Tuesday, September 02, 2008

Dan kenangan itu membunuhku!


Madah itu beralun-alun
Ditiup angin semalam
Lalu kenangan itu hadir
Bagai bayu yang menitipkan rindu, shahdu!

Lantas kembara meliputi bumi
Terokai denai-denai janji
Bertemu lapangan kelabu,
Dan kenangan itu membunuhku!
Warkah itu berbayang-bayang
Disinar mentari kelmarin
Lalu mimpi itu pun hadir
Bagai sumbu yang memancarkan kasih, rintih!

Lantas berterbangan ke awan
Menyinggah taman-taman harapan
Bertemu impian palsu,
Dan kenangan itu membunuhku!
Lalu datang kenangan dan mimpi2 itu
Tanpa rajuk dan jemu
Membasahkan atma yang kekontangan
Digersang citra kasih sayang


…namun yang pahit tetap berkumpul jadi satu
Jadi hempedu,
Lalu tetap membunuhku!


ww: terlalu sarat jiwa mengendong kata2, hingga berbekas mengalirkan tinta, tak sedar mengungkapkan madah...

5 comments:

miss N said...

salam....banyaknya surat.ni kumpul dari bila lagi ni.

Hartini Omar said...

miss n,

sebahagiannya dari zaman sekolah, dan matrikulasi. namun semakin berkurang dgn lahirnya pelbagai teknologi..

lalu tinggal jadi kenangan yg mungkin tak akan dirasai oleh anak2 generasi..

terima kasih menyinggah ;)

en_me said...

salam ramadhan adekks ittew..

hans said...

wah...
saya kumpul kad raya

Anonymous said...

Sajak yang berperisa. Tapi boleh diperbaiki dari segi tanda baca dan perbezaan warna. Maaf kalau teguran ini tidak diundang.

Salam ukhwah dari SangPelangi.