Tuesday, February 10, 2009

Mereka Salah Meneka, Kita Salah Menduga

Ini versi MESTI baca!

“Lima belas ribu, Lead. Bukan sikit. Mana dia nak cari?” rungut sahabat itu di depanku. Hampa, kesal dan sedih terpancar di matanya. Aku melihat matanya dalam2. Berdoa sepenuh hati pada Tuhan, agar diringankan sedikit beban

“Mak aku memang saja la demand macamtu. Macam puteri gunung ledang. Dah tak nak, bagi la macam2 alasan. Mujur tak mintak jambatan emas dari utara ke selatan..” ngomelnya tak sudah2

“Mak dia tak suka aku, Lead. Kononnya aku ni itu, aku ni ini…” seorang lagi. Aku dengar khusyuk, mengangguk sesekali

“Aku kadang2 tak faham mak bapak kita ni. Bukankah yang menggembirakan kita tu nanti bakal menggembirakan mereka juga? Bukankah?”

Aku diam. Takut memberi jawapan samada menyokong atau membantah. Bukan sekali, dan bukan seorang dua rakan2 datang mengadu kisah cinta mereka yang dihalangi ibubapa, dan bukan sekali juga aku termenung, tidak pasti apa yang patut dikata

Aku seorang perempuan yang dibesarkan dengan value bahawa restu ibubapa adalah aspek paling penting dalam kebahagiaan berumahtangga. Mungkin idealnya sampai ke tahap di mana aku akan berundur jika lelaki pilihanku tidak disukai ibubapaku. Idealnya begitu

Namun aku bimbang untuk menyebutnya di hadapan rakan2, bimbang mereka memikir yang bukan2. Ya, aku belum pernah bercinta (dalam ertikata mencinta dan dicinta), lalu tentu saja mudah bagi aku untuk memperkatakannya. Namun, jika diri sendiri yang berhadapan dengan masalah serupa, leher sendiri yang dijerut dengan serba salah yang serba mahanya, pasti aku juga akan menemui jalan yang satu, yakni jalan buntu

Aku diam terkedu. Memikir dalam2 sebelum membuka mulut, menasihati yang mana patut

Fikirkan satu perkara lojik. Tiada ibubapa yang sanggup melihat anak mereka beduka, derita berendam air mata. Ibubapa telah lama hidup dalam dunia, telah lama melalui pancaroba yang bermacam ragamnya, tentulah dapat mereka mengenal pasti bahawa punca2 bahagia yang mutlak bukanlah HANYA terletak pada cinta.

Pasangan yang diingini ibubapa tentulah seorang yang sepadan dengan kita. Intelektualnya, rupaparasnya, pekerjaannya, tingkahlakunya, peribadinya, jauh jaraknya, kufunya, latar belakangnya, keluarganya dan tentu sekali agamanya. Jika ada satu yang tidak segandingan, maka tentu sajalah menjadi keberatan untuk mereka merestukan. Namun kita yang bercinta hanya melihat cinta. Seolah2 telah dibutakan mata kerananya

Cinta memang penting, tetapi tidak sepenting sumber kewangan, contohnya. Kesempitan hidup bakal menghancurkan cinta. Memecahbelahkan rumahtangga

“Tapi ramai juga yang hidup kaya raya, namun masih menderita batinnya, lalu keluar mencari cinta,” potongnya deras. Mengingatkan aku pada si tuan2 dan dato2 kaya yang keluar rumah mencari sebaris cinta, kalau boleh ia kita definasikan sebagai cinta

“Itu bukan cinta, melainkan nafsu semata” balasku

Diam

Kita fokuskan perbincangan pada kehidupan kita yang amat sederhana, bukan terlalu kaya dan bukan juga terlalu papa kedana. Lumrahnya kebahagiaan berumahtangga lebih memerlukan sumber kewangan berbanding cinta dan rayu canda. Ya, mungkin hari pertama, kedua; cinta boleh mengenyangkan dan membasahkan tekak yang haus dahaga.

Namun kalau sudah setahun, sepuluh tahun, lima belas tahun, sudi kita disuapkan hanya dengan cinta? Sudi kita duduk di dalam rumah yang tak semenggah dan masih tergamak mengakui bahawa kita dicintai dengan megahnya? Sudi kita ditinggalkan seorang di rumah dan masih menganggap yang kita dicinta? Cinta datang seiring dengan tanggungjawab dan peranan. Dan itu yang sering orang bercinta lupakan!

“Jadi, cadanganmu, tinggalkan saja si dia, lalu mengikut telunjuk ibubapa, begitu?”

Pun tidak sampai begitu. Kita telah cukup dewasa untuk memikirkan yang mana lebih molek buat kita. Ibubapa akan terus menjadi penasihat paling setia. Keputusan tetap ditangan kita jua. Kalau kita rasakan pasangan itu paling bagus dan cocok buat kita, maka berusahalah menunjukkan kehebatannya di depan ibubapa

Tunjukkan kebaikan, kebagusan dan keistimewaannya. Biar yang istimewa padanya menjadi tontonan pada semua. Biar sama2 kita menilainya walaupun ia amat memakan masa. Di situ datang sabar, sabarkah si dia menunggu cintamu, melayan karenah ibubapamu, yang bakal juga menjadi ibubapanya kelak

Sewajarnya dari mula perkenalan, kita khabarkan bahawa kita kini telah berteman. Mungkin tidak sampai ke cerita perkahwinan, soalnya kita telah berteman. Biar mereka maklum siapa teman kita. Carilah satu masa yang paling sesuai, agar dapat pula diperkenalkan teman-tapi-mesra itu pada ayahanda bonda. Biar mereka melihat orangnya. Lalu jika pun di waktu itu mereka membantah, luka kita tentulah tidak menjadi terlalu parah

Bukankah molek jika sesuatu itu kita adakan pebincangan, saling kata-memperkatakan

Authoritative parents, bukan dikurniakan pada semua, Lead. Dalam keluarga aku, yang putih kata ayah, putihlah. Yang hitam kata emak, hitamlah..” sambutnya dengan nada sayu, memberikan keserba-salahan yang tak terungkapkan. Aku mungkin boleh bersyukur hidup dalam keluarga yang penuh keterbukaan. Semua boleh mengotakan pendapat, tanpa sebarang sekatan

Aku tarik nafas dalam2. Tuhan, berilah sedikit bantuan. Aku bukan kaunselor, dan tidak sedikit pun bercita2 ke arah itu. Namun kehidupanku sering dihiaskan dengan kisah2 rumit dan menyesakkan fikiran. Bukan aku rimas, bukan aku tidak mahu membantu. Tetapi aku sendiri masih jauh dari segala kisah2 itu. Bagaimana harus aku tahu? Selama ini aku berikan pendapat berdasarkan pengetahuan, dan mungkin sekali pemerhatian

Aku cuba sedaya upaya, memberikan nasihat yang tidak berat sebelah. Memberikan penerangan dari sudut mata seseorang yang tidak punya kena-mengena, melainkan mahu kebahagiaan itu tercipta buat mereka; samada temanku sediri, pasangannya mahupun kedua orang tuanya. Menasihati senatural mungkin, dari pemerhatian insan yang waras, tidak dimabukkan cinta, dan tidak dihasuti kebencian menggila

Kesimpulannya, sukar memahamkan ibubapa, sesukar memahamkan seorang yang sedang asyik bercinta. Namun ingatlah seperkara, ibubapa telah terlalu lama mengenali dan membela kita, dari kecil hingga dewasa. Sedang si dia itu baru saja kita kenali dalam era remaja yang memperkenalkan kita kepada cinta dan kemanisannya yang bersifat sementara. Maka wajarlah kita membuat setinggi2 pertimbangan terhadap keputusan ibubapa

Seboleh2nya, kahwinilah pasangan yang anda cinta dengan restu ibubapa. Jangan terus membuang keluarga hanya kerana dia. Perkahwinan lebih sekadar pengucapan cinta antara anda dengan si dia. Perkahwinan adalah perkongsian rasa, tangunggajawb dan peranan dalam kehidupan. Kesedaran bahawa bukan lagi hidup dan keinginan kita seorang yang boleh diturutkan. Kesedaran bahawa kebahagiaan hakiki terletak pada bahagianya orang2 yang kita sayang. Kesedaran bahawa segala yang kita lakukan akan diperlakukan pula pada kita di masa akan datang. Kesedaran yang menyedarkan…

Dan nasihat aku padanya, ‘bercintalah dengan redha mereka. Percayalah, redha mereka adalah redha Allah jua’

……………………………………

-teringat kisah Ibu Mertuaku, bilamana Nyonya Mansor menghalang anaknya Sabariah dari berkahwin dengan Kassim Selamat, itu kerana dia sendiri maklum akan sifat dan personaliti anaknya. Nyata akhirnya Sabariah lebih memandang harta dari cinta

-dan cerita Because I Said So, The Bride’s Father, Antara Dua Darjat, Pride and Prejudice, The Prince and Me, Monster in Law, Becoming Jane dan baaaaaaaanyak lagi. Tontonlah, dan ambil pengajaran.

Adakalanya ibubapa salah meneka, dan adakalanya kita sendiri yang salah menduga!

14 comments:

Ishan_Qureshi said...

Pssstttt...kalau la SABARIAH itu adalah HARTINI...konpom P.RAMLEE tidak akan mencucuk matanya dgn garfu...hehehe;-) Nway, saya tak suka sgt tengok filem2 P.RAMLEE;-)

peace said...

Fikirlah betul2 sblm mengambil keputusan. Perbincangan mestilah dgn fikiran yg terbuka. Pandangan semua pihak perlu diambil kira. Allahua'lam. Perkara ni memang rumit.

Hartini Omar said...

kenapa tak suka? saya suka tengok semuaaaaaaa filem. tak kira melayu, inggeris, cina, tamil, hindustan, segalanya...

kalau saya Sabariah tu, ishan.., takde la pulak saya nak pilih harta aka Dr. Ismadi.. hehehe

Hartini Omar said...

ustazah,
-saya doa2 agar masalah macamni tak jadi kat saya. mohon agar sesiapa juga yang saya suka disukai keluarga. tp yg penting sekarang calonnya mesti ADA. kalau takde tosah cerita la kan. doa2 ya.. tolonglah doa..

datulkisya said...

restu mak ayah penting.syurga dibawah tapak kaki ibu.kekasih boleh cari,mak ayah tiada ganti.

Nafastari said...

Cinta itu kita yg menentukan, ia tidak begitu penting untuk hadir sebelum berkahwin, yg penting kita tahu kenapa kita kahwin dan apa matlamat perkahwinan. Jadi jika kita telah menjumpai seseorang yg baik dan kita menyukai tentang akhlak dan peribadinya, jadi buatlah perancangan untuk kahwin. Kalau Tuhan sudah tentukan ia jodoh kita, tentu kita akan berkahwin juga walaupun ada halangan dan cabaran. Ibu bapa wajib dihormati, tetapi mereka bukan malaikat dan mungkin akan melakukan kesilapan. But I don't expect my parents to make a stupid mistake, if they do, I'd go against them.

Anonymous said...

hmm..isu yg agak dekat dgn diri ini.mmg rumit sgt2 bila cinta mndpt tentangan kluarga.yaa..sudah tentu restu paling utama utk mendapat kredhaan&sterusnya kberkatan..last week sorg rakan mceritakan bgmana cintanya dtentang atas sbb tidak sekufu. dia mmpunyai degree sedangkan lelaki tsebut tiada kelulusan yg setanding dlm keadaan kerja yg tidak tetap pd wktu itu. ditakdirkan mereka kahwin juga wlpun tidak disukai oleh kluarganya. stahun x dpt pulang ke rumah ibu bapanya sehinggalah mdpt anak yg pertama, keluarganya mjadi lembut hati. sehingga kini, mereka hdup bahagia dgn 3 org cahayamata. ini antara kisah mereka yg bnasib baik..personally, takut utk mengambil risiko sebegitu.biarlh sedari awal kluarga sama2 mrestui..nway, andai phubungan ditentang, biarlah atas sbb yg munasabah, diadili sebaiknya sbb ia soal hati & prasaan insan..yg menanggungnya sudah tentu derita tetapi andai tentangan itu berlaku slps diadili secara baik, anak yg soleh@solehah pasti dpt mnerimanya dgn redha wlpn mgkin akan mngmbil ms yg lama utk mrawat 'ksakitan' & 'kpedihan' kehilangan org yg dicintai..wallahu'alam..

-u know me-

Anonymous said...

continued..
sy stuju sgt dgn nafastari..

-u know me-

Hartini Omar said...

datulkisya,
-saya setuju dengan anda. ibubapa tiada galang gantinya. tapi tengok juga bagaimana attachement kita dengan mereka. ada org boleh hidup tanpa ibu bapa. terserah..

ahmad,
-saya juga suka dengan keterbukaan dan pendapat radikal kamu. kita adalah apa yang dibesarkan oleh ibubapa kita. pendapat, pemikiran dan semangat yang diambil dari punca yang sama. saya berdoa pada tuhan agar ibubapa saya tidak begitu cerewet menentukan siapa menantu mereka. dan saya percaya, mereka adalah orang yang sangat bijak dan berhati2 (baca : menjaga hati) dalam memberikan buah fikiran dan pendapat. hidup dalam tenteram dan bermuafakat

u know me,
-i think i know you.. kita nanti boleh bicara panjang lebar sambil duduk2 mengadap dua mata. yang penting kau kene tau, apa yang membahagiakanmu, pasti sekali akan membahagiakanku

selamat berjaya dengan keluhuran cinta

terima kasih semua

Rahimin Idris said...

15k? haha boleh tu boleh. tapi bayar ansur-ansur la. dah ada anak 15, habis la bayar. hahaha

Anonymous said...

CINTA??
Sukar membuat tafsiran.
Jelasnya,pergantungan pada Allah perlu jadi perkara utama!Bukan bertindak atas rasa cinta semata2.Buat Hartini Omar,moga Allah permudahkan jalan menemui cinta sejatimu..

-u don't know me-

Hartini Omar said...

min,
-terima kasih kamu singgah ke laman aku. 15 tahun? wah, kamu memang dahsyat. tapi lagi dahsyat mak2 yang macam nak jual anak

gdah,
-i think i know you.. hehe.. aku setujuuuu sangat. bergantung haraplah pada Allah. percayalah bahawa Dia maha mendengar

terima kasih singgah

WS Zuriati said...

Dalam hal nikah kawin dan cinta-cinta ni, elok sangat la kita ikut sunnah rasulullah..permudahkanlah dalam segala urusan. Tapi akak yakin tini sudah terlalu matang dalam menilai harga sebuah percintaan dan harga sebuah perkahwinan..berhati-hatilah dalam memilih pasangan di samping berdoa kehadrat Allah s.w.t.

Anonymous said...

terasa aku.....