Tuesday, November 26, 2013

Muzium dan...

Ini Natural History Museum di London, United Kingdom. Masuk percuma. Banyak perkara yang boleh dipelajari dan salah satu tempat wajib pergi kalau di London.

Binaannya memukau. Saya suka


klasik


autentik


mengagumkan


menarik


;)

***
Dan ini The British Museum, Terletak di London juga. Masuk juga percuma. Boleh ambil gambar ikut suka, tak perlu nak sorok-sorok kamera. Sayang saya melawat di waktu malam. Dan kebetulan hari hujan. Tak dapat saya nak menzahirkan binaan bangunannya yang juga menarik. Namun jujur saya lebih suka bahan-bahan yang dipamerkan dalam muzium ini. 

Barang-barang lama dan purbakala!


besar


tangga selatan


"The Enlightenment"


monumen


Zeus


mumia

***

Saya suka ke muzium bagi menggantikan aktiviti meonton wayang yang saya rasakan terlalu mahal di London. Saya perlu berjimat cermat bagi memastikan sumber kewangan saya sentiasa mencukupi kerana saya kini tidak lagi bekerja dan 100% bergantung kepada biayaan biasiswa

Namun saya bersyukur juga. Kerana dalam berjimat cermat dan sibuk menyiapkan kerja yang banyak, lusa saya akan ke.....


 Ya.. Sini, insyaAllah ;)

***
p/s: teringat entri seindah sakura yang saya tulis bulan 6 tahun lepas. Siapalah sangka, segalanya bakal menjadi nyata.......

Siapalah sangka..

3 comments:

peace said...

nak ikuuut

Hartini Omar said...

ustazah!!!!!

wahhh rindu sangat. sorry sy hilangkan lagi your phone number. terus x boleh contact.

oh btw, happy birthday ;) semoga panjang umur dan murah rezeki

please email me ya. charming_lead@yahoo.com nak bg no fon. nak whatsap or sembang

lama sangat ni rasanya tak berborak. hahaha

peace said...

tau tau dah bermastautin di London pulak tu...hehehe