Monday, April 29, 2013

Memimpin pemimpin

Wahh.. Ahad ni mengundi. Mesti ramai orang teruja. Maklumlah, mengundi bukannya hari2. Nak menunggu lagi lima tahun tu, entahkan hidup entahkan mati.

Dulu saya selalu jugak berkias2 pasal politik. Tapi siapa yang saya sokong, biar saya je lah yang tahu. Yang penting saya nak pesan, jangan sesekali2 kita jadi pengundi yang atas pagar. Tak tahu siapa kita nak undi. Bedal je lah. Ah, sape pun tak kesah lah. NO! Jangan. Kita mesti berpendirian. Mesti!

Anda nak sokong biru, hijau, biru kundang, merah putih, kuning, coklat, kelabu ke apa tu semua bukan soalnya. Pilihlah siapa anda nak pilih. Yang penting anda memilih.

Ketidaksamaan dalam pendirian adalah anugerah. Kalau semua sama, tu bukan manusia tapi robot

Come on.. Do some research, siapa bakal wakil rakyat anda, apa yang telah, sedang dan akan mereka lakukan untuk anda dan penduduk setempat, dan seterusnya apakah mereka benar2 menghargai negara dan kita si rakyat jelata

Dulu-dulu

Saya teringat waktu kita kecik2 dulu. Setiap kali cikgu nak pilih ketua kelas, ketua pengawas, ketua kebersihan, ketua pusat sumber, pustakawan, berebut2 kita TAK NAK jadi ketua. Ingat tak? Bukan berebut2 nak jadi, berebut2 tak nak jadi. Kita calonkan nama kawan2 dan kawan2 calonkan nama kita. Masing2 tolak menolak

Tapi kenapa bila kita dah dewasa, dah besar panjang, dah bijak, dah kaya raya, kita BERLUMBA2 nak jadi ketua? Sampai sanggup kita berikan janji2 kosong, kita buruk-burukkan orang lain, kita doakan yang bukan2 untuk opponent dan kita bagi rasuah semata2 sebab kita nak kan jawatan ketua tu?

Apakah benar kita mahukan 'kepimpinan' atau sekadar 'kekuasaan'???

Pelik kan kita..

Ya, manusia memang pelik. Lebih pelik apabila manusia telah dihasut dan dirasuk oleh satu elemen yakni  KETAMAKAN. Kita tamak harta, tamak kedudukan, tamak kuasa, tamak segala-galanya

Come on. Semua benda akan elok kalau dikongsi bersama2. Kalau saya jadi ketua, biar saya ada kawan2 yang bukan hanya memuji, malah mesti ada yang mampu mengkritik saya. Sama2 memimpin kepimpinan saya. Dan begitu juga kalau anda jadi ketua, saya akan berkerja keras untuk sama2 melurusi kempimpinan anda. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Bukankah itu lebih mudah, dan lebih indah?

Adat pertandingan, ada kalah dan menang. What's the big deal? Relax2 sudah.. Kalau kali ini kita kalah, kita usaha lagi. Kalau kali ini kita menang, lagi banyak yang kene kita usahakan. Pernah kita fikir hakikat tu? Hmm..

Macamana lah kita nak melahirkan manusia yang gemilang, bila kita sendiri belum mampu berfikir dengan cemerlang..

Acuan yang bengkok, tidak sekali2 akan memberikan hasil yang lurus.

Ok. Selamat mengundi semua

Friday, April 12, 2013

Bahana Filem kita


Saya baru teringat pasal berita budak lelaki yang kene buli oleh 3 orang kawan2 dia yang saya tengok kat Buletin Utama dan 999 semalam. 

Tak tengok berita? Masyallah. Pergi cari lah kat youtube

Saya nak komen sikitttttttttt je. Tak banyak kot. Tu pun saya guna bahasa pasar je, supaya senang orang faham. Kang saya bersastera bagai, tak lalu dicerna minda pulak

Ok macamni, kenapa orang kita nak kecoh kalau ada orang terajang orang, orang buli orang, orang bunuh orang? Kan orang Malaysia jugak yang pergi bikin filem2 macam Juvana, Bohsia, KL Gangster la hapa bagai. Buat cerita ganas, ganas la yang kau dapat

Kau buat filem pukul2, terajang2, hentak2 orang, kau ingat cerita kau budak2 tak tengok? Dan bila budak2 tengok, kau ingat dorang tak tiru? Kau kenal Bandura? Albert Bandura?

Bandura dah lama dah study pasal Social Learning Theory. Pasal macamana budak2 kecik boleh belajar dari pemerhatian  mereka terhadap apa yang orang dewasa BUAT dan CAKAP. Bandura pakai bobo doll je. 


Ni lah bobo doll. Anak patung belon yang kalau ditumbuk boleh melantun balik tu. Macamana Bandura buat eksperimen ni, korang baca lah sendiri. Saya dulu memang belajar Psikologi. Dan sekarang pun mengajar Psikologi jugak. Nanti kalau dapat sambung belajar balik pun, bidang pengajiannya Psikologi jugak lah. So saya kenal sangat dah dengan pakcik2 psikologi ni



Saya bagi link kat atas tu. Pergi baca apa yang orang putih study. Kalau tak faham omputeh, belajar. Jangan nak duduk relax je. Nak harap orang suap je. Orang lain mati kering berusaha nak memandaikan orang lain. Kau tinggal tekan, picit2 baca pun banyak sangat nak komplen.

Saya bagi 1 link je. Kalau nak tau lebih lanjut, rajin2 google sendiri k. Terima kasih Google (^^)

.......................................

Saya pernah tengok cerita Bohsia 2 jalan kembali apa ntah tajuknya. Saya tengok sebab tayang kat Astro. Bahasa yang mereka guna, Subhanallah... Apa kejadahnya nak mendidik dengan cara macamtu?? Kau ajar budak2 guna bahasa2 biadap, bahasa2 lucah untuk satu setengah jam pertama, dan kau letak lah elemen2 telekung, berdoa, air mata bagai kat sepuluh minit terakhir, lepastu kau anggap kau hebat lah buat filem yang boleh memajukan bangsa??

Bangang tahap dewa!

Ada mesej keinsafan konon.

Nasihat saya senang je. Kalau lepas ni ada filem melayu yang berunsur gansterisma, Kak non elak2 kan lah bawak anak pergi tengok. Tak kesah lah kalau berapa kati pun mereka janjikan unsur2 keinsafan, jangan tengok!. Senang.

Kalau nak tengok jugak filem melayu (Kalau nak tengok la.. Kalau tak tengok terus pun bagus jugak), Baik pilih filem cinta2 dan kekeluargaan. Tak pun cerita hantu. Walaupun agak dangkal dan cliche, sekurang-kurangnya anak2 kak non terselamat dari unsur2 budaya yang korup dan tersasar. Senangnya, pilih je lah cerita orang putih. Tak sia2 habiskan tujuh lapan ringgit pergi panggung

Habistu nak salahkan siapa? Pembikin filem kah, lembaga penapisan kah, atau manusia sendiri yang tak tahu memilih kah?

Analoginya macamni lah. Adat orang berniaga, kalau dah memang jenis nak kaya, sayur busuk pun dia jual. Kita yang bijak pandai ni dah tau sayur tu busuk, yang pergi beli jugak kenapa????????? 

Haishhhh payah!

Saya dan lukisan

Malam tadi saya melukis. Setelah hampir 3 tahun saya tinggalkan aktiviti ni. Dulu saya melukis jugak. Pernah saya postkan entri ini dan ini kalau kawan2 nak tengok hasil lukisan saya beberapa tahun lepas.

Dulu, saya melukis di zaman2 belajar kerana banyak masa terluang. Kadang2 bila terlalu stress dengan study, saya melukis sebagai terapi. Adakalanya saya juga melukis bila saya rindukan seseorang. Melukis potret mereka lagaknya seperti bercakap2 dengan mereka juga. Sekurang2nya pada saya

Tapi lepas saya tahu melukis benda2 bernyawa ni tak elok, saya stop. Tapi semalam tangan tiba tergerak nak melukis. Bukan lah saya nak kata saya ni mencabar kuasa Tuhan yang Maha Pencipta ke apa, jauh sekali. Apa lah sangat setakat lukisan amatur saya yang tak secantik mana. Saya masih bertuhankan Allah yg Maha Besar, Maha Agung, Maha Lengkap, Maha Bijaksana dan Maha segala-galanya

Bakat ini Allah yang pinjamkan juga. Bila2 Dia nak tarik balik, saya redha je. Bukan mata pencarian saya pun. Kalau Tuhan tarik balik tangan, ye kan masih ada mata, mulut dan kaki untuk terus melakukan ibadah dan pekerjaan.

Yang takutnya bila Tuhan tarik balik hati, akal dan iman je. Yang tu paling essential kita kene jaga


Gambar kat atas ni gambar kawan lama saya. Lebih dua tahun dah saya tak jumpa dia. Saya nak call, takde nombor telefon. Nak datang rumah, jauh sangat di Sarawak sana. Lagi pulak, alamat rumahnya pun saya tak ada.

Senang kata, zero la. Takde pape yang saya ada untuk menghubungi kawan lama saya ni. Facebook? Apa tu? Sorry, Hartini Omar (bukan nama sebenar) tak pernah ada facebook. Saya kuno sikit kot dalam facebook2 ni. Maaf. Jadi, saya hanya boleh berharap mudah-mudahan beliau membaca dan seterusnya menghubungi saya (^^). Hehe..

..........................

Apa guna kurniaan tanpa kesyukuran.. Dan diantara tanda2 kesyukuran, apabila kita gunakan segala kurniaan untuk manfaat sesama insan (:

Boleh? Norsyaima Norazman?! (^^) text me k!

..........................

Arwah Ahmad (Nafastari) pun pernah menyampaikan hasrat agar saya melukis potret beliau sekeluarga. Hmm.. Apakah saya ini terlalu lembab dan terkebelakang, Duhai Tuhan? Banyak sebenarnya kesempatan yang telah saya sia-siakan

Akur. Insaf. Bangkit

Tuesday, April 09, 2013

Saya yang kini jarang menulis

Tidak malu untuk saya mengaku, beberapa tahun kebelakangan ini saya memang jarang menulis. Bukannya tidak ada perkara yang saya fikirkan. Ada. Cuma jemari terasa berat mahu menaip. Menukar bentuk2 idea menjadi perkataan yang seterusnya difahami pembaca. Menulis terasa begitu sukar, tidak macam dulu2 lagi

Apakah saya sudah terlalu tua?

Tentu saja umur bukan soalnya. Sedang para sasterawan pun masih terus melakar tinta walau berapa banyak pun angka yang bertambah dalam turutan usia mereka. Sehingga makin tua, makin manis pula terasa tulisan2 mereka

Lalu apa? Apakah sekarang saya terlalu sibuk?

Lagi lah tidak. Saya terlalu banyak masa terluang. Kadang2 hanya saya gunakan dengan duduk bermenung2 dan memikir, tak sudah2 tak lelah2.. Kadang2 saya melepas2 pandangan, memikir perkara apa lagi yang bisa saya lakukan. Dan menulis itu, ya... Adakalanya bukan tidak saya memulakan, namun setelah beberapa baris, terasa pula lah kekoknya, lalu segala tulisan2 itu saya tinggalkan sahaja

Jadi apakah sebabnya saya malas menulis lagi?

Mungkin sekali saya terfikir kerana yang membaca tulisan2 hati ini telah tidak ada. Sepertimana saya, manusia mahu segalanya serba pantas dan ringkas. 'In point form, please..' Begitu kata orang. Menulis yang sebenarnya adalah untuk terapi jiwa, telah tidak lagi menjadi terapi. Lalu mungkin kerana itu saya tidak menulis lagi

Saya memang menulis untuk saya dan bukan untuk orang. Tapi sekali sekala kalau ada yang memahami dan menyapa, itukan boleh dianggap bonus. Menjadi penulis tidak mengharuskan agar penulisan kita dibaca manusia. Namun apa ertinya jika apa yang kita tulis tidak dibaca?

Apa gunanya Al-Quran sebagai pedoman jika membacanya pun kita tak mahu.

Ya, begitulah analoginya.

Lalu dengan itu saya terasa berat dan malas. Terasa culas walaupun untuk menghabiskan entri yang sedang saya tulis ini. Saya mungkin bukan penulis sohor. Tapi saya telah menulis sejak zaman2 belajar lagi. Dan saya mahu meneruskan aktiviti penulisan saya sehingga akhir hayat. Saya tak mahu berhenti. Walau di tanah mana saya berdiri

....................

Blog ini adalah diari terbesar saya. Terbesar, tertebal dan terbaik yang pernah saya nukilkan. Saya menyematkan segala memori satu persatu tanpa jemu. Sehingga apabila dibaca semula tulisan2 lama saya, saya tersenyum senang

Apakah itu Tini yang sudah lama hilang?

Saya tetap saya meski apa pun pakaian yang saya pakai, bagaimana pun rupa saya, di tanah mana pun saya berpijak, bahasa apa pun yang saya tuturkan. Saya tetap saya. Dengan jatidiri terbaik, semangat dan pendirian yang unik

Kadang2 ada kenangan yang membuahkan senyum. Kadang2 ada yang memilukan. Namun itulah erti hidup. HUJAN dan MATAHARI yang saling memerlukan. Tak boleh tidak. 'La budda', kata sebahagian orang

Walaupun tidak semua yang saya kongsikan di dalam laman ini; lebih2 lagi yang dalam dan kelam, yang serabut dan kusut, yang berangkai dan terlalu sukar dirungkai, namun seharusnya jika anda pembaca yang dengan hati, anda mampu memahami

Lalu seandainyalah pun anda pembaca yang dengan mata, anda juga tidak terlepas dari menelaah. Dan untuk pembaca yang sekadar membaca tanpa pemerhatian, cuma menyinggah tanpa sapa; anda juga telah saya hadiahkan ilmu dan pengetahuan

.....................

Kalau lah mampu saya tulis dan kongsikan dengan anda, segalanya yang saya tempuhi dalam melalui dekad ini; berapa banyak air mata yang tumpah, berapa banyak keringat yang diperah, masa yang ditarah, wahai.... Kalau lah mampu saya nukilkan

Akan. Akan saya tulis satu hari nanti. Beserta bukti. Biar berselirat akal anda memikir letak duduk hakikat. hakikat penciptaan, hakikat keimanan dan pengorbanan

Tunggulah, kalau panjang umur saya...