Tuesday, May 29, 2012

Ikan bakar Tanglin

Ok. Ini entri segar dari ladang. Semalam Isnin saya dah ambik EL. Sangat tak larat sebab Ahad balik dari Mersing pun dah lewat. Memang cantik outdoor fotoshoot di Pantai Tanjung Leman. Yang tu nanti2 lah saya cerita. Gambar pun saya tak transfer lagi dalam lappy. Sangat jauh okay drive pergi balik. Yang penting, happy

 So bila datang kerja harini (Selasa), memang saya dan Perimala je yang ada. Maklumlah, student cuti Gawai seminggu, so time2 student cuti ni ofis memang lengang. Ada yang ambil cuti sempena cuti sekolah dan kalau tak cuti pun, gerenti macam cuti punya. Melilau la kemana2 nak pergi

Disebabkan saya tengok Peri dan Peri tengok saya, saya pun decide untuk blah dari ofis dan mencari port makan tengahari yang best. Blog punya blog, surf punya surf, jumpa la ini gerai ikan bakar Pak Din kat Tanglin. Bedesup saya drive dari Cheras ke sana (ala, dekat2 dengan Masjid Negara), dan tadaaaa.. Sempoi dan selamba je la saya bedal makan sorang2. Apa ada hal ye tak?

Disebabkan saya malas nak berkamera bagai, saya amek je gambar2 di bawah dari blog orang lain. Serius, memang cenggini jugaklah yang dihidangkan depan mata saya.


Ikut la korang nak makan kembung ke, keli ke, pari ke, cencaru ke. Sukahati. Kat sini kuah asam dia main tuang je kat ikan. Ala2 banjir gitu. So takde la asek nak angkat tangan suh tambah kuah je kan? Kira tak kedekut la

Konsep dia sangat ke'Malaysiaan' la. Datang, beratur amek nasi, pergi kat tempat orang bakar ikan, pilih mana nak, cari meja kosong, lahap sampai kenyang. Air2 common macam sirap, teh o ais, bandung pun dah siap hidang kat meja depan tu. Ambik je sendiri. Kalau nak air yang special bagai, pepandai la order. Nanti bila korang tengah makan, ada la orang datang tolong kirakan harga makanan korang. Ala2 macam kedai melayu makan tengahari la


Ni la konsep kedai dia. Sebenarnya kat food court je tapi sebab ramai gila pelanggan, pakcik ni bukak lah khemah extra. Orang2 ofis memang ramai la yang datang makan. Mostly memang semua datang dengan member2. Datang lepak2 sambil cerita bergegar2. Saya je datang sorang dan dok dengar cerita orang meja sebelah

Harga ok la. Saya makan nasi + sayur + kembung bakar + teh o ais : RM10. Bagi saya ok dah tu. Korang expect apa makan kat KL? Dua hengget? Tak dapat la dik non oi...

Rasa pun ok. Saya bukan lah peminat tegar ikan bakar tapi saja la nak cuba. So kalau korang nak try, pepandai lah google sendiri. Jalan dia senang je. Lepas sikit masjid negara, ada lorong kecik belah kiri nak ke Taman rama2, Lake Garden semua. So korang ambil jalan tu. Jangan terlajak pulak. Dah nampak masjid negara tu slow2 la pandu. Mesti akan jumpa punyalah

Orang kata ada satu kedai ikan bakar kat Jalan Bellamy. Haa yang tu KIV dulu. Ada rezki kita cuba yang tu pulak. Saya mesti membiasa2 kan diri jalan dan lepak sensorang sebab mana lah tau nanti nak travel ke London ke, Paris, Milan, Cordoba, Doha, Bratislava seorang diri. So dah senang la nanti. Cewah! Angan2 nak besar... Poyo! Semua impian start dengan angan2. So mana lah tau, by the time umur saya cecah 40 nanti, selamat saya menjejakkan kaki ke pelusuk dunia. Hik, gumbira!

Ok sekian lah untuk entri ini. Jumpa lagi

next yg tekak nak makan : Udang kat Bubba Gump (eheh.. trasa ringan la dompet. Baru sebut dah rasa ringan)


Thursday, May 24, 2012

Terima kasih company..

Terima kasih company...

Terima kasih banyak kerana berjaya memeluatkan saya. Terima kasih



Sedang: picit2 kalkulator. 5/6 kali picit pun amaun dia tetap sama. Gila stress

Monday, May 21, 2012

Plan Mei Jun Julai

Baiklah. Ini entri menganjing (sekadar mengikut cakap Aja yakni kawan sepejabat. Saya masih belum berkesempatan untuk melihat kewujudan perkataan 'mengajing' (sebut : menghanjeng) itu di dalam kamus dewan. Akan saya usahakan). Entri untuk suka2 hati dan bersuka2 dengan plan yang harap2nya menjadi lah.

Ya, hujung minggu ini saya akan ke Mersing johor dengan WRQ kesayangan. Travel by car memang sesuatu yang saya nanti2kan. Lagipun I bujang. Takde anak2 kat belakang yang akan buat bising seperti Faris dan Naufal (anak Kak Dayah), atau yang akan diam2 tapi banyak kerja seperti Rafiq (anak Deena) atau sekadar tersenyum seperti Aiman Junior (anak ayu). So, travel by car memang sweeeeeet dan mententeramkan jiwa

Boleh berhenti mana suka. Boleh singgah2 ikut suka hati. Dan boleh dengar radio sepanjang perjalanan. Owh alangkah bestnya. Dan plan saya, saya mahu singgah itu ladang kambing di Kluang yang masuk JJCM haritu. Mahu rasa steak dan satay kambing. Myvi saya, how much I love you, sayang. You dengan I memang serasi kan, cinta? Hik. Jangan buat hal okay (ugut!)

Oyeh2. Dan bulan hadapan di waktu cuti sekolah bermula, saya akan menaiki keretapi ke singapuraaaaaaaaaa... Segala bajet telah dijanji akan dibiayai oleh ayahanda tersayang. Dan kami akan menaiki keretapi ke pulau singa tersebut. Saya pernah travel alone dulu naik ktm. Saja suka2. Dan sekarang akan ke Selatan pula


Plannya, mahu singgah itu Universal Studio, studio AFC (konon nak beli apron), jalan2 cari makan, habiskan duit dan bersenang lenang. Oh ya, dan ada juga plan jejak kasih untuk mencari saudara mara yang dah dekat 15 tahun tak jumpa. Harap2 berjalan lancarlah plan itu. Singapura, sila tunggu okay. Last saya masuk singapore, time darjah dua kot. Ok owww.. sudah 20 tahun okay. Mesti dah banyak yang berubah. Isk, cant wait!

Heheheheheheeeeee... Dan, yang paling ditunggu2, pada bulan tujuh sebelum puasa, kami sekeluarga akan ke luar negara. Eleh, tapi takde la jauh sangat. Bandung je pun. Walaupun saya dah pernah ke Bandung dulu dengan kawan2 sekepala, kali ini saya akan menemani keluarga pulak untuk bersoppin sakan di kota jawa tengah tersebut. Sakan ke? Mungkin tak sesakan mana lah kot

Itu lah dia segala perancangan untuk 2/3 bulan akan datang. Dapat tak dapat, pergi tak pergi, hidup ke mati, plan tetap plan. Kita merancang, Tuhan tentukan. Yang penting, kalau dah plan, tapi sekiranya ada aral yang melintang, redha kan aje. Tu tandanya Tuhan nak bagi kita sesuatu yang lebih grand. Maybe percutian ke Paris, atau Venice, atau Itali, or atau sekali lagi ke Disneyland... Eceh

Saya sudah lama memerap di Puchong dan Cheras ini. Mahu mulakan hidup baru dengan azam yang juga baru. Single? So? My dad once advised me 'why buy a cow if you can get free milk?'. Owh.. sangat menikam soalan ringkas itu. Sangat jelas untuk difikirkan oleh orang2 yang jelas pemikirannya

Okay. sampai di situ saja entri menganjing ini. Eleh, orang pun tak heran. Ok fine

Bye!!

Monday, May 07, 2012

Aqil's Outdoor

Ada fotoshoot dengan Aqil's and his parents recently. First time saya shoot outdoor dengan kid and family macamni. So, terima kasih banyak lah kepada Wewet and Abg Jai di atas segala kerjasama. Dan Aqil tersangatlah tetomei sehingga saya terasa nak publish kesemua gambar dia kat sini

Tapi seperti biasa, gambar penuh adalah hak milik Aqil and fam only. So, kalau ada anak2 anda yang pandai pose depan camera, ambil lah gambar mereka sebelum mereka membesar dan tak comel lagi dah kalau bergambar. Hehehe

Sekian


















Time fotoshoot tu, ada sorang anak mat salleh ni sibuk nak main dengan Aqil. So apa lagi, snap jugak la pic dia ni. Dah lawa comel macam model iklan Ponney. Untunglah rambut blonde -.-

Thanks Wewet and Abg Jai. What a great moment!

Wednesday, May 02, 2012

Ruang dan Peluang

Lama saya menung depan skrin. Tidak tahu untuk memulakan dari mana. Mahu berkias kah atau terus direct? Mahu mengulaskah atau sekadar berbasa-basi sahaja

Sukar

Hal apakah yang begitu sukar untuk direncanakan itu? Hal itulah

Politik

Saya pemerhati politik yang wajar. Saya suka membaca dan melakukan pemerhatian dan boleh dikatakan berhati2 membuat sebarang penilaian. Saya tidak mahu dianggap sebagai dangkal dan bodoh. Meskipun tidak berkecimpung walau dalam mana2 parti pun, politik tetap menjadi satu isu yang penting dan menarik buat saya

Mungkin kerana faktor manusia. Ya, kerana yang mewarnakan bidang politik itu adalah manusia. Dan bilamana manusia adalah subjeknya, maka perkara itu akan menjadi yang terunggul untuk saya

Menjadi manusia yang bijak itu penting. Bijak berfikir dan manaakul. Kita tidak mahu menjadi khadam yang selama-lamanya hanya 'sami'na wa ato'na' tanpa tahu hujung pangkal sesebuah kisah. Politik adakalanya jadi medan cerdik pandai merencanakan wacana masing-masing. Dan kadang2, ramai juga yang 'memandai2' turut serta sibuk bersaing

Mama dan papa saya yang saling mencinta dan lama berumahtangga pun boleh menonton televisyen asing2 bila masuk bab politik. Dalam politik, kita tak boleh mangharapkan semua manusia berada dalam satu jalan dan landasan yang sama. Dari sudut mana kita melihat sesuatu isu itu sangat penting. Dan yang lebih penting adalah kita sebagai pembaca yang wajar, wajarlah berfikir dan tidak terus melenting dengan bahasa2 keras politik

Bertuhankan Allah, tidak perlu menakutkan saya untuk berkata2 dan menyokong yang benar, seperti kata Ustaz Hasrizal dalam lamannya Saifulislam. Allah Maha mengetahui segala sesuatu yang dilakukan malah yang diniatkan di dalam hati hamba-hambaNya

Saya tidak rasa Allah suka manusia atas pagar.

"Ikutlah, mana2 pun boleh.."
"Ala, aku tak heran la politik2 ni.."
"BN menang ke BA menang ke, kesah pulak aku?"
"Ada effect ke undi aku yang satu ni dalam mengatur negara supaya aman makmur?"

Tepuk dada, tanya iman. Untuk saya, saya kira kita perlu berpendirian. Pendirian dalam kehidupan, pendirian dalam agama, akhlaq dan begitu juga berpendirian dalam politik

Saya pembaca dan pemerhati politik yang berpendirian. Cukuplah sekadar itu yang ingin saya katakan.

Rakyat marhaen bukan bodoh untuk memberi peluang negara tercinta ini dipimpin oleh manusia2 yang entahkan betul entahkan tidak hujung pangkalnya. Tapi rakyat juga bukan bodoh untuk terus membiarkan negara dipimpin oleh manusia2 tidak boleh lansung ditegur dan menganngap mereka saja yang betul

We need space. Rakyat perlukan ruang. Ruang untuk didengarkan pendapatnya. Ruang untuk diambil kira susah payahnya. Dan bukan sahaja ruang, rakyat juga mahu peluang. Peluang untuk perubahan, peluang untuk penambahbaikan. Ya, ruang dan peluang

Dan bila tidak ada ruang dan peluang, rakyat akan mencari "Juang"

Dan jangan marah lah kalau orang lain berjuang..

Salam sayang

Friday, April 27, 2012

Engagement - Liza & Zaifulnizam

Sabtu bersamaan 21 April 2012, termeterai ikatan janji antar dua hati, Norlizawati & Zaifulnizam. Majlis pertunangan diadakan di Felda Pemanis 2, Segamat Johor. Ada beberapa keping gambar yang ingin dikongsikan dengan pembaca. Selamat menjamu mata

Untuk Tuan rumah dan keluarga, terima kasih di atas komitmen dan kerjasama sepanjang sesi fotografi





















Akan mengepos gambar2 dari job Aqil's Outdoor selepas ini. Sibuk. Dan minggu depan untuk majlis perkahwinan pula. Hargai waktu lapang, sebelum datang waktu sempit

Salam hormat

Friday, April 20, 2012

Esok hari sejarah


Esok hari sejarah. 21 April 2012 akan jadi hari paling bersejarah buat saya. Jika saya mampu hidup untuk seratus tahun lagi, saya akan terus-terusan mengingati tarikh ini. Esok hari seorang saya benar2 menjadi saya. Hari untuk menilai di mana letak duduk iman dan taqwa di jiwa.

Kenapa hari esok sangat bersejarah buat saya? Itu biarlah saya saja yang tahu. Nanti di negeri abadi, di padang yang mana akan dihisab segala bentuk amalan walau seinci, ingin saya menceritakannya buat kalian. Atau saya serahkan saja kepada Tuhan untuk menayangkannya di pandangan. Saya mahu kalian tahu, jujur. Tapi bukan sekarang. Saya pasti ia bukan sekarang

Saya menulis dengan baris2 dan tulisan yang hanya mampu dibaca dengan hati yang hidup. Hati yang luhur dan kudus. Pandangan mata takkan mampu memahamkan kalian tentang saya. Hanya pandangan hati. Kerana di pandangan biasa, saya hanya seorang penulis yang bosan, pelik, jiwang dan sangat outdated. Tulisan2 saya boleh menidurkan dan mendodoikan manusia

Tapi di pandangan segelintir hati, tulisan saya hidup dan segar. Walaupun serba kekurangan, ia umpama manusia yang berjiwa. Sangat berlawanan dengan robot ciptaan yang sofistikated dan menawan namun tak berperasaan. Ini laman berat, kawan. Jika tak terpikul, jangan datang. Datang dengan hati yang lapang, Insyallah, anda kelegaan bila pulang

Akan saya lalui hari esok dengan kerja mengambil gambar juga. Semoga dengan pekerjaan itu, maka lekalah hati dan minda saya untuk berfikir2 dan berkira2 tak sudah2. Dan pada kalian saya pintakan doa2. Doa agar saya diberikan kelapangan, diberikan kesihatan, diberikan kecekalan dan ketabahan, seterusnya dipanjangkan umur dalam islam dan iman, mudah-mudahan

Jika saya survive esok, maka saya akan hidup di hari lusanya sebagai seorang manusia yang baru, insyallah. Keras, padu dan jitu. Itulah yang selalu saya sebut2kan dalam doa. Moga2 Allah memperkenankannya..

Friday, April 13, 2012

Pada-Mu aku berteka


Ya Allah,
Pada-Mu aku berteka

Walaupun aku yakinpasti Engkau Maha Mengetahui,

Sedang Engkau jadikan hatiku ini patah,
Aku pohon Engkau jadikan hatiku ini kering,
Sedang Engkau jadikan hatiku ini berkecai
Aku pohon Engkau jadikan hatiku ini keras,

Agar yang berserpih tidak akan melebur,
Agar yang melebur pun akan meninggalkan bekas bersisa
Agar dapat ku bina kembali impian yang pernah terbatas.

Ya Allah Pada-Mu aku berteki
Tanpa berbelahbagi
Tetapkanlah jalanku jalan ke depan
Walau yang menghadangsanggah
setajam penajam sebisa sembilu ,
Dengan sebeban kerat, aku akan menyanggupinya
Demi menjauhdiri dari silam yang cucuk menikam,
Yang tidak sanggup aku hadapinya untuk hidup sekali ini..

Anonymous,

Thursday, April 12, 2012

Dan untuk kali yang keduanya

Umur, dua puluh lapan. Tahun, dua ribu dua belas. Dan sekali lagi Tuhan, sekali lagi wahai Tuhan, Engkau memberikan ujian yang tak terungkapkan. Dulu, sekitar tahun dua ribu tujuh, aku menangis teresak-esak. Dan kini, di tahun ini, aku menangis lagi. Namun tangisan yang tidak berbunyi. Sekadar termenung mengenangkan nasib yang telah tertulis. Dan setelah lima tahun berlalu, dengan buku yang juga baru, namun kisahnya masih lama. Perit yang masih sama

Mana sinar bahagia, wahai Tuhan? Mana berita2 gembira untuk orang2 yang menempuh ujian penuh kesabaran? Apa lagi salah seorang hamba yang namanya aku ini kepadaMu?

Tiada lagi penyesalan. Cukuplah bercakap2 tentang hati dan perasaan. Umur sudah tua, tidak lagi muda. Cukup. Biar sampai sini. Dan aku mahu sendiri. Tolong, tolong tutup dan kunci hati ini. Biarlah Kamu sahaja yang kekal di sisi

Kisah yang sama ini, dapat anda baca di SINI. Baca. Anda mesti baca. Ceritera yang sama, tak pernah sudah2. Dan klik sajalah untuk mengetahui kisahnya. Tiada apa yang berubah. Semuanya masih sama. Jangan tanya apa2. Sekadar baca dan doakan aku dipermudahkan segalanya

Terima kasih anda2 yang pernah melukakan

Thursday, April 05, 2012

Terima kasih cikgu

Saya tidak ada cikgu fotografi yang khusus. Kalau saya nak berterima kasih tentang fotografi, mungkin sekali saya perlu berterima kasih kepada google. Saya boleh katakan google adalah cikgu fotografi terbaik saya. Hampir kesemua pembelajaran mengenai fotografi saya dapatakan dari pencarian google. Terima kasih kepada Universiti kesayangan yang telah menjadikan saya sedikit fasih dengan artikel berbahasa inggeris. Selayaknya saya berterima kasih kepada semua nikmat2 yang tuhan berikan

Sehinggalah apabila saya menemui satu laman menarik iaitu Ejad Fotopoyo yang sangat2 mampu memahamkan saya dengan bahasa paling mudah. Maka laman ini telah secara tidak lansung menjadi ibarat 'cikgu' pada saya. Dan jikalaulah mampu saya menemui Encik Ejad si penulis ini, akan saya tabik dan ucapkan jutaan terima kasih atas segala artikel beliau yang sangat2 mudah difahami untuk newbies seperti saya

Satu yang paling saya suka tentang Ejad Fotopoyo, apabila si penulis secara tidak lansung memberikan semangat dan dorongan untuk kita belajar perkara2 baru dan tidak bimbang melakukan kesalahan. Again, mistakes are part or education itself. Di samping itu, si penulis seakan2 memamahi dilema yang dilalui oleh newbies seperti saya.

Contohnya,

'Malunya aku. Aku guna kitlense je',
'Boleh ke kitlense hasilkan gambar cantik2 macam orang lain tu?'
'Aku ni OP, tapi pakai kamera cap ayam je. Malunya'
'Kawan pengantin ni punya lense pun lagi panjang dari lense aku ):'
'Oh ni la Op majlis ni eh?' 'Ah? Err tak pun. Saya ambil gambar suka2 je..' - sambil jalan buat tak tau

Segala persoalan itu terjawab apabila saya membaca hampir kesemua tutorial dan entri yang dituliskan di laman Ejad. Dilema2 yang saya nyatakan di atas, dikupas dengan gaya penulisan yang menarik, lalu membuatkan minat saya bertambah dan tidak pernah tidak saya tersenyum-senyum membacanya. Klik sini untuk contoh entri beliau

Beliau pastilah seorang cikgu dan penulis yang baik. Dan segala tunjuk ajar beliau, walaupun tidak dikhususkan kepada saya, selayaknya saya ucapkan jutaan terima kasih. Semoga beliau bertambah sukses dan usaha beliau diberkati dunia akhirat

Terima kasih cikgu!

Wednesday, April 04, 2012

Sekalung Penghargaan



Alhamdulillah. Jujur, saya kira itu perkataan pertama yang perlu saya sebut. Untuk Islam yang masih subur dalam diri. Untuk iman yang masih ada tapi perlu diperbaiki. Untuk rezeki yang tidak pernah berhenti diberi. Dan untuk ilmu, akal, jiwa dan hati yang masih lagi suci. Selayaknya saya bersyukur.

Saya sudah berjaya membeli sebuah koputer riba baru yang molek dan berkapasiti tinggi. Bukan niat saya untuk bermegah2, tetapi saya menyebutnya untuk berterima kasih kepada Allah, dan kepada sahabat2 yang telah banyak memberi kepercayaan kepada saya

Saya tahu harga sebuah laptop tidaklah semahal mana untuk sebilangan manusia. Tetapi bilamana saya mampu membelinya dengan duit hasil titik peluh sendiri yang dikumpul sedikit-sedikit, maka nilainya menjadi terlalu mahal. Sehingga meinitis air mata tatkala saya menyentuhnya

Saya bukan orang kaya. Gaji yang saya perolehi pun tidaklah sebanyak mana. Saya tiada kad kredit untuk membeli segala gajet2 masa kini. Hanya menabung sajalah jalan yang ada untuk membeli apa sahaja yang orang lain mampu beli.

Saya dapat juga membeli flash gun dan beberapa kelengkapan mengambil gambar yang lain dengan mengumpul wang bayaran yang diperoleh dari hobi saya. Hobi mengambil gambar. Dan saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua rakan2 yang telah sudi mengabadikan kenangan terindah mereka bersama saya

Saya mahu terus maju. Itu cita-cita dan impian saya. Untuk maju, saya tidak akan selamanya berdiri di spot yang ini. Dan saya tidak mahu melupakan segala yang telah saya lalui hanya kerana faktor kemajuan itu. Jujur, saya mahu terus memandang belakang dan tersenyum mengimbau kenangan

Terima kasih semua. Pasangan Ayu dan Aiman, Aja dan Adi, Yusra dan Shamsul, Sarah dan Firdaus, Wanie dan Izwan, Fina dan Fikhry, Huda dan Fairuz, Wahidah dan Faizal, Ida dan Firdaus, Zaharah dan Hishamuddin, Mdm. Lakhsmy, Mdm. Mohana dan rakan2 yang banyak memberikan semangat, dorongan juga nasihat

Dan untuk teman jiwa raga, yang diri anda sendiri tahu siapa anda, perkenalan, perkongsian dan segalanya yang baik yang saya perolehi dari anda, hanya jutaan terima kasih jualah yang mampu saya lafazkan. Semoga anda dan pasangan akan terus diberkati mudah-mudahan

Saya akan meneruskan apa yang dipinjamkan Tuhan ini, sehingga Tuhan sendiri mengambilnya kembali nanti. Saya bukan jurugambar. Dan sememangnya layaklah jika saya sedikit teruja apabila saya mampu mendapatkan sesuatu hasil dari gambar yang saya rakam. Ya, saya teruja dan selebihnya bersyukur. Berbanyak2 syukur

Akan ada beberapa kerja di hujung bulan 4, awal dan hujung bulan 5, dan awal bulan 6 yang akan datang. Doakan saya sentiasa diberikan kesihatan, agar mampu berbakti dan mencari rezeki halal. Agar saya diberi kemahiran dan kreativiti yang tinggi dan kepada Allah jualah saya pohonkan segala kebaikan

Jazakallahu Khairan Kathiran

Friday, March 30, 2012

Saya dan Fotografi

Hari ini saya nak tulis tentang fotografi. Ramai yang bertanya tentang harga pakej dan sesi fotografi saya. Sebelum saya bercerita tentang harga dan sebagainya, ada beberapa perkara penting yang perlu dimaklumi dulu kepada para pembaca

1) Saya BUKAN jurugambar profesional. Saya tidak berdaftar dengan mana2 organisasi atau kampeni atau bekerja di bawah mana2 fotografer profesional yang lain.

2) Saya tidak pernah mendapat sebarang latihan formal mengenai fotografi, tidak pernah hadir ke mana2 bengkel atau seminar dan tidak pernah menyertai sebarang pertandingan fotografi atau yang seangkatan dengannya.

3) Saya bermula sebagai seorang yang mempunyai hobi merakam gambar dan tidak menyangka bahawa saya dianugerahkan sedikit kemahiran untuk berada di 'tempat' di mana saya berada sekarang. 

4) Saya tidak mempunyai sebarang perkakas canggih seperti lensa2 yang panjangnya sedepa, atau berbagai lagi device menarik yang dapat 'meracun' orang lain. Sekadar DSLR biasa 10mp dengan 18-55mm kitlense.

5) Belajar 100% dari pembacaan yang di google sendiri, self tutorial, curi2 baca buku fotografi mahal2, selak2 majalah fotografi yang melekakan dan selebihnya bergerak di atas prinsip 'trial & error' sahaja

6) Tidak segan belajar dan bertanya, mahu meningkatkan prestasi dan gembira jika dapat memberikan kepada kawan2 (pelanggan) apa sahaja yang mereka mahukan.

7) Boleh berlebih kurang dan tak kesah berpenat lelah kerana fotografi bagi saya adalah 'intrinsically rewarding' berbanding bayaran dan kemashuran dan sebagainya

8) Tidak mempunyai sebarang printer atau device yang dapat menukarkan foto2 yang saya rakam ke hard copy, story board, sticky album dan sebagainya. SAYA HANYA AMBIL GAMBAR DAN EDIT SAHAJA. Perint memerint, terpulang lah kepada tuan empunya badan

................................................

Okay, rasanya itu sahaja perkara penting yang perlu diberitahu dahulu. Dan untuk memudahkan kefahaman, saya senaraikan sahaja harga yang saya tawarkan kepada pelanggan.

a) 1 ocassion (RM200) - Bertunang / Nikah (unlimited keping, unlimited hour, kerja sampai majlis habis) - Pelanggan dapat DVD dengan semua gambar2 yang ditangkap berserta 1 folder RETOUCHED (5-8% dari jumlah keseluruhan gambar)

b) 1 ocassion (RM250) - Majlis belah perempuan / Majlis belah lelaki / Outdoor (unlimited keping, unlimited hour, kerja sampai majlis habis) - Pelanggan dapat DVD dengan semua gambar2 yang ditangkap berserta 1 folder RETOUCHED (5-8% dari jumlah keseluruhan gambar)

c) Pakej selalu orang amek (RM650) - Nikah + Majlis belah perempuan + Outdoor [atau] Majlis belah lelaki (Jimat 50 hengget) - Dapat sama macam kat atas.

d) Pakej sekali harung (RM 800) - Nikah + Majlis belah perempuan + Majlis belah lelaki + Outdoor (Jimat 100 hengget) - Dapat sama macam kat atas.

e) 1 ocassion gambar suka suki (RM150) - Family gathering / Birthday party / Family Outdoor / Family Indoor / Pre-wed session - Dapat sama macam kat atas.

- Luar KL/Selangor, kene topup minyak atau belikan tiket bas pergi-balik (saya rasa tak ada fotografer yang rela naik bas sampai Changlun, tapi saya pernah buat. Jujur meletihkan).
- Luar KL/Selangor, customer mesti sediakan tempat berteduh jika keseluruhan majlis mengambil masa 2/3 hari. Tak perlu hotel, challet bagai. Rumah sedara mara ke, jiran tetangga pun boleh. Saya sangatlah boleh adapt dan peramah jugak lah (:

Bila makin kebawah, harganya nampak macam mahal kan? Tetapi percayalah, sangat murah berbanding pekerjaannya yang sangat2 meletihkan. Ini lah harga hasil kerja saya. Jika berminat, dialu-alukan sebarang pertanyaan. Kalau rasa mahal dan tidak berbaloi, tuan2 dan puan2 boleh mencari lain2 fotografer yang dirasakan lebih berbaloi dan memuaskan hati. Tidak ada sebarang paksaan dan saya amat memahami bahawa 'cantik' itu sangat subjektif.


Kenapa tak buat pakej print sekali?

Ramai yang mengajukan soalan ini kepada saya. Dan percayalah, sampai hari ini saya masih tidak mampu menjawabnya. Saya tidak ada kenalan yang berkerja di bahagian percetakan, saya tidak tahu bagaimana untuk mendapatkan sumber, saya tidak tahu harga sebenar story board dan sticky album yang selalu orang perkatakan, dan saya tidak pernah mengambil tahu RM berapakah harga sekeping gambar berukuran 4R. Jadi, cukuplah sekadar saya boleh katakan, hal board-mengeboard, perint-memerint, album-mengalbum, saya serahkan kepada pengantin sahaja.

Saya telah menyemak beberapa fotografer profesional dan separa profesional yang menyediakan pakej2 menarik. Dapat CD, album, storyboard besar dan tebal, frame beserta gambar besar la bagai, dan harga yang mereka tawarkan juga tidak murah. Ribu riban juga. Jika ada yang rm600/700 juga, sila lihat dulu hasil tangkapan, berapa jam dan berapa event mereka cover. Most probably 1-2 event sekitar 3 jam kerja. (Sekadar pendapat peribadi yang realistik)

Jadi untuk bakal2 pengantin, kak cik dan abang long yang rasa2 nak membajet di hari bersejarah kalian, yang last2 minit baru terasa nak ada orang tolong ambilkn gambar dan sudi untuk memberi peluang kepada saya mencuba bakat dan anugerah yang tak lah sehebat mana ni, boleh lah mengkonsider tawaran saya. Cewah, bisnes! Dan bagi saya senang je, kalau dalam rm250 untuk satu event ni pun terasa membazir dan berkira jugak, suruh je la adik tangkap pakai hanset time korang kawen nanti. Senang malah free lagi

Malu bertanya, sesat jalan. Malu belajar, jahil lah sampai mati. Malu iklan, tu bisnes syok sendiri. Malu buat salah, sampai bila tak belajar apa2. Malu melangkah, haa duk la situ sampai ke tua.

Sekian sahaja dari saya

Selamat bercongak2 dan mengira2 (^^)

Hartini Omar : 012-2622886, lydiawati@masterskill.edu.my, charming_lead@yahoo.com
Untuk contoh2 hasil : klik di SINI

Thursday, March 29, 2012

Fairuz dan Huda











Assalamualaikum. Wah, sangat lama saya tak menyinggah kat laman saya ni. Pandang pun macam tak mau dah. Eksyen kemain. Ini ada saya postkan gambar2 perkahwinan client saya haritu (eceh, client). Foto2 ini dirakam di majlis belah lelaki, dan pasangan Fairuz dan Huda telah memilih tema jawa. Fotoshoot hanya dilakukan di kawasan rumah dan di dalam rumah. Takde outdoor sebab hujan

Dan seperti biasa, saya hanya mengepos beberapa gambar yang dirasakan layak untuk dikongsikan lah. Yang lain2 adalah hak milik pasangan pengantin (:

Kepada Puan Huda dan Encik Fairuz, terima kasih kerana telah memberikan kerjasama yang sangat2 baik dan telah memberikan kepercayaan untuk saya merakam gambar2 istimewa anda. Terlebih kurang, saya pohon jutaan kemaafan

Selamat Pengantin Baru