Wednesday, May 15, 2013

Bayu, Biru, Timur

Bersabar menunggu minggu hadapan. Kalau2 ada rezeki :)) Kami merancang, Dia juga yang menentukan



Thursday, May 09, 2013

Apakah saya rasis?

Apakah saya rasis, bila saya lebih mementingkan kaum melayu saya, yang kini nampaknya sudah nyawa2 ikan?

Apakah saya rasis, apabila saya kini mula celik mata dengan anak bangsa saya yang makin nampak diperkotak-katikkan?

Apakah saya rasis jika saya berjuang untuk bangsa dan agama saya yakni Islam?

Apakah saya rasis jika saya menjadi begitu sedih dan sayu hati melihat kebodohan bangsa sendiri yang berpecah belah ke mana hala?

Apakah saya rasis jika saya benar2 menyayangi negara saya, tempat tanah tumpahnya darah saya?

......................

Dan apakah kamu tidak rasis apabila kamu hanya memilih pemimpin yang sama bangsa dengan kamu?

Dan apakah kamu tidak rasis apabila kamu cuma membaca akhbar yang ditulis dengan bahasa dan huruf2 kamu?

Dan apakah kamu tidak rasis apabila kamu mengatakan saya rasis?

Dan apakah kamu tidak rasis apabila kamu menggunakan manusia yang sebangsa dengan saya semata2 untuk mendapatkan kemenangan yang kamu idam2kan?

Dan berfikirlah sejenak, apakah benar kamu tidak rasis?

......................

Memang dari dulu, dari mula2 menulis, saya adalah anak bangsa yang merah darahnya dan cekal kesungguhannya untuk bangsa saya. Memang dari dulu. Di pertengahan jalan saya pernah hilang arah. Di zaman2 pemerintahan Pak Lah, saya sangat bencikan kerajaan yang berpaksikan nepotismnya. Sangat2 bencikan kepimpinan yang layu, lembab dan bodoh

Namun di tahun2 yang terkini, dan semenjak saya bersaudara dengan orang Singapura mata saya mula terbuka. Melayu di sana hidup susah dengan kepimpinan bangsa lain. Benar2 susah. Susah sehingga mereka tidakpun memiliki kereta dan rumah. Sangat susah sehingga mereka sukar menjawat jawatan tinggi dalam kepimpinan kerajaan mereka. Jika anda rasa mereka senang-lenang dan kaya, percayalah itu tidak benar. Marilah ikut saya ke sana, akan saya buktikan apa yang saya kata.

Itu semua hasil dari Melayu yang baik. Melayu yang memang selalu saja baik. Baik sampai diperkotak-katik. Dan apakah kita mahu Malaysia menjadi seperti itu?

Saya sayangkan Islam. Saya sayangkan Melayu. Tapi saya benci orang lain yang memperalatkan Islam untuk mengusir dan mencemar Melayu

Saya benci. Terlalu benci. Noktah!

Apakah saya rasis? Lalu apakah kamu tidak?

Think!

Monday, April 29, 2013

Memimpin pemimpin

Wahh.. Ahad ni mengundi. Mesti ramai orang teruja. Maklumlah, mengundi bukannya hari2. Nak menunggu lagi lima tahun tu, entahkan hidup entahkan mati.

Dulu saya selalu jugak berkias2 pasal politik. Tapi siapa yang saya sokong, biar saya je lah yang tahu. Yang penting saya nak pesan, jangan sesekali2 kita jadi pengundi yang atas pagar. Tak tahu siapa kita nak undi. Bedal je lah. Ah, sape pun tak kesah lah. NO! Jangan. Kita mesti berpendirian. Mesti!

Anda nak sokong biru, hijau, biru kundang, merah putih, kuning, coklat, kelabu ke apa tu semua bukan soalnya. Pilihlah siapa anda nak pilih. Yang penting anda memilih.

Ketidaksamaan dalam pendirian adalah anugerah. Kalau semua sama, tu bukan manusia tapi robot

Come on.. Do some research, siapa bakal wakil rakyat anda, apa yang telah, sedang dan akan mereka lakukan untuk anda dan penduduk setempat, dan seterusnya apakah mereka benar2 menghargai negara dan kita si rakyat jelata

Dulu-dulu

Saya teringat waktu kita kecik2 dulu. Setiap kali cikgu nak pilih ketua kelas, ketua pengawas, ketua kebersihan, ketua pusat sumber, pustakawan, berebut2 kita TAK NAK jadi ketua. Ingat tak? Bukan berebut2 nak jadi, berebut2 tak nak jadi. Kita calonkan nama kawan2 dan kawan2 calonkan nama kita. Masing2 tolak menolak

Tapi kenapa bila kita dah dewasa, dah besar panjang, dah bijak, dah kaya raya, kita BERLUMBA2 nak jadi ketua? Sampai sanggup kita berikan janji2 kosong, kita buruk-burukkan orang lain, kita doakan yang bukan2 untuk opponent dan kita bagi rasuah semata2 sebab kita nak kan jawatan ketua tu?

Apakah benar kita mahukan 'kepimpinan' atau sekadar 'kekuasaan'???

Pelik kan kita..

Ya, manusia memang pelik. Lebih pelik apabila manusia telah dihasut dan dirasuk oleh satu elemen yakni  KETAMAKAN. Kita tamak harta, tamak kedudukan, tamak kuasa, tamak segala-galanya

Come on. Semua benda akan elok kalau dikongsi bersama2. Kalau saya jadi ketua, biar saya ada kawan2 yang bukan hanya memuji, malah mesti ada yang mampu mengkritik saya. Sama2 memimpin kepimpinan saya. Dan begitu juga kalau anda jadi ketua, saya akan berkerja keras untuk sama2 melurusi kempimpinan anda. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Bukankah itu lebih mudah, dan lebih indah?

Adat pertandingan, ada kalah dan menang. What's the big deal? Relax2 sudah.. Kalau kali ini kita kalah, kita usaha lagi. Kalau kali ini kita menang, lagi banyak yang kene kita usahakan. Pernah kita fikir hakikat tu? Hmm..

Macamana lah kita nak melahirkan manusia yang gemilang, bila kita sendiri belum mampu berfikir dengan cemerlang..

Acuan yang bengkok, tidak sekali2 akan memberikan hasil yang lurus.

Ok. Selamat mengundi semua

Friday, April 12, 2013

Bahana Filem kita


Saya baru teringat pasal berita budak lelaki yang kene buli oleh 3 orang kawan2 dia yang saya tengok kat Buletin Utama dan 999 semalam. 

Tak tengok berita? Masyallah. Pergi cari lah kat youtube

Saya nak komen sikitttttttttt je. Tak banyak kot. Tu pun saya guna bahasa pasar je, supaya senang orang faham. Kang saya bersastera bagai, tak lalu dicerna minda pulak

Ok macamni, kenapa orang kita nak kecoh kalau ada orang terajang orang, orang buli orang, orang bunuh orang? Kan orang Malaysia jugak yang pergi bikin filem2 macam Juvana, Bohsia, KL Gangster la hapa bagai. Buat cerita ganas, ganas la yang kau dapat

Kau buat filem pukul2, terajang2, hentak2 orang, kau ingat cerita kau budak2 tak tengok? Dan bila budak2 tengok, kau ingat dorang tak tiru? Kau kenal Bandura? Albert Bandura?

Bandura dah lama dah study pasal Social Learning Theory. Pasal macamana budak2 kecik boleh belajar dari pemerhatian  mereka terhadap apa yang orang dewasa BUAT dan CAKAP. Bandura pakai bobo doll je. 


Ni lah bobo doll. Anak patung belon yang kalau ditumbuk boleh melantun balik tu. Macamana Bandura buat eksperimen ni, korang baca lah sendiri. Saya dulu memang belajar Psikologi. Dan sekarang pun mengajar Psikologi jugak. Nanti kalau dapat sambung belajar balik pun, bidang pengajiannya Psikologi jugak lah. So saya kenal sangat dah dengan pakcik2 psikologi ni



Saya bagi link kat atas tu. Pergi baca apa yang orang putih study. Kalau tak faham omputeh, belajar. Jangan nak duduk relax je. Nak harap orang suap je. Orang lain mati kering berusaha nak memandaikan orang lain. Kau tinggal tekan, picit2 baca pun banyak sangat nak komplen.

Saya bagi 1 link je. Kalau nak tau lebih lanjut, rajin2 google sendiri k. Terima kasih Google (^^)

.......................................

Saya pernah tengok cerita Bohsia 2 jalan kembali apa ntah tajuknya. Saya tengok sebab tayang kat Astro. Bahasa yang mereka guna, Subhanallah... Apa kejadahnya nak mendidik dengan cara macamtu?? Kau ajar budak2 guna bahasa2 biadap, bahasa2 lucah untuk satu setengah jam pertama, dan kau letak lah elemen2 telekung, berdoa, air mata bagai kat sepuluh minit terakhir, lepastu kau anggap kau hebat lah buat filem yang boleh memajukan bangsa??

Bangang tahap dewa!

Ada mesej keinsafan konon.

Nasihat saya senang je. Kalau lepas ni ada filem melayu yang berunsur gansterisma, Kak non elak2 kan lah bawak anak pergi tengok. Tak kesah lah kalau berapa kati pun mereka janjikan unsur2 keinsafan, jangan tengok!. Senang.

Kalau nak tengok jugak filem melayu (Kalau nak tengok la.. Kalau tak tengok terus pun bagus jugak), Baik pilih filem cinta2 dan kekeluargaan. Tak pun cerita hantu. Walaupun agak dangkal dan cliche, sekurang-kurangnya anak2 kak non terselamat dari unsur2 budaya yang korup dan tersasar. Senangnya, pilih je lah cerita orang putih. Tak sia2 habiskan tujuh lapan ringgit pergi panggung

Habistu nak salahkan siapa? Pembikin filem kah, lembaga penapisan kah, atau manusia sendiri yang tak tahu memilih kah?

Analoginya macamni lah. Adat orang berniaga, kalau dah memang jenis nak kaya, sayur busuk pun dia jual. Kita yang bijak pandai ni dah tau sayur tu busuk, yang pergi beli jugak kenapa????????? 

Haishhhh payah!

Saya dan lukisan

Malam tadi saya melukis. Setelah hampir 3 tahun saya tinggalkan aktiviti ni. Dulu saya melukis jugak. Pernah saya postkan entri ini dan ini kalau kawan2 nak tengok hasil lukisan saya beberapa tahun lepas.

Dulu, saya melukis di zaman2 belajar kerana banyak masa terluang. Kadang2 bila terlalu stress dengan study, saya melukis sebagai terapi. Adakalanya saya juga melukis bila saya rindukan seseorang. Melukis potret mereka lagaknya seperti bercakap2 dengan mereka juga. Sekurang2nya pada saya

Tapi lepas saya tahu melukis benda2 bernyawa ni tak elok, saya stop. Tapi semalam tangan tiba tergerak nak melukis. Bukan lah saya nak kata saya ni mencabar kuasa Tuhan yang Maha Pencipta ke apa, jauh sekali. Apa lah sangat setakat lukisan amatur saya yang tak secantik mana. Saya masih bertuhankan Allah yg Maha Besar, Maha Agung, Maha Lengkap, Maha Bijaksana dan Maha segala-galanya

Bakat ini Allah yang pinjamkan juga. Bila2 Dia nak tarik balik, saya redha je. Bukan mata pencarian saya pun. Kalau Tuhan tarik balik tangan, ye kan masih ada mata, mulut dan kaki untuk terus melakukan ibadah dan pekerjaan.

Yang takutnya bila Tuhan tarik balik hati, akal dan iman je. Yang tu paling essential kita kene jaga


Gambar kat atas ni gambar kawan lama saya. Lebih dua tahun dah saya tak jumpa dia. Saya nak call, takde nombor telefon. Nak datang rumah, jauh sangat di Sarawak sana. Lagi pulak, alamat rumahnya pun saya tak ada.

Senang kata, zero la. Takde pape yang saya ada untuk menghubungi kawan lama saya ni. Facebook? Apa tu? Sorry, Hartini Omar (bukan nama sebenar) tak pernah ada facebook. Saya kuno sikit kot dalam facebook2 ni. Maaf. Jadi, saya hanya boleh berharap mudah-mudahan beliau membaca dan seterusnya menghubungi saya (^^). Hehe..

..........................

Apa guna kurniaan tanpa kesyukuran.. Dan diantara tanda2 kesyukuran, apabila kita gunakan segala kurniaan untuk manfaat sesama insan (:

Boleh? Norsyaima Norazman?! (^^) text me k!

..........................

Arwah Ahmad (Nafastari) pun pernah menyampaikan hasrat agar saya melukis potret beliau sekeluarga. Hmm.. Apakah saya ini terlalu lembab dan terkebelakang, Duhai Tuhan? Banyak sebenarnya kesempatan yang telah saya sia-siakan

Akur. Insaf. Bangkit

Tuesday, April 09, 2013

Saya yang kini jarang menulis

Tidak malu untuk saya mengaku, beberapa tahun kebelakangan ini saya memang jarang menulis. Bukannya tidak ada perkara yang saya fikirkan. Ada. Cuma jemari terasa berat mahu menaip. Menukar bentuk2 idea menjadi perkataan yang seterusnya difahami pembaca. Menulis terasa begitu sukar, tidak macam dulu2 lagi

Apakah saya sudah terlalu tua?

Tentu saja umur bukan soalnya. Sedang para sasterawan pun masih terus melakar tinta walau berapa banyak pun angka yang bertambah dalam turutan usia mereka. Sehingga makin tua, makin manis pula terasa tulisan2 mereka

Lalu apa? Apakah sekarang saya terlalu sibuk?

Lagi lah tidak. Saya terlalu banyak masa terluang. Kadang2 hanya saya gunakan dengan duduk bermenung2 dan memikir, tak sudah2 tak lelah2.. Kadang2 saya melepas2 pandangan, memikir perkara apa lagi yang bisa saya lakukan. Dan menulis itu, ya... Adakalanya bukan tidak saya memulakan, namun setelah beberapa baris, terasa pula lah kekoknya, lalu segala tulisan2 itu saya tinggalkan sahaja

Jadi apakah sebabnya saya malas menulis lagi?

Mungkin sekali saya terfikir kerana yang membaca tulisan2 hati ini telah tidak ada. Sepertimana saya, manusia mahu segalanya serba pantas dan ringkas. 'In point form, please..' Begitu kata orang. Menulis yang sebenarnya adalah untuk terapi jiwa, telah tidak lagi menjadi terapi. Lalu mungkin kerana itu saya tidak menulis lagi

Saya memang menulis untuk saya dan bukan untuk orang. Tapi sekali sekala kalau ada yang memahami dan menyapa, itukan boleh dianggap bonus. Menjadi penulis tidak mengharuskan agar penulisan kita dibaca manusia. Namun apa ertinya jika apa yang kita tulis tidak dibaca?

Apa gunanya Al-Quran sebagai pedoman jika membacanya pun kita tak mahu.

Ya, begitulah analoginya.

Lalu dengan itu saya terasa berat dan malas. Terasa culas walaupun untuk menghabiskan entri yang sedang saya tulis ini. Saya mungkin bukan penulis sohor. Tapi saya telah menulis sejak zaman2 belajar lagi. Dan saya mahu meneruskan aktiviti penulisan saya sehingga akhir hayat. Saya tak mahu berhenti. Walau di tanah mana saya berdiri

....................

Blog ini adalah diari terbesar saya. Terbesar, tertebal dan terbaik yang pernah saya nukilkan. Saya menyematkan segala memori satu persatu tanpa jemu. Sehingga apabila dibaca semula tulisan2 lama saya, saya tersenyum senang

Apakah itu Tini yang sudah lama hilang?

Saya tetap saya meski apa pun pakaian yang saya pakai, bagaimana pun rupa saya, di tanah mana pun saya berpijak, bahasa apa pun yang saya tuturkan. Saya tetap saya. Dengan jatidiri terbaik, semangat dan pendirian yang unik

Kadang2 ada kenangan yang membuahkan senyum. Kadang2 ada yang memilukan. Namun itulah erti hidup. HUJAN dan MATAHARI yang saling memerlukan. Tak boleh tidak. 'La budda', kata sebahagian orang

Walaupun tidak semua yang saya kongsikan di dalam laman ini; lebih2 lagi yang dalam dan kelam, yang serabut dan kusut, yang berangkai dan terlalu sukar dirungkai, namun seharusnya jika anda pembaca yang dengan hati, anda mampu memahami

Lalu seandainyalah pun anda pembaca yang dengan mata, anda juga tidak terlepas dari menelaah. Dan untuk pembaca yang sekadar membaca tanpa pemerhatian, cuma menyinggah tanpa sapa; anda juga telah saya hadiahkan ilmu dan pengetahuan

.....................

Kalau lah mampu saya tulis dan kongsikan dengan anda, segalanya yang saya tempuhi dalam melalui dekad ini; berapa banyak air mata yang tumpah, berapa banyak keringat yang diperah, masa yang ditarah, wahai.... Kalau lah mampu saya nukilkan

Akan. Akan saya tulis satu hari nanti. Beserta bukti. Biar berselirat akal anda memikir letak duduk hakikat. hakikat penciptaan, hakikat keimanan dan pengorbanan

Tunggulah, kalau panjang umur saya...

Thursday, March 28, 2013

Wonder Full light and water show di Marina Bay

Kelmarin saya baru balik dari Singapore.

Singapore lagi... Isk.

Dah ada saudara kat sana, makin selalu lah saya datang ke kota sesat ni. Sesat sebab kalau pergi naik kereta, sure sesat. Pulaunya kecik tapi jalanrayanya, hmmm.. Malas lah nak komen.

Kalini saya nak kongsi pengalaman kali kedua kat sini. Ingat tak lagi tahun lepas saya ada cerita serba sedikit pasal kota singa? (klik sini kalau tak ingat) Pasal pertunjukan laser yang dok tayang kat depan Marina Bay tu? Haaa, kalini pergi, saya betul2 dapat tengok the real show. Pertunjukan air dan laser yang tersangat lah memukau. Dan yang paling penting, free of charge!

Ok, sambil2 kita tengok gambar saya akan kongsi cerita. So enjoy..


Saya shoot gambar ni kat depan The Shoppes at Marina Bay Sands. Dulu saya lepak kat seberang laut sana. Dekat Merlion Park, Hotel Fullerton dan kat bangunan2 tinggi yang ada seberang sana tu. Tapi kali ni saya lepak kat kawasan sini pulak. Tak tau la pulak yang kat sini lah sebenarnya tempat pertunjukan laser air yang memukau itu. Mana lah nak tau. Patutlah bila makin nak malam makin ramai orang yg duduk kat sini. Saya pun jadi pelik. Dorang ni ada tunggu apa2 ke tp tak lah pulak ringan mulut ni nak bertanya kan. Isk


Macamnilah pemandangan kat bawah Marina Bay Sands ni. Kira The Shoppes ni ala-ala Suria KLCC lah kat bawah KLCC. Camtu lah. Bawah tower hotel tu dia buat shopping kompleks untuk orang2 kayo membeli-belah. Saya haruslah tak bershopping. Mana lah mampu nak bermimpikan Gucci, Louis Vuitton dan sebagainya kan..


Macamni lah keadaan di dalam shopping kompleks The Shoppes ni. Ala2 Pavillion gituu. Tp bawahnya ada sungai. So kira macam Pavvilion campur The Mines la kot. Lawa dan exclusive la. Untuk orang macam saya, tengok2 dan menjamu mata je la mampu.


Gucci, Laperla, Chanel, Ferrari dan macam2 lah lagi butik2 berjenama. Malas lah nak amek tau sangat kan sebab saya sure memang takkan dapat beli pape pun dalam kedai tu. Masuk pun saya tak nak. Takut..


Macamnilah rupanya dari tingkat atas. Sempat lah saya shoot sementara nak menuju ke Garden by The Bay yang terletak bersebelahan dengan Marina Bay ni.  Besar. Ni yang centre. Dia ada lagi blah kiri dan kanan. Ala tapi kalau shopping2 kompleks ni lebih kurang macam kat KL je la. Sama je pun gayanya


Macam terowong. Saya rasa kalau duduk singapore, kita takkan gemuk kot. Sebab lagi senang naik MRT dan jalan kaki ke mana2 dari naik kereta yang sangat lah leceh. So, saya nasihatkan, kalau anda semua betul2 nak round satu singapore, letak je kereta kat JB, then naik lah bas ke Woodlands dan terus pilih MRT untuk ke mana2 destinasi yang anda sukai.

Paling penting, rancanglah perjalanan anda. Tengok2 lah dulu internet anda nak pergi mana, berapa harga tiket, pukul berapa bukak dan sebagainya. Supaya tidaklah nanti anda tercengang2 di tempat orang. Lain town lain lah pesennya. Dan lagi satu saya nak nasihat, better pakat kasut dan pakaian yg selesa dan senang nak bergerak. Baru best jalan2..


Ini lah dia Marina Bay Sands Singapore yang dibangga2kan tu. Dulu saya tengok dari jauh. Kalini saya dapat duduk betul2 kat bawah hotel ni. Patutlah harganya S$500 satu malam. Yg saya tengok ada offer bulan March ni, harganya S$339. Hmm... Bukan sekarang lah kot nak dapat merasa duduk pun..


Kebetulan bila nak ke Garden by The Bay tu kita boleh melintas masuk dalam hotel. Haa, merasa lah saya tengok lobi hotelnya yang lawa ni. Macamnilah kiranya interior design dalam Marina Bay Sands. Jadi lah dapat lalu pun. Tapi tak boleh lama2 melepak dalam ni. Sebab ada guard yang jaga. Kira sambil jalan tu kene behaves la. Tak boleh buat bising, buang sampah, atau melakukan apa2 perkara yang boleh menganggu ketenteraman pengunjung hotel. Eceh


Mendongak saya menengok hotel yang tinggi ni. Kalau nak naik kat kapal selam yang atas tu pun boleh. bayarannya S$20. Naik atas dan nampaklah keseluruhan pemandangan kota singa ni. Tapi saya tak naik pun.


Ini lah Garden by The Bay yang lawa di waktu malam. dari jauh nampak macam kapal UFO nak berlepas. Lampu2 begemerlapan dan sangat lawa lah kalau nak ambil gambar ke apa. Tahun lepas saya tak sempat ke sini. Sebabtu bila dapat peluang tahun ni, saya terus decide untuk tengok pokok besar ni.


Kat atas tempat orang jalan kaki tu pun boleh masuk. S$5 sahaja. Tapi saya tak masuk jugak sebab nak mengejarkan light and water show depan The Shopes tadi. Lepas dah bergambar2 lebih kurang, saya patah la balik ke tempat mula2 saya lepak tadi.




Orang dah ramai duduk dan cari spot yang baik punya. Yang saya ni tak tahu-menahu. So takdelah cari spot bagai. Bila datang balik tengok tempat dah penuh. So berdiri je la kat belakang. Saya rakam video di sepanjang pertunjukan tu dan tak sempat ambil gambar. So saya terpaksa lah google untuk share dengan anda semua gambar2 pertunjukan air di bawah ni.

kredit gambar : google
Macamnilah kiranya light and water show yang sebenar. Kira dia project video tu di belakang pancutan air. Sangat2 lah lawa dan memukau. Tajuk video malam tu ialah wonderfull world. Orang kata dia tukar2 jugak videonya. Entah lah betul ke tidak. Tapi selalunya memang bertemakan kasih sayang, persaudaraan dan keharmonian.

Lagu malam tu dia pasang 'What a Wonderfull World' by Louise Armstrong. Saya tak tipu, memang sebak dan terharu lah bila dapat tengok show ni. Terasa banyaknyalah anugerah yang tuhan pinjamkan kat diri ni. Syukur Alhamdulillah. Kalau nak tengok macamana show ni, boleh lah bukak kat youtube. Saya tengok ada ramai jugak yang upload video nya kat situ. Salah satu contoh pertunjukannya boleh tengok di SINI. (kredit : youtube account Robert Phillip)

kredit gambar : google
Ni pun salah satu dari screen shot dia. Best sangat. Time saya kat seberang sana dulu, saya ingat pancaran laser tu lah pertunjukannya. Rupanya, laser yang saya tengok dulu tu cuma biasan dari pertunjukan sebenar yang dorang buat kat belah sini. Aiseh.. Salah spot rupanya. Haha, tapi syukur, dapat jugak saya merasa tengok pertunjukan air dan lampu terbesar di South East Asia ni

..................................

Tamatlah percutian saya ke Singapore. Nanti saya takmau pergi Singapore dah. Nak pergi tempat lain pulak. Tapi apapun, jalan2 tempat orang memang mengujakan. Penat memang penat tapi berbaloi. Makin kita sesat, makin kita tak tahu, makin kita buat kesalahan, makin banyaklah yang kita belajar.

Hidup ni adventure. Life is not a movie that you could rewind. Apa yang berlaku, akan tersemat dalam memori. Yang baik jadikan panduan, yang kurang baik jadikan tauladan. Konsep hidup saya mudah je, makin jauh kita berjalan, makin luaslah pengalaman, makin dekatlah kita dengan Tuhan

Cantik kan falsafah tu?

Haa apa lagi, belajarlah rajin2, kerja keras, kumpul duit dan jalannnnnnn!!!

p/s: trip lepas ni, "blub.. blubb.. blubbb.." ^_^

Friday, March 22, 2013

Farewell di Pavi

Saya baru teringat, dalam 3/4 bulan saya menyepikan diri ni, ada satu lagi event yang perlu rasanya untuk saya kongsikan dalam blog ni untuk kenang-kenangan. Bila tengok2 balik gambar, baru terperasan. Eceh

Gambar2 di bawah adalah bersempena farewell kawan2 yang dah nak blah dari Masterskill, termasuk lah saya walaupun saya punya tender masih lagi berbaki beberapa bulan. (Bulan okay!)

So tengok je lah gambar2 di bawah ini. Enjoy

Ni kali pertama saya datang ke Pavillion walaupun saya duduk di KL. Hebat kan? K sekian


 Dari kiri, Puan Deena, Puan Fairuz, Puan Hidayah, Puan Aja dan Puan Noraziah. Hahaha.. Buat gaya ala2 cover DVD sangat. Kali pertama lah katakan datang ke Kuala Lumpur. Pandang2 atas kiri kanan gituu..


 Kebetulan time tu sambutan Chinese New Year. So haruslah bergambar sakan dengan tanglung2 bagai. Gong xi gong xi! Tu depan sekali tu mak orang okay. Kiut kan? Hehehe


Ini patung tikus. Sempena tahun kelahiran saya. Kenapa amek pic ni? Eh sukati lah, kamera saya kan. Ikut suka la nak amek gambar apa. Tak nampak tu ada tulis fortune kat bawah tu?



Tak nampak jugak? Haa bg crop sikit. Haa baca tu, 'hold great promises and even bigger things'. Luck 5 bintang. Hoiii, bertuah lah kot tahun ni. Yeay yeay pergi London. Haha.. Boleh percaya ke? Tapi, kalau percaya pun, jadi ke? Aishh tak kuasa la nak memikio




Berjalan dan berjalan dan berjalan lagi ala2 pelancong. Untunglah kan ada kawan suka amek gambar. Untunglah.. Bukan setakat tu je, yang amek gambar tu tak suka pulak bergambar. Untunglahhhh..


Berjalan2 di sekitar tokyo street katernyer. Nak harap ke Tokyo haruslah lambat lagi. Jadi lah tokyo street pun.


Buat2 menyibuk kat kedai orang. Tapi akhirnya tak beli pun. Tu standard.. Dah biasa dah. Memang style kami.


Kalau tak bagitau, mesti orang ingat kami dah melancong sampai ke Jepun. Awww.. Arigato.. Sorry lah dalam ni takde gambar Ayu (Ofismate lagi sorang) sebab dia dah berhenti dulu. Sian Ayu, kalau tak, akak gerenti Yu, mesti kau tahu semua nama2 makanan, barang, pakaian dan segalanya di Tokyo Street ni. Maklumlah, laki kau kan study kat Jepun


Kak Azie yang tak pindah2 lagi dari Masterskill. Sudah masuk tahun ke 7 hokay! Setia dan bakal menjadi teman rapat Kak Noli. hahaha


Puan Aja yang sempat menjadi suri rumah seminggu dua je. Lepastu terus masuk mengajar kat Unisel. Makin berkembang lah lagi network jualan kain2 cotton kau. Untung sangat..


Beli kek je pun dua slice. Tapi poyo mesti lebih


Buat kepoh kat depan pintu Ben's pulak. Kecoh nak makan apa untuk lunch. Nama kat dalam menu tu nama omputeh. Haruslah lama nak fikirkan apa nak makan. Calculate harga pulak lagi. Standardd.. Standard tu..


Sambil2 menunggu menu yang diorder. Itu kentang kak dayah. Begium Fries ke apa ntah nama dia. Yang chicken wing tu eden punyo. Ado la ompat limo kotui dalam tu. Jadi lah meraso surang satu.


Ini Deena dan pesto spagettinya (sebelum rasa). Ceria sekali senyuman dia. Tapi bila dah rasa, terus bermuram durja. Sebab saya rasa pesto spagetti ni tak berapa kene kot dengan tekak Malaysia yang nak kan kepedas2-pedasan. Rasa pesto spag ni ala2 macam kak non blender segala daun2 rempah ratus, gaul je dengan pasta tu dan letak sikit olive oil. Haruslah tak dapat terima kan. Kesat dan terasa melekat di celah2 kerongkong


Haa yang merah ini spagetti saya. Sedap dan banyak. Sebab rasa dia lebih kurang macam bolognese je. Cuma lebih creamy. Saya haruslah minum coke kan. Simple.. Ada gambar menu sahaja. Gambar tuan iyo memang nan hado


Menjamu selera dengan tiada lansung memandang kiri dan kanan. Bukan kata nak menyembang2 sambil makan ke apa. Santai2 sambil gelak2 ke. Owhh tidak sekali. Bila makanan sampai, makan! Hahahaha.. Siap berkongsi2 menu, pinggan saya hujung sini sampai ke tangan Fairuz yang duk hujung sana. Itu biasa. Kami tak kesah walau di Ben's ke, di Friday's ke.. Kami tetap buat perangai macam makan kat kedai belakang. Be yourself okay.


Dan akhir sekali, bergambar kenangan di depan kedai Ben's yang simple dan elegance. Nanti kalau u all nak farewell dengan kawan2, boleh lah try ke Ben's di Pavi ni. Wahhh.., macam saya ada share je dengan resto ni. Hehehe

Akhir kata, memang best berjalan2 dengan member yang sekepala. Maklumlah, dan lebih kurang 6 tahun bersama2. Kalau lah kampeni kita tak poyo, mesti kita dah kerja lagi lama dan dapat bersama2 dalam jangka masa yang lama. Hmmm.. apapun, semuanya ada hikmah dan sudah ditentukan Allah swt.

Saya doakan semua kawan2 diberkati, diberikan kejayaan dan kegembiraan di sepanjang kehidupan. Terima kasih atas segala2nya yang pernah dikongsikan bersama. Adui, macam nak sedih pulok..

Ok, sekian itu saja dr fotografer official Uranus (: bye

Thursday, March 21, 2013

Mudah-mudahan

Saya berdoa siang dan malam. Lebih dari sekadar 5 kali sehari. Kerana ada perkara2 di bawah ini yang sedang menunggu saya. Saya akan melipatgandakan usaha. Usaha dan doa. Tak jemu2, tak putus2.

Kawan2 sila doakan saya juga ya. Kalau tak dapat bantuan scholar, tak merasa lah saya ke sana. Terpaksalah saya frame kan je offer letter yg jauh datangnya dari negara sejuk itu.. (Sobs..)

Tak nak. Tak nak mengaku kalah. Usaha jugak.

Sama2 doakan ya..



 p/s: mudah-mudahan dapatlah menyarung baju bulu september ni. ameen. haha

Aisy Nur Aisyah

Suka sangat orang duk letak nama anak Aisy Aisy sekarang ni. Nah, ni ada gambar2 sekitar majlis cukur jambul dan berendoi anak saudara saya ni. Adik kepada Aqil yang pernah saya rakam gambar dia dulu.

Dalam ni buat dua orang terus. So buai dia up sket la bagi besar punya. Sorang lagi yang baby lelaki tu anak saudara saya jugak. Haziq ke apa entah nama dia. Ramai sangat anak sedaro. Tak larek nak ngingek namo.

Dah ada adik da si taqil ni. Mama yayang takkkk jugak kawen2 laiiiee. Adehh.. ;p

Ni gambar personal. Bukan job. Sebabtu takde mengedit bagai. So kalau ada yang kurengg, diam2 sudehh.. Hehehehe










sekian. kbai

Farah dan Azli

Ada gambar kahwin yang saya ambil sebulan lalu. Baru sekarang dapat kongsikan. Terima kasih kepada Farah dan keluarga yang sangat2 sporting. Belum terlambat rasanya nak ucapkan selamat pengantin baru buat Farah dan suami. Semoga bahagia hingga ke syurga

Gambar2 di bawah adalah di sekitar majlis pernikahan dan jamuan makan yang dilansungkan di Alor Setar Kedah.