Wednesday, September 29, 2010

Bulan itu

Bulan itu kadang-kadang hadir
Kadang-kadang pergi...

Bulan itu kadang-kadang hampir
Kadang-kadang sepi...

Hujan selalu turun lebat
Tak kira malam siang
Namun turunnya memberi rahmat
Disusuli sinar terang

Kenapa bulan selalu sembunyi bila hujan turun?
Mungkin kerana bulan diselubungi mega mendung

Biarlah bulan pergi
Kalau bulan dah tak sudi
Hujan akan tunggu pelangi
Mana tau Tuhan beri esok pagi

........

MC
29/10/10

Tuesday, September 28, 2010

Annual Dinner 2010

Pening yang setahun sekali datang dah. Tak lalu makan, tak lena tidur. Macam gaya orang nak bernikah. Isk, entah lah..

Tema annual dinner tahun ni ialah 'Galatica Nite'. Kira senang cakap, kena pakai baju sci-fi la. Star Wars outfit la yang paling dialu-alukan. Tak pun Star Trek ke. Hadoi.. Mengeluh je aku tau..

Mungkin sebab aku bukan jenis suka sangat explore2 fesyen kot. So aku rasa beban. Aku rasa aku datang je la pakai baju apa pun. Yang penting, aku kene datang ambil gambar. Door gift pun mahal. Antara yang terawal akan dapat hadiah bernilai rm300. Perghhh..

Dan hadiah paling grand sekali malam tu mestilah Perdana Exec yang entah siapalah yang dapat. Dah nak masuk 3 kali aku datang annual dinner, haram dapat apa. Memang tak berapa nak bertuah kot aku ni ;)

Takpe lah. Yang penting aku nak datang untuk bagi support pada kawan2. Macam biasa kalau kawan2 semeja menang TV, kitorang pun ikut jerit sekali. Jadilah leisure2, suka2.. Yang penting tak lupa yang maha Esa. Glamer tak glamer, aurat kena jaga

Ok la. Sekian pasal demam setahun sekali aku ni. Dengarnya ada jamuan cocktail nanti. Hehe.. Aku terbayang gambar yang cantik2 je ni ;) Aku kene la cari kebahagiaan aku sendiri. Aku kan memang selalu sendiri. Sendiri dan terus sendiri. Yiawww!!

Sayang VS Benci

Harini aku bangun pagi macam biasa. 5.50. Mandi, solat dan berdoa dengan hati yang pasrah, bersiap2 ke ofis dengan senyuman sepanjang perjalanan. Aku mesti positif. Berfikiran matang. Aku bukan budak2 lepas sekolah. Aku dah dewasa. Orang dewasa kurang bercakap perkara sia2, mereka banyak berfikir. Orang dewasa yang bijak tak cepat melenting. Orang dewasa yang dewasa, tak mudah melatah. Dan orang dewasa tak buat perkara dan keputusan terburu2. So aku pun mesti begitu

Aku masuk ofis macam biasa. Dan untuk pagi hari Selasa ini, aku belajar sesuatu yang baru. Menyayangi manusia lebih mudah dari membenci mereka. Sayang lebih mudah. Sayang semua orang tanpa prasangka. Hati lebih tenang, jiwa lebih aman. Sayang adalah perkara yang mudah. Tapi kenapa masih ramai yang mahu membenci..

Benci itu sukar. Benci mesti dilakukan sepenuh kemahuan. Benci mesti datang dengan fikiran2 yang negatif dan dengan memikir yang bukan2. Kita mesti mencari2 satu kesalahan manusia untuk kita berupaya membencinya. Bukankah sukar?

Jadi aku memilih untuk menyayangi manusia seadanya. Tidak ada benci. Hanya kasih sayang yang SEADANYA. Aku senyum memikir. Kenapa aku susah sangat nak jadi sedikit kejam dan jahat? Mungkin sebab aku 1 dalam 1000. Baik, berbaik-baik, buat baik, baik sangka, dan mengajak pada kebaikan

Syukur padaMu, Tuhan

(^^)

Saturday, September 25, 2010

Malam

Malam, usai menyudahi solat Isya’ dan membaca beberapa helaian Al-Quran, aku duduk termenung di luar. Bayu yang dingin bertiup kecil, menggigilkan aku. Dalam menahan kesejukan itu, perutku berbunyi. Ya, untuk tiga hari ini hanya sekeping biskut kering dan air Teh O panas sahaja yang berjaya disentuh bibir. Aku masuk ke dalam, berlalu ke dapur

Aku lihat sekeliling. Ah, apa saja yang dapat aku masakkan? Aku buka bekas beras di bawah almari dapur. Ada. Aku cedok secawan kecil, lalu letakkan dalam periuk. Aku tak pandai masak, jujur. Selama ini aku hanya makan di kedai. Dan kalau makan di rumah pun, orang lain yang masak. Aku cuma makan. Dalam waktu2 sempit begini, aku fikir, eloklah aku masak sendiri

Kalau masak nasi, lalu apa pula lauknya? Aku buka peti sejuk, kosong tiada apa. Aku tarik nafas. Ah, sukar.. Aku tengok dalam bakul bawang, ada seketul biji kentang. Aku kupas dan potong dadu. Biar beras ini aku masakkan jadi bubur sahaja

Aku basuh beras, sampai airnya jernih. Aku letakkan air dan aku masukkan kentang sekali. Entah betul entah tidak, aku tak pasti. Aku masukkan garam, dan aku tutup periuk. Aku takut terjadi apa2 pada bubur yang aku tanak lalu aku duduk saja memerhatikanya. Aku senyum sorang kelucuan. Kalau orang lain, takkan sanggup mereka merenung periuk itu dengan tekun seperti aku

Aku buka penutup itu sedikit bila aku dengar air mendidih. Aku kacau beras bersama kentang tadi. Aku cedok sdikit airnya, dan aku rasa di lidah

Tawar. Tak sedap

Aku tarik nafas. Mengeluh perlahan. Aku nampak perencah maggie ayam dalam timbunan sos. Mungkin saki baki maggie yang dibuat maggie goreng, lalu perencahnya dibiarkan saja. Aku ambil, koyak perlahan dan taburkan separuh ke dalam bubur. Aku kacau dan kembali merasainya

Ya, sekarang boleh tahan.

Aku tambahkan sedikit garam, aku tutup periuk dan perlahankan api. Dan aku berlalu ke ruang tamu..

………………………….

Malam ini aku makan bubur masakkan aku sendiri. Ia jauh dari sedap tapi sekurang2nya aku dapat bertahan sehari lagi. Sekarang aku tahu kenapa orang2 susah suka makan bubur. Ianya kerana bukanlah mereka suka, hanya kerana bubur itulah saja makanan yang mereka ada. Hanya beras dan garam, sekurang2nya dapat memberi tenaga kepada tubuh badan. 1 cawan beras dapat menjadi seperiuk bubur yang boleh menyuap mulut ramai insan

Aku makan buburku dengan kicap. Aku makan suku dan tinggalkan selebihnya untuk hari esok. Hari ini aku susah dan menderita, tapi aku bahagia. Semoga hari ini menjadi pengajaran maha berguna

………………………….

Aku tahu di malam ini ada orang di sana yang sedang bergembira dengan juadah dan majlisnya. Alangkah bahagianya hidup mereka bertemankan senyum tawa…

Ya, tentu mereka bahagia...

Sabtu
25 September 2010

Petang

Petang, hujan turun lebat. Aku duduk kemas di meja makan ruang tamu. Di sisiku air Teh O panas berasap2, bagai meminta2 aku mensisipnya. Air Teh O panas itu banyak kenangannya. Kenangan indah yang mudah sekali manusia melupakannya. Tapi bukan aku, aku jarang lupa pada cinta

Hujan turun lebat. Tempiasnya membasahi lantai di sekeliling pintu sliding yang sengaja aku bukakan. Aku berseorangan, tidak berteman. Semenjak hari Khamis lagi aku di sini. Di daerah paling sepi. Aku tidak mahu pulang ke rumah keluarga, kerana di sana nanti aku terpaksa berpura2 bahagia. Terpaksa mengukir senyum dan ketawa. Sedangkan jiwaku meronta. Meronta dan menangisi cinta

Jadi aku kekal dan diam di sini. Di rumah penuh tenteram dan damai ini. Hanya aku dan diriku. Kotak TV itu sudah tiga hari tidak berbunyi. Semenjak aku pulang dari sana dalam keadaan tergesa2, aku terbaring dan menangis mengenangkan lara jiwa, aku tidak pernah memasang kotak TV itu. Dan bila sekarang sakitku hampir kebah, pun aku tidak heran untuk menontonnya. Aku bukan dia. Ya, dia yang dengan TVnya

Aku senyum. Memandang lalu mengenangkan sesuatu yang terjadi atas nama cinta. Gelak tawa dan usikan yang berlaku secara spontan, seperti tidak dipaksakan. Namun mengapa betah dia melupakan aku dan cintaku? Cinta aku buat dia terlalu jujur. Aku jujur menyayanginya dengan setulus hatiku. Dia? Entah lah, mungkin baginya aku cuma sekadar helaian kenangan yang pernah berselak dalam kamus hidupnya. Biarlah.., mungkin dia bahagia dalam ketawa dan senyum mekarnya

Sudah lama aku tidak menyiram rumput2 di halaman. Lagipun sehari dua ini, hujan turun malam dan siang. Sementelah aku di sini, tiada satu pasang mata pun yang sudi menjenguk dan menanyakan khabar. Kalau ada pun cuma papa yang sering menelefon bertanyakan aku. Dan aku katakan pada papa, aku perlu masa untuk bersendirian. Papa seakan2 faham dan tidak bertanya lagi

Masyit dan mami kekal menjadi rakan paling akrab. Tidak pernah mereka gagal memberikan nasihat serta semangat. Apa lagi yang perlu ada dalam diri seorang manusia selain keluarga dan sahabat setia. Cinta? Usahlah disebut perkara itu. Cinta hakikatnya tidak pernah wujud buat aku. Kerana yang sebenarnya hanyalah; dia menipu dan aku tertipu

…………………

Kata2 sahabat kadang2 kedengaran seperti kata2 Muluk kepada Zainuddin, dalam buku cerita kegemaranku

Untuk apa kau bersedih mengenangkan dia dan cintanya, sedangkan dia di sana bersuka2 terseyum ketawa. Dan tidak sedikitpun dia mengingatimu

Janganlah engkau mati kerana hanyut dalam lukamu. Dia di sana tiadalah akan bersimpati, malah mungkin mentertawakanmu kerana kebodohanmu. Betapa bangganya dia, bila ada juga seorang manusia yang mati kerana cintanya

Ayuh bangunlah. Kau bukan orang jahat. Kau orang baik2. Tidak berprasangka, tidak memberi luka, lalu atas kebaikanmu manusia mempergunakanmu

Sudahlah, biar yang berlalu terus berlalu. Percayalah bahawa setiap kelukaan di jiwamu, akan dibalut dengan kebahagiaan di satu hari nanti. Tapi kau mesti terus berdiri. Mesti terus berlari dan kali ini dengan penuh hati2

………………………….

Seperti cinta Zainuddin buat Haryatti yang kekal sampai mati, seperti itu jugalah cintaku kepadanya. Walaupun aku nanti bakal bangkit menjadi lain2 manusia, cinta dan janji itu tetap aku simpan sebagai azimat tanda setia

…………………………..

Air Teh O panas itu aku sisip perlahan. Aku senyum seorang lalu air mata bertakungan….

‘Jemput minum, sayang’

Lagu

Semoga satu hari nanti lagu ini akan benar2 memberi erti....

Waktu engkau meninggalkan diriku
Kau sungguh bergaya dan amat berbangga
Dengan pemuda itu yang kau sanjung selalu
Kononnya dialah pilihan yang sesuai untukmu

Egkau cerca dan kau hina diriku
Namaku kau lupa dari ingatanmu
Seolah2 aku tak pernah engkau kenal dulu
Harapanku turut berkubur
Impianku hancur lebur

Hidupmu bahgia disamping pasanganmu
Diriku yang menderita oleh perbuatanmu

Memang adat resam di dunia ini
Tiap perbuatan ada balasannya
Kuterima berita yang engkau kini menyesal
Jiwa tersiksa dan merana ditinggalkan si dia

Kini barulah kau mula menyedari
Permata yang kau miliki bukan permata asli

Engkau datang dengan rintihan pilu
Kau ingin kembali bersamaku lagi
Tiada guna kau rayu hatiku kini makin sayu
Mengenangkan sikapmu dulu
Yang menyiksakan batinku...

(Kini baru kau sedar - Carefree)

Tanda2 manusia tidak lagi sayang

"Kita terpaksa berpisah dan saya lakukan ini demi kepentingan awak. (atau kepentingan kamu sendiri?) Saya tak nak membebankan awak (Atau kamu tidak mahu membebani dirimu sendiri). Saya tak nak awak sengsara bila hidup dengan saya (atau kamukah yang sengsara bila hidup denganku?). Jadi saya rasa lebih baik kita berpisah. Percayalah, saya buat segala2nya untuk awak (percayalah, kamu buat sebenarnya untuk kepentingan kamu)."

"Saya terpaksa lakukan semua ni demi keluarga. Bukan saya tak sayangkan awak. (Mengaku sajalah bahawa cintamu sudah tiada). Tapi keluarga amat memerlukan saya. (atau kamu sendiri yang memerlukan sesuatu dari keluargamu?) Maafkan saya kerana mengecewakan awak. Percayalah, awak kekal di hati saya. (sebagai apa? Seorang MANGSA?) Tapi saya terpaksa. Terpaksa berkorban demi keluarga"

"I minta maaf tak dapat nak ajak U ke party I. Bukan I tak nak ajak, tapi my mum yang buat party tu. Takkan la I pandai2 nak ajak U.
(Mengaku sajalah bahawa memang kamu tidak mahu aku hadir ke majlismu). U jangan la marah bila dia pun ada. Dah mak I suka dia, dia rapat dengan mak I, so mak I invite la dia. (Ibu kamu sukakannya, jadi ibu kamu menjemputnya. Dan jikalau kamu sukakan aku, maka kamu seharusnya menjemputku). U jangan risau la. Dia setakat datang je. I tak ada apa2 dengan dia. Mak I je yang berkenan kat dia tapi hati I masih ada U (Sudah2 la menipu..). Sory la k. Jangan la merajuk, lagipun kan kita dah celebrate birthday together dulu. Sory k"

"Sory la sayang, I terpaksa pergi berdua dengan dia.
(mampukah seorang kekasih keluar berdua dengan kekasih lain walaupun terpaksa??). Famili I dah kenal dia. Nak tak nak, I terpaksa keluar berdua jugak dengan dia. I harap U tak ambil hati k (Nabi yang maksum pun cemburu dan kecil hati, apatah lagi manusia biasa macam aku. Logik kah harapan kamu itu??)"

"Awak demam ke? Hmm.. jangan la macamni. Please la. Makan la ubat. Jangan la siksa diri (atau kesakitanku sebenarnya menyiksamu? menyusahkan hidupmu?) Dah la, kalau macamni awak tunggu je la. Saya datang tempat awak sekarang jugak. Saya sanggup la datang walaupun saya ada event lain. (kasih sayang yang jujur tidak akan sekali2 menyebut kata terpaksa). Dah awak demam kan, saya datang la jugak. Saya cancel je la event tu. Awak tunggu je la. Nanti kalau saya tak datang, apa2 jadi pada awak, saya pulak yang dipersalahkan (Dan apa yang kamu lakukan itu bukanlah atas dasar sayang, tetapi atas dasar tidak mahu dipersalahkan). Tunggu lah!"

…………………………..

Bukankah lebih mudah untuk mengaku bahawa

'Aku tidak lagi menyayangimu. Ya, dulu aku cinta, tapi sekarang cintaku telah tiada. Pergilah, mulakan kehidupan baru. Segala yang datang dulu hanyalah suka2 dan kecintaan yang aku sendiri tidak tahu mengapa. Maafkan aku mempergunakanmu. Pergilah jauh dari diriku. Aku tidak lagi memerlukanmu'

Kata2 ini sakit, tapi benar. Dan katalah yang benar, walaupun pahit untuk dilafazkan...

25 September

Hari ini 25 september. Aku baru mula belajar bernafas kembali setelah hampir mati. Aku bangun dan melihat diriku depan cermin. Terdengar nasihat rakan, ‘jangan siksa diri sendiri. Kalau dirimu pun kau tak sayang, bagaimana mampu kau menyayangi orang lain’. Di arca kelihatan seorang manusia yang remuk hatinya. Wajah dan rambutnya kusut masai, airmatanya kering dan berkeping di pipi dan dagu. Mata itu cengkung, seolah2 tidak mahu lagi ia melihat mana2 manusia pun di dunia serba fana ini. 3 hari mata itu menangis, menangis dan menangis tidak mahu berhenti2. Ah, mati yang kali ini begitu hebat. Serasa tak mampu untuk sedar2 kembali. Namun usia masih muda, kudrat masih ada. Fikiran masih sempurna. Ada suara hati kecil yang meminta2 aku bangun dan berdiri. Berdiri dan berlari. Berlari dan terbang tinggi

Aku buka pili air, dan melihat air yang jatuh setitik2 lalu kutakung dengan telapak tangan. Aku jadi sebak. Kenapa? Kerana kalau tidaklah kerana saki baki iman di dada, telah lama pula dengan air itu manusia memandikanku. Mengkafan dan menguburkan mayatku. Sering saja aku berdoa supaya mati lekas2 datang. Sekurang2nya tidaklah lagi dapat memandang sebentuk cinta yang nyata curang. Sudah, ayuh lekas bersihkan tubuhmu, jangan lagi kau memikir2 tentang dia yang jauh. Dia yang kini gembira dengan teman2 dan keluarga. Yang kini mungkin sedang bergelak ketawa menyaksikan saat2 kau kecewa

Usai mandi, aku masuk dapur. Melihat kalau2 ada sesuatu yang boleh mengalas perut yang beberapa hari tak menjamah makanan. Aku nampak biskut kering. Aku ambil sekeping dan menyuapnya di bibir. Air mata jatuh lagi. Dulu aku gembira dan bersenang ketawa dengan makanan yang lazat2. Biskut kering itu sekadar menu tambahan yang jarang2 sekali berusik. Makananku yang enak2, di restoran besar2 dan indah. Makannya selalu saja berdua. Dan hari ini, selepas aku ditinggal mati, banyak rupanya kesenangan hari dulu yang melalaikan. Teman yang datang rupanya hanya teman waktu2 kesenangan. Dan bila susah begini, bila tiada lagi nota biru merah yang dapat kutaburkan ke sisi, aku nyata keseorangan di bumi

Aku berdiri di sejadah, niat mengkadhokan solat2ku yang tertinggal. Yang sengaja ditinggalkan zaman2 aku bersukaan. Yang terpaksa aku tinggalkan dalam zaman2 aku kesakitan. Aku berdiri betul. Memandang ke bawah dengan pandangan malu, segan dan hina. Mahukah lagi Engkau menghalakan pandanganMu terhadapku, Ya Allah?? Air mata menitis lagi. Dan aku bertakbir, bertahmid dan menyelesaikan tanggujawab sebagai hamba. Bila bersimpuh di hadapanNya, tidak dapat tidak aku teresak2. Menangis mengenangkan dosa dan alpa yang bertimbun banyaknya

Aku termenung lama di atas sejadah. Menghadap jendela yang bersinar dengan cahaya mentari. Apakah nanti ada peluang untuk hidupku kembali secerah ini?? Aku bacakan Yaa Sin, dan hati kembali rasa terpujuk. Aku harus kuat mendepani ujian. Kerana tuhan menguji insan2 pilihan. Untuk melihat sejauh mana nilaian iman

Pekerjaan sudah bertuang beberapa hari. Serasa tidak sanggup melihat wajah2 manusia lagi. Kalau mampu, ingin saja aku berhenti. Tapi apakandaya, tangan terikat di langit dan kaki terpasak di bumi

Pelajaran usah cerita. Dengan subjek yang gagal, semester yang tidak aku daftarkan, Ya Allah.. Sakit. Sakit untuk aku ceritakan. Terasa juga ingin aku tamatkan segala kesengsaraan ini, lalu berpindah di tanah yang lain. Belajar untuk hidup kembali. Yang itu sedang aku usahakan. Biar aku hidup jauh dari dia dan cintanya. Kembali menapak walaupun dengan payah

Aku bukan macam segelintir manusia, yang bila susah datang menimpa, mereka mencari lain2 kesenangan. Aku pemikir. Aku takkan mampu tersenyum bila hatiku sebenarnya berduka. Aku hanya akan gembira bila hati dan jiwa turut gembira. Orang2 macam aku mudah menjadi mangsa. Diperguna lalu dibuang manusia. Kesusahan hati dan hidup yang melarat begini bukan dibuat2. Ia datang sendiri. Datang sebagai ujian yang mendewasakan, dan sebagai petanda bahawa ada perkara yang mesti dipertimbangkan

Sayang Tuhan berikan ujian ini setelah lama yang namanya cinta itu berputik. Bukan setakat berputik, malah telah masak dan ranum. Menjadi pohon tempat berteduh. Sayang cinta itu tidak lama. Dan pohonan cinta itu musnah diracun pengkhianatan dan pura2.

Ramai orang akan mengatakan bahawa orang2 sepertiku sangat bodoh. Aku diperhambakan hati dan perasaan. Terlalu mengikut kemahuan yang kejiwa-jiwaan. Tapi apalah yang aku boleh buat. Kerana aku adalah aku. Manusia yang diberi rasa paling halus. Orang2 seperti aku tidak pernah mampu menipu. Walaupun terhadap diri sendiri. Tidak akan mampu mengkhianati janji. Tulus setia dalam bercinta. Dan jika terluka, rajuknya lama

Cinta untuk aku bukan seperti menukar baju. Esok lusa lusuh dan buruk, maka boleh ditukar ganti. Cinta adalah anugerah. Denyutan cinta itu tidak datang tiba2. Ia disemai dan dibaja dengan sabar dan penuh rasa megah. Adat menanam pokok. Bukan tanam hari ini maka esok sudah mampu kita memetik buahnya. Sesuatu yang disemai, disiram dan dibaja, perlu masa untuk mekar dan menjadi pohonan yang paling indah

Di awal perjalanan itu segalanya nampak sempurna. Sukamu, sukaku jua. Sush senang nanti kita bersama. Susah senang yang bagaimana, jika sekarang dalam kemelaratan ini aku ditinggalkan sendiri separuh mati??

Cinta.. Terasa jijik menyebutnya. Manusia mana tahu makna cinta...

…………………..

Aku memandang sekeliling rumah. Melihat awan gemawan yang bergerak perlahan. Angin yang bertiup membelai wajahku yang layu. Airmata yang berkaca2 hanya menunggu saat untuk tumpah. Sukarnya wahai, untuk aku kembali hidup seperti sediakala. Berjaya dan tersenyum sepeti manusia2 lain di dunia. Ceria seperti kali pertama aku melihat dia. Dan dengan senyuman itu jugalah dia jatuh cinta. Dan kini aku ditinggalkan penuh derita. Ini bukan kisah main2. Ada jiwa yang menjadi korban dalam cerita cinta ini. Dan mangsa paling utamanya adalah jiwa aku sendiri…

Thursday, September 16, 2010

Izinkan aku

Izinkan aku bisikkan pada malam
Agar dapat ia sampaikan pada rembulan
Bahawasanya ada cinta di hatiku
Hanya buat dia yang satu

Izinkan aku nyanyikan pada bayu
Agar dapat ia sampaikan irama rindu
Pada dia nun jauh di sana
Bahawa aku di sini tetap setia

Entahlah sampai bila
Mungkin sampai dicabut nyawa

15 Sept 2010
12.54am

Another job

Dalam bulan puasa haritu, ada aku attend satu job. Cover sesi famili fotoshoot ofismate. Dia nak all black and white. Pic anak2 dia, yang sememangnya comel dan adorable. Alhamdulillah, semua setel dan di bawah ni sebahagian kcil dari hasilnya. Untuk pertanyaan tentang servis fotografi, boleh hubungi aku di facebook : Lydiawati Rusli atau lydiawati_rusli@yahoo.com.my






Terima kasih utk Madam Lakshmy dan keluarga atas kerjasama yg tip top :)
Terima kasih juga utk awk yg sudi teman saya (^^) ~ what do i do without u.....