Friday, February 29, 2008

Untuk anak didik tercinta

Entri ini kutulis untuk kesemua pelajar2ku yang amat kusayangi. Sedar aku akan datang mereka dari golongan keluarga yang penuh kepayahannya. Ada diantara ibubapa mereka yang menjadi penoreh getah, menjadi petani yang membajak sawah.. Ibu mereka pula menjual kuih muih di merata desa, atau paling tidakpun menjaga isi rumah.

Belajar ini bukan mudah, andailah kalian tahu. Belanja pelajaran ini bukan percuma, andailah kalian mampu. Belajarlah sayang; anak2 didikku.. biar kalian jadi orang gemilang. Yang berjuang demi ibu ayah dan orang tersayang, sampai diangkat nyawa melayang….

Sayang…
Ingat ayah di rumah
Tak lekang jerih payah
Bermandi haring getah
Berlumur lumpur lecah

Sayang…
Ingat ibu di kampung
Tak lekang pekik lolong
Bersiram debu tepung
Berlingkar jalan lorong

Ayah tak mahu harta
Ibu tak mahu wang berjuta
Cuma bahagia bila dewasa
Dengan hidup dan kerjaya

Sayang…
Jangan kau di sini
Menjadi kaki joli
Meniaga harga budi
Menjual maruah diri

Yang di sini cuma perintang2 waktu
Yang selalu melalaikanmu
Maka carilah pentunjuk-Nya
Menyuluh ke jalan bahagia…

Wednesday, February 27, 2008

Kata orang lama

Lagi tentang politik. Anda suka membaca tentang perjalanan politik, maka jemputlah membaca posting Dato' A Kadir Jasin di link di bawah. Kali ini cerita tentang calon2 muda dan kewibawaan mereka. Benarlah kata orang, ayat2 orang lama sukar dicarigantikan. Umpama busur yang tajam menikam, mengharu dan mensyahdukan!

http://kadirjasin.blogspot.com/2008/02/cerita-tiga-calon-ternama-kadir-jasin.html

selamat membaca!

Wednesday, February 20, 2008

Cakap2 politik

Bebola mata membaca laju barisan ayat2 yg dimuatkan dalam suratkhabar harian. Kerana musim ini adalah musim politik, maka yg dibaca itu juga kebanyakannya adalah cakap2 politik. Namun pembacaan di musim2 politik sebegini memerlukan pemerhatian dan pemikiran yang bukan sedikit. Kerana yang banyak disogokkan di dalam akhbar2 itu hanyalah janji2 manis setiap calon pemimpin yang mahukan kemenangan. Adakalanya dapat aku rasakan yang janji2 dan kata2 itu lebih banyak dusta dari kebenaran

BN

Bila pemimpin BN menukarkan Tahun Melawat Kelantan kepada 2008 Tahun ‘Merawat’ Kelantan, aku lalu terfikir, apakah sakitnya di negeri Kelantan itu? Adakah hanya dengan tidak cukup pembangunan, tidak ada masjid yang didirikan maka sebuah negeri itu boleh dikatakan berpenyakit? Adakah sebegitu?

Tidak penting membinakan masjid2 yang banyak tetapi tidak ada satu jalan dan usaha pun dibuat untuk memakmurkannya. Pembangunan itu bukan hanya tertumpu pada yang lahiriah saja, malahan lebih penting adalah pembangunan rohani dan sahsiah. Aku sama sekali tidak bersetuju bilamana ada yang mengayu-ukurkan kemajuan sesebuah negeri pada banyak mana bilangan bangunan dan masjid yang didirikan. Bukankah terlalu cetek dan singkatnya akal fikiran mereka2 yang berkenaan?

BA

Tidak juga secara membuta tuli menerima omongan barisan alternatif dan kempimpinannya, aku juga sama sekali tidak bersetuju bilamana pemimpin Pas menjanjikan pendidikan percuma (dari darjah satu sehingga ke U) jika mereka diberi mandat oleh rakyat untuk mentadbir negara. Bukankah janji2 itu nampaknya seolah2 janji kosong belaka? Tidak ada negara dan kerajaan di dalam dunia ini memberi pendidikan percuma dari peringkat bawahan hingga ke pengajian tinggi kepada rakyat jelata. Negara yang kaya raya seperti Amerika pun tetap meletakkan harga pada setiap pendidikan yang disediakan. Janganlah berjanji sedemikian rupa, kerana janji2 itu tidak akan mampu terlaksana dan hanya akan memakan hati dan jiwa

Bila pilihanraya itu dibuat dengan keadaan memburuk2kan pemimpin, individu dan parti lain, maka akan hilanglah maruah pilihanraya tersebut. Alangkah damainya jika kita menjalankan kewajipan tanpa rasa dengki dan irihati. Tanpa ada syak dan prasangka. Namun itu semua bagaikan impian dan harapan saja. Bila umat yang seagama sebangsa pun boleh bertelagah, di situ kita tahu ke mana hala tujunya ‘kemajuan’ negara kita. Semoga tanah kita ini tidak dijajah lagi, dan semoga ia tidak dijajah rasuah, kepentingan diri dan korupsi...

..................................................................................

-New Posting-

Untuk menyokong BA menjadi kerajaan rasanya tidak mungkin kerana kerusi yang diwakili mereka pun belum cukup untuk membentuk kerajaan. Ideologi mereka pun nampaknya terlalu banyak cakap besar dan angan2. Masih jauh lagi BA untuk tampil sebagai pemimpin yang berwibawa, berilmu dan berhemah dalam beragama

Untuk juga menyokong BN (umno) dan kepimpinannya juga..., kesungguhan itu telah luput dimakan arus masa. Dengan gelagat kepimpinan tertinggi yang banyak terlena dari jaga, dengan pembaziran duit rakyat yang mengikut suka mereka, BN seharusnya diberi tamparan hebat agar mereka bangun dan sedar dari lena yang panjang. Sudah terlalu lama mandat diberikan pada mereka, sehingga mereka lupa diri dan lupa agenda utama yakni memperjuangkan negara dan bangsa

Semua terpulang kepada kita. Kita yang memilih 'orang suruhan kita'...

.................................................................................

ww: meminjam kata2 Bernard Baruch di dalam komen CTP,


"Vote for the man who promises least as he will be least dissapointing"

Friday, February 15, 2008

Apa nikmatnya tanah ini…

Apa nikmatnya tanah ini
Pada gunung ganang yang tinggi melangit
Pada sumur ladang yang mengalir ke parit
Di sana ada deru angin dan nyiur
Menggambarkan kehidupan aman makmur

Apa nikmatnya tanah ini
Pada luas alam dan lautan tak bertepi
Pada indah mahligai tinggi bangunan tak terperi
Di sana muncul nikmat harta dan kekayaan
Menggambarkan kesenangan tak bersempadan

Apa nikmatnya tanah ini
Bila pekan, pulau dibangunkan Hadhari
Lalu ladang dan kebun tergadai dijual beli
Meninggalkan Si tua terkebil di hujung negeri
Diumpan dengan tepung sekampit beras seguni

Apa nikmatnya tanah ini
Bila hasil tanahnya memberi kaya raya
Tapi bukan pada petani nelayan dan anak bangsa
Yang kaya cuma si hidung mancung, si botak kepala
Yang sering melawat dengan kereta lumba dan kapal layarnya

Apalah tinggalnya kenikmatan tanah ini
Andai yang bersuara hanyalah penginap astaka
Sedang yang di bawah hanya diam mengangguk saja
Di situ konon letak duduk demokrasi
Yang dibeli pemimpin dengan rasuah dan korupsi

Apa nikmatnya tanah ini
Bila pemimpin hanya tahu tabur janji
Mengabur mata manusia dengan saguhati dan naik gaji
Sedang jenayah tak pernah mati dan berhenti
Merobek meragut ummah tanpa disedari

Apa nikmatnya tanah ini
Di kerdip mata segalanya indah nikmat
Di balik minda segalanya hancur lumat
Pada tangan kita ada cara memulihkannya
Pada tangan kita ada pangkahan amat berguna

Mari nikmati kenikmatan tanah kita…..



Hartini Omar - 15 Feb 2008

Thursday, February 14, 2008

Kisah bulan depan

......Bulan depan alam pasti sibuk dan sesak dengan cerita2 undi dan pilihanraya. Tapi sayang, aku belum dapat campur tangan. Mungkin terpaksa menunggu lagi 4 tahun yang akan datang. Entahkan hidup, entahkan mata sudah terpejam. Sekarang cuma mampu mendengar dan memerhatikan. Nanti bila2 kelapangan kita pasti bercerita tentang undi2 dan kepimpinan. Tunggulah bila2 masa jejari tergerak minda terfikirkan.......

ww: terpancar sedikit kekesalan!

Malam2 seorang perempuan...


Wednesday, February 13, 2008

Ummi tanpa Abi

Bila belikat menggigit
Bila belakang terasa sakit
Bila susah menghimpit
Bila rindu mengungkit

Lalu akal meniti
Jiwa merapi
Aku seorang Ummi
yang tanpa Abi

Bukan mudah menjadi aku - andai kalian tahu!
Bukan mudah menjadi suri - tanpa lelaki bernama suami

Anak2 ini harta pusaka
Bukan barangan lelongan dunia
Ini sajalah yang aku ada
Buruk baik aku terima

Anak aku bukan batu kayu
yang boleh dihambat laku
Anak aku bukan kertas keping
yang boleh dilukis coreng

Biar aku besarkan mereka
Dengan kudrat yang tak seberapa
Biar aku belaikan mereka
Dengan harta yang tak banyak mana

Asalkan aku puas
Mengadap manusia tanpa belas
Jangan lagi dikata orang
Aku bagai Ummi terbuang

Anak2 entahkan jadi entahkan tidak
Bukan aku punya kehendak
Anak2 entahkan terima entahkan tolak
Seorang umi, ibu dan emak
Asal jangan maruah dikoyak
Nama dirabak
........ Aku sanggup jadi Ummi
Yang kekal terus tanpa Abi...

ww: aku menulis bagi pihaknya, yang sering kelu tak bersuara...

Kegelapan

Aku beralih angin sebentar ke latarbelakang yang gelap mendung. Segelap dan semendung kesepian yang tak terungkap tak terbendung.. Biarlah dulu sekiranya hati ingin bersendiri. Tiada jua pun kata2 yang ingin dibicarakan lagi. Jangan jua ceritera ini terkubur mati. Mati kerana hati dan jiwa yang telah jua lama mati

Aku kini di fasa yang biasa2 saja tanpa kata dan bicara. Kerana di alam sebiasa ini, aku cuma mahu dan mampu menerawang tanpa arah.. Biar saja keluarbiasaan itu datang kembali. Dan diwaktu itu aku akan kembali menjadi Hartini...

Salam permisi, ku undur diri...

Monday, February 11, 2008

Angin perubahan

menaiki feri

kolam renang di Bayview beach resort

sekadar menjamu mata

gerai2 di sepanjang jalan batu feringgi

melawat Taman Rama2

Jalan raya yang berliku2 di Batu Feringgi itu telahpun aku tinggalkan. Kesesakan kenderaan di persiaran Gurney pun telah lama jadi kenangan. Hingar bingar bunyi manusia yang berjalan di tepi2 jalan di sepanjang batu feringgi itu pun telah lama bertukar dengan kesunyian. Suara2 peniaga dari kedai2 yang menjual barangan murah seperti beg, kasut dan baju2 pun tiada lagi kedengaran. Apatah lagi bayu laut dan deruan ombak yang memukul pantai, segalanya kini hanya tinggal memori kehidupan

Cuti tahun baru cina itu aku ke Pulau Pinang. Menetap 3 hari 2 malam di Bayview Beach Resort, perjalanan kali ini lebih sekadar menemankan keluarga bersiar2. Aku sudah selalu sangat ke Penang. Sehingga boleh dikatakan, setiap tempat lawatan di daerah itu telahpun aku kunjungi. Lalunya dirasakan Penang itu tiada yang mengujakan lagi. Bukanlah kerana benar Pulau Pinang itu tidak menyeronokkan, tetapi kerana terlalu kerapnya aku ke pulau itu membuatkan aku tidak lagi merasa teruja menjejakkan kaki di situ

Di hotel, aku cuma melihat adik2 kegembiraan bermain air. Niat untuk mandi manda di pantai pun tertutup tatkala melihat ramainya manusia yang berlegar2 di sana. Lalunya masa kubuang dengan bersiar2 menghirup bayu laut saja

Aku merasakan yang hidup aku kini memerlukan sebuah pengembaraan yang lebih dari sekadar jalan2. Aku, di usia begini mendambakan perjalana merentasi ceruk desa dan hutan. Aku dambakan lawatan2 ke tempat2 sejarah yang bukan hanya sekadar ‘dalam kawasan’

Aku di usia sebegini mendambakan sebuah perjalanan yg penuh “advancer” nya. Bukan hanya setakat jalan2 makan2 dan melawat taman rama2. Bukan sekadar mandi manda di laut dan kolam sahaja. Aku teringin untuk mencuba bunjee jumping, berakit di air yg deras, melawat muzium2 usang di eropah, dan melewati candi2 dan kuil2 pra sejarah

Kini impianku cuma yg semacam itu. Aku mahu menjejakkan kaki ke semua tempat2 ajaib di dunia. Di tembok besar, di tajmahal, di colleseum, di eifil dan di mana2 sajalah asalkan ianya berbeza daripada biasa

Mama dan papa pun telah terperasan akan kelainan dan kehendakku yang kini lebih dari apa yang mampu mereka berikan. Dan papa berpesan supaya aku mencari duit sendiri, mengumpul duit sendiri dan pergi melancong sendiri. Beliau akan memberi restu dan izinnya dengan senang hati

Aku tersenyum, mengenangkan impian2 untuk menjelajahi pelusuk alam. Tiba masanya kehidupanku perlu berubah, aku rasakan. Kita tidak akan maju jika hanya melakukan perkara yang sama berulang2 tanpa terus melangkah ke hadapan. Terima kasih buat ibubapaku yang amat memahami dan mengerti setiap hembusan angin perubahan dan perasaanku yang tak terlafazkan...

Tuesday, February 05, 2008

Generasi Ulul Albab

Pelajar2 ku telah bercuti untuk sambutan Tahun Baru Cina ini. Selain dari membereskan slaid2 pembelajaran, masa kupenuhkan dengan membaca artikel2 di laman web, menyorot lembaran suratkhabar yang telah lama tidak dibaca dan mencari laman2 web yang menjana minda

Aku sering khabarkan kepada para pelajarku bahawa pembelajaran sebenar bukan hanya setakat di dalam buku saja. Kerana pembelajaran yang di dalam buku itu lebih memerlukan penghafalan dari pemikiran dan pemahaman. Oleh itu, kebijakan dinilai bukan pada deretan A di dalam transkrip mereka. Kebijakan sebenar adalah apabila kita boleh menyingkirkan dari kehidupan segala yang keji dan tercela

Disamping membaca blog2 politik dan bebelan para perayap, aku suka juga membaca tulisan Dr. Asri yang banyak relevennya. Meskipun banyak tulisan dan pandangan beliau dikritik para cendekia, beliau tetap meneruskan jatidiri, identiti dan penulisan yang penuh islamik dan kontemporari. Bagiku, kritikan memang perlu kerana hanya orang lain yang dapat melihat kekurangan sebenar yang ada dalam diri kita

Satu dari artikel Dr. Asri menyebut tentang kepentingan generasi ulul albab. Negara kita hanya akan berjaya dengan generasi akan datang yang tahu berfikir secara matang. Kematangan boleh diperoleh dari pembelajaran, pemerhatian dan pengalaman. Bukan hanya sekadar menerima bulat2 apa jua yang dikahabarkan

Di sini aku petik kata2 Dr. Asri di dalam blognya…

“Apabila kita menyebut tentang pemikiran yang matang dan berkemampuan membuat penilaian yang betul bukanlah semestinya bermaksud pemikiran mereka yang berkelulusan pusat pengajian tinggi. Walaupun itu satu langkah untuk mematangkan fikiran, namun entah berapa ramai yang berkelulusan tinggi tetapi berakal dangkal.

Maka membina golongan Ulul Albab bukan sekadar membanyakkan universiti atau pondok, atau penghafal buku dan matan tanpa kematangan fikiran. Sebaliknya adalah dengan mengujudkan persekitaran negara dan masyarakat, dasar dan falsafah yang membina akal yang matang sehingga dapat membezakan antara yang benar dan salah, antara yang buruk dan baik, antara yang berfaedah dan sia-sia dan seterusnya.

Barangkali pengajian kita lebih banyak menegaskan soal penghafalan fakta, dan kurang pula membentuk kemampuan menilai fakta secara matang dan berprinsip.”


Memang ada benarnya, memperbanyakkan jumlah universiti dan pusat2 pengajian, meramaikan jumlah pelajar yang ‘berpengajian tinggi’ bukanlah satu langkah terbaik untuk melahirkan insan2 dan golongan cerdik pandai. Kita tidak memerlukan ijazah dan pangkal nama yang berjela untuk menjadi seorang insan yang tinggi pemikirannya. Dan bukan hanya tinggi pemikiran saja, bahkan tinggi juga akhlak dan sahsiah hidupnya

Itulah yang kita perlukan untuk menjana negara. Pendidikan tanpa hala tujuan pastinya memberikan kekeliruan. Adalah penting untuk kita kembali kepada matlamat kita; menuntut, memberi, mengamal, mengajar dan menyalur segala ilmu yang ada semata2 kerana agama Allah. Mencintai ilmu, kerjaya, negara dan generasinya kerana Allah jua…