Tuesday, March 24, 2015

Dalam usia yang 31 ini

Dalam usia yang 31 ini
Aku bukan di Fatehpur Sikri
Mahupun bersantai di pepasir Gili
Masih bertemankan rembulan
Berdendang cengkerik sahut-sahutan
Di tanah kelahiran
Bumi nyaman, permai, menawan..

Dalam usia 31 ini
Hidupku masih kosong
Tiada emas berbondong-bondong
Tiada tanah berelung-relung
Tiada istana bergedung-gedung
Yang ada cuma jiwa
Teman akrab tempat bercanda..

Tini Omar
Kuala Kurau
9 Mac 2015

************
Saya akan menulis lagi. Mudah-mudahan nanti

6 comments:

Unknown said...

bila nak menulis ag... tak sabar nak membaca...

usofmad said...

Asslamualaikum Pn,
Saya terbaca puisi2 Pn dn karangan cerita ttg perjalanan keScotland,
ingin untuk tahu lebih lanjut bolih kah beri email. Kami bercadang nak kesana pda bulan Mei ini insyallah, hanya untuk mendapat sedikit nasihat...
wassalam,
Yusof
usofmad@gmail.com
arahaziz@gmail.com

farah said...

Bismillah,

selamat hari lahir yg ke-31...:). moga bahagia, gembira dan sihat dunia akhirat untuk mudah dan lancar melakukan ibadah dan kebaikan.

Siti Sarah said...

Lyd.. lama x borak2.. enset rosak.. no hilang..
Kalau sudi boleh call akak.. rindu lah.. hehehe

Anonymous said...

Happy to see you're more calm. Bahagia bkn diukur bila kita dpt semua yg kita mahu.

Anonymous said...

Assalam miss. Dah lama x dengar khabar miss. Tiba2 teringat pada miss. Rindu karya2 yg sgt menusuk kalbu dari miss. Tolong lah muncul wahai Hartini Omar.

salam rindu,
x-student DHC0804