt UK! Tapi nebesnye jd lone ranger. Kalo kte la yg berlone ranger cnfirm muke cuak. Anyway, slmt menempuh alam pngjian di ngara org ye. Smga slmt sumenye kt sane ye

Anonymous said...

tahniah sis.all the best...kak ina

Hartini Omar said...

me-mie,

terima kasih. mula2 cuak jugak tp makin lama makin mengerti kot kenapa tuhan masih mahu saya berseorangan. hee

kak ina,

terima kasih banyak juga. untuk akak saya doakan bahagia. ameen ;)