Monday, December 02, 2013

Paris on foot

Saya akan sibuk dan tegang selepas ini sampailah bermulanya cuti Krismas. Jadi sebelum saya menyibukkan diri dengan writing assessment dan presentation, saya kongsikan dulu gambar2 trip ke Paris tempoh hari.

Selamat menonton!


Tiket Eurostar dari St. Pancras International di London ke Gare Du Nord Paris berharga GBP130 pergi balik. Kira2 RM650 duit kita. Perjalanan mengambil masa lebih kurang dua jam 15 minit.


Beginilah rupa St. Pancras International. Lebih kurang macam terminal airport jugak. Ada imigresen, pemeriksaan bagasi, ruang menunggu dan lain-lain.


Tiba di Gare Du Nord. Macamana rupa keretapi dia, lebih kurang sama macam dalam movie Mr. Bean yang dia tertinggal keretapi tu. Saya tak sempat nak shot sebab dengan beg bagai, tak cukup tangan. Tapi memang macamtu lah lebih kurang ;)


Berjalan kaki ke hotel. Lebih kurang 1 kilometer. Bila dah duduk London, saya dah terbiasa berjalan kaki. So kalau setakat 2/3 km ni kira dekat lah bagi saya. Paris lebih sejuk dari London. Pipi saya merah2 bukan sebab blushing, tapi sebab kering dan kesat. Nampak lawa tapi sumpah tak selesa. Hahaha


Tiba di hotel, berehat dan sebagainya. Ukur tanah sekitar hotel dan keesokan harinya memulakan trip "Paris on foot" berbekalkan telefon yang takde roaming dan internet, sebuah peta yang telah dikaji sehabis baik dan duit euro yang dijaga rapi.


Kawasan sekitar Gare Du Nord. Bangunan yang memikat walaupun sekadar rumah kedai. Kedai kopi dan kedai pizza yang bertaburan


Oh dan kedai yang ini pun ada. Sempat saya tembak untuk tatapan. Saya tak masuk, jangan risau. Hahaha


Tak segan untuk saya katakan bahawa Paris atau Perancis adalah negara yang selfish. Mereka tak pernah mempedulikan samada pelancong mereka faham atau tidak tanda jalan mereka yang SEMUANYA berbahasa perancis. Daripada papan informasi, sampai lah ke tandas, semuanya in french. Faham tak faham kau buat2 faham je lah

Negara kita sibuk nak memahamkan orang lain. Kalau tanda Jalan Tuanku abdul Rahman tu, segala bahasa dan tulisan nak diletak. Tiba2 saya terfikir, baik sungguh kita. Kita memang suka sangat nak memikir apa yang orang lain akan fikir tentang kita

Di Paris, NO. I don't care. Please speak French or don't speak at all.



Opera Garnier dari tepi. Selang satu bangunan dengan Lafayette Gallery yakni macam JPO lah. Tempat membeli belah yang saya tak masuk dan memang tak nak masuk. Bahaya!


Apalah Paris tanpa skulptur yang indah2 bukan? Terlalu banyak. Saya sekadar berkongsi sebahagian sahaja. Sangat berani dan daring mereka mengukir skulptur. Lagi sekali saya rasa mereka memang bersikap "I don't mind." It is in their blood and their culture



Opera Garnier atau dalam peta Place de l'opera di bahagaian hadapan. Memukau dan mengasyikkan. Saya terbayang Piramid Giza, Petra di Jordan dan Temple of Abu Simbel. Bagaimanalah agaknya jika saya dapat melihat binaan2 itu dengan mata kepala. Pasti tidak ada kata2 yang keluar dari mulut saya selain 'subhanallah'!

Saya kagum dengan manusia yang membinanya. Tapi saya lebih kagum dengan Allah Ta'ala yang maha hebat kerana mampu mencipta manusia hebat yang dapat mendirikan bangunan yang juga hebat. So, the credit goes back to The Almighty Allah ;)


Yang ini place de la Madeleine. Tetapi malangnya sedang di dalam pemuliharaan. Under construction. Saya rasa kerajaan Perancis pasti memasukkan peruntukkan pemuliharaan bangunan2 mereka di dalam bajet tahunan yang mana negara seperti Malaysia tidak perlukan. Bangunan kita banyak yang baru2. Kalau ada yang lama pun sibuk kita nak roboh nak buat baru. Modern la konon..


Berjalan dan berjalan lagi sehingga menemukan Place de la Concord yang mana terletaknya monumen ini dan roda besar ala2 eye of paris. Saya kesejukan, keletihan dan kelelahan. Tapi perjalanan saya belum berakhir. Saya mahu bertemu menara idaman itu. Lalu saya bersabar dan meneruskan perjalanan


Di kejauhan kelihatan Arc de Triomphe. Tapi saya tak berjalan ke arah sana. Saya memilih untuk menyusuri sungai sehingga tiba di Eiffel Tower.


Grand Palais yang sempat saya spot dari seberang sungai. Dan gigih berjalan ke sana. Indah dan memukau.


Menyeberangi sungai untuk ke Grand Palais. Harus berhati2 berjalan di Paris. Jangan bawa wang tunai yang banyak, jangan letak di dalam poket kerana banyak penyeluk saku dan mesti buat muka konfiden. Jangan layan orang yang datang mintak sedekah, jangan sain apa2 borang yang anda terima tanpa mengetahui dengan jelas butir bicaranya. Kalau orang suruh sain pun jangan sain. Biar dia marah dari kejap lagi kita yang marah. Hahaha


Pokok2 yang dah tak ada daun. Kalau kat Malaysia harus dah kene tebang. Tapi ye lah, kat sini kalau macamni bukannya mati. Daunnya gugur semasa musim sejuk. Dan memang lah sejuk yang teramat!


Palais de la Decouverte. Saya betul2 tak tahu apa sebenarnya palais tu. Palace kah? So, istana? Tak nampak macam istana pun. Mungkin sekali galeri. Saya cuba bertanya kepada orang awam. Tetapi malangnya saya tetap tak faham kerana mereka menerangkan sungguh2 kepada saya di dalam bahasa perancis juga. Namun saya tetap mengangguk2 juga dan mengucapkan Merci dengan senyuman. Ya, hanya mercy dan bonjour yang saya tahu. Sekadar itu

Saya menyesal tak belajar bahasa perancis. Menyesal sungguh2!


The Grand Palais dari sudut kirinya. Ramai orang beratur untuk masuk ke dalam. Oh ya, segala muzium dan galeri di Paris tidak seperti di London. Ianya berbayar. Anda harus membeli tiket masuk. Ada yang berharga Euro12, Euro18 dan Musee de Louvre yang menyimpan lukisan Monalisa pun tiketnya berharga Euro39 untuk pas masuk dua hari. Oh, sangat mahal. Mungkin lain kali saya akan ke Paris dan menunjungi muzium pula. Dan mengambil gambar rekaan dalaman mereka yang indah2. Untuk kali ini, cukup sekadar bergambar di luar sahaja

Kalau ada umur ke sini lagi. Mungkin dengan keluarga ;) siapa tahu


Petit Palais yang terletak berhadapan dengan Grand Palais. Sekadar merakam gambar tak sudah2


Dan pintu hadapan Grand Palais. Saya meneruskan perjalanan. Masih belum kelihatan menara jelita itu dari arah sini. Saya harus lekas bertemu dengannya. Misi saya belum dikira tercapai selagi bola mata saya tak dapat melihat menara itu walaupun dari jauh. Serasa saya belum tiba lagi pun di Paris!

Poyo sangat..


Dan setelah lebih dua jam berjalan, sayup2 kelihatan menara itu menjeling kepada saya. Oh namun untuk berada di bawahnya, saya perlu beberapa kilometer berbaki. Saya menarik nafas, meneruskan perjalanan berbekalkan azam. Azam yang saya simpan lama


Saya tak pasti samada saya mampu berjalan sejauh ini kalau di Malaysia. Jalan kaki dari stesen Bandaraya ke bangunan MARA pun saya dah mengeluh. Mungkin kerana faktor cuaca. Haba membuatkan kita cepat keletihan dan kehausan. Di sini saya berjalan jauh tetapi saya tak jugak berpeluh-peluh


Musee du Quai Branly yang terletak bersebelahan dengan Menara Eiffel. Berbayar dan saya tidak bercita2 utuk memasukinya di waktu ini.


Gambar ini saya ambil ketika saya terduduk keletihan. Keletihan tetapi dengan senyuman. Saya berjaya menemukan menara ini dengan berjalan kaki dan sekadar merujuk kepada peta yang berselirat. Saya tersenyum kepuasan. Keluar ucapan alhamdulillah tak sudah2. Segalanya terkawal, saya tidak diganggu, dicopet atau diberikan ujian buruk sepanjang berjalan kaki ke sini. Dan lama saya duduk memerhatikan bangunan ini yang sebenarnya hanyalah binaan dari besi2 yang banyak. Ya, hanya sekadar besi!


Besi!

Tidak ada batu, konkrit, kaca atau lain2. Hanya sekadar besi. Ia tidaklah setinggi mana dan kalau tengok lama2 terasa macam kelakar. Kenapalah saya beriya nak tengok ni dengan mata kepala? Binaannya saya kira tidaklah sesukar mana. Tidak ada skulptur tertentu ukiran wajah manusia, tidak ada ketinggian ajaib seperti Burj Khalifa yang setinggi 800 meter. Tidak ada binaan tertentu yang benar2 mampu melopongkan mulut saya.

Ya, tidak ada. Tidak ada yang ajaib. Ia hanya sekadar menara yang setinggi 300 meter, lebih rendah 150 meter dari menara berkembar Petronas kita, dan hanya sekadar empat tiang kaki yang mendokong satu tiang berdiri. Owh, apakah yang menariknya??

Hahaha.. *pelik dalam hati

Saya tersenyum lagi. Terasa bodoh sekejap. Namun akal saya lekas menjustifikasi bahawa mungkin sekali orang gilakan konsep dan rupanya. Ya, ia menara ringkas yang lawa. Beruntung Paris mempunyai Eiffel Tower yang saya rasa tak lah semahal mana kalau nak membinanya lagi satu di Malaysia. Tapi tu lah. Ia sebuah mercu tanda. Dan kalau dah nama mercu tanda, hanya akan ada SATU dalam dunia

Tak boleh dicipta2 lagi. Bukan tak mampu, TAK BOLEH!

Saya bukan arkitek. Saya bahaskan berdasarkan penilaian umum saya. Maaf jika saya salah meduga mengenai kesulitan membina menara seperti ini


Ya, inilah dia. Berjaya saya jejakkan kaki dan membuang2 pandang. Warnanya coklat gelap, tidak berkarat, nampak kukuh dan masih berfungsi membawa pelangcong ke ruang atas dengan tangga atau lift walaupun dibina sejak 1889!!! Bayangkan.. Ia menara glamer. Patutlah saya kepingin melihatnya


Setentang dengan menara Eiffel, Ecole Militaire atau Millitary School yang dibina sekita 1750. Kira Maktab Tentera Diraja lah kalau kat Malaysia. Saya tak jalan dah sampai sana. Sangat penat dan tak larat. Saya singgah ke kedai makan, mencari buah tangan untuk keluarga, sanak saudara dan rakan2 di Malaysia, dan sekadar berehat menunggu hari gelap.

Tidak ada kemudahan surau di kawasan sekitar. Dan kalau di London selalunya kami solat di quiet room ataupun fitting room kompleks membeli belah. Tetapi sekitar kawasan Eiffel Tower ini tidak terdapat satu pun prasarana yang semacam itu. Maaf kalau sebenarnya ada tapi saya yang tak jumpa


Eiffel sekitar jam 5 petang. Selepas mengambil gambar malam lebih kurang, saya menaiki teksi ke hotel Novotel Orly Rungis untuk bertemu rakan saya dari Malaysia. Saya bermalam di sana, sempat makan maggie, berborak panjang dengan bahasa melayu, dan keesokkan harinya menaiki teksi semula ke Gare du Nord untuk pulang ke London



Ya, di stesen Gard du Nord menanti ketibaan Eurostar yang akan membawa saya pulang ke pangkal jalan. Kepenatan, keletihan, kepuasan dan kesyukuran

Sekadar itu lah yang dapat saya kongsikan dengan anda sepanjang 3 hari 2 malam saya di Paris. Saya tidak menaiki apa2 kenderaan awam kecuali teksi untuk ke hotel. Jadi saya tidak tahu bagaimana kelancaran perkhidmatan awam mereka

Apa yang ringkas yang boleh saya perkatakan mengenai Paris, ia sama sekali berbeza dengan London! Ya, orang2 di Paris lebih selfish, lebih sombong, lebih kasar, trafik jalanrayanya lebih deras dan melulu, papan tandanya kurang dan tidak menentu, tidak ada peta di tempat2 menarik untuk membantu pelancong yang hadir, persekitarannya 'nampak' tak selamat dan kurang restoran halal.

Tapi ia bandar yang menarik. Menarik untuk dijadikan pembelajaran. Namun jika boleh memilih, saya memilih untuk terus tiggal di London kerana orang, budaya, dan bahasanya sangat mesra manusia. Mesra manusia2 yang macam saya ;)

***

Entahlah saya akan ke Paris lagi atau tidak. Kalau ada umur dan peluang, apa salahnya. Dan kali ini kalau kembali lagi, saya mahu berjumpa Monalisa pula. Ya, saya tak sempat ke Musee du Louvre dan muzium2 yang lain. Saya akan datang nanti dengan duit yang memang saya khaskan untuk ke muzium sahaja. Ya, muzium mereka yang tidak percuma

Monalisa bukan percuma!

Saya juga akan datang kembali dengan lebih dari sekadar bonjour dan mercy.


Ya, route perjalanan saya (yang bertanda kuning). Sekitar lebih kurang 10-12 batu (darab 1.6 utk kilometer) berjalan kaki. Oh, apalah sangat perjalanan ini berbanding hijrah dari Mekah ke Madinah ye tak?

Sedar2 kita memang takkan mampu menyamai watak2 besar itu walaupun sekadar menjadi debu di telapak kaki kuda mereka!

Betapa saya menginsafinya.. Saya perlu lebih banyak berjalan dan mentadabbur alam. Semoga hendaknya Tuhan memberi rezeki dan peluang

***

Sekian dulu dari saya di London. Diharap rakan2 pembaca dapat sedikit ilmu dan pengalaman hari ini ;)

Salam sayang, Tini Omar

13 comments:

Ayu Anida said...

Salam kak lead..
Baca entry ni terasa macam kite pun ikut skali.
Lain kali, sisipkan skali gambar kak lead.
Kami di Malaysia dah riinnndduuu nak tengok Kak Lead yang disana..

Ajamahiyaa said...

yer laaa....mcm berjalan sama2...
mesti pengalaman kat bandung telah mengajar k.lead utk menjadi lebih tegas!!!! x sain pape kan???? hahaha...

Anonymous said...

travel sorang ke?

Hartini Omar said...

ayu, kalau hartini omar post gambar sendiri dalam blog ni memang guruh berdentum, kilat sabung menyabung la. haha

aja, yup. akak memang bertegas sampai bengang orang2 french dengan ketegasan aku. bandung memang mengajar erti cekal. ku tak rela ditipu lagik!

rapunzel, ya. saya travel alone dan hanya jumpa member di hotel on 29th tu. dia datang dr malaysia utk company trip ;)travel alone memang mencabar tp best!

terima kasih semua

Ajamahiyaa said...

cayalah k.lead....
travel alone....best2!!!

Hartini Omar said...

aja, pass dah yg ni. lepas ni nak try pegi itali plak sorang. hahaha angan2 setinggi awan iols

menara condong pisa dgn Colosseum. mahu.. saya mahuuu!!

Cinta Sakura said...

Wahhhhh hebat..kagum dgn anda...

Hartini Omar said...

Nad, terima kasih daun keladi ;)

jom travel italy. nak? jom ahh.. haha

Cinta Sakura said...

Nk kna kumpul duit ni...hahahaa...

mommy.aisy.hana said...

Lydiaaaa xtw pn dh p london....amboiiii.. nk ikutttt

lead said...

Hik.. ala london je kak. Akak klau nk dtg anytime kot. Heee.. sy hrtu mmg dah lmbat. Knduri pun x sempat buat. Sori kak.. ;) meh dtg bwk aisy meh

Ekah Asri said...

Overwhelmed by the words and best description on everything. Felt like we were travelling side by side. Your Bahasa Melayu is spectacular. I should learn more and you should teach me more. ^_^

Hartini Omar said...

My moments,

;) saya hanya mampu tersenyum bila kamu sudi hadir. Bahasa Melayu itu pakaian saya. Dan bahasa inggeris itu perhiasannya

Begitulah saya kira

Jemput datang lagi. Saya boleh bagi kelas bahasa free! hehehe ;P

Terima Kasih