Jika blog yang anda usahakan telah masuk tahun kedua dan ketiga, dan anda berjaya mengekalkan momentum penulisan anda tiap2 bulan walaupun satu kali, ucapkanlah tahniah kepada diri anda!
Menghasilkan blog memang tidak sukar. Pernah saya katakan dulu. Ya, menulis itu memag mudah. Namun mengekalkan penulisan, terus menerus berkongsi dan menjaga laman anda seperti menjaga diri anda sendiri, itu yang payah
Banyak laman2 yang pernah suatu waktu dulu ceria dan begemerlapan, kini kosong, kelam dan bersawang. Ya, menulis itu kerja waktu lapang. Jika tidak lapang, manakan mampu menulis. Lalu itulah beza penulis dan orang yang hanya mahu menulis. Ada yang menulis untuk masa, ada yang menulis untuk jiwa, dan ada yang menulis untuk pembaca!
***
Saya juga sudah terlalu lama tidak bercakap2 dengan jiwa. Oh tidak. Bukan. Saya selalu bercakap dengan jiwa. Tetapi jarang sekali saya nukilkan sekarang ini. Entahlah. Mungkin saya malas. Atau saya merasakan bahawa tulisan2 jiwa ini jarang digemari pembaca
Lalu saya akan ingatkan kembali tujuan asal saya menulis. Saya menulis bukan untuk orang, tetapi untuk saya. Ya, saya pernah berdiskusi dengan jiwa dulu. Pernah, Di sini. Berdiskusi samada mahu menulis atau terus jadi pembaca. Ya, dan kini saya tahu, mengapa tidak jika saya mampu jadi keduanya. Walaupun sekadar menulis di laman saya sendiri. Perkongsian. Ya, itu yang saya inginkan. Saya suka berkongsi. Biar yang bahagia dan indah dapat dirasa bersama. Begitu juga dengan yang perit dan sengsara. Saya percaya pada kemampuan doa. Walaupun sekecil2 ingatan sesama manusia
Jadi, jika anda mempunyai laman yang pernah anda hasilkan sendiri; yang sewaktu anda menciptanya, anda bersungguh2 menanam segala pohon dan bunga, lalu anda hiaskan indah2 dengan gabungan warna agar nampak ceria, namun kini anda sendiri pun tidak sudi melihatnya dek kerana lalang dan semak yang menutupi segala, ayuh bangkit. Ayuh menulis kembali. Tulislah, walaupun sedikit2. Yang sedikit itu siapa tahu dapat memberi banyak manfaat. Siapalah tahu
***
Laman saya ini telah saya nukil dari tahun 2006, sewaktu saya masih menuntut di UIA Gombak. Sewaktu itu saya masih budak. Masih anak2. Sekarang saya sudah tua. Umur pun sudah menyentuh angka tiga. Namun segala penulisan itu masih segar. Dan apabila saya ulang2 membacanya, terasa seperti menonton kembali sketsa hidup saya. Ya, ceritera yang dilukis sedikit2, tanpa olahan, tanpa arahan. Mengalir dengan aliran jatuh bangun hingga tahun yang ke lapan. Benar, siapalah sangka. Kisah hidup lapan tahun kesemuanya!
Terima kasih Allah atas nyawa yang masih di badan. Akal dan iman yang masih mahu Kau pinjamkan. Keupayaan menulis yang masih mampu diteruskan. Hidup mati saya hanya untukMu, Tuhan..
Ayuh kemaskan laman hidupmu. Gantikan dengan yang baru2 ;)) Selamat menulis sahabat2ku
No comments:
Post a Comment