Aku bukan puteri
Untuk kau baluti warna pelangi
Lalu kau kalungkan daku
Dengan mutiara menjadi ratu
Aku bukan puteri
Untuk kau dendangkan kalimah cinta
Lalu kau palukan rebana
Canangkan aku sebagai raja
Aku bukan puteri
Untuk kau khabarkan pada dunia
Lalu sempat kau simpan bangga
Sangkakan aku bidadari syuga
Aku cuma wanita
Untuk diterima serba adanya
Lalu cuba melukis bahagia
Dengan pilu dan air mata
Klang
1/2/09 12.45am
Untuk kau baluti warna pelangi
Lalu kau kalungkan daku
Dengan mutiara menjadi ratu
Aku bukan puteri
Untuk kau dendangkan kalimah cinta
Lalu kau palukan rebana
Canangkan aku sebagai raja
Aku bukan puteri
Untuk kau khabarkan pada dunia
Lalu sempat kau simpan bangga
Sangkakan aku bidadari syuga
Aku cuma wanita
Untuk diterima serba adanya
Lalu cuba melukis bahagia
Dengan pilu dan air mata
Klang
1/2/09 12.45am
ww: itu bukan gambar aku!
5 comments:
ingat gambar anda tadi...
baru nak puji...
huhuu
puteri lain ker dgn wanita?
hans,
saya tak secantik itu.. sebabtu saya letak gambar perempuan cantik tu, untuk bandingkan betapa jauhnya saya dengan dia. dan saya tuliskan la sajak 'aku bukan puteri' itu..
puteri lain ke dengan wanita?
-terlalu banyak kelainannya. nanti bila senang saya rungkaikan satu persatu ya
terima kasih singgah
Sapa kata Tini bukan Puteri?
Tini adalah Tuan Puteri pada Ayahanda dan Bonda Tini.
Nanti pada suatu hari Tini juga akan menjadi Permaisuri pada Raja yang akan bertahta dihati Tini...
Tapi kamu boleh jadi puteri, malah lebih dari seorang puteri.
kak aishah,
-ya, kalau untuk ayah bonda, saya akui sayalah puteri kesayangan mereka =)
ahmad,
-bila agaknya saya boleh jadi lebih dari seorang puteri itu ya?
terima kasih anda berdua kerana menyinggah
Post a Comment