Thursday, April 28, 2011

Kalau..

Kalau orang berbudi, apalah salahnya kita berbahasa
Kalau orang memberi, apalah salahnya berterima kasih saja

Nasihat dan dorongan pun satu pemberian
Ucapan terima kasih adalah sebaik2 balasan

***

Tiba2 bengang di tengahari
Manusia ni macam2 perangai
Darah sama merah, urat sama hijau
Tapi hati siapa boleh jangka

Jangan termengumpat pula
Atau terkeji, termengata

Minta dijauhkan dari semua mazmumah yang bermaharajalela

Wednesday, April 27, 2011

Saya yang di petang ini

Tiba2 keinginan untuk menulis melonjak2. Keinginan tu bagai budak2 yang menggedik mintak nak beli gula2. Kalau tak pun, keinginan untuk menulis tu boleh disamakan dengan ruam di badan yang mengharapkan penggaruan. Selagi tak garu, rasa gelisah dan tak selesa. Keinginan untuk menulis itu meronta2 dan menggeletek2 perdu hati. Jadi, nak tak nak, saya gagahkan diri

Saya buka juga laman putih ini. Dengan cursornya yang kelip2 perlahan, menanti saya mencoret sebaris dua. Hujan lebat di luar sana, sempat saya jenguk tatkala bunyi guruh berdentum mengejutkan suasana. Sekarang memang selalu hujan, saya pun tak tahu kenapa

SUKA

Saya sangat suka kerana telah berjaya merasai masak asam pedas yang betul2 power. Owh, kalau ikutkan perut saya, mahu saja saya makan tanpa henti. Bagaimanalah mahu saya ucapkan terima kasih kepada tuan empunya masakan itu (^^). Sesungguhnya beliau adalah tukang masak terhebat yang pernah saya jumpa. Selain mama, mak, mami dan ibu beliau juga. Terima kasih ya ;)

SEDIH

Saya juga sedikit sedih bila melihat iklan Nikon d5100 yang baru saja dilancarkan pada awal April lalu. Owh, mengapakah saya tidak punya banyak duit untuk membeli apa saja yang saya mahu? Atau adakah saya terlalu kedekut untuk membelanjakan wang saya ke arah itu? Ah, yang penting saya sedih. Saya mahu duit banyak untuk beli camera baru. Tak dapat beli lain pun tak apa, asal dapat beli camera

TAAJUB

Saya juga ta'jub bila melihat statistik di blog saya yang berubah2 mengikut apa yang saya poskan di sini. Jika saya menulis mengenai Ahmad, statistiknya akan serta merta menjadi tinggi. Jadi nampak benarlah arwah Ahmad yang lebih diminati dari saya sendiri. Saya tidak mahu menumpang populariti sesiapa. Saya menulis apa yang saya rasa. Tidak sebesar kuman pun untuk mengharapkan dibaca oleh semua mata2 di seluruh dunia. Tapi kalau ada yang menyinggah, ucapan terima kasih yang tidak terhingga jualah yang mampu saya kalungkan buat kalian semua

BIMBANG

Saya juga sedikit bimbang dengan peperiksaan akhir anak murid saya di minggu hadapan. Kenapa saya perlu bimbang? Ya, kerana keputusan peperiksaan itu akan menjadi penanda aras kebolehan saya. Apakah saya masih saya yang sama. Atau saya telah berubah hati dari prospek kerja saya. Kerana akhir2 ini, saya seperti tidak selesa dengan kerjaya yang saya puja2

SAYU

Saya juga sayu dan jauh hati bila melihat kalendar. Nanti akan ada hati yang terpaksa dirawat sendiri. Akan ada jiwa yang terpaksa dicarikan gembira. Kerana kalerndar saya telah bertanda merah pada hari2 tertentu di bulan hadapan. Ah, kalaulah segalanya dapat saya tentukan. Saya harap segalanya akan kekal seperti biasa, tapi saya jadi sayu kerana saya tahu lama kelamaan ia akan berubah juga. Saya seperti sudah menempah tiket untuk berendam air mata

SYUKUR

Namun saya juga bersyukur, kerana saya masih mampu hidup serba adanya. Masih merasai makna kasih sayang walupun dihalang manusia2 durjana. Biar, biar masa membuktikan kejujuran dan keikhlasan hati. Segala yang benar, biar ditekan kan tetap menjalar. Saya akan memerhati dengan sabar

RINDU

Owh dan yang ini, pernahkah saya hidup tanpa ini? Tidak. Saya sentiasa merindui semua yang saya sayangi. Semua. Kekeluargaan, persahabatan, kasih sayang, setiakawan, kegembiraan, keluhuran, kejujuran dan ketenangan dalam kehidupan. Ya, saya rindukan keharmonian perasaan. Selain merindui orang2 tersayang. Dan kalaulah mereka tahu bahawa saya amat merindui mereka semua

LETIH

Dan yang ini, saya rasakan benar sekarang ini. Jadinya, eloklah saya tamatkan saja tulisan saya. Saya mahu pulang ke rumah. Kerana ada 'ketenangan' dan 'kegembiraan' yang menunggu saya di sana ;)

Tuhan saja yang tahu, terima kasih semua (^^)

That should be me



Saya suka lagu ini. Titik

***
Saya perlu ada alasan ke, untuk menyukai atau membenci sesuatu?

"I can't go on
Till you believe that
That should be me"

Tuesday, April 19, 2011

Sayang Malaysia saya!


jalur gemilang

kerepek di Pekan Rabu

rumah kampung di Bota


muara di kemaman


deepavali! :)


Ada banyak lagi gambar2 yang saya tangkap yang dapat melambangkan keindahan Malaysia. Tapi saya pun tak tahu kenapa sesetengahnya tidak dapat diupload oleh blogger. Sayang.... Hmmmm..


***

Musim gian gambar


Sekian

Saat2 aku teringatkan kamu, wahai Ahmad...

Hari ini hari Isnin. 18 april 2011. Hari cerah selepas hujan turun lebat subuh tadi. Aku gagahkan juga untuk bangkit walau kantuk masih bersisa. Aku ke ofis seperti biasa, melakukan rutin2 harian yang tidak sudah2. Dengan sabar dan amat berhati2. Dan di saat2 ini aku teringatkan kamu

Ahmad,

Aku menulis ini seolah2 engkau mampu membaca. Kerana kalaulah engkau tahu betapa isteri, keluarga dan rakan2 mu menghargaimu, lalu menangisi ketiadaanmu. Kalaulah engkau tahu...

Laman nafastari yang kau carikkan sejak kita belajar dulu, sekarang ini kemain sunyi. Namun aku buka juga, macamlah kau dapat menulis sebaris dua. Apakah aku rindu? Siapalah yang tidak, wahai Ahmad. Tidaklah dapat aku nyatakan betapa agaknya kepedihan yang dilalui isteri dan puteri2mu. Mujurlah saja kau pernah menulis. Sekurang-kurangnya masih ada laman tempat bertandang, untuk membuang2 rasa rindu dan sayang. Dan sekarang benarlah yang kita sangka-sangkakan, hanya tulisan bakal jadi wasiat dan azimat di saat ketiadaan

***

Ahmad,

Telah aku bercakap2 dengan iparmu kak Aisyah dan kakandamu sendiri (Kak Zu). Terlalu baik hati mereka sudi menghubungiku yang terlalu jauh denganmu dan keluarga. Hampir gugur airmataku tatkala dapat bercakap2 dengan mereka. Seoalah2 bercakap dengan engkau jua. Lihatlah, lihatlah betapa ramai yang tiba setelah engkau pergi. Dapatkah kau tahu semua ini, wahai Ahmad?

Hidup di bumi ini masih bagai dulu2 juga. Manusia tidak sudah2 mencari salah. Mereka bangga mempersenda. Dan tidak malu2 menunjukkan kejahilan mereka. Sepertimana yang selalu kau tulis dulu2. Ah, kalau engkau masih di sini, pasti kau sudah menulis terlalu banyak. Dengan bahasamu yang ringkas tetapi sinis. Yang buat aku terangguk2 kecil. Ah Ahmad, tentu indah dan permai kehidupanmu di sana. Tatkala tiada apa lagi yang mahu disemakkan oleh kepala

***

Mawar menulis juga. Namun tidak sekerap dulu. Paling akhir, semalam. Mungkin masih mencari2 kekuatan dan mengumpul kesabaran. Bukan senang membina semangat yang kian terhakis. Aku tahu beliau terlalu rindukanmu. Dan aku tahu yang engkau juga tahu

Aku jarang mengutusinya di laman beliau. Memang dari dulu lagi aku sering segan berbuat demikian. Entahlah, mungkin kerana aku berkawan rapat dengan engkau dan bukannya dia (senyum). Dengan engkau, aku senang beraku-engkau. Tapi dengan dia, semua mesti berjaga. Selebihnya, aku malu mahu menyuruhnya bersabar, kerana kalaulah beliau tidak sabar, tiadalah beliau masih bernyawa. Namun janganlah engkau gusarkan, aku masih melihat2 dia. Walaupun tanpa suara

Puteri2mu, mungkin baik2 saja. Bertemankan ummi mereka yang kini harus memikul segenap beban. Tidak salah bukan, Ahmad, jika aku mengatakan beban? Kerana kalau engkau di tempat dia pun kau akan merasainya. Dan bebanan itu dipikul sebagai sebuah tanggungjawab. Tanggungjawab yang kini harus dipikulnya seorang diri. Semoga isterimu diberikan ketenangan dan keazaman yang tinggi

***

Ahmad,

Pernah aku berjanji, mahu bertemu engkau, untuk menghirup kopi secawan dua. Dan engkau jua pernah mengajakku untuk datang ke tanah kelahiranmu. Lalu dapat kita bersembang panjang mengadap lautan. Tak tersangkakan, impian itu telah terlalu jauh untuk kita ubah menjadi kenyataan. Sedih? Siapalah yang tidak. Aku kehilangan engkau sahabat, tatkala biji mata ini tidak pernah sekalipun terlihatkan. Alangkah ruginya hari2 yang kita sia-siakan

Aku mula belajar menghargai manusia2 di sekelilingku. Lebih2 lagi keluarga, ibubapa, adik2 dan teman yang aku sayang. Kerana aku bimbang kalau2 hayat mereka atau aku tidak panjang. Lalu lekas benar malaikat datang menjemput pulang. Sayanglah jika masa tidak kita gunakan sebaiknya. Menyatakan pada mereka bahawa kita benar2 menyayangi mereka

***

Ahmad,

Mungkin tiada yang menemanimu di kuburan sana selain doa. Entah engkau kepanasan atau kedinginan, aku tidak tahu. Di sini aku kirimkan sekali sebaris fatihah. Kalau engkau kehausan, semoga itulah mampu menjadi pembasah tekakmu yang dahaga. Kalau engkau kepanasan, semoga doaku memberikanmu kedinginan. Dan andai engkau kedinginan, baris2 doaku bakal menyelimutkan

Aku cuma seorang rakan, Ahmad. Rakanmu di kejauhan yang hanya mampu menadah tangan mengharapkan keampunan dan keberkatan. Semoga semangat engkau menjadi nadi kehidupan di dunia. Untuk sama2 bergerak atas landasan Tuhan dan agama. Kami masih di sini, menulis tak henti2. Memberi pengajaran dan pembelajaran pada manusia dengan bahasa dan coretan masing2. Terpulang, mana satu mahu diambil sebagai pendamping

Ahmad,

Nanti kita akan bertemu juga. Di satu tempat yang kekal sebagaimana yang dijanjikan Tuhan sang pencipta. Kamu telah pergi lebih awal, jadi mungkin kurang hisab ke atasmu kerana pendeknya umurmu. Sedang aku, kalau aku hidup untuk 40 tahun lagi, semakin jauhlah aku dari peghisaban yang mudah2. Aku takut, Ahmad. Aku takut siksa neraka

Namun aku mesti terus hidup. Bekerja dan berbakti seolah2 aku takkan mati. Namun kalaulah mampu aku beribadat seolah2 aku akan mati esok hari, kalaulah mampu, wahai Ahmad. Namun aku harus memampukannya juga. Ah, kalaulah engkau masih di sini. Dapat memanggil2 namaku ‘hey Tini’. Kalaulah engkau belum pergi…

***

Tenanglah Ahmad. Pemergianmu mendekatkan. Ketiadaanmu merapatkan. Banyak ukhuwwah yang bersambung dengan pemergianmu. Tahniah Ahmad, engkau akhirnya dapat menjadi contoh. Contoh pemuda zaman kita yang dapat kita banggakan. Semoga nanti kita bertemu di taman yang indah2, sahabat. Mampu berjabat tangan dan tersenyum mengenangkan perjalanan yang berjaya kita tamatkan degan keunggulan

Namun buat masa sekarang, bersemadilah engkau dengan tenang. Senyumlah melihat puteri2mu membesar di hari2 mendatang. Lenalah di dalam kerahmatan bertemankan harum kemboja di pepohonan rendang. Sampai saat2 sekalian kita dipanggil dan dijemput untuk segera pulang…


Salam Kejauhan,
Hartini Omar

Friday, April 15, 2011

Cantik

sekadar gambar hiasan


"Cantik luar cantik dalam
Cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi.."

"Senyum.. Tak perlu kata apa-apa
Senyum.. tak perlu kata apa-apa"

***

Senyum aku mendengar lagu. Berisi walaupun lucu.. :)

Mendengar Malique ft Najwa - 'senyum'

Apa yang ada dalam kepala saya

Jangan bayangkan sesuatu yang sangat fizikal seperti neuron2 dan salur darah. Saya cuma mahu memberikan gambaran apa sebenarnya yang saya fikirkan sekarang

1) Kerja
Saya memikirkan soal kerja. Adakah saya mahu terus-terusan di tanah yang sama, adakah saya mahu bertukar majikan dan pekerjaan, dan banyak lagi persoalan. Tetapi bertukar pekerjaan bukan perkara senang. Yang senang hanyalah merancang

Jawapannya : Ada kertas peperiksaan akhir pelajar yg perlu saya usaikan. Buat masa sekarang, saya masih perlu terus di sini

2) Gambar
Hujung bulan ini saya ada sesi fotografi rakan baik di ofis. Dan menyusul selepasnya tiga lagi sesi yang berselang beberapa minggu. Saya memikirkan bahawa saya pasti akan letih di waktu2 itu. Adakah saya mahu berhenti dari membuat pekerjaan yang menggembirakan ini?

Jawapannya : Setakat sampai tahun ini saya sudah berjanji. Dan saya juga masih kekurangan 1k dalam simpanan saya untuk meneruskan niat membeli canon 550d dengan lensa 18-135 yg saya idam2kan. Lalu yg itu juga mesti saya teruskan

3) Kereta
Road tax dan insuran perlu diperbaharui pada bulan Julai nanti. Jadi saya berkira2 mahu mengambil inspira di saat2 itu. Saya masih ada 2 bulan lagi untuk menyiapkan itu ini. Dokumen dan yang pentingnya adjustment bajet saya selepas pemakaian inspira. Adakah saya mampu hidup seperti sekarang atau segalanya akan jadi kurang. Tetapi kalau saya tidak mengambil risiko dalam kehidupan, maka saya akan terus menjadi saya di masa hadapan

Jawapannya : Ya, saya nekad untuk bertukar kereta. Saya mahu pandu kereta sedan. Saya suka pandu kereta besar, hensem dan gagah walaupun ia sekadar inspira

4) Cinta
Yang ini ada juga dalam kepala saya. Tetapi cinta selalu menyukarkan saya untuk mendapatkan apa yang saya idam2kan. Saya selalu gagal menjadi saya tatkala saya mula saja berjinak2 untuk bercinta. Hati saya telah banyak kali dilukai atas nama cinta. Lalu saya menjadi sangat serik dan meluat dengan segala permainan cinta

Jawapannya : Berhenti. Ya, saya mahu berhenti dari menjadi abdi kepada manusia. Mahu berhenti dari memberi hati untuk diluka. Saya tidak mahu memikirkan ini lagi. Ia memang akan berhenti di sini. Titik

5) Dia
Tidak dapat tidak, saya tetap memikirkannya

Jawapannya : Maaf, saya tidak pernah ada jawapannya :(

Monday, April 11, 2011

Dunia saya hari ini

Izinkan saya bercerita tentang dunia saya hari ini. Semoga ia boleh dipadankan suatu hari nanti dengan dunia kalian tatkala saya sudahpun menutup mata

TUHAN

Di dalam dunia saya hari ini, manusia mengaku takutkan Tuhan, tetapi mereka tidak ragu2 bertemankan syaitan. Mereka mengambil syaitan dan sekutunya sebagai rakan lalu tidak malu2 mencampurkannya dengan sunnah nabi junjungan. Mereka bercakap 'pung pang pung pang' tentang agama dan bangsa, tetapi dalam masa yang sama mereka tidak segan silu menjahanamkannya. Mereka membina masjid yang indah2 tetapi gagal mengimarahkannya. Masjid dan surau boleh dilihat di mana2 saja tetapi mereka mengunci pintu dan pagarnya. Pintu hanya dibuka pada waktu2 solat sahaja lalu menjadi sangat efisyen peranan masjid2 mereka

Di dalam dunia saya hari ini, kalam2 tuhan diperbuat indah dengan kayu jati. Diukir cantik2 lalu dijadikan perhiasan di dinding2 rumah sebagai tanda kita manusia beragama. Semakin besar bingkainya, semakin tinggi lah agamanya. Sedang dalam tidak sedar, ayat2 yang digantung sebagai perhiasan itu tidak sedikitpun difahami. Untuk membacanya, sudah tentulah jarang sekali

CINTA DAN PERSAUDARAAN

Di dalam dunia saya hari ini, manusia mengaku cinta tetapi dalam masa yang sama mereka tidak juga mampu menolak benci. Mereka ambil sebahagian kumpulan manusia sebagai sahabat, dan mengambil pula sebahagian lain sebagai musuh ketat. Mereka mengaku bersaudara lalu mampu bersalam dan bersenyum2 tatkala beramah mesra. Namun dalam diam mereka tidak merasa ragu2 untuk menikam saudara mereka. Ah, alangkah indahnya dunia saya

Di dalam dunia saya hari ini, manusia mampu membelanjakan harta2 mereka untuk melawat tempat2 asing, bertemu dengan orang2 asing. Sedang di alam nyata, mereka gagal untuk menziarahi jiran tetangga mereka walaupun pintu rumah keduanya terletak bersebelahan sahaja. Manusia2 di dalam dunia saya rela membelanjakan wang dan harta untuk membahagiakan rakan mereka bergelak ketawa sedang ibubapa dan ahli keluarga mereka ditinggalkan terpinga2

EKONOMI, SOSIAL DAN KEWANGAN

Manusia2 dalam dunia saya hari ini sangat minat berkereta besar. Besarnya kereta akan menentukan status kehidupan mereka. Status kehidupan mereka akan menentukan besarnya rumah2 mereka. Besarnya rumah mereka adalah disebabkan oleh besarnya bisnes2 mereka. Lalu besarnya bisnes2 mereka itu akan menentukan pula besarnya rangkaian dan kekuatan mereka. Lebih jauh rangkaian, lebih moleklah kehidupan. Manusia2 di dunia saya bangga jika ada bau2 bacang dengan orang2 kenamaan. Mereka suka dipanggil datuk2 dan tuan2

Di dalam dunia saya hari ini, langit masih berseri. Warnanya masih biru namun kandungannya tidak lagi suci. Dalam menyedut oksigen, ada juga bahan asing yang sudi disedut sekali. Sungai2 dalam dunia saya hari ini masih mengalir namun diserikan pelbagai sarap dan bendalir. Kami masih lagi minum air, namun atas rasa kesangsian terhadap kualiti air tersebut, maka kami mengupah orang untuk memasang penapis di pili2 rumah kami. Itulah dunia saya hari ini

Manusia bebas bergerak dan melakukan apa yang mereka suka dalam dunia saya hari ini. Namun pada hakikatnya, mereka terpenjara dan tidak mempunyai pilihan melainkan untuk terus melakukan apa yang mereka sedang lakukan. Dalam dunia saya hari ini manusia bebas untuk mencari kebenaran, dan bebas juga untuk menukarkan kebenaran itu menjadi kepalsuan. Di dalam dunia saya hari ini tidak pelik kalau melihat ilmu dianggap perlu hanya untuk menjawab peperiksaan. Agama dianggap penting hanya untuk menyambut hari2 parayaan

GAJET DAN MASA DEPAN

Saya hidup aman damai di dalam dunia saya hari ini. Saya ada lagi sembilan tahun sebelum mencecah 2020. Masih belum ada kedai2 yang menjual kereta terbang. Kalau ada pun hanya kereta konsep yang ditunjukkan dalam pameran. Masih belum ada pengangkutan awam untuk ke bulan. Rumah2 masih terletak di daratan dan bukan terapung2 di awangan. jalanraya masih sesak dengan berbagai jenis kenderaan. Entahlah dalam masa sembilan tahun ini mampu untuk tidak dunia saya mencapai kemajuan yang drastik seperti dalam filem2 cereka kerana dalam dunia saya manusia sangat sibuk, berminat dan kecoh dengan cerita2 murah

Pasar malam masih ada di dalam dunia saya hari ini. Namun berbelanja satu malam di pasar malam dunia saya hari ini sama seperti berbelanja satu bulan di dunia datuk dan nenek saya semalam. Saya tidak dapat mengagak bagaimana agaknya pasar malam dunia kalian esok. Namun eloklah andai kalian bersedia. Kerana hidup kedengarannya semakin susah di atas dunia pada bila2 masa

Dalam dunia saya hari ini, manusia berlumba2 menggunakan aifon dan berberi. Kotak kecil yang dulunya hanya sebuah telefon di dunia datuk nenek saya. Saiz kotak itu semakin mengecil. Mungkin di dunia kalian nanti, kotak itu boleh dimuatkan saja di dalam telinga, atau di'implant saja di dalam gegendang atau biji mata. Saya tidak tahu, saya hanya memikirkan kemungkinannya. Namun dalam kemudahan tersebut, manusia di dunia saya masih gagal berutus khabar. Masih gagal memanjangkan ukhwah. Lalu lebih baik berutus surat saja seperti dunia nenek moyang saya. Mungkin itu lebih besar maknanya

ALAM

Dunia saya hari ini sering hujan. Lalu kalau panas, teriknya bukan kepalang. Kalau ribut, sampai ke taufan. Kalau salji sampai terjadi runtuhan. Mujur dedaun masih hijau hari ini. Entahlah ada atau tidak hujan dan matahari nanti

Kami masih berurusniaga menggunakan duit. Warna dan coraknya cantik2. Duit itu macam raja segala benda. Siapa yang ada banyak, maka dialah yang berkuasa. Manusia di dunia saya hari ini sampai sanggup berpisau parang sebab kertas biru merah ini. Mereka juga sanggup berbunuh laki bini. Dahsyat. Tapi di dunia kalian nanti saya tidak tahu. Mungkin juga lebih teruk dari itu

HIBURAN

Manusia2 di dunia saya hari ini sangat menggemari hiburan. Mereka menyanjung artis2 bagaikan dewa dan tuhan. Mereka lebih mudah menghafal lagu2 dari seru2 tuhan. Lalu saya juga termasuk sekali kerana saya sendiri adalah manusia di dunia hari ini. Manusia di dunia saya berlumba2 menjadi terkenal walau dengan apa jua cara. Mereka bangga ditatap2 kamera. Mereka tersipu2 dipuji lawa. Mereka suka kalau setiap inci tubuh mereka dipanah mata2 manusia. Owh, nenek moyang saya tentu janggal dengan dunia saya hari ini. Lalu Hang Tuah dan Mahsuri tidak akan sekali2 menjadi bertuah dan berseri seandainya mereka hidup dalam dunia saya hari ini

POLITIK DAN KEPIMPINAN

Kami masih ada ketua yang memimpin. Ah dan yang ini, seronok sekali diberitakan pada kalian. Kerana kepimpian negara di dalam dunia saya hari ini terlalu tulus dan telus. Ketua2 banyak membelanjakan harta demi rakyat yang mereka sayangi dan sanjungi. Mereka membina rumah2 dan jalanraya untuk jelata lalu membina juga mahligai dan prasarana hebat untuk kegunaan rasmi mereka

Mereka berbesar hati apabila rakyat mampu berkereta sedangkan mereka berterbangan saja. Petrol2 diberikan subsidi tetapi cukai harus dibayar juga. Disebabkan itu mereka menganggap mereka adil. Kerana adil pada mereka adalah kita semua sama merasa. "Aku banyak-kau sikit" itu bukan soalnya. Gaji2 masih dibayar kepada pekerja, sama juga seperti imbuhan2 yang diletak diam2 dalam poket mereka

Banyak bukan yang baik2 dalam dunia saya hari ini?

Namun alhamdulillah. Dalam dunia saya hari ini masih ada saya yang mahu menulis dan memikirkan itu ini. Lalu menjadikan saya lain sedikit dari manusia2 yang hidup di dunia saya. Kalian waspadalah. Sekurang2nya hari ini, ini masih lagi dunia saya. Saya bimbang esok lusa, kalian tidak mampu mengaku pun bahawa dunia ini dunia kalian. Atau entahlah ada atau tidak lagi 'dunia' yang saya perkatakan...

Sekian

Tuesday, April 05, 2011

Pre-wed ala santai ~ Aja & Adi

Pertamanya, sangat mustahak untuk aku pohonkan berbanyak kemaafan kepada Aja dan tunangnya Abg Adi yg agak2 lama jugalah mereka menunggu aku siapkan gambar2 pre wedding mereka ni. Dalam sebulan jugak ^_^ huhu

Aku kadang2 jadi malu sebab aku sangat tidak berdisiplin dalam menyudahi tugasan. Aku buat ikut mood dan ikut perasaan. Kadang2 aku peram sampai berbulan2. Dahsyat. Tak apalah, aku pun jurufoto amatur yang tak ada apa yang nak dikejarkan. Eh tapi mana boleh, kalau mahu maju, aku mesti disiplin dan buat kerja dengan bersungguh. Kalau malas, siapa lah yang nak ambil aku bekerja nanti. Hmm.. ya tak iya jugak

Heheh, harap2nya semangat aku tu tak padam esok lusa. Nah, ini ada beberapa foto yang aku lampirkan buat tatapan pembaca semua. Dan seperti biasa, ia tidaklah sehebat mana. Takat2 "boleh laaaa..."

Enjoy..










Lokasi : Rawang, Bukit Fraser (tak sampai atas) dan empangan Sg. Selangor

Monday, March 28, 2011

Saya sibuk

Agak lama juga saya tidak menulis. Semestinyalah saya sibuk. Saya tidak tahu saya sibukkan apa, tapi saya rasa sibuk benar sejak akhir2 ini

Saya sibuk memperbetulkan emosi. Mendirikan semula tembok sabar yang musnah dek amarah. Menampal semula segala lubang2 dosa dengan amal pahala yang seketul dua. Entahkan Tuhan terima. Saya juga sibuk menyubur dan membaja hubungan suci murni yang secara tidak sedar telah saya racuni. Oh, panahan mata manusia, saya berdoa agar dapat saya menghindarnya

Saya juga sibuk menguruskan hal2 dunia yang entahkan sampai bila. Sibuk mengurus keping2 biru merah yang adakalanya membuat manusia jadi buta. Saya benci soal ini tetapi saya tidak berdaya untuk melarikan diri. Saya sibuk bersenyum2 pada manusia yang bukannya mereka mampu pun memimpin saya ke syurga

Selebihnya saya sibuk meng'adjust hidup agar berdiri lurus seperti orang lain. Jika pun jalanan itu berbengkang-bengkok, perjalanan serta larian saya perlu terus lurus. Ya, itulah sebenarnya yang saya sibukkan

Saya bukan pekerja yang bagus, saya kira. Saya lambat menyudahi pekerjaan saya. Saya suka menangguh hingga ke saat2 akhir kerana hanya di saat2 akhir kekuatan dan semangat saya akan tiba. Saya banyak memangsakan manusia dengan janji2 saya. Janji2 yang entah dapat atau tidak saya kotai. Sungguh, saya sungguh sibuk memohon maaf dari manusia

Saya ada ramai kawan dan sahabat yang saya lepaskan atas kesibukan saya. Bukan satu bukan dua. Ramai sebenarnya. Mereka berlalu pergi dan tidak kembali2 lagi. Pasti mereka kecewa. Lalu perlukah saya sibukkan diri untuk mendapatkan kembali kepercayaan mereka? Entahlah... Saya terlalu sibuk untuk memikirkannya

Sejenak saya terkenangkan teman maya saya yang telah kembali ke rahmatullah. Kalaulah dapat saya mengutusinya di sana. Lalu dapat beliau nyatakan bahawa dunia ini hanya tapak semaian. Apa yang dicari dan digenggam hari ini hanya pinjaman. Lalu pasti beliau akan mengkhabarkan bahawa segala janji2 Tuhan adalah benar. Lalu pasti saya dan semua yang membaca akan menangis bersama2. Ah, kalaulah surat dapat ditaip di barzakh sana

Mungkinkan teman saya itu sibuk juga? Menunggu hari2 kebangkitan sambil dilayani dengan mesra. Atau lapangkah dia, menanti dan memerhati dengan aman, keluarga dan cahaya matanya? Entahlah. Saya masih terlalu sibuk untuk memikirkannya

Saya sibuk. Seperti manusia2 lain juga. Sibuk sampai ditarik nyawa

Thursday, March 10, 2011

Biola

Dalam keserabutan ini, dalam dengung penyaman udara pejabat yang tidak lagi dingin, dalam senyuman setempat yang tidak lagi manis, dalam ketawa manusia yang tidak lagi bahagia, dalam putaran masa yang seakan-akan lambat bertemu sudahnya; saya hanya memikir satu perkara. Sebelum menutup mata, saya mahu tahu bermain Biola. Ya, saya mahu tahu bermain biola. Bukan sahaja tahu, saya mahu pandai. Pandai dan mampu bermain biola

Kenapa biola? Saya tidak ada jawapan yang munasabah. Jawapan yang logik pun saya tidak ada. Saya cuma terasa saya mahu. Biarlah bila2 pun, asalkan saya mampu bermain dengan sebaik-baiknya. Kalaupun bukan sekarang, nanti, di hari2 mendatang

Saya pernah menonton satu filem lama yang bertajuk The Red Violin. Saya menonton filem itu sewaktu saya masih kecil. Masih kecil untuk berbicara tentang betapa menariknya sebuah alat muzik yang dinamakan biola itu. Namun saya minat kepada jalan ceritanya. Minat kepada kisah klasiknya walaupun pada waktu itu saya masih terlalu muda. Jadi, bukanlah muda atau tua yang menjadi faktor pengenalan manusia pada identiti diri. Personaliti muncul dan tercipta dengan pengalaman dan pembelajaran yang tidak disia-siakan. Mungkin terdapat sedikit faktor genetik di situ. Minat pada seni telah lama berakar umbi. Mungkin di saat2 saya baru saja mengenal ABC

Saya suka menonton P.Ramlee menggesek biolanya ketika bermain lagu 'Tanya Sama Hati' dalam filem Anakku Sazali. Gesekan biola dan bunyinya yang nyaring seolah-olah memberikan satu getaran buat saya. Saya tidak malu untuk mengaku yang saya boleh dikhayalkan dengan gesekan biola. Mujur saja biola itu tidak selalu dimainkan di mana2. Jika tidak, mungkin kerja saya hanya berkhayal saja (senyum)

Dan sewaktu biola itu mereka mainkan dalam okestra, bunyinya bukan lagi nyaring tetapi lebih harmoni. Bagai petak jigsaw yang kita siapkan setelah lama mencari. Kelas, asyik dan tersendiri. Saya tidak bermaksud untuk berkata bahawa alat muzik yang lain kurang seni atau kurang autentisiti. Tidak. Semua ada kebagusan dan keindahan masing2. Terpulang kepada empunya mata yang melihat, empunya jari yang menyentuh dan empunya telinga yang mendengar. Terpulang...

Sewaktu saya meng'google tentang biola, saya dapati bahawa alat muzik ini telah dimainkan awal abad ke-16. Saya senyum. Patutlah saya minat benar dengan biola. Biola itu bagai barang2 lama yang dijaga rapi. Dan saya memang sukakan barang2 lama. Apa2 saja yang lama tapi terjaga, semuanya saya suka. Seperti minat saya pada buku2 lama, penulis2 lama, lagu2 lama dan bangunan2 lama. Ah, saya sendiri pun seperti 'orang lama' jika berbicara (senyum)

Hanya itu yang saya mahu tulis tentang biola. Saya mahu simpan impian ini sebagai semangat untuk memantapkan diri. Saya tidak pernah tahu bahawa bermain alat muzik seperti biola ini dibolehkan atau tidak di dalam Islam. Suka sekali sekiranya ada yang mampu memaklumkan. Namun saya selalu besederhana dalam setiap pemikiran dan perbuatan. Saya pegang imipian ini sebagai satu keharusan

Jika berkesempatan, maka saya akan mencari jalan. Impian ini hanya satu daripada beribu-ribu keinginan. Dan jika ada yang lebih banyak untuk difikir dan diselesaikan atas nama keperluan, maka sudah tentu akan saya dahulukan

Saya tinggalkan kalian dengan cerita biola saya. Semoga sedikit sebanyak kalian akan mendapat manfaat daripadanya. Jika pun tidak ada ilmu yang bertambah, cukuplah sekadar kenangan lama yang terjengah.....

****
p/s: awk, entri ini tidak ada kena-mengena dgn dia ya ;)

Wednesday, March 09, 2011

Tahun ke 27 saya

Hari ini genap saya melangkah ke tahun yang dua puluh tujuh dalam hari2 hidup saya. Segalanya berlaku biasa2 saja. Matahari tetap memancar dengan cerah. Burung2 tetap terbang dengan girang. Awan-gemawan yang masih membiru dan hembusan angin yang tetap menderu. Hari ini saya mulakan dengan kesyukuran. Saya masih mampu buka mata dan diberikan penglihatan. Terima kasih kepada Tuhan yang masih sayang. Yang masih mahu saya berkayuh di lautan kehidupan. Harapnya dengan amal yang berkekalan

Saya mulakan tahun ke dua puluh tujuh saya dengan ucapan terima kasih yang tidak lekang2 di bibir saya. Pertamanya buat dia yang saya sayang. Yang selalu ada di saat susah senang. Saya pohonkan doa, agar kerahmatan ini berkekalan buat selamanya. Biar bagaimana payah pun dugaan yang melanda

Saya ucapkan terima kasih kepada semua rakan2 sahabat2 yang menghantar pesanan dan kartu ucapan. Yang menghubungi bertanya khabar. Kepada anak2 murid saya yang mengucapkan selamat hari lahir, saya ucapkan terima kasih dengan senyuman. Papa dan mama yang jarang sekali melupakan hari lahir saya, terima kasih yang tak terhingga. Tidaklah saya merasa semegah mana. Hari lahir bagai hari2 yang biasa juga

Saya tidak tahu bagaimana perasaan saya pada hari ini. Kerana saya hanya mampu melihat dunia ini dari kaca mata saya yang berusia dua puluh tujuh tahun ini. Dari segi keremajaan, untuk mencuba-cuba sesuatu yang baru, duduk berkhayal dan berjalan merapu, mensia-siakan hari dan masa berlalu; segala-galanya itu sudah seperti terlalu jauh dengan saya. Saya sudah terlalu tua untuk terus meceburinya

Namun dari segi pengalaman yang harus saya cedok, susur galur kehidupan yang perlu saya tempuh, perjalanan getir memburu masa depan, berjaya bersama kerjaya yang diimpikan, berjuang atas nama ilmu dan iman, tetap tawaduk di sisi harta yang bertimbunan, tetap taat walaupun dengan dugaan dan kepayahan, bersedia memikul pertanggungjawaban; itu semua seakan2 jauh juga. Serasa saya masih terlalu muda dan kerdil untuk mengaku yang saya telah mendapat kesemuanya. Bahkan terasa terlalu muda untuk mampu memilikinya

Ya, sekadar itulah yang saya mampu lihat dalam usia2 begini. Dalam usia2 yang entah muda, entah tua. Saya mahu bijak memilih apa yang terbaik dalam hidup. Saya mahu mampu meninggalkan segala yang tidak berkaitan, lalu berjalan ke hadapan tanpa menoleh2 lagi ke belakang. Tapi mampukah saya? Saya juga manusia yang diberikan memori serta perasaan yang suka duduk mengenang. Dan kenangan2 itu adakalanya bagai sumbu yang membakar semangat, selebihnya hanya bagai racun yang menumpulkan tekad

Saya tidak mahu lagi mengumam rasa pilu. Segala yang perit biarkanlah berlalu. Semalam adalah sejarah dan hari ini adalah anugerah. Anugerah Tuhan pada saya utuk saya terus taat menjadi abdiNya. Saya tidak mampu menjadi orang lain walaupaun dipaksa-paksa. Segalanya terasa kekok dan cela. Biarlah saya kekal menjadi saya. Dengan fisikal yang adakalanya berubah, namun jiwa yang tetap serupa. Terjaga dan terpelihara. Aman dan sentosa. Matang meniti usia…….

Terima kasih kalian semua. Entahkan sempat atau tidak berterima kasih lagi di tahun2 seterusnya…..

Ikhlas,
Saya









***
Rakan2 dan anak2 murid yang mengutus ucapan di dinding Fesbuk, terima kasih semua. Maaf, saya tidak lagi aktif di sesawang itu. Terima kasih banyak2 ya

Tuesday, March 08, 2011

Engagement - Ida & Firdaus

Di sini saya lampirkan foto2 pertunangan rakan pejabat yang bertunang bulan satu haritu. Dah lama sangat saya simpan dan tak post2 dalam blog. Bila saya jumpa balik, dan saya terasa rugi sekiranya saya tak kongsikan foto2 ini di sini

Foto yang saya rakam tidaklah secantik mana tapi saya hargai kesemuanya. Sekarang saya sedang mengedit foto2 pre-wed member kapak yang duduk di Uranus sana. Sabar ya Cik Aja..

Nanti kalau saya ke Kuching, entah foto apa lah yang dapat saya rakam. Salam kemaafan saya buat Wani, Fina dan Huda (Kawan cik Oshin) yang saya sendiri belum pasti samada dapat atau tidak saya merakam foto2 hari bahagia mereka. Pemergian saya belum pasti dan saya tidak suka berbicara tentangnya







Wednesday, March 02, 2011

Dia yang pergi lebih jauh..

Saya fikir saya mahu pergi. Rupanya ada yang kini telah pergi lebih jauh. Bertemu Tuhan Maha Pengasih. Apa ditangiskan? Tidak pernah sepasang mata ini melihatkan. Bagaimana rupanya, apakah hilai tawanya, maniskah senyumannya, tinggi ragah atau pendekkah ia. Tidak, segalanya tidak pernah. Lalu apakah yang ditangiskan?

Sahabat itu masih muda. Namun dewasa pada pemikirannya. Orang baik2, lantas lekas benar dijemput datang. Sayang seribu kali sayang, saya terlalu jauh untuk datang menaburkan kuntum2 mekar di kuburan. Saya cuma seorang sahabat maya. Sekadar orang yang sangat jauh dari nyata

Saya sedekahkan Al-Fatihah buat kamu. Dan bacaan Ya Sin supaya lapang kuburanmu. Itu saja yang saya mampu, dikejauhan yang seperti dulu2. Semoga kamu tenang di barzakh sana. Menanti satu saat untuk kita semua dikumpulkan bersama

Mawar, Embun dan Marwa, untuk mereka saya doakan bahagia. Supaya tabah dalam redha...

Selamat pergi Nafastari. Dirimu tiada pengganti

Al-Fatihah

Tuesday, March 01, 2011

Yang mana satu?

Yang mana satu?

Adakah ia perlu "Kuching, here I come!!! (^^)"
atau "selamat tinggal Kuala Lumpur.. ;-( "

***

Adakah anda perasan titik2 perbezaan di antara dua ayat di atas yang seakan2 serupa tapi tak sama? Pandang dan baca dengan jiwa. Lalu anda akan tahu betapa saya terperangkap dengan patah2 kata

Kalau benar jadi apa yang saya pohon dulu, maka inilah hasilnya yang Tuhan tunjukkan. Saya tiada jalan lain selain melihat dengan sedikit getaran dan debaran. Ke kiri atau ke kanan, cabaran pasti datang

Langkah pemergian kali ini bukan sebentar. Kalau benar menjadi, ianya lama. Mungkin memakan dua atau tiga tahun. Dahulu saya minta untuk pergi. Namun sekarang, saya sedikit goyah dengan keputusan saya sendiri

Kawan2 yang membaca, kawan2 yang menyinggah serba adanya, kawan2 yang setia, kawan2 yang selalu mengambil tahu akan perihal saya, kawan2 lama, kawan2 baru tetapi mesra, kawan2 yang diciptakan untuk kita bertemu di alam maya, kawan2 yang memang mengenal rupa, sahabat2 di sana, anak2 murid, cikgu2 saya, KALIAN SEMUA.......

Tolonglah doakan saya. Doakan saya TENANG walau di tanah mana pun saya AKAN berada...

Thursday, February 24, 2011

Aku Bukan Malaikat


Aku bukan malaikat
Untuk mengikut kata Tuhan
Tanpa sedetik kelelahan
Mampu berdiri di malam-malam hari
Terlalu selesa mengaku abdi

Aku cuma manusia
Untuk mengikut kata hati
Leka mengurus duniawi
Lekas jenuh menekun sejadah
Cepat jemu menunggu hikmah

Aku bukan malaikat
Yang terlalu mampu menolak cinta
Yang tersangat mampu menghindar noda
Hanya setia pada yang Satu
Berbangga menjeling nafsu

Aku cuma manusia
Terlalu suka mengharap belas
Selalu lemah memburu ikhlas
Mengambil jiwa sebagai raja
Senyum bangga akal diperhamba

Maafkan aku wahai Tuhan
Aku hambaMu yang diperhambakan
Diperhambakan perasaan
Untuk meminta tak sudah-sudah
Untuk memohon tak lelah-lelah

Aku mahu jadi manusia
Manusia yang jujur lagi SETIA
Mentadbir satu-satu
Membuang apa yang perlu

Cukuplah menimbang akal
Bertanya pada Yang Kekal
Apakah erti semua ini
Ujian atau sekadar,
......permintaanku yang Kau penuhi?

...

Hati ini cuma satu, Tuhan...

Mahkota Cheras
24 Feb 2011
1.35 pm

Wednesday, February 23, 2011

Maafkan aku, Tuhan

....Maafkan aku, Tuhan....

Aku diperhambakan perasaan

Thursday, February 17, 2011

"Ngeteh"

Tempatnya tidak penting. Ia boleh jadi hanya gerai2 papan di tepi jalan, warung2 kecil di perkampungan hatta meja marmar berbatuan indah di Old Town yang menawan. Apa yang penting adalah tujuan dan bagaimana ia dilakukan. Sambil2 menghirup kopi atau teh tarik secawan, "ngeteh" itu sesuatu yang menyeronokkan kalau berteman :)

Kami tidak perlukan isu2 besar untuk menghangatkan perbualan. Cukup sekadar pandangan dan buah fikiran masing2 yang dibentangkan dengan penuh adab sopan. Adakalanya kami senyum senang, dan adakalanya butir bicara itu mendatangkan kesedihan dan seakan2 memberi pengajaran. Namun begitu, segalanya terjadi secara terkawal dan tidak salah untuk saya katakan, ianya amat menyenangkan

Saya suka melihat dan melakukan sesuatu perkara secara positifnya. Kalau di kampung2, "ngeteh" atau duduk2 minum kopi sambil borak2 kosong adakalanya menjadi kemestian sebelum bergerak ke sawah dan ladang. Ia tidak bermakna sang isteri tidak menyiapkan sarapan, bukan begitu. Ia cuma sekadar hobi yang dirasakan perlu

Saya minat berbual. Secara tidak lansung, ngeteh itu telah menjadi sebahagian dari kesukaan saya. Cuma lupa saya tanyakan pada dia, adakah "ngeteh" itu dilakukan di waktu pagi sahaja?

***

P/s: ngeteh itu bahasa dr tempat dia. Saya tidak tahu apa orang lain bahasakan di daerah sini sana

Wednesday, February 16, 2011

Mesir : Apa? Kenapa?

Selalunya kami akan bersembang2 dahulu. Tentang banyak perkara. Umumnya tentang isu2 semasa yang dekat dengan mata. Dan selalunya anak2 itu sangat suka menjawab. Berebut2 bercakap hingga sukar sekali kedengaran butir bicaranya

Namun hari itu saya tanyakan pada mereka tentang Mesir. Apakah yang telah terjadi di sana? Mereka menjawab berlakunya pergolakan. Dan bila saya tanyakan atas alasan apa pergolakan itu terjadi, mereka hanya mendiamkan diri. Oh anak2, nyatanya kamu semua harus banyak membaca. Dan kalau tidak suka membaca, banyakkan mendengar berita dan cerita

Jadi di sini ingin saya pautkan satu entri indah yang padat dan berinfomasi dari seorang sahabat blogger yang sangat berpengalaman. Bacalah apa yang tertulis, lalu kalian akan faham. Dan bila kalian faham, kalian akan menjadi matang. Dan mungkin satu hari, kalian akan lebih cemerlang dalam segenap bidang

Apa yang berlaku di Mesir dan mengapa ia berlaku?

Baca di sini untuk tahu

***
Terima kasih, cikgu ;)

Hadiah terbaik saya

Entah kenapa semenjak dua ini saya lebih suka membahasakan diri sebagai saya berbanding aku. Mungkin sekali kerana saya merasakan bahawa ianya lebih sopan untuk dibaca oleh pembaca2 yang bertandang. Tetapi tidaklah pula saya menyatakan bahawa ber'aku-aku itu tidak sopan. Tapi mungkin 'aku' lebih molek digunakan bila saya mengomel sendirian. Nanti saya akan ber'aku lagi bila mood itu datang

Hadiah terbaik saya bukan bunga dalam jambangan. Ia juga bukan coklat tanda ikatan. Apatah lagi beruang berbulu comel yang lembut disentuh tangan. Cincin? Ah, itu juga bukan, malah tidak pernah saya idam-idamkan. Hadiah terbaik saya adalah dia yang Tuhan kurniakan. Dia yang sederhana dan telah menambat hati saya. Saya tidak peduli apa yang dunia ini katakan tentang dia, kerana saya tahu bahawa dia adalah yang terbaik untuk saya

Dia yang saya kenal itu tidak seromantik mana. Tapi saya tak putus2 mengajarnya kerana saya fikir romantik itu perlu sebagai bunga2 kehidupan. Saya perlukan romantik yang bertempat sebagai tanda penghargaan. Dan tidaklah pula saya menyatakan bahawa tidak romantik itu sesuatu yang tidak bagus. Namun saya lebih menghargai kehalusan perasaan atau saya namakan sebagai romantik itu. Bagi saya bunga2 hidup itu perlu

Hadiah terbaik saya adalah apabila dia tidak lupa untuk bertanyakan khabar saya walaupun kami sama2 sibuk. Saya tidak meminta dia menghantar pesanan ringkas kepada saya setiap jam kerana itu tentulah mustahil. Jadi saya bersyukur dengan apa jua yang dia kirimkan pada saya walaupun sebaris 'akum'..

Saya berterima kasih dengan khidmat pesanan ringkas ini. Ia benar2 meringkaskan hubungan dalam dunia serba mencabar dan masa yang serba pantas berlalu. Ia ringkas, mudah dan cepat. Ia tidak membuang masa semata-mata untuk memberitahu penerima tentang apa yang kita rasa. Ia berbaloi dan murah pula. Sejujurnya, saya amat2 sayangkan zaman saya dan benar2 mensyukurinya

Saya tidak perlukan Berberi atau Aifon untuk menyatakan hasrat hati saya. Dan saya juga tidak mengharapkan pesanan2 yang saya terima dilayangkan khas dari sebuah Berberi atau Aifon itu. Dengan jalan apa pesanan itu datang tidaklah sepenting mana. Yang penting ia selamat tiba dan boleh dicernakan oleh minda saya

Jadi, hadiah terbaik saya cumalah sebaris kata2 yang ikhlas datangnya dari hati lalu turun ke jari. Lalu kata2 itu ditaip satu2, dan dilayangkan di alam maya yang entah mana, lalu menjelma di mata saya sebagai sebuah pesanan paling ringkas tapi bermakna. Ya, itulah hadiah terbaik saya. Cukuplah, saya tidak mahu yang lainnya...

Friday, February 11, 2011

Saya suka Jebat dari Tuah!

Saya berkira2 mahu menukar kereta. Setelah berbincang dengan ayah yang sebenarnya mahu saya berjimat cermat (baca : tidak menukar kereta), saya bercadang untuk memilih Proton Inspira. Walaupun saya tidak berapa berminat pada kereta nasional, tetapi setelah melihat Inspira dari dekat, saya berkira2 bahawa saya boleh mempercayai kereta buatan negara saya sendiri. Saya mahu pakai BMW, tetapi seakan2 tidak logik kerana gaji saya amatlah rendah untuk membayar harga kereta semahal itu

Saya juga amat2 sukakan kereta se'handsome Honda Civic baru yang sangat macho itu. Tetapi itu juga hanya mampu dipandu dalam mimpi2 saya di malam hari. Jadi, dengan gaji yang tidak lah sebanyak mana, mungkin kereta buatan nasional adalah pilihan terakhir saya

Namun, setelah melayari blog K.Yati, keinginan saya untuk memiliki Inspira telah terhenti. Saya amat tertarik kepada Jebat di dalam gambar ini. Ia kelihatan garang, tangkas dan gagah. Lalu ia seakan2 sesuai dengan jiwa saya

Demi Jebat yang secantik ini, saya sanggup untuk tidak bertukar kereta dan menunggu ketibaannya. Saya tidak tahu bila. Ataupun Jebat di dalam gambar ini hanyalah sebuah kereta konsep, itu juga saya tidak periksa. Yang penting saya telah jatuh cinta. Jatuh cinta pada Jebat yang perkasa

Jebat yang dari pandangan belakang pun sudah boleh mencairkan. Ah, Jebat. Kalaulah kamu sesederhana Kancil. Atau paling tidakpun sebaya dengan Saga, sudah pasti kita dapat mengambil angin bersama2

Saya tidak mahu berceloteh tentang perusahaan otomobil yang telah mencipta kereta2 hebat ini. Anda google lah sendiri. Saya cuma mahu menyatakan bahawa saya lebih sukakan Jebat. Lebih dari Tuah sendiri

Dalam aspek sejarahnya pun, saya lebih mengagumi Jebat dari Tuah yang taat membabi buta!

"Kalau menurut biar berakal,
Kalau mengikut biar pintar"

-Hang Tuah

Heh, pandai cakap saja!

Tuesday, February 08, 2011

STMN (ii)

Sebelum Tuhan Menhantar NoktahNya
Dan di saat itu tiada lagi dakwat yang basah
Yang ada cuma deru air mata
Telah aku baitkan kata2 ini untukmu
Agar dapat kau jadikan dian dikala malam
Atau jadikan suluh dikala kelam
Atau sekadar payung tatkala hujan
Mengeringkan matamu yang kebasahan

Sebelum Tuhan menghantar noktahNya
Telah aku susunkan huruf, abjad dan koma,
Agar terlebih dulu mereka hadir
Mengindahkan matahari yang gelincir
Menemani malam2 yang terpinggir
Dan memberikan irama pada bayu yang berdesir
Agar segalanya tampak indah
Dengan sebaris kata-kata hikmah

Sebelum tuhan menghantar noktahNya
Marilah susun patah2 kata
Menjadi tembok dan batu bersurat
Sebagai petanda sebuah hakikat

Hartini Omar
Cheras, Malaysia

Sebelum Tuhan menghantar noktahNya


Sayang, aku gembira betul bila kamu mahu menulis. Kerana telah berkali2 aku khabarkan pada kamu, bahawa menulis itu perlu. Mungkin hari ini apa yang kita tulis nampak seakan2 tidak bermakna, tetapi satu hari nanti siapalah tahu apa kewajarannya. Mungkin tulisan itu sajalah menjadi bukti kewujudan kita. Nah, bukankah molek jika bukti itu kita kumpulkan satu persatu, agar di suatu waktu dapat ditonton dan dibaca anak cucu?

Sayang, aku suka kamu menulis. Kerana menulis itu umpama melakar sebuah potret kehidupan. Dengan menulis kita berkongsi hati dan perasaan. Dengan menulis, kita sebenarnya telah cuba untuk melapangkan fikiran. Jadi janganlah bungkam dan gundah, sekiranya tulisan2mu itu tidak dibaca. Kerana tulisan2 itu tidak lain buat penawar dirimu sendiri. Menulis lah untuk hatimu dan bukan untuk mereka yang datang bertamu. Kerana yang semacam itu akan lebih melapangkan, dari memikir2 akan siapa yang sudi bertandang

Sayang, menulis itu sebenarnya sangat sukar. Kerana seringkali apa yang kita tulis akan menjadi wacana untuk mata2 yang membaca. Jadinya, kalau elok yang kita tulis, elok jugalah hasilnya. Molek jugalah ikut-ikutannya. Dan kalau yang kita tulis itu adalah umpat keji serta cela, lalu kita jugalah yang akan menerima dosanya. Namun itu semua janganlah kamu risaukan. Kerana sudah menulis itupun adalah satu kerahmatan

Sayang, menulislah dengan hati, agar apa yang ditulis itu masuk juga ke dalam hati. Janganlah ragu2 dan bimbang yang nanti tulisanmu akan dikecam dan dihina orang. Kerana apalah ertinya kekecaman dan penghinaan mereka itu. Mereka bukan sesiapa dalam hidupmu. Apa yang penting adalah aku. Aku yang suka membaca tulisanmu walaupun jarang2 kau menyebut namaku. Aku tidak minta disanjung dan dipuja, kerana aku tahu aku telah lama berpaut di dalam hati dan jiwa

Sayang, akan ada nanti suatu hari kamu akan merasa begitu berat untuk menulis. Keinginanmu terhalang oleh pelbagai masalah yang mendatang. Janganlah di waktu itu kamu berputus asa, lalu tulisan2mu kamu tinggalkan saja. Peliharalah ia, sayangilah ia dan simpanlah ia seperti harta yang berharga. Harta yang akan membuktikan kamu adalah kamu, dan kamu pernah ada aku yang bertapak di hatimu

Sayang, aku tahu hidup ini hanyalah sementara. Segala apa yang kita lakukan di dunia ini hanya sandiwara yang akan dihitung pula amal dosanya di suatu masa. Tapi sementelah tuhan memberikan kita merasai nikmat dunia dan isinya, elok sajalah cerita dunia ini kita penuhkan dengan warna suka duka, sambil2 mengingati tentang mati dan alam sana. Menulislah seolah2 kita akan mati esok lusa. Di situ, kita akan sentiasa menulis agar tidak ada apa pun yang kita cicirkan di dalam kehidupan, terutamanya memberitahu orang2 yang kita sayang bahawa kita terlalu amat menyayangi mereka

Sayang, aku menulis kerana aku sayangkan kamu. Kamu yang telah aku simpan sebagai sebahagian dari hidupku. Kamu yang tidak akan aku temu kalau bukan dengan izin tuhan. Kamu yang tidak mungkin aku kenal kalau bukan dengan nama persaudaraan. Aku sayangkan segala2nya tentang kamu. Baik burukmu, cacat celamu, kekurangan dan kelebihanmu, marahmu, rajuk dan tawamu, sifat2 buruk dan baikmu, aku sayangkan kesemuanya. Aku sayangkan kamu kerana kamu adalah kamu. Dan jikalau kamu menjadi orang lain, maka kasih sayang itu juga akan bertukar menjadi asing

Kekallah begitu. Kekallah menjadi kamu yang aku tahu…

Jadi sayang, ayuhlah menulis. Biar kita sama2 hiasi dunia dengan kilau kata2. Biarpun kita akan dibawa pergi dan berpisah esok lusa, biarlah dengan tulisan2 ini saja menjadi tanda bahawa kita pernah berkongsi cerita, berkongsi cinta dan berkongsi cita2. Ayuh, mari lah kita mula. Sebelum Tuhan menghantar noktahnya....

Wednesday, February 02, 2011

Mencitaimu 'sedetik lebih'

Kekasih? Tidak kiralah apa bentuknya. Hitam atau putih ia. Tua atau muda. Buruk atau indah, ia tetap kekasih. Kekasih yang diberi Tuhan (1). Itu pelajaran pertama. Kekasih yang dikurniakan atas rasa cinta. Rasa cinta yang tidak boleh dibeli dengan harta (2). Itu pula pelajaran kedua. Yang jikalau sudah kita namakan kekasih, tentu pulalah ia amat mengasihi kita. Kalau tidakpun sekarang, mungkin sekali ia PERNAH memberi kasihnya (3). Pelajaran ketiga. Samada kita kini berpisah atau masih bersama ia, pokok ceritanya ada hati yang pernah gembira bersama. Lalu cocok saja untuk kita bersyukur dan berterima kasih kepada sang pemberi cinta. Bersyukur atas apa jua yang ditakdirkan oleh-Nya (4). Itu pelajaran keempat. Lalu jangan meminta2 lagi.. (5) Lima!

Cinta di dunia ini ada banyak tafsiran dan warnanya. Setiap satunya terpulang kepada pasangan yang membawa cinta. Mereka yang mencoraknya. Jangan pelik dan cemburu jika pasangan lain nampak lebih seronok dan cocok dari diri dan pasanganmu. Itu kerana mereka punya hati dan jiwa untuk mewarnai kanvas cinta mereka. Lalu dengan keikhlasan itu maka lahirlah sebuah hubungan yang ceria. Berlandaskan yang molek2 saja

Sedang kamu sendiri. Kamu memilih warna2 kusam untuk melakar potret hidupmu. Dan kalau sudah warna kusam yang dikau pilih, kusam jugalah hasilnya... Itulah, Tuhan memberimu pilihan, memberimu akal fikiran untuk kau gunakan. Maka, gunakan!

Ada banyak lagi warna2 yang terbuka untuk kau coret pada sehelai kertas yang masih kosong. Ayuh warnakan ia dengan warna2 cinta. Warna2 rindu. Warna2 setia. Warna2 syukur. Warna2 terima kasih. Warna2 penghargaan. Dan warna2 senyuman. Jangan takut, kalau baik yang kita mahukan, maka baik jugalah hasilnya, dengan bantuan Tuhan

...............................

Apa yang aku mahukan darimu, wahai kekasih? Apakah semua yang dimahukan oleh orang yang bernama kekasih? Tidak. Cukuplah sekadar cinta yang berjaga. Kerinduan yang berbela. Kasih sayang yang buat selamanya

Dari kita muda...,
Sampai kita tua....

Cukuplah itu. Cukuplah jika dapat mengenggam jemarimu tatkala lemah. Dapat membelainya tatkala gembira. Bersama2 mengharungi dunia yang serba fananya. Hingga sampai satu ketika Tuhan menjemput kita berdua. Untuk dihitung segala pahala dan dosa. Lalu di mahligai sana, kita berdua masih tetap mampu bersama. Ya, itu saja cukuplah. Sedetik lebih selepas selamanya...

"SEDETIK LEBIH"

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku… ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu

Wednesday, January 19, 2011

Jemu, lalu jumpa Japamala

Aku tengok kalendar. Tengok cuti bila, tengok tarikh2 yang nanti mesti akan bikin aku sakit hati. Tengok tarikh2 aku terpaksa berkerja keras lebih dari biasa. Tengok tarikh birthday sendiri jatuh hari apa. Tengok tarikh lagi dan lagi dan lagi sampai meluat. Ini tahun baru, tapi aku malas la nak memperbaharui apa yang aku impikan dulu. Sama jugak. Makin cakap makin meluat, sebab tak pernah la yang aku impikan tu aku dapat

Ada lagi gambar yang perlu diedit. Terasa serabut dan JEMU. Jemu tu memang selalu datang. Saja nak mengacau-ngacau aku suruh stop edit dan pergi berenang. So, aku pun pergi. Dah berenang, tetap tak tenang. Jemu jugak

Nak kata aku dah lama sangat tak berlibur, baru minggu lepas aku masuk panggung. Tengok Khurafat. Balik dari tengok khurafat, gambar tak teredit jugak. Apakah mungkin aku meluat dengan pekerjaan yang sama?

Aku nak stop dari amek2 gambar ni. Bulan 5 nanti la aku sambung balik. Aku dah tak larat nak tengok foto. Meluat! Aku mahu cuba sesuatu yang berbeza. Seperti........ belajar main biola

lalalala...

..................

Kesukaan aku sekarang ialah melayari internet dan membaca tentang apa saja yang aku nak tau. Blog2 orang, blog2 kawan2, blog2 kaki politik. Surat khabar aku tak baca. Sebab cukuplah dengar macam2 dalam berita. Tak larat...

Aku google 'hukuman mati mandatori', 'penjara alcatraz', 'al capone', jambatan terpanjang di dunia, khasiat ubi kentang, penjara seumur hidup, sejarah hidup Mark Zuckerberg, waterpark di malaysia, Universal Orlando, dan yang paling terbaru adalah menggoogle 'art of pencil drawing'

Apakah aku sudah mula mahu melukis semula??

Aaaaarrrrghhhh... Aku sendiri tak tahu apa yang aku nak sebenarnya. Aku cuma tahu aku JEMU!

Sekian
.........

Owh belum lagi. Aku juga baru saja menggoogle Pulau Bora-Bora yang subhanallah...... Kalau la banyak duit dan boleh lepak2 main pasir kat sana. Satu malam harga bilik rm dua ribu stengah. Oii.. Gila mahal. Dan aku juga telah menjumpai Japamala

Jum la, google bersama2 :)

Friday, January 07, 2011

Pergilah…

Yang menulis ini aku. Aku yang dulu, aku yang satu..…

Kaki yang sengaja aku rendamkan di dalam tasik itu terasa kebas. Sejuk. Angin yang bertiup lembut menyapu wajahku. Tanpa kusedari, angin yang bertiup itu mengeringkan tangisan yang telah lama gugur perlahan. Baguslah, tidak perlu lagi aku sekakan tangis itu dengan tangan. Kerana telah hilang kudrat, telah hancur firasat. Bagai bangkai bernyawa, begitulah kiranya

Bayu kesedihan itu dengarnya bakal bertiup. Membawa badai sengsara yang pernah kutanggung dulu lebih kurang tiga tahun lalu. Kenapa bayu seperti itu datang lagi lalu tak jemu2 ia mengetuk pintu hatiku? Apakah suka benar ia dengan manusia hina ini, sehingga sukar sekali bayu yang membawa sengsara itu berlalu pergi?

Mata telah lama kering, tidak sudi lagi menangis. Telah banyak yang aku tangiskan atas nama cinta. Mendengar perkataan cinta itu pun begitu memualkan. Cinta dan manusia, sering saja berpura2

Akan ada nanti di bulan2 akan datang, aku akan kekal sendiri. Berdiri tegak memerhati dua pasang hati yang bergembira mengikat tali janji. Memerhati dengan hati2, atau mungkin sekali dengan hati yang mati. Memerhati akan jari manis yang disarung dengan cicin tanda ikatan. Biarkan, biarkan mereka gembira di atas puadai anganan mereka. Kerana aku cuma hamba yang terus2san merancang. Kadang2 perancanganku tidak setepat percaturan tuhan

Telah acapkali aku doakan pada Tuhan, agar sudilah Dia membawa aku pulang ke sisiNya. Tapi mungkin kerana masih ada saki baki nyawa, masih ada rezeki yang tertulis olehNya, maka aku terus di sini. Terus memerhati lakonan manusia yang terlalu amat hebat bersandiwara

Ah, aku juga salah kerana menjadi pelakonnya. Padahal telah aku tahu, tiada lah lain yang dapat menerima cinta dan kasih orang2 sepertiku selain Allah Taala.. Berilah perisai tabah itu, ya Allah. Berilah senjata doa, dan berilah pakaian redha, agar bila bulan sengsara itu hadir, bila taufan itu bertiup, aku sudah bersedia menerima takdirMu dengan pasrah. Bersedia menghadapi dugaanMu dengan keazaman paling jitu, dengan senyuman yang terukir di bibirku. Walaupun Engkau sendiri tahu, bahawa dalam senyuman itu, ada hati yang telah mati digilis pilu

Untuk dia yang akan pergi atas nama cinta, tiadalah lain yang dapat kuungkap selain ucapan terima kasih yang tidak terhingga. Kenapalah begitu sukar untukmu memberi aku peluang untuk membuktikan kecintaan? Pergilah.. Semoga hendaknya bertemu bahagia….

Tuesday, January 04, 2011

Yusra & Shamsul (Selamat Tahun Baru)

Alhamdulillah. Kesyukuran yang teramat sangat aku panjatkan ke hadrat Allah swt. Dengan keizinan, dengan kehendak, dengan keredhaanNya aku dapat jugak siapkan gambar2 dari majlis resepsi Yursa dan Shamsul yang aku attend pada 23 Disember haritu

Kepada pengantin baru, minta maaf banyak2 kalau terlambat post ye. Maklum, sibuk memanjang. Sampai dah masuk tahun baru pun aku tak sedar

Kepada rakan2 pembaca, rakan2 yang tak berapa suka nak baca tp datang tengok gambar je, rakan2 lama, teman2 blogger, rakan2 ofis dan keluarga besar di Uranus, client2 (wah, macam top sgt! hehe) terima kasih banyak atas segala yg berlaku untuk tahun 2010. Selamat tahun baru untuk anda semua. Di harap 2011 ni bakal memberi sesuatu yang lebih bermakna, insyallah

Dan untuk awak di sana, apa lagi yg dapat diungkapkan selain jutaan terima kasih yang tak terhingga, atas semua kesabaran dan ketabahan dalam melayan ragam saya yang kadang2 elok, kadang menggila.. hanya Tuhan saja yang berhak membalasi setiap butir kebaikan itu, hendaknya

Ok, Selamat tahun baru semua!












Ya, 11 keping sahaja. Kerana yang lainnya adalah hak milik rasmi pengantin. Yus, minta halal terlebih kurang ye :)

location : Yan Kechil, Kedah

Tuesday, December 28, 2010

Kids and babies

Kids and babies.. Speechless! Eventhough you capture them in black and white, they're still in 'colours'.. haha i loikeeee.. (^^)


















Aku rasa macam pernah baca dlm blog someone (wish i cud remember the site), "if u capture a picture in colours, u capture the dress. but if u capture a picture in black'n'white, u capture the soul". Macamtu lah lebih kurang bunyi nya

Well, cudnt agree more!