Wednesday, April 02, 2014

Sheffield dan Bakewell

Haritu saya ke Sheffield. Melawat rakan dan tentunya melawat kawasan. Sheffield lebih kurang 4 jam dari London menaiki bas. Dan seperti biasa, jom tengok gambar. Mud malas taip

 kawasan rumah kawan di malborough road

 belakang rumah mereka tu ada muzium. jalan kaki aje ke sini

huntonglaa muzium belakang rumah

 depan muzium tu pulak ada taman. weston park nama dia

 lawa

esoknya pagi2 dah bergerak ke peak district. kami berlima

 naik bas ulang alik aje. dalam 40 minit dari sheffield city centre

 dalam perjalanan. nama pun national park. hijau dan tenang

sampai di pekan bakewell yang femes dengan pudding dan pai nya

 bakewell bridge. punyalah lawa

 panorama gini memang tak dapat lah kat london kan

saja nak interprem leteww

 jemah yang gila bergambar

 saujana mata memandang

pokok2 dah berubah warna menjelang musim bunga

 pengalaman yang sangat berharga

pulang ke kota semula

***

Alhamdulillah, saya dapat juga menjejakkan kaki ke Sheffield dan melihat2 University of Sheffield yg popular dan sangat ramai pelajar Malaysia itu. Cantik kampusnya. Modern. Tak macam King's yang sangat old fesyen itu. Eh! Hahaha

Terima kasih kepada kawan2 yang sudi tumpangkan saya di rumah mereka dan bawak saya jalan2 di kawasan sekitar

Plan untuk cuti seminggu nanti belum ada lagi. Jadi saya pun tak tahu lagi saya bakal ke mana. Kita tunggu sajalah. Kalau ada rezeki dan masa, insyaAllah

Ok. Sekian dari saya yang curi2 masa dalam kesibukan menelaah

Assalamualaikum


8 comments:

Anonymous said...

aku membayangkan cerita "the cave of the golden rose"

cerita kanak-kanak aku

:)

Hartini Omar said...

oh dan ko jangan lupa. filem pride and prejudice pun dorang belakon kat sini juga.

mr. darcy ;)

BungaTulip said...

Tini...
lawanya tempat ni
macam lukisan je..sementara di sana amik la masa terluang melawat tempat mereka. suka tengok pemandangannya

Hartini Omar said...

Bunga tulip, ya itu sudah pasti. Untuk kamu, nantikan tulipnya hujung bulan ini insyallah ;)

BungaTulip said...

Wah saya teruja menunggu itu Tini :)

Unknown said...

Sheffiel dah jadi Sheffiled. Mungkin sebab excited. :p

Hartini Omar said...

Bolehla. Kadang2 typo sini sana. Sbbtu kitorg suka tulis sepil je. Senang! Asal sampai maksud sudah..

Izakikun said...

yang bestnya tengok negara luar ni, bangunan lama-lama masih kukuh dan cantik. T^T.. saya harap satu hari nanti dapatlah saya jejak kaki ke sana. Setakat tengok bangunan lama pun jadilah. Haahhaha.

terima kasih sebab sudi ceritakan pengalaman akak!

-dari orang yang tak pernah jejak kaki di Eropah.