Monday, May 12, 2014

St. Fagan dan Richmond Park

Tengah2 ada masa sebelum nak start mereport balik ni, elok rasanya saya kongsikan sedikit gambar sewaktu saya ke St. Fagan (terletak di Cardiff, Wales) dan Richmond Park (terletak di Richmond, London) tempoh hari

Ok, selamat membaca

St. Fagan

St. Fagan National History Museum ni adalah antara muzium 'open-air' atau muzium outdoor yang popular di Europe. Sewaktu saya melawat, memang ramai lah pelawat yang datang bawak anak2 dan keluarga mereka ke sini. Dan kebanyakannya orang tempatan. Dia kira macam Taman Mini Malaysia lah yg kat Melaka tu. Sebab dia ada tunjuk macamana bentuk rumah2 zaman dulu, apa pekerjaan mereka, macamana kehidupan dorang sebelum merdeka dan sebagainya

Ok enough said. Jom tengok gambar!


Ni kalau ikut penerangan staff muzium tu, kira rumah owner ladang zaman dedolu lah. Sebab tu lawa sikit. Cat pun kaler merah. Kalau rumah kuli memang dindingnya kaler putih je. Rumah di dua tingkat ok. Ada tiga bilik tidur kat bahagian atas. Luar nampak simple tapi dalam semua ada. Lengkap dan hebat! Cuma saya tak ambil gambar dalam rumah. Sorry..


Macam rumah2 kat kampung jugak, selalunya depan tu ada ladang dorang sendiri. Ada sebahagiannya yang memang tidur dengan kuda, dengan kambing. Macam pesawah, petani, peladang kita jugak



Dah lama saya teringin nak tengok biri2 yang gebu ni dari dekat. Tercapai jugak hajat. Selalu asek tengok dalam tv je. Ni biri2 ni musim panas nanti dorang togel lah. Bulunya akan dicukur dan sebahagiannya akan disembelih. So kalau nak tengok dorang gemuk2 gini memang kene datang time winter dan spring



Ada jugak dipamerkan barang2 zaman dulu, macamana rupa kedai runcit dorang dan macam2 lah. Kan saya kata macam Taman Mini Malaysia tadi


Ni kira belakang rumah pekerja2 ladang. Dorang pun bercucuk tanam kecil-kecilan jugak dulu. Tandas pun kat luar rumah. Sama je macam rumah2 kampung kita. Takde beza pun. Kira dulu2 dorang pun susah jugak. Dorang perlukan berapa ratus tahun untuk modern dan kaya raya macam sekarang. So apa kita nak kecoh kalau negara kita belum lagi maju. Umur negara kita merdeka pun baru nak masuk 57 tahun. Pelan2 kayuh sudah. Takyah nak gelojoh sangat. Rakyat pun kene la sokong apa yang patut. Jangan kondem je. Ko ingat senang nak tadbir negara?

Eh terbebel pulak..


Kebanyakan rumah dorang ni memang cat nya kaler putih. Boleh la kot nak mengecat kaler putih kat cuaca yg kering lagi sejuk macam kat negara barat ni. Kalau kat mesia, lekas benar la nampak hodohnya dengan kulat bagai. Panas dan lembap mcm kat negara kita memang tak sesuai lah guna putih2 ni. Cepat nanti berubah ke gelita


Saya memang minat lah hutan2 dorang sebab ye lah, rumputnya macam tak berapa nak panjang. Hutan tapi takde semak samun sangat. Mungkin sebab sejuk kot. Saya memang rasa sebab sejuk, so rumput rampai tak berapa nak menjadi. Jadi hutan tu nampak macam taman lah

Ok. Itu je lah gambar St. Fagan yg dapat saya kongsikan. Masuk ke muzium ni percuma. Saya memang pilih tempat yg percuma je lah sebab bajet harus dijaga zezaman student ni ;)

Sekarang ayuh kita ke Richmond!

*****

Ini pulak Richmond Park. Taman yg tersangatlah luas di Richmond. Richmond ni masih dalam london. Saya pergi time hari minggu je ni, naik train mcm commuter tu. Antara hobi saya kat London ni memang lah jalan kaki. Kadang2 saya tak perasan yang saya dah berjalan berpuluh2 batu. Tak rasa penat. Tak rasa haus. Nak buat macamana, nak drive takde kereta ;(

Richmond Park ni kira antara royal park lah. Taman raja2 lah senang cerita. Ok jom tengok gambar lah


Ni antara tasik yg ada dalam richmond park ni. Nama dia pen ponds. Hihi lucu lah jugak tapi nak buat macamana dah nama dia pen ponds.


Pen ponds jugak. Macam kawasan pokok bakau pun ada saya tengok kat area2 hujung pen ponds ni. Luas. Terlalu luas taman ni


Ok ni peta richmond park. tengok pen ponds kat tengah2 tu. Ciput je kan nampak. So bayangkan keluasan taman ni. Huge!

Gambar2 kat bawah ni pulak adalah gambar kat Isabella Plantation yang ada dalam richmond park ni. Subhanallah lawanya. Macam dalam taman larangan istana2. Tempat2 puteri bersiram, tempat2 dayang menyanyi2 girang. Eh! Hahaha macam. Sebab memang macam tu saya tengok gayanya


Kiri kanan bunga. Bunga merah bunga ungu bunga pink kuning eh semua lah


Sebab ni musim bunga, so memang Isabella plantation ni menjadi tumpuan pelancong. Ramai yang datang lepak2 bawak anak bini datang sini.



Dua gambar kat atas ni adalah spot yang paling saya minat dalam isabella plantation ni. Lawaaaaaaaaa!!! Hai la jiwa...





Taman lagi, bunga lagi, kolam lagi sampai jemu. Sementara tengah musim bunga ni baik lah saya mengambil kesempatan sebanyak yang boleh sebelum semua bunga2 ni gugur dan lepas ni tinggal daun kaler hijau je menandakan bermulanya summer.

Dah habis berjalan2 kat taman, saya keluar jalan kat area hutan pulak. Awal2 tadi saya dah tanyakan kat orang2 tempatan yang datang, kat mana saya boleh tengok rusa. Dan orang tu cakap kat saya "Owh there's no exact spot to see them. They just scattered all over the places. If you're lucky, you'll be seeing a couple there, a dozen over here (sambil tunjuk2 arah kat saya). It's purely based on luck." sambil senyum dan ucapkan semoga berjaya kat saya.

Based on luck?? Cheh. Sadis kan?

Sebab taman ni tak berpagar. Saya tengok dalam website memang boleh nampak la rusa berkeliaran cari makan dan sebagainya. So saya pun berjalan je lah dengan harapan moga2 adalah sekor dua yang sudi memunculkan diri di depan saya

Dan jeng jeng jeng

Akhirnya, setelah berjalan dekat sejam jugak lah berkeliaran dalam hutan sorang2, sekawan rusa melintas depan saya. Punyalah bahagia. Bhahahaha xD




Saya mintak sekor dua je. Allah bagi sekawan! Ha amek. Tengok sampai puas. Ada yang sempat saya snap pakai kamera enset. Ada yang pakai kamera compact saya ni. Kira mana sempat lah. Teruja sebab takde orang lain time ni. Kira memang rezeki saya lah. Hiks. Mmuahh! Thank you Allah





Kalau tak disebabkan ada bintik2 kat badan dia tu, mahu rasanya saya ingat kambing. Memang macam lebih kurang kambing je pun. Dorang diam je tengok saya. Saya tak nak lah datang dekat sangat, kang lari terus melepas nak amek gambar. So saya buat chilax je lah. Sebab dorang pun tak boleh dengar bunyik terkejut macam ranting patah ke. Memang berdesup lari

Saya tunggu jugak rusa jantan hok yg besar dengan tanduk yang mcm ranting pokok tu. Takde. Takde rezeki saya harini. Yang jantan kan bos2. Bos2 mana jalan dengan orang bawahan. So saya rasa maybe next time saya kene cari kat mana kawasan jajahan dia. Teringin jugak tengok rusa yang tanduk besar tu

***

So itulah saja setakat yg boleh saya kongsikan dengan anda. Saya tersangatlah bersyukur sebab diberikan peluang merasa segala keindahan dunia yg serba fana ni. Kalau yg simple macamni pun boleh memberikan bahagia, apatah lagi kehidupan di syurga nanti, kan? Hmm.. Dan tentulah kenikmatan yang takkan mampu terbayang mata, tak mampu terlintas di minda. Hebat

Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakhbar!

Syukur. Syukur yang teramat. Saya belajar banyak perkara ketika di tanah orang lain, sebanyak yang saya pelajari di tanah saya sendiri. Saya belajar menghargai alam, menikmati keupayaan berjalan kaki sambil2 mengenang kebesaran Tuhan yang Maha Cantik, Maha Lembut dan Maha Sayang

Ok. Sampai sini dulu. Nanti kalau saya ke mana2, saya akan update lagi. Jaga diri dan selamat maju jaya!

13 comments:

Nieda Ramly said...

tini, pakai kamera hset pun cantik sangat gambarnya. hset mahal kut

Anonymous said...

aku teringin sangat nak tengok ape ada dalam rumah warna merah tu?

Hartini Omar said...

Nieda,

Tidak. Hanset mursh je. macam orang lain pakai jugak. Manalah mampu nak beli yg mahal

Rapunzel,

Dalam rumah tu ada barang2 rumah yg lengkap tapi antik. Kerusi meja, almari, dapur, katil segala. Lawa tapinya. Cuma aku risau nak ambil gambar kat barang2 yg antik sangat ni. Risau terakam benda lain

Haha tahyul tak aku?

Ok sebenarnya aku ada beberapa keping tapi sebab indoor jd gambar tu under expose

Terima kasih kalian sudi singgah

BungaTulip said...

Tini,
taman kat sana sumua cantik cantik ye..memang sesuai nak gi riadah dengan family.
kat badan rusa tu memang ada corak macam tu ke (bulat2) rasanya rusa kat sini warna dia plain je. ke ni rusa kat iklim sejuk kot.haha..

inibelogmamarayyan said...

Terima Kasih Cik Tini,

Perkongsian yang menarik.
Semua gambar pun cantik2

:)

Hartini Omar said...

Bunga tulip,

Maksud awak corak bintik2 tu ke? Haa itu lah dinamakan Fallow deer. Ada satu jenis lg Red deer. Tp hrtu time sy dtg xde. Fallow deer ni jenis yg kecik mcm kancil gitu. Dlm kartun2 omputeh bnyk la lukis fallow deer ni main ngn tuan2 putri dorang. Snow white la bagai. Rupanya sbb mmg duduk setaman ngn tuan putri.Hihi ok tu theory sy je sbnrnya. Yup, tamannya semua cantik dan sesuai utk riadah

Hartini Omar said...

Sama2 yayang laling ;) dan terima kasih juga sudi singgah. Jemput dtg lg nnt ok

Che Sall said...

Assalam...

Salam kenal...mintak izin nak baca blog u...TQ

Hartini Omar said...

Hehe salam SH. Anda pembaca pertama yg mintak izin untuk membaca. Silalah. Saya memang tulis untuk dibaca ;)

Terima kasih banyak sudi singgah

s.c.h.u.l.t said...

dekat richmond park kena bayar berapa eh entry fee?

Hartini Omar said...

Richmond Park dan Isabella Plantation dua2 free. Xde entrance fee

Anonymous said...

Cantik pics ni semua. Guna DSLR atau fon sahaja utk ambil gambar? Ada tips? :)

Hartini Omar said...

Tuan anonymous,

Ada sebahagian gambar yg dirakam dgn DSLR milik kawan (gambar di st fagan) dan selebihnya dengan smart phone. Terima kasih. Tak ada tips istimewa pun yang boleh dikongsikan kerana saya juga sekadar tengok, tembak dan upload ;)

Terima kasih menyinggah