Friday, May 09, 2014

Jom tengok rumah sewa saya!

Kita asyik berjalan ke luar je. Harini saya nak share gambar2 di dalam rumah saya pulak. 

Rumah sewa saya terletak di Congreve Street, London. Kalau naik bas, kira dalam 10 minit sampai lah ke Tower Bridge. Nak ke kampus Waterloo dalam 15 minit naik bas. Dan ke kampus saya di Denmark Hill, dalam 20 minit


Ni pemandangan dr tingkap bilik saya. Macamni lah rumah saya. Dia kira macam flat je lah. Bangunannya dua tingkat. Tapi kalau masuk pintu unit, pun ada dua tingkat jugak dalam rumah tu. Macamana nak bagi faham eh. Bayangkan rumah flat yang empat tingkat. Tingkat satu ada 10 unit rumah, contohnya (Unit 1-10). Tingkat 2 (unit 11-20) etc. So dalam setiap unit ni pun dua tingkat jugak. Selalu kalau flat kat mesia sebuah unit tu satu tingkat je kan? Ha ni masuk2 je pintu ada lg tingkat atas


Ha macamni lah. Bukak je pintu rumah, macamni lah keadaan dia. Yang kanan tu tangga nak pergi tingkat atas, dan yg kiri tu dapur. Sebelah dapur tu bilik Aisyah. Dan depan pintu bilik Aisyah tu ada lah ruang tamu kecik, muat letak sofa yg dua tempat duduk tu je. 

Rumah saya takde tv. So kira dah lebih setengah tahun lah saya tak tengok tv. Survive je pun..

So senang cerita, unit rumah saya terletak di tingkat dua. Dan bilik saya berada di tingkat atas. Bilik Aisyah yg bawah sebab senang nak letak piano dia, tak yah nak naik turun tangga. Dan ada satu lagi bilik hosmet saya yang sorang lagi si Timea. Sebutnya Timi. Timi ni orang putih. Dia cikgu tadika. Sangat baik, lembut dan pembersih kuasa 66!


Ini pulak dapur yang sekangkang kera. Rumah kat london ni memang semua kecik2. Rumah saya yg 3 bilik ni pun dah GBP 1.8k sebulan. Cuba kak non kali 5 Macam nyewa banglo hoi.. So bila kami bahagi 3, sorang bayar 600 pounds sebulan. Bil letrik, gas bagai selalunya dalam 20pounds. Kira lebih separuh dari elaun bulanan saya adalah untuk penempatan. Kalau convert, RM3000+ untuk sewa bilik saya je

Sebabtu ramai orang pilih belajar kat luar London. Rumah sewa lagi murah. Walaupun yg belajar dalam london dapat elaun rate A, tetap sikit jika dibandingkan dengan yg duduk luar london. Rumah sewa baru seratus lebih/ dua ratus je. Nak buat macamana, dah takdir..

Walaupun kecil, semua kelengkapan ada. Disebabkan aisyah memang dah lama duduk london, dari pinggan sampai ke sudu, semua dia yg bawak. Saya memang cuci kaki je la kiranya. Syukur Alhamdulillah. Saya menumpang barang2 dia je lah. Dan syukur sangat2 sebab saya dapat housemates yg semuanya pembersih dan pengemas macam saya juga. Ecewah! Sapa yg pernah duduk menyewa reramai je lah yg tahu azabnya kalau dapat hosmet yg pemalas dan pengotor ni. Azabbbb. Azabbb..


Ini toilet. Dalam rumah saya ni ada satu je tandas. Dan saya rasa hampir semua rumah di london ni, toilet dia ada bath tub. Saya pun tak tahu kenapa. Masalahnya cuaca kan sejuk. Mandi pun pikir dua tiga kali apatah lagi nak berendam. Memang tak laa..

Dan seperti toilet di hotel2, tentu2 lah kering dan siap letak carpet. Kadang2 ada macam sweet gak toilet yg kering berkarpet ni. Macam umah orang2 kaya gitu. Kira takde lah belengas dan basah kuyup lantainya macam toilet kat rumah kita kan. Saya memula datang pun reaksi saya "huiyoo". Hahaha

Tengok2 semua rumah pun gitu. Memang tandas jenis kering


Ngaa.. Ini pulak bilik saya. Ececeh dengan cadar bendera union jack lagi. Hahaha memang saja saya tukar cadar tu sempena dah lebih enam bulan saya kat UK. Ala bukan mahal sangat pun. Set duvet tu kat sini baru GBP18/GBP15. Tak mahal.. Kira boleh tukar every month la kalau nak. Cuba kat mesia, bercinta nak beli set conforter. Sampai ke sudah pakai yang lama

Bilik saya ni lengkap lah dengan meja study, rak buku, katil double dan closet. Kira baju tak letak dalam almari tp dalam closet. Macam dalam citer kartun Monster Inc tu. Haa, closet gitu lah. 

Jangan lah terpedaya, ni keadaan bilik bila kemas. Bila saya lepas2 submit report ke apa. Kalau saya sibuk, memang macam kapal karam. Tak kuasa nak mengemas kak non. Kerja lagi banyak nak kene setel


Macamni lah keadaan meja study saya kalau saya tengah berperang. Kadang2 bukunya sampai ke lantai. Dengan research paper lagi, jurnal mak nenek. Tak lalu. Sebab tu saya cakap, saya selalu kongsikan dengan anda yang best2 je. Tapi yang tak bestnya banyak sebenarnya. Saya je malas nak cerita. Kalau tengah busy tu, baju pun tak sempat nak lipat. Lebur kan aje. Hahaha saya ni bukan lah rajin sangat tapi takde lah pemalas sangat jugak. Selalunya biasa2 je lah bilik saya. Teratur.

Dibandingkan dengan bilik saya, bilik aisyah lagi lawa. Ada piano, ada hiasan meja, ada frame gambar, ada bantal comel, alah macam bilik perempuan2. Cadar bunga2 dan wangi je. Bilik saya ni memang macam bilik orang bujang je lah. Saya memang tak lah nak memeluk patung bagai. Just not me la hoiii teddy2 bear ni. Dan saya pun tak reti nak menghias sangat. Asal kemas bersih sudah

Baju pun tak banyak. Saya pakai apa ada je. Dan tak kisah pun kalau pakai baju ulang2. Saya tahu orang perempuan memang tak lah nak pakai baju yg minggu lepas dah pakai kan? Hehehe.. Tu lah bezanya saya. Saya memang tak berapa nak perempuan sangatlah kiranya bab2 ni

Ok itu je lah yg dapat saya kongsikan dengan anda. Nak jemput datang, jauh sangat lah pulak ye tak ^^ hehe.. Ok, terima kasih sudi singgah membaca. 

Salam sayang

15 comments:

Nieda Ramly said...

macam best jer jd org london.

Hartini Omar said...

Nieda ramly,

Ada yang best ada yang tidak. Ada masanya terasa best lagi kat Malaysia

Terima kasih singgah ;)

s.c.h.u.l.t said...

dapur kita sama! tapi tak duduk london la. hehe

Hartini Omar said...

S.c.h.u.t,

Yeke? Tp tu dapur sekangkang kera je tu. Saya pergi rumah member kat sheffield, huiii punyalah luas dapur. Boleh buat kenduri kendara ^^

Ekah Asri said...

Finally. Nice, decent bed.

Hartini Omar said...

Indeed finally. Which wasn't happen always. If you know what I mean ;) hehe

Thanks for droppin' by

Anonymous said...

Assalammualaikum akak,

Okay. I've been reading your blog for a few days now and can I just say you are probably one of my favourite blogger *thumbs up* Anyway, next year I'm going to London, probably to study at King's too. Just nak tanya, rumah akak ni accomodation pihak University or not? Sebab tadi my dad search encik Google, dia kata kalau nak rent rumah biasa kena ada guarantor who works in UK and we know no one in UK. Your reply is highly appreciated, Thanks a million ^_^

Hartini Omar said...

Hi Eqa.

Thanks for reading. Nope, rumah saya bukan uni accommodation. Uni accomodation di london selalunya lg mahal. Rumah ni kami (sy dan housemate yg kenal dlm page fb pasca mara) cari sendiri kat website. Try la gumtree ke, home letting ke, saya lupa dah tp ada banyak website yg offer rumah2 sewa. Basically mmg that's the procedure, you need to have local people as guarantor but some landlords do give exception if we could provide financial statements (be it sponsorship letter/financial affidavit/bank statement etc). Well at least that was what we did before.

Hope I answer your question. Looking forward to have you in London. Do email me if you have further queries. I'm more than happy to help ;)

Selamat maju jaya

Anonymous said...

Thank you for replying ^_^ Haha.

I see :) Ha, tulah. Takut nanti diaorang tak layan kalau takda guarantor. Can I have your e-mail then? Thanks :3

Hartini Omar said...

charming_lead@yahoo.com

Shazana Mohd Daud said...

Hi! My name is Shazana and insyaAllah I will also head to London this year utk buat MA. Uni Hall mmg sgt2 la mahal! Would you mind kalau Shaz pun nak email Hartini?

Hartini Omar said...

Hi shazana,

Oh please do so. I'll assist you the best that I could

Unknown said...

assalamualaikum... kak hartini, saya bercadang nak berhijrah ke london. tapi harga rumah yg saya check smue mmg mahal. tapi memang kene ade guarantor ke? klau saya keje di sana still kene guna guarantor juga ke? saya takut saja ke sana tapi sia-sia. saya bersama mak dan dua org adik prempuan saya. saya brcadang nk keje di sana

Unknown said...

hrap sangat kak hartini dpt bantu serba sedikit tntang kehidupan di sana

Hazim said...

Mohon berkongsi info Rumah Sewa di Aberdeen. Khusus untuk orang dari negara Nusantara untuk rumah percutian, short term atau long term stay. Sewa sepenuhnya atau sewa bilik
https://www.facebook.com/Rumah-Sewa-Aberdeen-United-Kingdom-380271628970479/