Saturday, June 30, 2012

Thursday, June 28, 2012

Khiril & Marshidah

Ok, ini full entri. Majlis pernikahan Mohamad Khiril Hafiz dan Marshidah yang berlansung di Bota Kanan Perak. Sebenarnya yang kawin ni sahabat baik saya. Yang memang kamcing macam isi dengan kuku lah (eh?) Kawin jugak mi. Ingatkan membujang sampai ke tua. Hehehe

Jadi, di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan tahniah buat sahabat saya, selamat pengantin baru dan semoga berbahagia hendaknya hingga ke syurga, ameen..

Semenjak usia makin meningkat ni, saya sudah hilang keupayaan untuk menulis dengan jiwa2 dan bahasa2 puitis. Mungkin juga kerana saya tak mendesak diri saya. Dan selebihnya, kalau puitis pun belum tentu semua faham

Eheh ok. Sekian dulu untuk kali ini. Saya mahu berehat2, bersantai bersama famili dan seterusnya menanti kedatangan ramadhan dengan mengabaikan sikit hal2 dunia ni. Eceh. Harap2 mampu lah, insyallah

Kepada pasangan pengantin dan keluarga, terima kasih banyak atas bantuan, makan minum, tempat tidur, dan segala2nya yang menyeronokkan sepanjang pernikahan berlansung. Huhu poyo ucapan saya. Sebenarnya rumah mak angkat sendiri. Dah arif setiap inci (^^)

Terima kasih semua

p/s : klik gambar untuk paparan bersaiz asal




 










 







Friday, June 22, 2012

Teaser untuk sahabat saya




Nama pun teaser ye tak? So, laporan penuh kene tunggu lah. Hehehe.. Saya memang manusia yang suka menyakat, lebih2 lagi dengan sahabat atau teman karib. Saja nak buat beliau tertunggu2 dan ternanti2. Hehehe

Nikmatnya menganjing dan menyakat...... Hehehehe nice! (^^)

Akan mengepos full entrinya dalam masa terdekat. Tungguuuuuuuuuu!!!

p/s: Tak dapat tengok gambar pengantin perempuan? Hehe well, pengantin perempuan kali ni tak berapa berseri. So, bila saya nak upload je, laptop saya jerk. Hahahahahahaha (gurau je la)

Thursday, June 14, 2012

Seindah Sakura

Saya jarang tengok drama dengan lagak beria. Sebab selalunya saya tengok je apa yang ditayangkan di televisyen. Namun nak menunggu bagai, beria-ia bersengkang mata, memang tidaklah

Tapi sekarang saya jatuh cinta kat drama tv3 Seindah Sakura ni. Entahlah.. Tak tau kenapa. Kalau saya balik lewat, sanggup lah saya bukak internet dan tengok di Tonton. Dahsyat tak? Untuk orang yang tak berapa nak tv sangat macam saya, itu dah dikira dahsyat


Saya fikir ada beberapa sebab yang buat saya suka drama ni. Mungkin sekali sebab Fasha Sandha. Walaupun ramai yang benci dia, tapi saya suka dia. Dia pandai berlakon. Lagi2 bab air mata. Kedua mungkin sebab hero dia Fahrin. Ok lah, sedap mata memandang

Dan saya rasa, background cerita dia kampung2, pantai2 dan kemudian terus ke kota Paris. Wow, harus lah saya suka kan tempat2 macamtu. Dan OST dia 'Buatku di sana' tu pun mencengkam pundak hati. Haruslah saya jadi minat sangat dengan cerita ni

Dan yang paling penting adalah jalan ceritanya. Seorang anak kampung yang tersisih, hina, miskin, selalu disalah anggap, dan berjaya mengorak langkah dan sukses dalam hidup. Setelah melalui berbagai rintangan, kejayaan akhirnya berjaya digenggam. (Ala, nama pun novel, mestilah happy ending. Kalau realiti, belum tentu kot)

Dan tentu saja sebab ceritanya tentang cinta yang tidak akan mampu bersatu. Nangis air mata darah pun takkan mampu kahwin. Lebih kurang macam saya lah -.- erk..

Saya tak baca novelnya, jadi saya tak tahu apa penamat cerita ni. So saya tak sabar nak tengok episod akhirnya harini. Berdebar2 ok (;

Sekian, tu je lah yang saya nak kongsi. Terima kasih

p/s : Nak tambah sikit. Saya suka Fasha Sandha dalam drama ni sebab dia macam degil. Dia helpless dan selalu kene buli tapi dia brutal jugak lah. Takde lah bodoh je bila orang buli dia. Dan yg paling saya tertarik, sebab dia suka senyap dan buat pandangan jemu bila orang tanya itu ini mintak kepastian. Ala2 macam dah malas lah nak explain. "Kau percaya apa? Haa ikut kau lah nak percaya apa". Serius saya sangat suka attitude hampa tahap gaban macamtu. Kalau aku terangkan pun kau bukan percaya kan? Ok awww.. sangat suka!

Dan saya pun suka bila ada Oyang dia tu. Comel2 kiut. Saya suka tengok orang yg tabah jaga orang tua. Eh banyak lah benda yg saya suka dalam cerita ni. Pencetus semangat untuk orang2 yang kehampaan macam saya. Saya pun akan berjaya dan gembira satu hari nanti, insyallah. Mesti tabah, mesti usaha, mesti percaya. Wajib!

Monday, June 11, 2012

Firdaus & Ida Syafizul

Salam. Ada beberapa keping gambar perkahwinan Firdaus dan Ida Syafizul yang ingin saya kongsikan dengan pembaca. Sekali lagi, terima kasih banyak kepada pasangan pengantin dan keluarga atas kepercayaan dan kesabaran dalam melayani karenah saya. (tp saya tak banyak karenah kot) Hehe

Gambar2 di sekitar majlis di Kajang dan majlis belah lelaki yang diadakan di Kota Tinggi, Johor. Kali pertama saya ke Pantai Tanjung Leman dan Outdoor di sana nampaknya benar2 tidak menghampakan. Good scene dan good couple.

Selamat pengantin baru kepada Abg Firdaus dan Kak Ida. Semoga berbahagia hingga ke syurga hendaknya. Terima kasih dan jumpa lagi




























p/s: ada lagi gambar pernikahan dr Perak yg sedang diperhalusi. So, saya bz. kbai