Thursday, February 12, 2009

Anak2 didikku, aku sayang kamu

Entri ini kutujukan buat SEMUA anak2 didikku...

Pertamanya, biarkanlah kumulakan tinta ini dengan nama Tuhan. Kerana Dia juga yang menentukan segala bentuk pertemuan dan perpisahan. Yang mana aku sendiri tidak pasti, apa erti dan hikmah pertalian ini, melainkan dapat kita lihat di tahun2 yang menanti

Sejujurnya, aku sedih. Menangis buat pertama kalinya kerana cinta. Cinta kepada kalian semua yang paling aku sayang. Dan hanya kamu2 yang sering aku panggil sayang, pagi petang malam dan siang. Masa yang dikhuatiri hadir itu telah tiba. Membawa kisah duka yang sebak menekan dada. Telah habis usia didikan yang sepenggal cuma. Telah aku berusaha membentuk kalian menjadi insan mulia. Sekarang terpulanglah pada kalian utuk mengambil nasihatku sebagai suluh penerang jiwa

Sayang-sayangku,
Jangan menangis dengan dugaan hidup yang mencabar. Jangan berduka andai Tuhan tidak pernah memberi apa jua yang kamu minta. Itu tanda tuhan sayangkan kamu. Memanggil kamu untuk dekat padaNya selalu. Percayalah, tidak pernah aku lupa menyebut nama2 kamu dalam setiap pintaan doaku. Kebahagiaan kamu akan juga menjadi kebahagiaanku

Sayang-sayangku,
Aku bukan malaikat, yang bisa memberi segala yang sempurna untuk kamu. Aku cuma seorang aku, yang belajar erti hidup dengan cara bantu-membantu. Aku seorang pencinta yang mencinta kamu atas dasar ilmu. Kalaulah ilmu itu bagai deraian pepasir di pantai, pasti sudah aku bekalkan berbondong2 buat bekalanmu di hari depan. Namun ilmu bukan begitu, sayang. Ilmu itu harus kau cari sendiri, dan simpan ia baik2 buat pengubat hati2 yang mati

Ingat, kamu datang atas tiket perjuangan. Harganya bukan murah, perjalannnya tak semua indah. Kadangkala kamu gembira, dan banyaknya kamu berduka. Itulah harga sebuah jaya. Jangan kamu lupakan ayah ibu di rumah sana. Jadilah anak yang soleh dengan mengingati keduanya. Sayangi mereka selagi mereka ada. Kerana kamu tentu bersedih dan merasa kehilangan di saat2 mereka tiada. Ingat sayang, ilmu yang baik adalah untuk dikerjakan, bukan diperam simpan

Tinggal sayang, untuk kali ini. Berdoalah semoga kita bertemu lagi. Mana tahu di lain hari, kamu pula yang bakal mendidik cahayamataku nanti. Besarlah menjadi insan DAN BUKAN hanya manusia. Besarlah menjadi pemuda pemudi yang membangunkan negara walau dengan apapun cara

Aku tetap akan duduk di sudut sini. Memerhati dan meneliti tanpa henti. Tersenyum senang dengan kejayaanmu, atau turut menangis atas kegagalanmu

Aku benar2 sayang kamu, kalaulah kamu tahu……


Miss Lydia Rusli
School of Biomedicine and Health
MUCH, Cheras Selangor

10 comments:

Anonymous said...

lead nak pegi mane lead??
aku pulak sedih bace entri ko kali ni..maybe ni dikatakan kasih sayang guru pada anak didiknya...

Anonymous said...

aku pun terusik baca entri ko kali ni..maklumla, aku jua guru yg mharapkan yg terbaik utk anak2 didikku..

-m@syit23-

Ishan_Qureshi said...
This comment has been removed by the author.
Ishan_Qureshi said...

Salam HARTINI...

"...Kadangkala kamu GEMBIRA, dan banyaknya kamu berDUKA..." Saya pasti tentu anak-anak didikmu punya banyak sekali GEMBIRANYAnya krn memiliki seorang pendidik persis kamu. Rasanya sekelumit DUKA pun tidak mereka rasa krn betapa dalamnya cintamu pada mereka:-) Jadi, frasa yg tepat ditujukan kpd anak-anak didikmu ialah "...Kadangkala kamu berDUKA, dan banyaknya kamu berGEMBIRA..".

Frasa "...Kadangkala kamu GEMBIRA, dan banyaknya kamu berDUKA..." cuma utk insan-insan seperti saya shj, lebih2 lagi setelah saya mengetahui saya sudah tidak punya byk masa utk terus berlegar di hamparan bumi ciptaan Ilahi ini:-(

peace said...

duduk 'di sini' tu di maana, ya? ;-)di alam maya, di kolam renang atau di manaa, ya?

Anonymous said...

aduh lead,sdhnye bce bce entri ko..ko nk gi mane?ke ko dh abs angajar utk sem ni,sem dpn jmp stdnt lain plak?mmg sdh lead,aku fhm..pisah ngan kwn2, tkut klau2 takdir x mengizinkan utk brjmp lg, nagn ank murid,tkut diorg x gunakn ilmu yg kite bg sebaik2nye..

Hartini Omar said...

gdah,
-aku tak kemana pun. cumanya time menaip kata2 tu, aku jadi sebak semacam. emosi pulak tiba2. ya, mungkin inilah yang dikatakan kasih sayang guru pada anak muridnya

masyit,
-kita memang hanya boleh mengharapkan yang terbaik untuk mereka, keputusan tetap di tangan mereka juga

ishan,
-banyaknya berduka kerana dalam menuntut ilmu, terlalu banyak ranjau durinya. kadang2 lulus, kdang2 tidak. semua orang tidak banyak masa untuk lepak2 dalam dunia ni, ishan. tujuan kita datang adalah untuk 'pulang'.. kan hidup cuma satu persinggahan

ustazah,
-di mana lagi dong, di sini la =P

mye,
-tak pergi mana2 pun mai. betul la, sebab dah habis dah sem aku dengan mereka. lain hari jumpa pelajar lain pula.. jadi memang sedih lah. sebab dah banyak habiskan masa bersama2

terima kasih ya semua

WS Zuriati said...

Guru jiwanya mulia,
Ilmu yang dicurah bekalan untuk selamanya....
Bukan balasan yang diminta-minta, Tapi bukti kejayaan jadi impian dalam hayatnya...

en_me said...

sayang kamoo jugerrr..

Anonymous said...

macam mana nak mulakan ya.....oklah thanks 4 everything....tak akan sia-siakan apa yang ms bagi...cheh ....huhu....terasa juga bila ms ckp saya pun tak boleh buat.....erm nak buat mcam manakan....sebak dada baca entri ms nih.....malu lak nangis depan adik2 huhuuh...nak tak nak kenala tahan jugak.....saya ingat kata2 ms sampai bila2...doakan kejayaan kami semua....

thanks 4 everything
susah dapat lecturer mcm ms
http://aeyrulhafiz.blogspot.com