Wednesday, February 20, 2008

Cakap2 politik

Bebola mata membaca laju barisan ayat2 yg dimuatkan dalam suratkhabar harian. Kerana musim ini adalah musim politik, maka yg dibaca itu juga kebanyakannya adalah cakap2 politik. Namun pembacaan di musim2 politik sebegini memerlukan pemerhatian dan pemikiran yang bukan sedikit. Kerana yang banyak disogokkan di dalam akhbar2 itu hanyalah janji2 manis setiap calon pemimpin yang mahukan kemenangan. Adakalanya dapat aku rasakan yang janji2 dan kata2 itu lebih banyak dusta dari kebenaran

BN

Bila pemimpin BN menukarkan Tahun Melawat Kelantan kepada 2008 Tahun ‘Merawat’ Kelantan, aku lalu terfikir, apakah sakitnya di negeri Kelantan itu? Adakah hanya dengan tidak cukup pembangunan, tidak ada masjid yang didirikan maka sebuah negeri itu boleh dikatakan berpenyakit? Adakah sebegitu?

Tidak penting membinakan masjid2 yang banyak tetapi tidak ada satu jalan dan usaha pun dibuat untuk memakmurkannya. Pembangunan itu bukan hanya tertumpu pada yang lahiriah saja, malahan lebih penting adalah pembangunan rohani dan sahsiah. Aku sama sekali tidak bersetuju bilamana ada yang mengayu-ukurkan kemajuan sesebuah negeri pada banyak mana bilangan bangunan dan masjid yang didirikan. Bukankah terlalu cetek dan singkatnya akal fikiran mereka2 yang berkenaan?

BA

Tidak juga secara membuta tuli menerima omongan barisan alternatif dan kempimpinannya, aku juga sama sekali tidak bersetuju bilamana pemimpin Pas menjanjikan pendidikan percuma (dari darjah satu sehingga ke U) jika mereka diberi mandat oleh rakyat untuk mentadbir negara. Bukankah janji2 itu nampaknya seolah2 janji kosong belaka? Tidak ada negara dan kerajaan di dalam dunia ini memberi pendidikan percuma dari peringkat bawahan hingga ke pengajian tinggi kepada rakyat jelata. Negara yang kaya raya seperti Amerika pun tetap meletakkan harga pada setiap pendidikan yang disediakan. Janganlah berjanji sedemikian rupa, kerana janji2 itu tidak akan mampu terlaksana dan hanya akan memakan hati dan jiwa

Bila pilihanraya itu dibuat dengan keadaan memburuk2kan pemimpin, individu dan parti lain, maka akan hilanglah maruah pilihanraya tersebut. Alangkah damainya jika kita menjalankan kewajipan tanpa rasa dengki dan irihati. Tanpa ada syak dan prasangka. Namun itu semua bagaikan impian dan harapan saja. Bila umat yang seagama sebangsa pun boleh bertelagah, di situ kita tahu ke mana hala tujunya ‘kemajuan’ negara kita. Semoga tanah kita ini tidak dijajah lagi, dan semoga ia tidak dijajah rasuah, kepentingan diri dan korupsi...

..................................................................................

-New Posting-

Untuk menyokong BA menjadi kerajaan rasanya tidak mungkin kerana kerusi yang diwakili mereka pun belum cukup untuk membentuk kerajaan. Ideologi mereka pun nampaknya terlalu banyak cakap besar dan angan2. Masih jauh lagi BA untuk tampil sebagai pemimpin yang berwibawa, berilmu dan berhemah dalam beragama

Untuk juga menyokong BN (umno) dan kepimpinannya juga..., kesungguhan itu telah luput dimakan arus masa. Dengan gelagat kepimpinan tertinggi yang banyak terlena dari jaga, dengan pembaziran duit rakyat yang mengikut suka mereka, BN seharusnya diberi tamparan hebat agar mereka bangun dan sedar dari lena yang panjang. Sudah terlalu lama mandat diberikan pada mereka, sehingga mereka lupa diri dan lupa agenda utama yakni memperjuangkan negara dan bangsa

Semua terpulang kepada kita. Kita yang memilih 'orang suruhan kita'...

.................................................................................

ww: meminjam kata2 Bernard Baruch di dalam komen CTP,


"Vote for the man who promises least as he will be least dissapointing"

5 comments:

Anonymous said...

emm.. musim mngundi dh tiba.. dan mase ni la kita boleh tngok pemimpin2 cerdik pandai kite jadi tak berapa pandai dlm berkempen. brcakap mcm budak tadika. x profesional. inilah pemimpin2 kita!

Anonymous said...

-Hamba xberani nk ckp BA buat janji kosong.Kalau nk tau,cubalah kita menangkan BA.Di belakang Ba itu ada orang bukan sebarang orang.
-Diharuskan menceritakn keperibadian,baik buruk seseorg calon,membolehkan kita membuat penilaian.Tp jgn memfitnah.Laksana memilih teman hidup.Kira merisikla..
-Al-Ghazali.

Anonymous said...

al-ghazali,
-kalau BA menang semua kerusi pun belum mampu ia membina sebuah kerajaan
-semua pihak boleh kata apa saja jika mereka sendiri tahu bahawa perkara2 itu takkan mampu jadi kenyataan
-sekurang-kurangnya bukan dalam masa terdekat ini
-biarlah kita ada alasan munasabah untuk memaklumkan setiap butir 'cinta' dan 'benci'

Anonymous said...

Walaupun BA tak mampu untuk membina sebuah kerajaan dan mustahil untuk menyediakan pendidikan percuma kepada semua rakyat, tetapi jika mereka mampu berada di dalam dewan sekurang-kurang mereka boleh menegur atau mengkritik kesilapan/kecuaian yang terang lagi bersuluh yang dilakukan oleh pemimpin BN. Setidak-tidaknya ada pihak yang menolong pihak BN menyedari kesilapan mereka. Adapun barisan kepimpinan BN yang sedar akan kesilapan yang berlaku dalam kerajaan mereka memang tidak akan menegur atau memang tidak boleh menegur kesalahan sesama mereka kerana itulah dasar demokrasi amalan BN.. Walaupun janji BA ada yang tidak relistik tetapi sekurang-kurangnya mereka ada usaha untuk menegakkan syiar Islam dan sekurang-kurangnya ramai dari kalangan pimpinan BA yang tinggi penghayatn Ilmu agamanya. Firman Allah yang bermaksud: "sekiranya kamu cenderung kepada sesuatu kaum itu, nescaya ia akan disentuh oleh api neraka"..
Wallhu a'lam.

Anonymous said...

tuan anonymous,
-saya juga bersetuju dengan pendapat tuan
-kita perlukan banyak pihak lawan untuk menyedari setiap kekurangan
-kalaulah yg kita harap2kan itu semudah yang kita sangkakan
-dari itu kita hanya mampu berusaha dan memohon doa yang berpanjangan
-moga2 yang molek dan alim itulah yang akan diangkat menjadi kepala2 kerajaan...