Wednesday, July 14, 2010
Hak Cipta Terpelihara
Ini entri serius. Blog ini, bahan-bahannya, tak kiralah penulisan atau foto adalah HAK MILIK aku. Tuan punya blog ini iaitu HARTINI OMAR. Baik sajak, baik puisi, baik apa saja entri, baik gambar (kecuali dinyatakan pautan) adalah HAK CIPTA AKU. Kalau sajak tu aku ambil dari mana2 sumber, aku akan cakap dan takkan buat macam hak milik sendiri. Jadinya tolong hormati
Aku tak famous. Tapi kadang2 orang famous yang suka ambil kesempatan terhadap orang2 yang tak famous macam aku ni. Anda di luar sana boleh ambil dan guna apa saja bahan dalam blog aku ni, tapi silalah berikan kredit. Berikan kredit tu tahu ke tak tahu? Maksudnya, letak la pautan blog aku ni sebagai sumbernya. Aishh, takkan nak buat macam barang sendiri pulak
Aku dah tak larat nak berbahasa-basi dalam blog ni. Dah alang2 ramai yang cakap aku berubah, ha biarlah aku laksanakan perubahan itu. Ini mungkin entri 'menulis' yang terakhir. Sebab lepas ni nak post gambar je. Senang
Sekian. Ingat, TOLONG HORMATI HAK CIPTA ORANG LAIN
-Tini-

Tuesday, July 06, 2010
wedding props (wewet)
Tuesday, June 29, 2010
Thursday, June 24, 2010
Pesan aku
Yang di atas itu senjata. Sifatnya tajam, menikam. Ayuh, pilih senjatamu. Tikamlah hatiku. Biar ia terus mati, lalu tidak lagi mengharapkan kau di sisi. Apa pun senjatanya, berapa besar pun mata pisaunya, aku tetap terluka. Kalau bukan sekarang, nanti di hari2 mendatang. Pesan aku, ayuh segera lukakan aku. Lalu biar lekas kuubati luka itu..
Itu persimpangan. Terhenti kita kerana tidak tahu mahu memilih samada ke kiri atau ke kanan. Aku telah membuat pilihan, sekarang tinggal kamu. Kamu terlalu lama berfikir, sehingga aku telah lama sebenarnya meninggalkan kamu. Pesan aku, buat lah pilihan kamu. Kanan atau kiri, yang penting kamu yang memilih..
Dalam kehidupan ini selalunya jalan yang besar dan jelas itu orang fikir akan memberikan kebahagiaan. Ramai sekali manusia mengikut jalan tersebut. Ia sesak, penuh, riang dengan gelak tawa dan penerimaan2 manusia. Jalannya lurus, terang dan sudah kamu nampak penghujungnyaNamun ada juga jalan yang kecil, sempit, suram dan hening. Ianya berliku, lalu tidak ramai manusia memilihnya. Kerana entahkan ia jalan mati, entahkan ia membawa ke kuburan atau ke taman2, siapalah tahu. Manusia menyisih jalan itu, kerana sifat manusia memang sukakan perkara yang nampak2 di ruang mata
Pesan aku, terpulanglah pada kamu. Pilihlah samada kamu mahu jadi seperti mereka, atau menjadi dirimu sahaja..
................
Aku memilih lorong yang gelap usang. Cahayanya malap dan tidak terang. Tetapi aku bahagia di dalamnya, bahagia dalam mencari arah. Setiap kali aku jatuh lalu terluka, dan kadangkala kaki ku perit terpijak duri2nya, badanku miang disapu semak samunnya, aku tetap bahagia melalui sesuatu yang tidak mampu manusia lain tempuh. Kerana itu, aku adalah aku..
kredit gambar : google
Monday, June 21, 2010
Kemaman yang aman
Jumaat lalu sempat ke Kemaman dan Kuala Terengganu atas walimah seorang rakan. Serasanya tak perlu diceritakan lagi tentang Timur yang makmur ini. Dan sahabat baik itu, terima kasih atas penginapan dan pengangkutan yang selesa lagi percuma. Terima kasih banyak. Semoga aku kembali lagi ke negerimu. Negerimu yang sebetulnya sangat dekat dengan aku.. Gambar lain di sini

Thursday, June 17, 2010
Dulu-dulu
Tuan-tuan dan puan-puan. Ini gambar dulu2. Aku tak ada memori lansung pasal gambar ni. So aku buat kesimpulan bahawa masa foto ni diambil, aku belum mumayyiz. Mungkn dalam 2/3 tahun. Yang depan duduk berlunjur dengan tak malu2nya itulah aku. Yang sangat suka sengih tahap beriya seoalah2 nak tunjukkan pada orang yang aku lah manusia paling bahagia. Kalau dari depan, yang kiri sekali tu sepupu aku WEWET. Dia nak kawin dah 4 Julai ni. Sebelah aku tu pulak sepupu aku ABG WAN. Dah selamat jadi bapa kot sekarang. Sebelah dia sepupu aku WOWOS. Pun nak nikah bulan sepuluh ni insyaAllah. Dan yang tepi sekali tu FENDI. Baya aku. Belum kawin dan single lagi kot..Yang belakang kiri sekali tu sepupu aku KAK ATI. Anak dia dah tiga. Sebelah dia tu KAK FAIZ. Anak dia pun dah nak masuk tiga. Yang sulung sekarang ni darjah satu. Yang dia dukung tu adik dia. IDA atau aku panggil Rentap. Umurnya bawah aku. Anak dia pun dah tiga. Sebelahnya pulak, KAK ULI. Sekarang mengajar di Penang. Anak dah dua orang. Dan yang tepi kanan sekali adalah AKIONG. Abang wewet. Anak dah tiga. Jangan orang rumah pun tambah jadi tiga dah la ;)

Ini pun foto lama waktu sambutan hari jadi. Bila aku fikir2 balik, aku rasa keluarga besar aku memang suka berkumpul ramai2 untuk sambut harijadi kot. Ribut2, rebut2 tu jadikan kami lebih rapat. Terima kasih lah kepada pemilik foto yang sudi berkongsi foto2 menarik ini di dalam FB. Kalau ada pun satu kelebihan FB, inilah dia. Tempat mencari foto2 lama. Dulu pernah aku letakkan entri tentang foto2 lama aku. Lawatlah (klik) di sini kalau mahu ambil tahu
Sekian, terima kasih
p/s: aku baru tahu, pic yang atas sekali tu, umur aku baru setahun 9 bulan. padan tak ingat apa2 ;)
Monday, June 14, 2010
R.I.N.D.U.

Berapa harga rindu ini?
Rindu ini tak terbeli. Ia tiada harga untuk diurusniaga. Ia tiada entiti untuk ditonton mata. Ia tak ternilai, biarpun dikumpulkan sejuta mahligai. Ia tak tertanggung walaupun ditarahkan sejuta gunung. Ia cuma rindu. Rindu pada yang satu
Berapa harga cinta?
Cinta ini bukan barangan untuk dijaja. Ia bukan lambang kemegahan untuk dipegang dan dimiliki sesiapa. Ia terlalu tinggi sehingga tak mampu diletakkan sebarang harga. Biarpun dikumpulkan harta oleh segenap isi dunia, hutang-piutang cinta ini takkan mampu dilunas sesiapa, kecuali dia.. Dia yang meniup cinta
.........................................
Ayuh katakan berapa harga rindumu?
Bolehkah kubeli cintamu?
.........................................
Atau sudahkah kau JUALkan pada si dia tanpa aku menyedarinya?????
Kalau aku bukan manusia..

Kalau aku bukan manusia, barangkali aku seketul batu. Batu yang jarang sekali manusia temukan. Seketul batu yang mungkin tersisih dan kaku tak diperhatikan. Mungkin sekali letakku di gua asing yang sunyi lagi sepi. Atau barangkali di puncak bumi tertinggi yang tak mampu manusia hampiri. Atau sekadar sebutir batu di tepian pantai yang tak sudah2 dipukul badai. Atau mungkin sekeras karang yang takkan pernah hancur dihempas gelombang
Cuma aku berharap aku dapat bertukar menjadi permata, dipuja2 dan disayang dengan segenap jiwa raga. Atau sekadar menjadi nilam, disimpan dan dijaga rapi sebagai wasiat dan lambang keturunan. Atau cukuplah menjadi kemala yang tidak begemerlapan, namun menjadi hikmat dan azimat pembakar semangat, penambah kudrat yang dihirup keringat
Aku tidak boleh dikerah, kerana aku akan pecah lalu berderai. Dan mungkin selepas itu tidak mampu diselamatkan lagi, takkan bisa dicantum kembali. Aku tidak boleh dipaksa2 kerana sifatku keras dan sasa. Ditiup badai pun aku takkan kemana. Dibakar hangus pun aku tetap sama
Aku cuma boleh dibentuk sedikit2. Seperti titis air yang menitis satu2. Perlahan, halus, melekuk dan membentuk tanpa sedar. Cuma masanya mungkin panjang. Usahanya bukan calang2. Lalu aku bimbang, mungkin masanya terlalu panjang untuk kilauan itu mampu dilihat oleh mata2 yang memandang. Ya, dan si ‘titisan air’ itu….. Siapalah yang sudi bertandang tak jemu2………….

Monday, June 07, 2010
Tahun ke-4
Semalam 6/6/2010. Sedar tak sedar blog ini dah masuk ke tahun yang keempat. Kalau tengok2 balik, dah banyak yang aku tulis. Dari belajar di tahun kedua di UIA dulu, sampai lah dah bertugas selama dua tahun setengah di Masterskill ni. Kalau seorang pembaca itu membaca dari mula, maka akan tergambar lah setiap denyut kehidupan aku yang berputar dari satu episod ke episod yang lainnya. Sampai bila? Mungkin sampai tuhan mencabut nyawaAku tahu Ceritera ini sudah tidak ramai yang mengunjunginya. Aku maklum, sebab aku sendiri pun jarang nak menulis sekarang. Tak macam dulu2. Tambahan pula dengan wujudnya Facebook, masyarakat tak lagi memandang blog, lebih2 lagi golongan belia. Siapalah yang mahu membuang masa membaca ayat yang meleret2 dan karangan yang berjela2. Masyarakat berubah. Entahlah ke arah jaya atau sebaliknya
Tapi buat pembaca yang tetap setia, yang kadangkala menyinggah tanpa jejak dan nama, untuk kalian aku doakan bahagia. Untuk aku, diriku dan blogku, kami telah terkonstruk, telah terstruktur dan tidak atau sukar sekali untuk diubah dan berubah. Jika kalau tidak dengan alasan dan hujjah yang paling munasabah. Aku tetap aku. Konservatif, unik dan jitu
Wednesday, June 02, 2010
Sangat mahu jalan-jalan!!!
Wednesday, May 26, 2010
Ayu yang ayu
Kenapa aku mesti kisah? Mestilah aku kisah. Sebab aku yang shoot gambar mereka sini sana! Lawat FLICKR aku ni kalau mahu tengok yang lain2 juga
p/s: Takde lah shoot aku tu lawa mana. Amatur pun kan namanya..
Nyiru
Perbualan itu berlaku dalam talian. Panjang, lama dan mengujakan. Lalu bila aku tanyakan padanya akan sesuatu yang mahu atau tidak dia menerimanya, aku tahu dia tersenyum. Walaupun aku nyata memang tak nampak, tapi aku sangat pasti dia sedang tersenyum. Tersenyum memikirkan jawapan apa yang paling molek untuk diberikannya padaku. Lalu lahir dari mulutnya, dengan suara yang menggetarkan jiwa raga,
“Bak kata pepatah, kecil tapak tangan, NYIRU saya tadahkan”
Aku senyum. Senyum senang sebenarnya. Dengan jawapan sesingkat itu, aku tahu dia terlalu sudi menerimanya. Namun sengaja benar kuajukan lagi soalan
“Nyiru tu apa, ya?”
Dia ketawa. Dan sangkanya nyiru itu satu benda yang letaknya di dahan pokok. Aku senyum galak. Ah, lucu benar umat ini. Manakan mampu ia berkata kalau tak tahu letak duduk istilahnya. Lalu aku ajak dia berfikir
“Kenapa yang berada di pokok perlu kita kaitkan dengan kecilnya tapak tangan? Bukankah itu nampak pelik?”
“Iya tak iya juga. Apa kaitannya?”
“Em.. cuba fikirkan, kenapa pepatah itu harus KECIL TAPAK TANGAN, lalu NYIRU itu yang diangkat menjadi tadahan?”
“Ya, atau nyiru itu sebenarnya satu alatan?”
Lalu dia ketawa. Sungguh2 ketawanya. Dan meminta2 saja aku berikan jawapan. Lalu aku sebutkan ‘tampi’ dan ‘menampi’ beras. Maka dia terus faham
Jika penerimaan tu terlalu sudi kita terimakan, namun terasa kecil pula tapak tangan untuk menerimanya, lalu demikian itu kita gantikan tadahannya dengan nyiru atau tampi saja. Semoga pemberian orang itu tidak satu pun gugur dan terbazir begitu saja. Paling mudahnya, pepatah itu memberi rangkum maksud bahawa terlalu sudi kiranya kita menerima pemberian itu. Ah, molek benar pepatah orang lama. Sungguh enak didengar telinga, sungguh basah dialun lidah
Dan malam itu kami tersenyum dan ketawa kesederhanaan. Sekurang-kurangnya ada ilmu yang dipelajarinya dari kesimpulan yang wujud berdasarkan keadaan
Aku tahu dia bijak. Aku tahu dia sangat mudah belajar. Dan aku terlalu mahu dia jadi terpelajar
ya, inilah NYIRU itu ;)

Tuesday, May 25, 2010
Dia dan fikirannya
Dia duduk di dalam kedai kek beresepi rahsia itu seorang diri. Ya, memang selalu benar dia sendirian kini. Seperti hidupnya yang ditinggalkan dulu2. Sering sendirian walau kemana saja. Namun untuk dia, itu lebih bahagia. Tiada lagi jiwa untuk dijaga, tiada lagi hati untuk dibelai manja. Cuma dia perlu masa untuk pulih dari kesakitan. Perlu masa untuk lukanya kering lalu membiarkan parutnya kekal jadi ingatan. Ya, dia bukan lemah. Cuma perlu masa
Dia menebarkan pandangan ke luar jendela kaca yang bersih dan bersinar itu. Melihat kelibat manusia yang lalu-lalang di depannya penuh tekun. Mentafsir gerak geri mereka satu persatu tanpa jemu. Dan perhatiannya jatuh pada seorang pemuda yang berhenti di situ. Betul2 di hadapannya
Pemuda itu menyeluk sakunya, mengeluarkan kotak yang besarnya cuma segenggam. Mengeluarkan tembakau yang telah berbalut cantik. Putih bersih. Cuma kalaulah pemuda itu tahu hasil yang disedutnya tidaklah sebersih mana, entah mahu juga atau tidak ia menyedutnya. Ya, tapi ramai perokok telah tahu malah lebih mafhum akan akibatnya. Cuma mungkin kenikmatan menyedut nikotin itu dalam2 lebih menghiburkan, lalu mereka agak tenang menerima buruk baiknya
Pemuda itu menyepit balutan putih itu di bibirya. Ah, cukup bersahaja. Mungkin telah bertahun lama dia menjadi abdi pada bahan cemar itu. Lalu menyalakannya penuh kemas. Menyedutnya sekali, lalu menghembuskan asap kelabu yang keluar indah dari mulutnya. Matanya terpejam, puas mungkin. Bahagia pun iya juga. Atau mungkin ia kembali tenang setelah bahan itu memasuki paru2nya, lalu memberi kesan khas kepada lobusnya yang masih jaga
Beberapa kali dia melihat pemuda itu menyedut rokoknya dalam2. Dikepitnya di antara jari telunjuk dan jari tengahnya. Dengan tangan kiri. Ya, mungkin sekali dengan tangan yang Tuhan berikan daya untuk menulis dan mengangkat beban. Tak kisahlah kiri atau kanan. Ya, merokok mungkin lebih indah dengan tangan yang biasa digunakan. Dia melihat lagi. Melihat dan melihat lalu berfikir
………..
Pemuda itu pastinya tidak sesukar dia. Sekurang-kurangnya ia mempunyai penawar untuk melegakan kemuramannya. Untuk menenangkan kocakan jiwanya. Dia merokok tidak kisahlah untuk apa saja alasan, tetapi sekurang2nya pemuda itu berteman walaupun ditinggalkan. Tetapi dia? Dia tidak merokok, jauh sekali untuk mencubanya. Lalu dia tiada bahan asing untuk membantu dia melupakan segala kisah duka
Dia tahu ramai penulis2 besar mendapat ilham dengan menyedut bahan asing itu sekali-sekala. Dan untuk menghabiskan karya paling agung, mungkin beberapa kotak juga telah sanggup dibakar hangus bersama. Dia tidak memandang itu sebagai salah. Tetapi dia tidak juga menyokongnya. Kalaulah berhenti merokok itu semudah meludah, sudah tentu ramai manusia yang telah berhenti dari menjadi abdinya
Tetapi dia tidak merokok. Itu faktanya. Lalu dia terpaksa mengarang tanpa nikotin dan karbon monoksida dan cadmium dan segalanya untuk membantunya menghasilkan karya indah. Ah, itu lebih sukar sebenarnya. Kerana itu kadang2 dia terhenti, bila keletihan berfikir mengeringkan ilhamnya. Cuma memang dia suka merenung. Merenung masa lalu dan merenung masa depan yang belum pasti tiba. Dan renungan dan lamunan itulah yang membantu dan menggerakkan ia semula. Dia sebenarnya dibantu oleh anganannya
Cuma dia seringkali terfikir, kalaulah dia juga seorang pemuda, adakah balutan putih suci itu akan menemaninya juga?

Selamat Hari Lahir, Sahabat
Hari ini tanggal 25. Semalam sahabat itu telah masuk ke usia yang lebih dewasa. Telah melebihi suku abad dia. Sayang, dia terlalu jauh untuk kuhulurkan sekadar jabat tangan, untuk kuucapkan selamat hari lahir dan semoga umurnya tetap panjang dalam islam dan iman
Dia menghubungi aku. Dan kami bersembang panjang. Lama, seakan2 terlalu lama kami tidak bercerita. Dan buat kali pertamanya untuk beberapa minggu yang kusut ini, aku tersenyum malah ketawa. Ketawa yang sungguh2 datang dari jiwa. Ya kami ada kisah tersendiri, kisah yang molek untuk dibuat bekalan dan pengajaran hari depan. Namun kami terus bersahabat, bersahabat tanpa benci dan dendam. Walaupun kami pernah luka melukakan, tapi itulah adat persahabatan. Manakan ada bumi yang tak ditimpa hujan?
Hari ini dia hidup dan melangkah dengan usia yang makin meningkat. Semogalah umurnya berkat dan selamat. Dipimpin Tuhan dengan iman dan amal buat bekalan menuju akhirat. Selamat hari lahir, sahabat. Aku masih seperti dulu, kekal dan akan selamanya seperti itu

Itulah Dia
Dia melangkah perlahan. Dengan pandangan yang tertunduk. Macam dulu2. Sunyi, tersendiri dan amat berbeza dari kebanyakan muda mudi yang hidup subur di dunia ini. Dia memang begitu. Kerana memang itulah watak yang diberikan padanya sejak dulu. Sejak lahirnya dia ke dunia dari perut ibu. Matanya tajam, air wajahnya pendiam. Pandangannya sering saja bermenung-menungan. Pemuisi dalam tiap kata2 dan pertuturan. Beza, cukup berbeza dari penilaian orang yang benar2 mengenalinya. Sekurang2nya lain benar dengan rakan2 seduduk seusia
Dia melangkah perlahan. Terus menuju ke gedung bacaan yang telah sangat lama tidak dijejakinya. Demi terhidu saja bauan halaman yang kekuningan, yang memberikan desir hati yang tak terungkapkan, hatinya tersenyum riang. Terserlah giginya yang putih bersih bila ia tersengeh begitu. Lagaknya tak tumpah seperti anak2 yang dimanjai dengan coklat dan gula2. Ya, begitulah selalunya dia bila berjumpa buku. Kitab2 yang menjadi tunggak seninya. Makalah2 yang menghidupkan dia dengan jatidiri yang sangat penuh kelainannya, hingga terasa kering ia dihirup desir seni yang menggila
Namu lekas pula hatinya terjeruk bila derap tapaknya dimajukan ke gedung ilmu itu. Tiba2 langkahnya jadi longlai. Keriangan tadi bagai disentap tiba2. Sebak dadanya kerana telah terlalu lama dia tidak mengunjungi mana2 toko buku. Perpustakaan apatah lagi, untuk tahun ini serasanya belum pernah pun sekali. Ah diri... Kemana dikau merantau hingga hampir hilang hati dan nurani? Mengejar cintakah? Usah dikejar api asmara, kerana sifatnya hanya tahu membakar dan menghanguskan cuma
Dia berjalan perlahan, setapak-setapak. Menuruti rak2 buku itu satu persatu. Dibacanya abjad2 tebal yang adakalanya condong2 itu, sehingga ada ketikanya lehernya bagai terasa lenguh meneleng2 begitu. Dan setelah beberapa ketika, irisnya mengembang, memusatkan seluruh genap pandangan pada abjad2 yang tertera, yang setelah ditafsirkan oleh lobusnya, maka amat2lah dikenalinya akan kitab itu
"Tenggelamnya Kapal Ven Der Wijck"
Dan tanpa mangu2 lagi, dihulurkan lengannya, digenggamkan jemarinya pada halaman yang usang itu, menyelaknya sehelai dua selembut mungkin, seperti membelai orang yang dicinta, dan dia terus duduk di kerusi itu. Membaca, membaca dan membaca tanpa jemu2
Sesekali gugur airmata lalu disekanya dengan hujung lengan bajunya. Penceritaan Hamka itu, terasa pula seakan2 panah yang membusur terus ke dadanya. Seolah2 memang diingini tuhan agar dia ke sana lalu membacanya. Membacanya buat kali yang entah ke berapa. Tetapi yang ini lebih bererti, kerana ia menyorotinya tatkala hatinya sendiri terluka. Terluka lantaran manusia yang terlalu mudah mendendangkan cinta. Manusia yang sebetulnya tidak pernah mengerti apakah makna CINTA
Ya, seperti watak2 yang diciptakan Hamka dalam lembaran2 itu, dia bukan Hayati. Sedikitpun bukan. Dia lebih persis Zainuddin. Zainuddin yang bangkit setelah dihempaskan hatinya hingga berkecai kerana mentaati cinta. Salahkah? Tentu saja tidak. Sepertimana Tuhan menciptakan mata lalu mengurniakan penglihatan, seperti itu jugalah Tuhan mencipta hati lalu mengurniakan cinta dan perasaan. Dia dan Zainuddin cuma mangsa keadaan
Ya, semakin dibacaya, apatah lagi bila nasihat2 Muluk termasuk satu2 ke dalam akal dan jiwanya, dia semakin tahu bahawa manusia seperti dia harus terus bangkit. Kerana manusia yang macam Hayati itu cuma akan terus memperolok2kan mereka saja. Berjanji setia dengan perjanjian yang tiada hala. Lalu pergi tinggalkan dia dengan kesakitan dan air mata. Dia mesti terus bangun dan berjaya macam Zainuddin. Berjaya dalam karangan dan penulisan. Berjaya dalam kerjaya dan lapangan kehidupan setelah tamat kisah percintaan
Namun seperti yang diolah Hamka, sejauh mana pun dia merantau, sesibuk manapun dia dengan kerja2 dan iabadatnya, hatinya masih tetap sama. Manalah mampu dia dustakan cinta. Manalah mampu dia mengkhianati jiwanya. Cinta akan terus wujud selagi wujudnya dia di bumi fana. Dan akan terus kekal dipohoninya hingga bercerainya jasad dan nyawa
Ya, itu lah sebenarnya dia…

Thursday, May 20, 2010
When You LOVE Someone
Were we ever, did we use it up too fast
Our great moments never meant to last
And the last thing that I want
Is to ever make your smile go away
Keep the memories.. Take the best of what we had
I can't stand to watch what once was great go bad
And if I can't be with you
Then I rather just remember what we knew
When you love someone
And you love them with your heart
And it doesn't disappear if you're apart
When you love someone
And you've done all you can do
When you set them free
And if that love is true
When you love someone
It will all come back to you
Nights I wondered was it too much that we gave
If we gave in more could we have both been saved
And I guess we've crossed the line
Never knowing what was yours
And what was mine
And through it all, I still have no regrets
Just promise me - promise me
You never will forget - you never will forget
When you love someone
And you've done all you can do
And you set them free and if that love is TRUE
If you love someone, it will all come back to you
~
*Self-published at 3.33 pm (6 Jamadil akhir 1431)
Monday, May 17, 2010
Kenangan Kita
Aku termenung di bangku taman itu. Keseorangan, bertemankan nyanyian alam yang indah dan panoramanya yang memukau pandangan. Kicau burung dan tawa riang suara kanak2 yang bermain kegirangan bagaikan deruan halus yang masuk terus ke gegendang. Tidak sedikitpun mengusarkan dan memberkan gangguan. Sungguh tenang, sungguh mendamaikan. Tuhan, terima kasih atas ketenangan ini
Kenapa agaknya tuhan menciptakan CINTA? Mungkn kerana tuhan mahu manusia saling menghargai dan berkasih sayang kerana-Nya. Biarpun dikewakan cinta, manusia perlu terus hidup dan bertahan walaupun payah. Terus bersimpuh mengadap-Nya dan mengharapkan Dia saja. Mungkin itu bukti kasih sayang tuhan. Petanda bahawa Dia mahu menguji sesabar dan sekukuh manakah iman
Apakah cinta yang gagal itu satu jalan menuju KEBENCIAN? Jawapannya tentulah tidak. Bagaimanalah mampu untuk membenci seorang insan yang pernah dengannya kita sama2 berkongsi kedukaan dan keriangan.. Cuma mungkin belum masanya untuk cinta ini menemui bahagia. Kerana bahagia itu bukanlah satu destinasi yang dituju, tetapi ialah perjalanan yang telah sama2 dilalui itu..
Ya. Biarlah cinta itu melukakan namun mendewasakan. Lepaskan cinta, kerana kalau benar ia milik kita, tentunya ia akan kembali semula. Keringlah wahai air mata. Kita bukan insan lemah yang harus mati dan gagal kerana cinta. Ayuh kita bangkit dan berjalan semula seperti sediakala. Kamus hidup ini harus sekali diselak hingga ke helaian yang seterusnya, sehinggalah ke suatu masa ditarik balik nyawa
Buatmu yg jauh dimata. Setiap titisan air mataku kerananmu akan kujadikan kubu kekuatan untuk mengharungi jerih payah kehidupan. Lantas biar di hari pegadilan nanti aku biarkan hatiku berkata2 pada manusia seluruhnya, inilah cinta suci yang datangnya dari Allah. Dan aku sekadar menurutinya saja……………………….

16 May 2010
5.20 ptg
Monday, May 10, 2010
Kenangan

Kalau kenangan itu bagai pepasir di pantai, maka datangkanlah ombak dan badai, biar disapu bersih segala tanda2 cinta. Kerana aku sendiri idak mahu lagi menyorotinya..
Kalau kenangan itu bagai gumpalan awan, maka datangkanlah hujan dan taufan. Biar megalir jernih segala kedukaan dan digantikan dengan kebahagiaan..
Kalau kenangan itu bagai embunan pagi, pancarkanlah terik sang mentari. Biar kering segala luka lama, lalu meninggalkan parut yang memberi pengajaran maha berguna..
Dan kalau kenangan itu bagai deruan bayu, biarkanlah ia terus menderu. Kerana ada kalanya kenangan itu jadi semangat, untuk terus meniti kehidupan penuh nikmat…
Hartini Omar,
Oktober 2010

Wednesday, May 05, 2010
Andailah pemergianmu bernesan..

Sayang,
Andailah pemergianmu bernesan,
Tidaklah aku selemah ini...
Kerana mampu kuukirkan namamu di mejan kaku
Biarpun dengan darahku yang kini beku
Andailah pemergianmu berkuburan,
Tidaklah aku sesedih kini...
Kerana mampu lagi kutaburi kuntum2 kemboja
Biarpun dengan kudratku yang tiada daya
Andainyalah pemergianmu berpesan,
Tidaklah aku serapuh ini...
Kerana sempat lagi kukumpulkan saki baki tekad
Buat azimat rindu yang tak terubat
.
.
.
.
Tapi malangnya kau bepergian
Aku kini jauh kau tinggalkan
Namun dirimu tetap ada
Bersama kenangan yang menyesakkan dada!
...

kredit gambar: flickr
Hanya pinjaman Tuhan
Aku capai mathurat biru itu di atas almari baju. Berhabuk. Tebal. Aku tersentak, lalu datang kesal. Tuhan… Terlalu lama aku melupakanMu. Entah mahu atau tidak Kau menerimaku. Aku duduk di birai katil. Mengesat perlahan2 habuk yang melekat di permukaan. Mungkin begitu juga rupa hatiku. Berhabuk, bersawang dan hitam kelabu. Ah Tuhan.. Masih sudikah Kau memberikanku peluang? Walaupun kepada hambamu yang telah nyata curang?
Beberapa bulan yang lepas, Tuhan pinjamkan aku sebentuk cinta. Warnanya indah. Sentuhannya mendebar rasa. Aku mengaku aku terbuai. Lalu benar2 memberikan seluruh kehidupan; hati, jiwa malah raga kepada yang empunya cinta. Tanpa sedikitpun meninggalkan bakinya untuk keperluanku sendiri mana tahu bila2 Tuhan mengambilnya kembali. Dan itulah yang terjadi. Ya benar, Allah meminjamkannya cuma sementara lalu datang mengambilnya semula. Terlalu duka. Terlalu sehingga kering air mata. Aku lupa, aku alpa, aku leka menganyam sulaman cinta, tanpa memikirkan bahawa anyaman itu belum tentu menjadi milikku selamanya
Aku manusia, Tuhan. Manusia yang rapuh imannya. Kehilangan ini terlalu pahit. Terlalu. Tapi apalah dayaku. Apalah daya dan kudratku. Berilah aku kekuatan. Berikan aku ketenangan yang aku dambakan. Biarlah aku hilang dia, asal jangan cintanya. Temukan aku dan dia di suatu masa. Bagaimana caranya, terpulang kepadaMu sendiri yang telah menciptakan cinta. Kalau tidak di sini, di alam sana
Saat kubacakan mathurat itu, airmata ku mengalir lesu. Jatuh perlahan mengenai permukaan lembaran yang bertulis kalam2 Tuhan. Aku tahu kisah itu telah tamat. Segala yang berlaku sudahpun tersurat. Biapun aku menangis dengan air mata darah, dia tetap akan pergi dan tidak mungkin kembali lagi. Rahmati dia, Tuhan. Berikannya kebahagiaan. Biar di mana dia berada dan dengan siapa dia bersama. Kerana aku dan dia pernah sama2 berkongsi rasa, berkongsi jiwa, ketawa dan airmata. Lalu mudah sajakah aku membuangkan segala kenangan yang dicorakkan bersama? Tidak.. Biarlah aku simpan segalanya dalam kamus diri, semoga kelak dapat kita soroti bersama2 di negeri abadi, yang mana tiada satupun yang tidak akan diteliti, termasuk lah apa yang dikandung hati!
Ampuni aku, Ya Rabbi...

Kura2 kelabu itu..
Kura2 kelabu itu, yang bertenggek atas mejaku entahkan sejak bila. Entahkan sudah lama, entahkan baru tiba. Sesungguhnya aku benar2 tidak perasan. Kerana selama ini aku celik tapi buta, sedar tapi lena. Siapapun pemberinya, apapun sebabnya, terima kasih ya! Lainkali kirimkan nota, agar mudah kubalasi biarpun dengan sebaris kata..
Syukran jazilan!
Thank you!
Gracias!
Merci!
Monday, April 19, 2010
Yang namanya hati itu..

Yang namanya hati itu telah koyak
Takkan mampu kau cantumkan
Takkan mampu kau sematkan
Takkan mampu kau pulihkan
Biarpun kau jahit dengan bebenang cinta
Yang bersulam kenangan paling indah
Atau kau sematkan dengan bebutang rindu
Yang berlilit kalbu paling syahdu
Atau kau sapukan dengan ramuan kasih
Yang berjampi sayang tak tertagih
Parut ini takkan mampu padam
Kerana luka ini terlalu dalam
Untuk sekadar disapu kalam yang meniggalkan bekam…

mahkota cheras
19 april 2010
Tuesday, April 06, 2010
Aku bukan kamu

Aku bukan kamu
Kamu bukan aku
Terlalu jauh kita
Biarpun dekat di ruang mata
Kamu bukan aku
Aku bukan kamu
Terlalu beza kita
Biarpun nampak sama
Aku tetap aku
Kamu tetap kamu
Takkan mampu kita
Seiringan sentiasa
Aku sayang kamu
Kamu sayang aku
Namun sekadar itulah
Sekadar sayang yang tiada hala..
Mahkota cheras
6 april 2010
Tuesday, March 09, 2010
Usia yang 26 ini..
Hari ini hari jadi aku yang ke 26. Umur aku meningkat setahun lagi. Aku bangun pagi macam biasa, duduk kat birai katil, cek hanset yang sengaja aku silent kan malam tadi. Banyak pesanan ringkas yang masuk. Kebanyakannya dari nombor2 tak bernama. Yang itu aku tahu, mesti pelajar2 aku yang ramai tak terkira. Kalau nak save semua nombor dalam hanset ni, 4 gig pun takkan cukup.
Aku belek diri untuk hari pertama di usia 26 ini. Fizikal yang masih macam dulu, Cuma mungkin semakin kurus. Itu mengikut mulut2 dari mata2 yg memandang. Mana je aku pergi orang akan cakap :
‘Eh kenapa kurus ?’
‘Ko da kurus la’
‘Wow, you lose your weight’
‘Wah miss, slim la sekarang..’
‘Eh, awak sakit ke?’
‘Kurusnya kau sekarang..’
Dan berbagai lagi ayat2 dan kata2 yang membawa maksud yang sama bahawa aku dah kehilangan beberapa kilogram dari berat badan yg dulu. Spesifiknya, aku hilang 10 kilo. Adakah aku berdiet? Oh tidakk… Aku jog. Bila aku stress, aku perlu bernafas. Kalau tak bernafas, aku semput. Jadi hanya jog yang boleh buat aku bernafas dengan bagus. Dan secara tak sedar, aku hilang berat badan. Jadi sangat benar, senam boleh menguruskan badan
Selain daripada badan yg semakin mengecil, tiada apa pun yang berubah. Aku masih macam dulu2 juga. Bercermin mata, menulis dengan tangan kanan, membasuh kain tiap2 Selasa dan Khamis, dan segalanya yang tetap jua sama.
Aku tak sambut potong2 kek ke apa. Sebab aku memang malu nak sambut harijadi sendiri. Tapi aku hargai sangat2 setiap ucapan dan pemberian. Memang tak terbalas..
Cuma malam tadi, ada satu kotak hadiah dengan perfume ‘Tommy Girl’ dan pouch bag Nike yang aku dapat dari insan yang sangat aku sayangi. Terima kasih yg tak terhingga. Kalaulah dapat aku ungkapkan terima kasih ini dengan kata2. Kalaulah mampu aku balasi pemberian ini dengan segalanya.. Kalaulah..
Dan memandu macam biasa, masih dengan waraq yang merah. Masuk ke kelas dengan senyuman, berserta ucapan dari pelajar2 tersayang. Ah, apalah lagi yang diharapkan.. Aku dilimpahi kasih sayang sebenarnya, Tuhan..
Pisang sebiji dan air kotak itu saja lah yang mampu aku berikan sebagai sedekah di usia yang melangkaui suku dekad ini. Kalaulah ada rezeki yang lebih lagi, lebih lagi lah air dan pisang yang dapat aku bagi.
Dan seperti biasa di hari lahir ke 26 ini, banyak ucapan2 dari manusia yang mengharapkan dipercepatkan jodoh aku agar segera berumahtangga. Aku telah berjumpa dengan insan yang paling aku cinta. Cintakan sepenuh jiwa raga, yang juga sudi ia berkongsi segenap kelemahan dan kelebihan, cita2 dan impian. Cuma memang hakikat yang harus aku terima, sampai kiamat pun dia takkan mampu menjadi orangnya. Ah kalian, kalulah dapat aku ceritakan dengan perkataan…
Ya, dan umur yng 26 ini, semoga aku lebih tabah mendepani duniawi dengan ilmu dan iman yang tetap utuh di hati. Tuhanku sayang, terima kasih atas usia yang meningkat ini. Atau kah ini tanda bahawa Kau masih tidak sudi memanggilku ke sisi??
………………………..
Mama, papa, adik2 – thanks atas pesanan yang sangat ringkas itu. Ringkas tapi bermutu!

Mami – thanks atas ucapan. Ingatkan nak wish malam tadi
Lia – Thanks sahabat lama. Dari umur 16 sampai 26, kau tak lupa wish b’day aku
Liana – Terima kasih masih ingat birthday. Terharu aku..
Anak2 murid SEMUA – Terima kasih ya, atas ucapan. Tak terbalas
Kak dayah – Terima kasih dan selamat hari lahir juga! Haha
Ayu – Thanks atas panggilan yang sangat ringkas. Nanti akak belanja kentang
Sheda – Thanks atas panggilan telefon kat ofis. Ingat jugak kau kat aku ye
Dan kamu, sayang.. – Terima kasih atas segalanya. SEGALANYA yang sudi dikongsikan. Semoga Tuhan melimpahimu degan rahmat dan keberkatan. Biarlah kita berdua menjadi bukti bahawa cinta tidak semestinya memiliki dan dimiliki. Cukuplah cinta untuk kita dan hanya cinta dan kasih sayang itulah yang kita ada sebagai hadiah paling bermakna..
Terima kasih semua, Terima kasih Allah..
Mahkota Cheras,
9/3/10

Saturday, March 06, 2010
Sendiri dan masih sendiri
Menaip entri ini di tengah2 kesibukan manusia2 yg ketawa di kiri dan kanan.. Entahlah, aku fikir kehidupan telaj bwrubah tetapi rupanya masih bagai dulu2 juga. Aku masih sendiri dan hanya mampu diemani sepi. Atau aku kah yang sakit jiwa? Entahlah
Buat yang disayangi itu. Yang hanya dia yang tahu.. Menyendirikah aku?

Wednesday, February 24, 2010
Monolog dia yang terasing

Air mata itu bergenang, tetapi tidak mahu juga ia jatuh ke pipi. Hati membungkam, seakan tidak mahu lagi ia berkata2 kepada sesiapa. Terutamanya kepada alam yang sememangnya melukakan. Setiap wajah2 yang dikenangnya dulu, yang dirasakan butir dan denyut kasihnya, yang dihargainya segenap jiwa raga, tetapi kini wajah2 itu seakan memandangnya dengan pandangan kelabu. Dengan seyum tawar yang seperti mahu menyalahkannya atas segala apa yang berlaku
Air mata itu tetap bergenang di kelopak mata. Ditahannya kesedihan yang amat menggila. Rasa terpinggir ini, kalaulah mampu manusia2 mengerti. Kelainan dan perbezaan tercipta dan bukanlah diciptakan dengan sengaja. Kalaulah mampu dilukiskan dengan deru kata2
Sudah lama penanya tak bertinta. Sudah lama sangat dipendamnya segala kata2, lebih2 lagi kata2 jiwa. Dia manusia, dengan akal dan rasa; dengan ilmu dan iman yang seperti orang lain juga. Tetapi jauh sangat letak duduknya di samping masyarakat dan kenalan. Segalanya bagai terasing dan diasingkan
Air matanya jatuh perlahan, disekanya dengan hujung lengan bajunya yang lusuh seperti dirinya juga. Lusuh dan buruk di pandangan manusia. Fikirnya selama ini dia diberikan teman suka duka, tempat mengadu nasib dan rundungan masalah. Rupanya tidak.. Yang mengasihi dengan sepenuh hati itu cumalah dia saja. Dia sebenarnya masih keseorangan dalam hingar bingar keduniaan
Setiap manusia yang lewat di dalam hidupnya, yang berjaya muncul di pandangannya, dikasihinya dengan sepenuh kasih lagi sayang, biar siapa pun mereka. Lalu dia menganggap bahawa dia juga dikasihi dan disayangi dengan kadaran yang sama. Rupa2nya tidak. Hakikat itu diterimanya dengan perit dan pahit. Sesalan tiba2 membangkit dan membukit
Persoalan ‘kenapa’ yang terlalu banyak bermain di mindanya, ‘kenapa’ yang hujungnya terdapat berbagai telahan dan olahan, tidak satu pun dapat dicarikan jawapan. Fikirannya tepu, seakan tidak mampu dimasukkan walau sezarah pun lagi masalah. Cukuplah apa yang dilaluinya ketika umur masih muda. Sudah terlalu banyak rahsia dan cereka yang dipendamnya bulat2. Diratahnya gigih dan tekad juga semangat
Manusia lain mana tahu….
Di sini dia masih berdiri. Entahkan sebagai seorang manusia yang bernyawa, atau bangkai yang membusuk sahaja. Entahlah. Tiada siapa yang sudi menerimanya, menerima cinta dan tulus kasihnya. Sedangkan yang namanya cinta itu tentulah dari Tuhan juga. Tidak kiralah siapa pengirim dan penerimanya..
Tapi manusia mana lah faham denyut rasanya…
Dan kalaulah mampu dia nyatakan, betapa luhurnya kasih sayang yang dicurahkan kepada insan yang dicintainya itu, kalaulah mampu. Hari ini seakan2 terasa yang kasih sayang itu akan diabaikan esok lusa. Orang2 yang mengaku sayangkan dirinya, entah benar atau tidaklah mereka mengungkapkan kata2. Kenapa mesti dijaga hatinya? Jika tiada lagi cinta, maka khabarkan saja. Tidak sanggup rasanya menonton lagi segala bentuk sandiwara
Namun, jika memang benarlah si dia itu mencintainya, mencintai dan menyayanginya dengan segenap jiwa, biar siapa pun dia, mati atau bernyawa, kaya atau tidak lagi berharta, akan dibalasi setiap kilas kasih hingga ke akhir nanti. Dia manusia yang berbudi dan sangat tahu membalas budi. Dan yang itu dia amat pasti
………………………
Air mata yang mengalir ke pipi itu telah lama kering sendiri. Tiada lagi jemari yang mahu menyekanya dengan lembut dan mesra. Dia kan musuh semua, musuh hidup, alam dan dunia. Biarlah, dia tidak lagi peduli kepada bisikan2 alam. Asal saja TIDAK dia menjadi musuh tuhan, Tuhan yang sememangnya lebih mengerti dan tidak pernah mengecewakan… Tidak juga menghampakan….
………………………
Sayang, adakah dirinya bakal dikecewakan??

..............
..............
Monday, February 22, 2010
KUNCI
Wednesday, February 10, 2010
BUTA

Apakah yang BUTA ini?
Akal atau hati?
Hingga tak bisa memandang
Yang gelap mahupun terang
Siapakah yang BUTA ini?
Dia atau aku sendiri?
Sehingga bisa berpaling
Dari jalanan yang dulunya seiring
Apakah yang memBUTAkanku?
Cinta atau nafsu?
Sehingga hilang jiwa2
Dihanyutkan kedegilan menggila
Aku lah yang BUTA itu
KeBUTAAN yang aku sendiri tahu
Bila setiap permata hatiku
Aku tukarkan menjadi ketul2 batu...
Mahkota Cheras
10/2/10
..........................................
p/s: benar2 rasa bersalah..
Tuesday, January 19, 2010
Bertunang
Jangan terkejut. Bukan aku yang bertunang. Ni majlis pertunangan kawan baik masa kat sekolah dulu. Ada la sikit2 gambar dalam flickr ni. Nak tengok silakan. Tapi aku bukan pro, sekadar mencuba. Yang penting kawan aku tu berpuas hati. Alang2 nak tangkap gambar, baik yang lawa kanItu je lah untuk bulan baru, tahun baru ni. Blog ni dah lama sangat tak bersapu. Bersawang sana sini. Bila aku masuk, aku sendiri pun tersedak dengan habuk dan debu yang dah tebal, melekat dan mengotori segenap ruang. Blog ni bukan lagi jadi rumah idaman. Bukan lagi mahligai impian. Bukan lagi tempat aku curahkan segala denyut nadi dan kasih sayang. Aku sekarang bukan aku lagi. Aku yang dulu tu dah lama mati
Aku harap kawan2 blog masih sihat2 semua. Menulis tidak, membaca dan menjenguk kawan2 pun tidak. Tak tau apa yang aku buat sekarang. Sampai sini dulu. Terima kasih
Subscribe to:
Posts (Atom)