Tuesday, July 22, 2014

Mereka yang saya rindukan

Bulan Jun yang lepas, ibubapa dan dua orang adik saya selamat tiba di tanah London. Baru kini saya berkesempatan mengepos gambar2 mereka di sini. Alhamdulillah diberikan kesempatan oleh Allah Ta'ala untuk menjejak tanah London dan Paris sementelah saya menyambung pengajian di sini. Satu peluang yang kalau tidak dengan izin Allah, pasti takkan mampu terjadi

Ok, jemput tengok gambar2 mereka :) Dan nanti menjelang hari raya, hanya kenangan inilah yang saya ada untuk mengenang2 kemesraan dan kecintaan buat keluarga tercinta

 Mereka depan Arc de triomphe

 Bergambar dengan Eurostar

Ibu dan ayah tercinta depan Eiffel Tower

 Naik tube

 Beriya tunggu tube

 Di Queensway

 Holborn station

 Depan Trafalgar Square

 Mak saya depan Westminter Abbey

 Si Qamarul Azarin dengan Bukhingam Palace Guard

 Berjalan2 ke stadium Wembley

Mak saya kat Tower Bridge

Satu la yang tak best nya family saya ni. Macam saya jugak, dorang tak suka nak bergambar sangat. So banyaknya gambar kene candid. Tak heran dorang nak bergambar depan Big Ben ke apa sampai letih nak suruh. So last2 saya malas nak suruh lagi. Ikutlah. Tak nak ambik gambar sudah

So setakat tu je lah yang boleh dikongsikan untuk rakan2 pembaca. Adik2 saya dapat merasa datang bila mereka masih bersekolah. Saya time umur dah masuk 30. Dan ibubapa saya hanya dapat merasa selepas setengah abad kehidupan mereka. Ada yang lansung tak merasa. Ada yang lahir2 dah mampu kecapi nikmat itu ini. Rezeki orang berbeza2. Tapi jangan berhenti berdoa. Siapa tahu ada sebenarnya rezeki yang tertulis buat anda. Yang penting mana2 tanah pun kita berada, kita tetap hamba yang perlu patuh pada ketentuanNya

Terima kasih Allah atas segenap kurniaanMu. Semoga saya terus menjadi antara hamba2Mu yang bersyukur..

2 comments:

s.c.h.u.l.t said...

comel mak Tini :) *eh tetiba komen mak orang comel. hehehe*

selamat hari raya di perantauan.

- syud, edinburgh

Hartini Omar said...

Terima kasih schult. Salam Aidilfitri buat anda di kejauhan juga. Semoga gembira bersama handai taulan dan keluarga