Monday, November 10, 2014

Pasca London

Sudah hampir dua bulan saya tidak menulis. Tak bermakna saya tidak meghabiskan masa depan komputer riba yang setia, cuma terlalu banyak masa yang saya arahkan ke perkara2 penting yang lebih memerlukan perhatian. Komputer itu saya buka hari2. Tapi kerjanya menulis perkara2 lain, lalu saya terlupa bahasa2 hati.

Sebulan meninggalkan kota London yang saya sayang, mulut saya tidak henti2 mengomel itu ini. Membanding-bandingkan apa yag ada di sana dan tiada di sini. Selalunya segala omelan itu hanya berkahir dengan keluhan. Keluhan berat. Pertanyaan hebat.

Kenapa agaknya saya kembali, jika London itu satu kota yang umpama mimpi2..

Ya, persoalannya kenapa?

Saya boleh berkerja dan menetap di sana jika saya suka. Saya tidak akan mengalami pelbagai masalah yg bersangkutan keluarga kerana ibubapa saya adalah manusia2 hebat yang sangat luas dan maju pemikirannya. Mereka tidak pernah membantah sekiranya bekerja dan menetap di London itu adalah pilihan saya. Ya, mereka selalunya akan menjadi antara barisan2 pertama yang memberi semangat dan seribu satu kata2 positif. Ya, itulah mereka, orang tua saya

Lalu kenapa saya tidak terus tinggal di sana?

Adakah kerana faktor sara hidupnya? Pastilah tidak. Saya tidak pernah mengalami apa2 masalah kewangan bila saya bermukim setahun di kota London. Kerja sementara yang saya lakukan sebagai penggubah bunga (3 minggu), penjaga budak (1 bulan) dan pembantu kantin (1 bulan) teramatlah mampu untuk menyara kehidupan saya seorang setelah menamatkan pengajian di penghujung bulan Ogos yang lalu. Kerja2 biasa tersebut memampukan saya untuk mmperolehi sekurang-kurang seribu pound sebulan. Itu sudah memadai. Saya mampu menghantar wang ke Malaysia untuk membayar loan kereta saya dengan mudah jika hanya dengan kerja 'biasa'2 begitu. Belum kerja2 yang 'luar biasa' lagi seperti menjadi pelatih di Nursing home atau mana2 bahagian dalam institusi kesihatan.

Ya, bukan soal gaji atau sara hidup yang membuatkan saya kembali. Tidak sekali2..

Lalu apa?

Adakah saya akan berumahtangga tak lama lagi? Ah kalian.. Kalaulah mampu.. Perkara itu tentulah antara perkara2 terakir yang saya gusarkan. Sudah tentu tidak. Bukan itu masalahnya..

Lalu apa? Apa yang membawa saya kembali?

Ya, ini. Ada perkara indah yang menarik perhatian saya. Mendorong saya untuk pulang ke tanah air tercinta. Faktor yang mungkin sekali besar dalam hidup. Kerjaya yang menjadi pilihan dan bukan sekali paksaan. Saya memilih untuk berdiri di sini, bersama anak bangsa saya demi menjaga komuniti. Mudah-mudahan. Skurang-kurangnya itulah yang saya harapkan.


Apa itu TFM? Saya akan menerangkan dengan lebih lanjut tentang TFM dalam penulisan saya di hari2 mendatang. Buat masa sekarang, anda boleh google atau terus ke laman web mereka di sini.

Saya sedikit sibuk dengan kursus dan persediaan saya untuk kerjaya baru yang boleh tahan mencabar. Saya akan kembali kepada bidang gerontology dalam masa dua tahun nanti. Tatkala Malaysia sudah mahu menoleh dan memandang dengan serius tentang dementia dan alzheimer. Di kala Malaysia sudah mahu berfikiran terbuka untuk servis terhadap warga tua. Di kala orang besar2 sudah sedikit demi sedikit hilang kemampuan panca indera untuk merasa 'kelazatan' dunia. Ya, di saat itu saya akan kembali dengan gerontology. Buat masa sekarang, saya komited terhadap TFM.

Saya akan menulis lagi nanti. Menulis tentang nasib anak bangsa. Menulis tentang mereka yang mungkin tidak bernasib baik seperti saya. Lebih2 lagi yang tercicir di sebalik hiruk pikuk kota.

Saya bersyukur kerana saya pernah rebah. Dan dalam kejatuhan itu saya mula bangkit dan mengenali siapa diri saya secara keseluruhannya. Terima kasih, Allah..

Salam kasih sayang,
Tini



2 comments:

Bila Diary Bercerita said...

Ala Tini, baru 2 bulan tak menulis, kalau nak dibandingkan dengan akak ni dah setahun baru nak menulis blog semula. Hehe... selamat kembali ke tanah air tercinta ye.

Tini, masih guna no telefon yang lama ke?

hartini omar said...

Salam kak Aishah

Terima kasih kak. Dua bulan tu lama sebenarnya untuk seorang penulis tegar. Ahaha

Ye kak, masih guna nombor yang lama ;)